Antara Fernando Torres, Andy Carroll, Luis Suarez dan Ryan Babel
ps: Arikel ini hak milik dari blog Liverpool FC Malaysia Liverpool FC Malaysia dan adminnya adalah Amirul Idham (Amirul Idham Abu Bakar). beliau sangat aktif dalam penulisan blog untuk Liverpool dan juga salah seoarang admin dalam page liverpool “Padang Anfield” yang mengumpulkan himpunan penulis blog dan peminat Liverpool di Malaysia.

Fernando Torres
Dari malam aku tercogok di depan laptop. Menantikan kisah saga perpindahan Torres. Membaca update dari website atau Twitter mengenai perkhabaran dan mengupdate berita terkini di Padang Anfield. Masih mengharap yang Torres berubah hati dan tidak berpindah ke Chelsea.
Sampai pukul 4:30 pagi, aku tertidur kerana keletihan. 2-3 jam kemudian, aku tersedar dan terus membuka laman web rasmi Liverpool dan ternampak tulisan ini:
Tak sangka akhirnya ia berlaku. Macam tak percaya. Tapi itulah kehidupan. Tiada yang mustahil. Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa sikit pun dengan perpindahan ini. Aku kecewa. Rasa macam nak terbang ke London dan tumbuk muka Torres sekuat yang mungkin pun ada. Apa kan daya aku bukan Superman dan aku tak pandai pakai seluar dalam di luar. Maka impian tersebut berkubur.
Aku ingat lagi semasa Torres dikhabarkan akan menyertai Liverpool pada musim 2007-2008. Sebagai seorang yang menonton La Liga Sepanyol, aku kenal amat dengan Torres, kapten Atletico Madrid ketika itu. Walaupun sedikit panas baran, tapi dia sangat agresif.
Di tambah lagi persembahan padu maut bersama pasukan Sepanyol. Torres menjaringkan 7 gol dalam pusingan kelayakan piala dunia dan 3 gol semasa Piala Dunia 2006 (gol paling cantik semasa menentang Ukraine. Gol volley). Pada masa itu, aku terfikir “Alangkah baiknya kalau dia masuk Liverpool”.
Impian aku dikabulkan. Incik Rafa mendapatkan Torres. Sepanjang 3 tahun setengah bersama Liverpool, Torres membuat 142 penampilan dengan 81 gol, dengan gol ratio 0.57 per game. Satu rekod yang agak baik.
Kita dihidangkan dengan gol yang cantik dari Torres. Torres banyak menjaringkan gol cantik dan itu fakta yang kita tak boleh nak tolak. Persembahan beliau mantap. Selepas pemergian Owen, Torres adalah striker terbaik yang pernah Liverpool miliki. Tidak melampau kalau aku katakan yang Torres merupakan salah satu striker terbaik yang pernah Liverpool miliki.
Aku ingat lagi bila Torres mula jadi injury prone. Sikit-sikit injured. Baru main sikit, injured. Kawan-kawan yang menyokong pasukan lawan galak mengutuk Torres, “Torres kau tu tak boleh harap. Sikit-sikit injured”, “Beli mahal-mahal, tapi Ngog jugak yang main”, “Torres kau tu dah boleh letak dalam muzium”.
Kemuncak kutukan ialah bila dia masuk menjadi pemain gantian semasa Final Piala Dunia 2010 sebelum kita melihat dia jatuh memegang pehanya yang injured tak sampai 5 minit di atas padang. Kawan-kawan menjadi kan peristiwa ini sebagai batu loncatan untuk terus mengutuk Torres.
Tapi aku tetap pertahankan Torres. Aku percaya yang dia akan bounce back dan kembali kepada prestasi asalnya.
Sehinggalah hari Jumaat yang lepas….
Tak sangka Torres menyerahkan surat transfer request. Yang paling bangsat sekali, kenapa kau buat semua ni masa 3 hari terakhir waktu perpindahan? Kalau kau betul-betul nak blah, kenapa tak dari awal bulan Januari? Kenapa kau hulurkan surat transfer request selepas kau buat kenyataan “Peminat harus loyal dan berdiri di belakang kelab tak kira apa situasi” 20 hari sebelum ini?
