Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI

Skuad Harimau Malaya pimpinan K.Rajagopal mungkin tumpul taringnya apabila penyerang sensasi antarabangsa, Safee Sali masih dibelenggu kecederaan di pelipat lutut kananya. Namun, pasukan medic kebangsaan mungkin meletak aksi menentang Liverpool bagi pemanas badan baginya untuk aksi lebih penting menentang Singapura pada 23 Julai depan. Namun, skuad Datok K Rajagopal belum tumpul penyerangnya apabila seluruh stadium bakal menyaksikan penjaring terbanyak liga super, Hadi Yahya bakal berganding dengan seorang lagi penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul.
Bagi kendalian Dr.Kenny Dalglish, barisan serangannya lebih tertumpu kepada penyerang tinggi lampai Carroll dan gandingan beliau sudah pasti, Kuyt, Pacheco, dan David N’gog. Dalglish tidak mempunyai pilihan selain dari 3 pemain ini.
Norshahrul Idlan Talaha
kelahiran akademi bolasepak kebangsaan atau Sekolah sukan Bukit Jalil mempunyai kelebihan tersendiri dan beliau sangat digeruni oleh pemain pertahanan dari negara asia tenggara.
Kelebihan: Lincah, bijak memperdaya pertahanan, ‘touch-line run’. tubuh kecil yg memudahkan pergerakan memasuki kotak penalti dari arah tepi pintug gol.
Kekurangan: Tubuh kecil, tidak efektif di udara, mudah ditangkas pertahanan yg bertubuh besar.
Andrew Carroll
kelebihan: Fizikal badan besar, tendangan deras boleh dari luar atau dalam kotak, serangan udara yg berkesan, bijak mencuri ruang kosong.
kekurangan: sedikit lembab, memerlukan game-play bola hantaran jauh utk lebih berkesan,
S.Kunanlan, pemain penting skuad Negeri Sembilan dan pemain utama Rajagopal dari era skuad remaja. Dia menyertai skuad malaysia dalam semua peringkat dan kini menjadi aset penting kepada serangan sayap kebangsaaan. Kunalan asalnya pemain pertahanan kanan pada awal pembabitan dia dalam skuad kebangsaan. pemain lain yg perlu diberi perhatian adalah, Mohd Amirul Hadi pemain sayap skuad Selangor FA yang juga bersama skuad kebangsaan sejak era B.Satianathan dan sangat efektif dalam larian ke dalam kotak penalti dan mampu membuat jaringan gol.
S.Kunanlan
Kelebihan: larian pantas di sayap serangan, stamina tinggi dan sangat rajin, banyak memberi bantuan pada bek kanan negara, Mahali jasuli, hantaran lintang yg merbahaya, kawalan bola kemas
kekurangan: hilang fokus terlalu awal, tumpul utk membuat jaringan, fizikal yg kecil.
Joe Cole
bukan pemain pilihan dalam skuad utama LFC, Dalglish lebih tertarik permainan Maxi Rodriguez yg boleh mencipta gol buat pasukan. namun, Cole tetap mahu buktikan sesuatu buat peminat LFC yang dia layak menyarung jersi Merah ini.
Kelebihan: Hantaran lintang merbahaya untuk umpanan Carroll di kotak penalti, larian deras, kawalan tengah yg baik, berupaya menjadi pemain tengah untuk menjana serangan, skil yang tinggi
Kekurangan: kecederaan paha merencat permainan beliau, sedikit longgar dalam bertahan, belum mempunyai kimia yang baik dgn pemain lain di atas padang
kedua-dua pemain ini merupakan perancang utama bahagian tengah. merekalah jantung serangan dari dua negara berbeza, Safiq Rahim kapten Malaysia yang naik namanya ketika ini. Meireles juga nadi utama skuad kebangsaan Portugal dan punca kebangkitan skuad Dalglish pada separuh musim 2010/2011. Safiq ada 2 gol dalam 2 caps terakhirnya bersama skuad negara. Walaupun tak dinafikan masih jauh bezanya antara dua pemain tengah ini, Safiq bakal menggunakan kelebihannya beraksi di tempat sendiri yang bakal menjadi mimpi ngeri buat Raul yg masih belum biasa dengan cuaca di sini.
Safiq Rahim
kelebihan: mampu membuat jaringan deras dari luar kotak penalti, membuka permainan dengan baik, cepat kembali ke pertahanan dalam situasi counter attack, pakar sepakan percuma, long-pass yg baik.
kekurangan: larian kurang laju, kawalan kurang kemas dan kerap hilang bola, fizikal kecil dan tenggelam jika lawannya bertubuh lebih besar.
Raul Meireles
Kelebihan: kaki kiri dan kanan kuat untuk jaringan jarak jauh, kawalan tengah yg mantap, bijak mencari ruang untuk hasilkan gol, long-pass yg baik, fizikal tegap untuk kekang pemain tengah lawan, rajin dan stamina tinggi.
kekurangan: kerja bertahan yg kurang efektif, perebutan bola udara yg kurang jika berhadapan dgn midfield yg lebih besar fizikalnya.
verdik: Meireles tak mempunyai masalah membolosi gawang Malaysia. untuk penguasaan tengah padang, memang dia pakar, saya jangkakan Safiq yg akan lebih penat mengejar penguasaan permainan Liverpool di tengah padang.
