You need to set up the menu from Wordpress admin.
Feb 10, 2011

Kisah sepasang kasut

Mengenai suka dan duka perjalanan hidup permain yang bernama Luis suarez.

Bukan semua pemain bola sepak sekarang bertuah mendapat kualiti dan latihan secara professional. Dan jika dilihatkan pemain seperti Carlos Tévez dari Manchester City juga dalam kalangan pemain yang asalnya dahulu dari kerluarga yang kurang kemampuan dan kisah lagi ini bukan berkenaan Teves, tetapi kisah pemain LFC no 7 kita ini iaitu Luis Suarez. Dan dia kini sah bergelar salah salah seorang pemain Liverpool, Luis Suarez, dalam laporan yang dipetik daripad sumber Liverpool Echo “ saya mengalami waktu-waktu yang sukar semasa membesar di Uruguay”

Banyangkan lah dengan adik beradik seramai tujuh orang yang telah dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, ini secara tidak langsung membuatkan kehidupan Suarez pada zamannya membersar dalam keadaan serba kekurangan dan ini banyak memerlukan pengorbanan.
Pada usia umur tujuh tahun, Suarez berpindah ke sebuah bandar yang dinamakan Montevide. Disana lah permulaan bagi segalanya dalam penglibatan Suarez dalam sukan yang diberi nama bola sepak ini. Peluang pertama dalam kerjaya bola sepaknya apabila dia dipanggail untuk menyertai national youth camp di Argentina. Namun Suarez berkata “saya tidak mampu untuk pergi, kerana pada ketika itu saya tidak mampu untuk membeli sepasang kasut bola.

Dan pada berusia lingkurangan 14 tahun, Suarez telah dipilih untuk menyertai pasukan national de Montevideo, dengan kerjaan disana dia akhirnya berjaya dilamar oleh pasukan dalam liga belanda Groningen. Dan salah satu sebab dia berhijrah kesana adalah untuk lebih dekat dengan pasangannya (Sofia) yang kini bergelar isterinya.


Suarez dan isterinya Sofia Balbi dan anak mereka Delfina

Pada permulaan disana, suarez menegaskan dia mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa semasa di Belanda, kerana pada waktu itu Suarez tidak boleh berbahasa belanda mahupun bahasa Inggeris ini secara tidak langsung menyebabkan masalah komunikasi kepada dirinya.
Dalam debutnya di Groningenfc, suarez telah menjaringkan 17 gol dalam 37 penampilan untuk membantu pasukannya pada ketika itu berada dalam tangga ke 8 dalam liga. Dan selepas permergian Ryan Babel ke Liverpool pada sekitar tahun 2007, dan ajax telah memilih Suarez untuk mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Babel.

Tambah Suarez lagi….

“ ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan sebuah langkah kemajuan dalam kerjaya saya,” katanya. “Tentu saja tanpa berfikir dua kali,saya berpindah ke Amsterdam.”

Dan kin mungkin sudah menjadi suratan dengan pemergian babel ke Liga German dan kini Luis Suarez pula ditakdirkan untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Babel. Ini lah yang dikatakan ketentuan dalam kehidupan. Dan bagi pendapat saya (penulis), memang agak teharu mendenager cerita perjalanan hidup yang dialami oleh Suarez dalam perjalanan kerjaya bola sepaknya pada zaman permulaannya. Ini lah yang menjadi penyebab mengapa seseorang akan menjadi lebih baik dan diharapkan agar kenangan dulu biar dijadikan sejarah dan yang terpenting sekali masa depan yang cerah pemain yang bernama Luis Suarez di dalam squad kendalian Daglish di Liverpool. YNWA Suarez……

No related posts.

Info penulis

Penulis merupakan blogger LFC dan bergiat aktif dalam penulisan artikel Liverpool di dalam bahasa Malaysia. Darion Daron atau Mohd Amin pernah disiarkan komennya di akhbar KOSMO!, beliau mengkritik penulis sukan akhbar berkenaan mengenai perjuangan The Kop di Istanbul. Ikuti beliau di Twitter dan laman sosial Facebook

UserOnline

Follow our Tweet

More in Komen & Pendapat (1 of 5 articles)