You need to set up the menu from Wordpress admin.
Sep 7, 2010

Owen: peminat berbelah bagi

Michael Owen

Baru saja saya letakkan gambar owen sebagai pic profil di facebook. Nah, berjela komennya oleh rakan-rakan. samada dari rakan pasukan syaiton, mahupun rakan pasukan burung. Eh, ada juga terselit rakan dari Sepanyol. Hehe. Namun, pokoknya setiap komen rakan2 ni, berbeza beza. Fan liverpool sendiri berbelah bagi menyatakan mahu ‘boo’ atau tak pada Micheal Owen. Bagi pendapat peribadi masing-masing, mestinya ada alasan masing-masing kenapa perlu benci. dan kenapa perlu support sebagai ‘all-time-legend’. Entri kali ini, saya tak minta pembaca benci, atau martabatkan si owen ini sebagai lagenda. takut, berjela-jela pula komentar dibawah ini nak berdepat isu-isu si cilik Owen ini. Baru saja terbaca entri dari liverpoolfc.tv yang bertajuk ‘Owen: To boo or not to boo’.

Owen senior Squad History

  1. Liverpool 1996-2004 Apps:216 Goals: 118
  2. Real Madrid 2004-2005 Apps:35 Goals: 13
  3. Newcastle Utd 2005-2009 Apps:71 Goals: 26
  4. Manchester Utd 2009- Apps:21 Goals: 3

Saya tafsirkan owen sebagai all-time-legend, jika kita berada di awal tahun 2000. namun masa merubah segalanya. kini, kita gelar Torres pula sebagai legend. Namun, nama-nama seperti Fowler, Rush, Heskey masih lagi terpahat di senarai lagenda striker liverpool oleh kerana mereka-mereka ini tidak digelar ‘pengkhianat’ seperti yang dilakukan Owen. Peminat-peminat baru liverpool, pastinya kurang jelas dengan nama Owen. bukanlah seperti hero yang mereka puja sekarang iaitu, Fernando Torres. Bagi peminat tegar liverpool sejak zaman 80-an hingga 90-an. sebut saja nama-nama tadi, Owen pun dalam senarai mereka. Bagi peminat pasukan syaiton pula kedatangan Owen ke kelab mereka, dianggap satu kejayaan. sampaikan ada media melabelkan ‘signing-of-the-season’. Sehinggalah Owen menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan syaiton di bumi Malaysia. dialah menjaringkan gol itu. dan ingatkah anda Owen yang jaringkan gol ketika Manchester derby, mereka menang di saat genting. di saat Howard Webb memberi tambahan masa sampai mereka gol. Jadi, pastinya rakan-rakan peminat syaiton kita di sini menjulang nama Owen juga seperti wira mereka. Ia sama juga seperti peminat liverpool menjulang Owen ketika dia menjaringkan 2 gol di final piala FA.

Jadi, tak keterlaluan juga, owen dilabel pengkhianat. yang tak kenal budi liverpool mencorakkan batik di kain putihnya. Perpindahannya ke Real dengan yuran yang rendah, serta penukaran pemain seperti Nunez nyata tak berbaloi. Inikah pulangan yang liverpool dapat dari penggadaian permata England ini? Rafael Benitez merupakan pengurus yang bertanggungjawab diatas pemergian owen. Cakap-cakap ada perbalahan antara mereka, juga ada betulnya. Namun, Owen yang pergi dek kerana ketamak kannya di tutupi dengan kemenangan liverpool di Champions League pada 2005. terlanjur pulak nak cerita kisah karier owen.

musim lepas. Owen menandatangani kontrak 2 tahun bersama Syaiton. dan kenapa kita tak boleh benci dia? Sebab dia dah takda pilihan lain. Stoke dan United saja yang buat offer. dia sendiri mahu pulang ke Anfield. Semua tahu, ketika itu Liverpool tak mampu tanggung gaji pemain seperti dia. ditambah dengan kakinya yang rapoh (kuat injured) Rafa pulak dikatakan tak sebulu. Sama juga kes Paul Ince. Kita merasakan perkara yang sama seperti penyokong Syaiton. Tahun 1996-2004. Owen menyarung jersi Liverpool dengan ratusan gol(118) disumbatnya. Macam mana pulak dengan Syaiton yang dah satu musim dia sarung, hanya 3 bijik gol disumbatnya (gol ikut EPL)

baru baru ini kita lihat, Owen sanggup turun padang menyertai skuad testimonial Carragher. dan menyarung semula jersi liverpool setelah 6 tahun meninggalkan kita. macam mana pulak perasaan peminat syaiton melihatnya?  Owen turun, demi rakannya Carragher – antara pemain paling setia pada satu kelab dalam sejarah bolasepak.

“I was delighted Michael Owen got a good reception, as he didn’t have to come back. It took a bit of courage and it was nice that there were so many old faces involved.

“Everyone understands the situation with Michael and he realised that he might take a bit of stick. He probably did at the start of the game.” – Jamie Carragher

Jadi, ‘point’ nya adalah fan ada hak nak ‘boo’ atau taknak ‘boo’ pada dia. Saya rasa owen pun paham keadaan ini. dan yang pasti, Owen mesti mahu pulang semula meraikan gol-golnya bersama Gerrard dan Carragher.

Syaiton- Manchester United.

pengarang memohon maaf kekasaran bahasa terhadap peminat rival dari seberang.

No related posts.

Info penulis

merupakan salah seorang admin aktif di my-lfc. Mula ber blog mengenai liverpool di website lama my-lfc, yang kini beroperasi sebagai forum sepenuhnya. Salah seorang pengasas my-lfc.

  • Mr.Alip

    aku membesar semasa zaman2 owen di liverpool
    dan dier juga lah punca aku sokong liverpool sampai sekarang
    owen ttp pujaan aku walaupon dier ke setan merah

    YNWA ~

  • http://www.sudahkah.com berita terbaru

    postinganya keren, bisa saya taruh ga artikel ini di website saya? nanti saya link balik sumbernya

  • sya REDS

    stuju2..
    Owen adlh sbb aku sokg Liverpool..
    bile die blah gi Madrid, aku still sokg Liverpool..
    dlm mase yg sama aku hrp Owen success..
    tp sedih dgn karier die kt team Setan..
    lg bgus kalo die join stoke..
    byk peluang utk main 1st team..

  • http://www.sudahkah.com berita terbaru

    Keren mas, saya baru tau tentang ini

  • http://aremierulez.blogspot.com/ Amirul

    Aku akui dia memang legend di Liverpool.

    Tapi untuk membuat satu skuad yang kuat musim depan, ada baiknya Liverpool cari backup striker yang sama hebat dengan Suarez dan Carroll. Striker yang boleh score dan boleh mengubah game, menjadi supersub bila dimasukkan untuk mendapatkan gol.

    Owen prime time just past him away. Maybe ada baiknya Owen kembali ke Liverpool sebagai coach sahaja.

    P/S: aku lebih tak suka Torres dari Owen. LOL!

UserOnline

Follow our Tweet

More in berita LFC,EPL - laporan (1 of 10 articles)