You need to set up the menu from Wordpress admin.
Sep 1, 2010

Analisa Perpindahan musim panas Liverpool FC 2010/2011

Semalam merupakan penutup sesi perpindahan pemain musim panas di dalam Liga Perdana Barclay’s di mana pemain terakhir yang dilaporkan menyertai kita ialah pemain bek kiri, Paul Konchelsky dari Fulham. Setakat 2 pagi tadi (atau 6 petang waktu UK – penutup sesi), berikut disenaraikan pemain-pemain yang masuk dan keluar dari kelab kita untuk musim panas 2010/2011.

Sekalipun kita membawa masuk 8 muka baru dalam skuad, Uncle Roy tampak bijak dengan hanya menggunakan hanya £10 juta daripada jumlah pendapatan ke atas pemain baru manakala selebih £15 juta daripada jumlah yang disediakan oleh pemilik Liverpool FC.

Hasil perkiraan kasar kita telah mencapai perbelanjaan bersih sebanyak £17.95 juta ke atas pembelian pemain (belum termasuk hasil jualan Damien Plessis). Diharapkan jumlah ini mungkin boleh digunapakai untuk sesi perpindahan Januari nanti, terutamanya mendapatkan seorang lagi penyerang berbisa dalam skuad.

Perpindahan Masuk:
Jonjo Shelvey (Charlton) – £1.7 juta
Milan Jovanovic (Standard Liege) – Percuma
Joe Cole (Chelsea) – Percuma
Danny Wilson (Rangers) – £2 juta
Christian Poulsen (Juventus) – £4.5 juta
Brad Jones (Middlesbrough) – £2.3 juta
Raul Meireles (Porto) – £11.5 juta
Paul Konchelsky (Fulham) – £3 juta

Perpindahan Keluar:
Mikel San Jose (Athletico Bilbao)
Yossi Benayoun (Chelsea) – £5.5 juta
Albert Riera (Olympiakos) – £4.5 juta
Krisztián Németh (Olympiakos)
Damien Plessis (Panathinaikos) – tidak diketahui
Diego Cavalieri (Cesena) – £1.2 juta
Javier Mascherano (Barcelona) – £17.25 juta
Lauri Dalla Valle (Fulham) – swap + tunai untuk Konchelsky
Alberto Aquilani (Juventus – pinjaman)
Nabil El Zhar (PAOK – pinjaman)
Emiliano Insua (Galatasaray – pinjaman)

Jumlah perbelanjaan ke atas pemain: £25 juta
*Transfer kitty yang disediakan: £15 juta
Jumlah pendapatan hasil jualan pemain: £27.95 juta (tidak termasuk hasil jualan Plessis)
Perbelanjaan Bersih: £17.95 juta (£27.95 juta + £15 juta – £25 juta)

Artikel berkaitan:

  1. Konchelsky sah milik Liverpool!
  2. Uncle Roy Mahu Jaminan Wang Perpindahan
  3. Update: Perpindahan, pemain berkaitan

Info penulis

Ijam, penulis blog yang sudah lama berkecimpung dalam penulisan artikel Liverpool. Pengalaman beliau, bersama menyokong pasukan Liverpool diterjemah dengan baik dalam penulisan beliau. Lazimnya, artikel seperti Review dan Preview setiap perlawanannya banyak mendapat pujian pembaca setia My-LFC. beliau juga antara blogger aktif di Forum My-LFC.

  • bulussan

    betul ke 15mill to transfer kitty dari yanks?
    we should spend money to buy players, instead we making profits for 4th consecutive transfer windows.
    our squad depth pun nampak goyang
    can’t even name 25 man squads as required by FA.
    tiada striker untuk back up torres
    unless Babel jadi striker

    adoi~~
    kalau berterusan macam ni, torres pun bertambah frustrated

  • redstorm

    kegagalan mendapatkan seorg lg striker amatlah dikesali. i’m afraid el-nino will leave us on the next transfer window unless we can bring in fearsome striker as his partner.
    not only tht, if we failed to close the gap on the top 4 teams, we might lose others too

  • Mr.Alip

    kuyt dan jovanovich boleh ambik alih tugas striker
    uncle roy pasti akan beli striker baru bulan januari nanti

  • http://www.socket-set.org Socket Set

    ;`’ that seems to be a great topic, i really love it -`’

  • http://h20-vac-turbo.usabigdeals.com H20 Vac Turbo

    Cool!!! I do agree with you

UserOnline

Follow our Tweet

More in berita LFC,Kemaskini Pemain (1 of 9 articles)