Shakir
bukanlah pemain utama skuad Malaysia ketika ini, Datok Rajagopal lebih berminat mengisi Amar Rohidan berbanding Shakir. Namun, Shakir pasti diberi peluang kerana aksinya yg konsisten dalam membantu Kelantan menjuarai liga super musim ini. Amar rohidan lebih bernasib baik kerana aksinya dilihat sangat baik jika diganding bersama Safiq rahim dalam kempen piala AFF tahun lepas.
Kelebihan Shakir: Terjahan kemas, hantaran ‘killer’ kpd penyerang, rajin dan dikenali sebagai ‘Kelantanese Gerrard’
Jay Spearing
– pemain muda dari akademi kebanggaan LFC. nadi utama bahagian tengah skuad Dalglish pada musim sudah, mempunyai terjahan yg keras dan berkesan, rajin dalam mengawal asakan pihak lawan, Rembatan kencang yg mampu merobek gawang negara.
Aidil dan Carragher mempunyai karisma yg sama. kedua-dua mereka ini ‘commanding center-back’ namun jauh bagi Aidil untuk disamakan dengan lagenda Liverpool ini. Aidil dan Carragher merupakan naib-kapten bagi kedua-dua pasukan ini. namun, apa yang tak mampu Carragher lakukan adalah menjaringkan goal free kick yang AWESOME dan bertaraf dunia.
Aidil Zafuan:
Fizikal yang kuat, bijak membaca gerakan lawan, berkepimpinan, mampu membuat jaringan, serangan udara yang baik, terjahan kemas.
Jamie Carragher:
Kapten Liverpool bagi Asia Tour kali ini, pengalaman luas, sangat berkarisma, kuat mengarah bentengnya, fizikal kuat,
Reina tiada dalam skuad LFC Asia Tour kali ini. kecederaan yg memaksa penarikan diri pemain kelahiran Sepanyol ini. Apa yang pasti, penjaga gol kebangsaan Australia, Brad Jones pasti mengisi kekosongan ini. Jones pastinya menanti ledakan penyerang-penyerang asia, kerana kempen kelayakan piala dunia bakal saja berlangsung. apa yang pasti, Khairul Fahmi pasti tidak duduk diam dalam aksinya kali ini. Fahmi perlu berhadapan penyerang England dan Belanda yang mungkin diganding bersama dalam perlawanan kali ini. Khairul Fahmi, pemain penting skuad Olimpik Malaysia yang kini berada dalam 12 pasukan terbaik Asia untuk bertarung bagi slot ke London 2012. Rajagopal pasti memberi peluang, penjaga gol ketika ini, Sharbinee Allawee. dijangkakan kedua-dua pemain ini bakal bertukar ganti dalam 2 separuh masa.
kelebihan Fahmi: Tangkas, cepat membaca arah bola dituju, lompatan tinggi, tangkapan dan tampanan bola yg baik, mampu menafikan sepakan penalti.
namun, kedua-dua penjaga gol kebangsaan ada kelebihan. Rakyat malaysia disajikan persembahan mantap Sharbinee dalam aksi kelayakan piala dunia menentang Taiwan.
Martine Hansen, dan Jones merupakan penjaga gol yg ada ketika ini. namun penjaga gol simpanan Liverpool jarang diuji dan tiada penampilan dalam perlawanan liga EPL. Norshahrul atau Safiq harus membuat ledakan awal ke pintu gol Liverpool bagi menguji kekuatan penjaga gol ini.
PEMAIN MUDA
Martin Kelly, Flanagan, Jack Robinson, Dani Wilson, Dani Pacheco, Andre Wisdom, Spearing dan Jonjo Shelvey merupakan bakat baru yg bakal menggegar bukit Jalil Sabtu ini. Namun, Dalglish pasti tertarik dengan bakat muda yang Malaysia ada iaitu Mohd Fadhli Sas. Fadhli merupakan ahli penting skuad Rajagopal ketika ini dan dia bergandingan dengan Mohd Aidil di pertahanan tengah Malaysia. pemain muda ini dilihat sangat kuat, dan mempunyai fizikal paling besar dalam keseluruhan skuad utama Malaysia walaupun baru berusia 20 tahun.
Fadhli satu-satunya pemain Malaysia yang mampu memberi tentangan fizikal buat Andy Carroll di udara mahupun asakan di atas padang. Malaysia masih lagi mempunyai pilihan lain seperti Muslim Ahmad yg merupakan gandingan bersama Fadhli ketika Malaysia menang kejuaraan AFF di Indonesia Disember lepas. Selain Fadhli, pemain muda lain seperti, Gurusamy pemain Defensif Midfield, dan Mahalli pemain bek kanan.
bakat muda Malaysia kini banyak beraksi di skuad Olimpik, dan 5 daripadanya beraksi dalam skuad senior: Fadhli sas, Muslim Ahmad, Mahalli, Khairul Fahmi dan Gurusamy.
KEMUNGKINAN LINEUP MALAYSIA XI
——————-K.FAHMI————————–
MAHALLI—AIDIL–FADHLI–ASRARUDIN
KUNALAN—-SHAKIR-SAFIQ—-AMIRUL
—————–HADI-NORSHAHRUL———–
KEMUNGKINAN LINEUP LIVERPOOL FC
——————-JONES———————–
FLANAGAN-CARRA-AGGER-ROBINSON
—————SPEARING———————
———MEIRELES—-ADAM—————
KUYT———CARROLL————–MAXI
ENGLISH VERSION COMING SOOON!! STAY TUNE WITH MY-LFC
Artikel berkaitan:
-
http://facebook.com/MuhammadAlimuddin Muhammad Alimuddin
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)







