You need to set up the menu from Wordpress admin.
Jul 20, 2011

Bagaimana ingin menjadi legenda Manshitter United?

Agaknya ramai orang bercita-cita ingin menjadi legenda, terutamanya dengan mudah dan tanpa setitik peluh pun. Sudah tentulah episod EPL tour di Malaysia baru-baru ini banyak memberi kenangan pahit manis kepada kita. Dari isu patriotisme yang dibangkitkan oleh media, jurulatih dan pemain sehinggalah ke isu ‘legenda segera’.

Sebelum ini, mungkin tidak ramai yang kenal akan Pravintheran Nair, tetapi selepas peristiwa 14 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil kita semua pasti akan kenal siapa beliau, remaja yang memakai kit Manshitter United dengan nameset Rooney yang duduk di dalam lingkungan 37,800 penyokong Liverpool yang hadir ketika sesi latihan. Beliau disuruh membuka jersinya (walaupun pada mulanya enggan, siap mencium badge setannya) dan akhirnya meninggalkan stadium (dengarnya kemudian kembali dengan jersi Malaysia). Insiden ini dirakamkan dan dimuat turun di laman youtube, dan seterusnya mendapat liputan meluas seluruh dunia, antaranya Daily Mail di UK. Menambahkan kehangatan, Wayne Rooney bertindak memuji tindakan pemuda tersebut dan menyifatkan beliau sebagai ‘legenda’ di dalam laman sosial twitter. Agaknya dengan pujian Rooney dijadikan inspirasi oleh orang-orang di sini yang agaknya mahu juga dirinya digelar ‘legenda’ dengan hadir pada hari perlawanan Liverpool – Malaysia pada 16 Julai dengan memakai jersi setan. Hasilnya, ‘legenda-legenda’ ini turut menerima akibat yang sama seperti Pravin. Tidak cukup dengan itu, baru semalam ketika sesi latihan skuad Chelsea, juga hadir seorang pemuda yang memakai jersi Manshitter United dan turut menerima akibat yang sama. Namun, hanya Pravintheran sahaja yang mendapat nama, korang-korang yang lain hanya mendapat malu dan kebencian. Jadi legenda ke?

Ada tak yang terfikir apa sebab rasional mereka? Nak menganjing? Nak tunjuk diri hebat? Buta sejarah? Dah bosan dengan kehidupan? Yang pasti tindakan mamat itu adalah bodoh. Bak kata seorang teman, “kalau nak tunjuk berani tu biarlah bertempat” bukannya macam mamat Pravin. Walaupun begitu, bagi pengikut-pengikut setan, Pravin dah jadi idola mereka, mungkin lepas ni dah boleh buat fan club pun… eh, dah ade page la untuk dia dalam FB, jangan tak tau yer. Malah ada juga penyokong setan yang menggunakan sokongan mereka terhadap Malaysia, hanya kerana menentang Liverpool. Patriotik ke tu?

Dan ini turut membuktikan bahawa rival Liverpool – Manshitter United akan terus berkekalan selamanya. Kita tidak memerlukan orang sebodoh ini untuk berjuang buat kita kerana kita tidak akan jalan seorang diri.

Artikel berkaitan:

  1. Blog: Apa Yang Anda Rasa Jika Menjadi Peminat Liverpool?
  2. Liverpool tidak akan menjadi seperti Red Sox dibawah pimpinan Henry John
  3. Liverpool Ingin Giovanni Dos Santos
  4. Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina ingin tinggalkan Liverpool
  5. Preview BPL: Liverpool V Manchester United

Info penulis

Ijam, penulis blog yang sudah lama berkecimpung dalam penulisan artikel Liverpool. Pengalaman beliau, bersama menyokong pasukan Liverpool diterjemah dengan baik dalam penulisan beliau. Lazimnya, artikel seperti Review dan Preview setiap perlawanannya banyak mendapat pujian pembaca setia My-LFC. beliau juga antara blogger aktif di Forum My-LFC.

  • http://alazrul.blogspot.com/ AL AZRUL

    legend la sgt, klu legend, staraf la dgn cantona, soljkaer dn yg lain2 tu… pravin bleh la msuk old trafford free lps ni, legend la katakan…. $#@#^@$#%#

    klu team malaysia skor sbb smngat red devil wat ape, lgi tk patriotik, ckap pndai, belit2… coach pun sma, sndri pun jarang nk pkai jersi mlysia time game, ckp bnyak…

    p/s : Liverpool memang byk musuh… Itulah kehebatan Liverpool, org akan sntiasa jeles dan terus jeles…

  • http://Enteryourwebsite... zam RR

    legend hapa kalu kena pelangkung hari tu pegi mampos kau sapa nak tlg? mahkluk huduh no 10 mu tu nak ke tlg kau mangkuk?? bodoh tahap bangsat btl la fan mu ni. sampai mati dorg xbleh terima hakikat kehebatan LIVERPOOL!!! fuck rajagopal fuck safi fuck safiq sbb 3 eko ni aku dh meluat kat team malaysia!!! bodoh!!!

  • Riyzal

    Majoriti india yg aku knl mmg kaki Manu, org2 lama n tau history je minat ngn Lfc, kerana 2 tragedi stadium runtuh dulu, the reds trus trkapai2 dlm liga.seluruh dunia boikot n trus bencikn lfc, sampai skrg pn masih terase…

More in Komen & Pendapat (1 of 10 articles)