Penajaan Kit Baru 2012/2013

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Liverpool bakal menggunakan kit jenama Warrior bermula pada musim 2012/2013, dengan nilai tajaan berjumlah £25 juta setahun; menjadikan tajaan kit tertinggi buat kelab Liga Inggeris – mengatasi tajaan Nike kepada Manchester United yang kini bernilai £23.5 juta setahun; dan juga 2 kali ganda jumlah tajaan yang diberi oleh Adidas buat kita buat masa sekarang.
Warrior, sebuah anak syarikat kepada salah sebuah pengeluar kasut larian terbesar dunia, New Balance juga merupakan penaja kepada kit Boston Red Sox, yang turut dipunyai oleh pemilik kita, John W Henry. Berita tajaan ini pasti memberi kesan kepada penaja kit kita sekarang, Adidas, memandangkan bahawa jualan kit replika Liverpool adalah keempat tertinggi di dunia (yang kedua buat Adidas) di mana hanya diatasi oleh jualan kit Manchester United, Real Madrid dan Barcelona.
*bayangan rupa kit home di bawah tajaan Warrior
Menariknya, Warrior selama ini lebih kepada sukan seperti Hoki Ais dan Lacrosse dan jersi kit Liverpool merupakan projek pertama mereka untuk sukan bolasepak. Bagaimanakah rupa kit kita nanti? sama-samalah kita tunggu nanti…. mungkin setahun dari sekarang kita bakal mengetahuinya.
Laman sesawang Warrior: http://warriorteamuniforms.com
Artikel berkaitan:
-
http://Enteryourwebsite... amir
-
Azmon
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)

