You need to set up the menu from Wordpress admin.
Sep 2, 2010

Torres: “Segerakan penukaran hak milik Liverpool!”

Fernando Torres sememangnya bakal menjadi legenda Liverpool. Bukan sahaja melalui sumbangannya terhadap jaringan dan membantu kemenangan kita, malah beliau juga memang benar-benar mengambil berat terhadap masa depan Liverpool.

Adalah penting untuk mendapat pemilik yang baru supaya kita kembali ke persada persaingan” ujar Torres dalam temuramah bersama sebuah stesen radio di Sepanyol, Cadena Cope.

Kita bukanlah terlalu jauh ke belakang. Kita mungkin menghadapi musim yang kurang baik musim lepas, tetapi musim sebelumnya kita hanya 4 mata di belakang Manchester United” – Torres

Dengan Steven Gerrard masih lagi bersama Liverpool, Torres berpendapat pasukan kita adalah sebuah pasukan yang hebat. Dengan meletakkan matlamat untuk memastikan Liverpool kembali ke Champion League musim hadapan serta kembali ke “top four” dalam Liga Perdana Barclay’s.

Telah saya nyatakan, masa depan saya hanya di Liverpool FC. Saya punya kontrak sehingga 2013 – dan seperti pemain lain, misi kita ialah untuk memperbaiki prestasi dan memenangi kejuaraan dan amat penting untuk kita mengetahui siapakah pemilik baru kita nanti

Selamat maju jaya buat FT#9. Kita juga berharap perkara yang sama. YNWA

Artikel berkaitan:

  1. Joe Cole milik Liverpool
  2. Konchelsky sah milik Liverpool!

Info penulis

Ijam, penulis blog yang sudah lama berkecimpung dalam penulisan artikel Liverpool. Pengalaman beliau, bersama menyokong pasukan Liverpool diterjemah dengan baik dalam penulisan beliau. Lazimnya, artikel seperti Review dan Preview setiap perlawanannya banyak mendapat pujian pembaca setia My-LFC. beliau juga antara blogger aktif di Forum My-LFC.

UserOnline

Follow our Tweet

More in Komen & Pendapat (1 of 5 articles)