Aku masih ingat lagi bila aku baca statement kau ini satu masa dahulu, “I would like to be remembered as a player who won trophies for Liverpool. I have plenty of years here, I am sure about that, and I hope the trophies will come soon.”
Tapi kini kau sudah pun berpindah ke Chelsea. Mana pergi janji-janji kau dahulu? Kau juga pernanh berjanji yang kau tak sanggup untuk bermain di kelab lain dalam EPL. Mana janji tersebut?
Mungkin kau kata pemilik gagal mendapatkan pemain bertaraf bintang seperti yang kau harapkan. Perlu diingat, pemilik baru belum sampai 6 bulan membeli kelab ini. Banyak yang perlu dinilai sebelum tindakan dibuat.
Dan perlu juga diingat, perpindahan bulan Januari tidak semudah perpindahan musim panas. Harga pemain akan melambung naik dan perpindahan agak sukar untuk dilakukan.
“Manusia boleh diingati dan dilupai dalam sekelip mata.”
Itulah ayat yang aku pernah dengar dari pensyarah aku dan hari ini ia terbukti benar. Torres yang dulu disanjungi kini sudah dibenci dan dilupai oleh para peminat. Ada yang bertindak dengan membakar jersi Torres. Walalupun perbuatan tersebut tidak beretika, tapi aku tak salahkan mereka. Hati mereka telah terluka.
Kami sentiasa berada di belakang kau, Torres. Tapi kau tikam belakang kami yang menyokong kamu. Apapun, nasi sudah jadi bubur. Kau pun sudah gembira tinggal di kota London.
Ramai yang bagi ucapan selamat maju jaya pada kau tapi aku tak mahu. Sebab kalau kau berjaya, ini bermaksud Chelsea juga akan berjaya. Aku harap kau akan pulang semula ke Sepanyol dan bermain di La Liga secepat mungkin. Aku tak nak tengok muka kau dalam EPL lagi. Cukup dengan apa yang Owen sudah buat satu masa dahulu. Kami tak nak Owen part 2 muncul pula!
Terima kasih atas sumbangan kau (yang tak membawa apa-apa piala juga). Tolong jangan bercakap pasal Liverpool lagi. Kau bagaikan sudah mati di hati peminat Liverpool FC!
Jangan terkejut kalau muka anak kau yang ketiga nanti iras-iras muka John Terry.
Andy Carroll
Sebenarnya aku agak tidak setuju dengan nilai £35 juta untuk membeli Andy Carroll. Bagi aku, kita boleh dapatkan striker yang jauh lebih bermutu dengan harga tersebut. Ataupun kita boleh beli 2 orang pemain dengan nilai tersebut.
Tapi kita perlu pandang dari segi positif juga. Dia masih muda. Potensi untuk berkembang sangat tinggi.
Walau apa pun, Carroll kini menjadi sebahagian keluarga The Reds. He wears Liverpool crest on his chest now. Jadi kita akan sokong dia supaya dia boleh jadi yang terbaik. Lebih baik dari Owen, lebih baik dari Crouch dan lebih baik dari Torres. Dan mungkin dia boleh jadi lebih baik dari Ian Rush ataupun Kenny Dalglish. Itu lebih baik bukan?
Dan harap Andy Carroll mampu menunjukkan bakat dan pontensinya dengan haraga perpindahan £35 juta tersebut. You can do it, Andy!
Andy Carroll bermain 91 kali buat Newcastle dan menjaringkan 33 gol. Dia memakai jersi nombor 9 di Newcastle dan dikatakan jelmaan Alan Shearer. Tapi nampaknya kini dia bakal menjadi jelmaan Ian Rush yang juga memakai jersi nombor 9.
Carroll hanya mempunyai 1 caps buat England. Tidak dinafikan dia masih mentah dan tak berpengalaman. Tetapi aku yakin dia akan banyak belajar dan menjadi striker yang matang di Liverpool. Kami akan menyokong kau tak kira apa situasinya!
Andy Carroll, welcome to Anfield!!!
Luis Suarez
Luis Suarez sudah pun dikaitkan dengan Liverpool semenjak selepas Piala Dunia 2010 berakhir.
Luis Suarez datang dengan reputasi yang tinggi. Dia menjaringkan 49 gol dari 48 penampilan dalam semua kejohana buat Ajax Amsterdam pada musim lepas. Suarez juga sudah menjaringkan 111 gol dalam 159 penampilannya buat Ajax, dengan gol ratio 0.7 gol dalam setiap perlawanan.
Luis Suarez menjadi tumpuan semasa Piala Dunia 2010, bergandingan dengan Diego Forlan yang juga pernah dikaitkan dengan perpindahan dengan Liverpool. Suarez menjaringkan 3 gol dalam 6 perlawanan.

Suarez paling diingati setelah membuat “Hands of God 2″ selepas menahan bola dari masuk ke gawang Uruguay keika menetang Ghana. Tindakan tersebut berbaloi kerana Uruguay berjaya memenangi perlawanan tersebut.
Suarez telah mendapat penghargaan apabila mendapat jersi nombor 7, yang diserahkan sendiri oleh King Kenny. Satu penghargaan buat beliau.
Diharap Suarez mampu mengubah nasib Liverpool dan menggantikan Torres seterusnya menjadi lebih baik dari semua striker yang pernah mewakili Liverpool.
Luis Suarez, welcome to Anfield!!!!
Ryan Babel
Semasa aku sedang sibuk mengupdate berita terkini di Padang Anfield, Ryan Babel, bekas pemain Liverpool yang kini bermain di 1899 Hoffenheim, ada meng-tweet beberapa ayat di akaun rasmi Twitter-nya.
Ryan Babel memang terkenal dengan jolokan ‘Raja Twitter’ di Liverpool FC, memang sangat rajin mengupdate keadaan terkini beliau melalui Twitter.
Dan semalam, Babel telah menghantar beberapa ayat Twitter yang sangat menyentuh perasaan. Ayat-ayat tersebut sedikit sebanyak mampu menenangkan perasaan aku semalam yang bergolak akibat Torres.
Berikut adalah ayat yang Babel Tweet kan:
“There is no other club then Liverpool with the anthem ” YNWA ” !!!”
“But hey I’m gonna dedicate a few tweets to some lfc fans.”
“Wanna thank ALL of you fans but the ones in particular who believed in me and supported me all those years..”
“Its definitely a shame it didn’t worked out for me and the club, but that’s how it is sometimes..”
“I was blessed to work with one of the greatest football players and I learned a lot.”
“I learn to love the lfc way, the city, the people and I made lots of friends in Liverpool.”
“I wanna wish Liverpool all the luck and I hope they will end in top 4 where they belong at the end of the season.”
“And thanks for still following me on here .. #YNWA.”
Sangat menyentuh hati. Rasa macam nak menitik air mata pulak. Sangat terharu.
Babel is the true Liverpudlian. Walaupun banyak duduk di bangku simpanan, dia tidak pernah mengomel atau mengutuk Liverpool selepas dijual. Tapi dia masih respect kepada kelab dan penyokong.
Tak macam mamat Sepanyol tu. Kita tatang dia bagaikan minyak yang penuh, memuja dan menyokong dia tapi dia tikam belakang penyokongnya.
Terima kasih atas sumbangan anda Babel. You are always forever Reds! YNWA!
Artikel berkaitan:
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)
Tags
agger
Andy Carrol
Andy Carroll
Aquilani
Asia Tour
Babel
carragher
Charlie Adam
Christian Poulsen
Damien Comolli
Daniel Agger
Dirk Kuyt
Fabio Aurelio
Fernando Torres
gerrard
Glen Johnson
Jamie Carragher
Joe Cole
John Henry
John W Henry
Jonjo Shelvey
Jose Enrique
jovanovic
Kenny Daglish
Kenny Dalglish
kuyt
Liverpool
Lucas
Lucas Leiva
Luis Suarez
Martin kelly
Milan Jovanovic
NESV
Ngog
Pacheco
pengurus
Pepe Reina
poulsen
Raul Meireles
reina
roy hodgson
skrtel
Steven Gerrard
suarez
torres






