You need to set up the menu from Wordpress admin.
Jul 18, 2011

Segelintir pemain telah hilang hormat kami!!

Terus terang, saya penulis dalam blog ini mewakili puluhan ribu peminat malaysia dan liverpool yang di dalam atau di luar stadium nasional sabtu lepas, hilang hormat terhadap segelintir individu skuad harimau malaya yang kami sanjung seumur hidup kami. Sentimen perkauman, kenegerian, ke’kelab’an perlu dikikis dalam isu bola sepak di tahap profesional. isu yang kecil, yang dianggap berseloroh dan bergurau oleh pemain ini. seseorang pemain tak perlu keluar kenyataan dia menjaringkan gol, di atas kenegerian atau kelab dia yg merupakan seteru utama pasukan lawannya.

sebelum ini, Safee membuat kenyataan 2 gol yang diciptanya mungkin daripada semangat seorang fans Man Unitedd seteru kuat Liverpool FC. dan ini tidak patut sama sekali dikeluarkan dari mulutnya kepada press. sangat kebudak-budakkan dan jelas sikap yang tidak profesional. apa yang kami harapkan komennya adalah gol yg tercipta adalah dari semangat MALAYSIA dan sokongan ribuan peminat tempatan di dalam stadium walaupun berbaju merah. Namun, Datuk Rajagopal juga menyifatkan kurangnya patriotik peminat bola tempatan apabila mereka lebih rela menyarung jersi merah dari jersi kebangsaan kita. walaupun hanya 90 minit ini sahaja. – kata rajagopal. persoalannya, Warna melambangkan patriotik kah? kenapa terbangkit isu ‘patriotik’ HANYA dalam match Liverpool vs Malaysia? KENAPA?

saya lebih berminat, memetik quote dari rakan2 Facebook penyokong Liverpool yang rata2 kecewa dengan ‘statement’ yg diberi pemain berkenaan

Good morning Malaysian Reds! This is my thought of the day!

Experience can’t give them (Malaysia XL) dignity. They only improve but not moving forward unless they stop thinking of being small team and act like a big team.

Rajagopal (despite his lack of fashion taste) and Safee both should know how to face with other international football giants with respect towards your own supporter. However, he’d turn his back with a foul statement because you like other football team better. Some of your loyal supporter is also Liverpool FC supporter. Remember that.
Malaysian by birth Liverpool by choice. BY CHOICE!! We have chosen to support Malaysia and Liverpool together. Which team is winning it doesn’t matter!

Honestly, I just want to be spoiled with every glorious moment with Liverpool FC. It’s their first appearance here in Malaysia for God’s sake!

Is it that hard to understand our passion for football that certain people have accused us for being non patriotic? What are they lunatic, blind or deaf?

Have not they heard how crazy Malaysian in Liverpool jersey screaming when our beloved Malaysian XL football team scores a goal?

YNWA!

-Adalbert Waffling

Ada juga segelintir page, penyokong tegar Harimau Malaya terus terusan mengkritik peminat LFC yang memenuhi SNBJ dengan warna merah. langsung tak patriotik, begitu juga Rajagopal yang meminta minta (akhbar pada hari sblm match berlangsung) pakaian biru/kuning kebangsaan dipenuhkan di Bukit jalil.

Yang pelik nya kenapa isu ‘patriotik’ baru berkumandang pada game LIVERPOOL ASIA TOUR?? isu ni lebih berat apabila, banyak status/twitt yang tak sepatutnya keluar dari pemerhati luar dari stadium. Saya berani kata, siapa yang ada dalam stadium tu mesti tahu apa keadaan sebenar yang berlaku. Tengok saja, ulangan di ASTRO waktu gol mana sorakan paling kuat kami tujukan? sewaktu kedudukan 3-4 bergegar stadium jeritan MA-LAY-SIA. sampaikan tergopoh Kyrgiakos dan Wilson nak bertahan diasak ketangkasan serangan Amirul Hadi-Safee dan Ashaari.

Isu peminat MU yg silap 'kandang' pada Khamis(sesi latihan) jadi perhatian dunia dan mungkin penyebab isu ini diperbesarkan

isu ini kemudian di putar belit segelintir peminat Man Utd sendiri yang kononnya membelakangi Rajagopal, Safiq dan Safee. bila  puak ‘Man Utd’ dan mula bersekongkol, isu makin panas.. Klik saja mana2 page LFC di Malaysia mesti kaw-kaw membambu 3-rangkaian yang menjaja nama ‘Man Utd’ berbanding semangat cakar ‘Harimau Malaya’. Saya peminat setia Safiq, Safee tapi kenyataan mereka jelas mencalar hati kami.

Cara Safee sambut gol ke-3 juga dilihat menghina rakyat Malaysia yg berbaju merah ini. dia meluru kearah fan LFC ini kemudian buat u-turn utk sambut gol bersama pemain lain hanya di depan pintu gol

HEYY FAN MAN UTD baca ni!!

Namun, UTUSAN hari ini melaporkan Safee sangat memohon maaf diatas ketelanjuran yang dilakukan. Dia tak menyangka ‘gurauan’ nya itu menyentuh hati ramai pihak. dan pasti, isu sebegini tak kan berulang lagi. Sebagai peminat LFC, maaf ini kami terima dgn hati terbuka. tapi ini mungkin, belum cukup memuaskan hati fan LFC yang lain selagi belum mulut Safee sendiri yang berkata di media elektronik lain. Rajagopal juga tak mengeluarkan kata-kata seperti ini,  walaupun umum tahu, Raja juga merupakan peminat MU. jadi minta rakan lain beri peluang kedua buat 3 serangkai ini yang merupakan permata bolasepak negara kita.

Mereka perlu berlajar dari kesilapan ini, dan memastikan isu sebegini tak berulang lagi. ingatlah, yang datang 85ribu orang di stadium adalah rakyat malaysia mejoritinya, kami lebih terharu jika Safiq dan Safee menyambut jaringannya bersama2 85ribu peminat di dalam stadium. ini adalah perlawanan persahabatan dan bukannya perlawanan akhir piala eropah antara MU dan Liverpool. Kami sentiasa dibelakang harimau malaya untuk membaham 2 ekor lagi singa selepas ini. Singa dari seberang adalah lebih penting dari bangau dan singa dari England ini.

p/s: kpd pihak fan LFC, Harimau Malaya yg berkecil hati dlm post ini, saya mohon maaf. ini demi bolasepak tempatan dan demi kelab Liverpool yang kami ‘Pilih’. kalau ada yang tak dapat memaafkan segelintir pemain ini, ingatlah kita masih di belakang ‘Harimau Malaya’.

YNWA, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Artikel berkaitan:

  1. Torres: “Kami bersama Roy”
  2. Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI
  3. Hari ini dalam sejarah untuk kami…..
  4. Henry: “Liverpool harus mendapatkan pemain Muda”
  5. Standard Chartered mahu Liverpool mendapatkan pemain Asia

Info penulis

merupakan salah seorang admin aktif di my-lfc. Mula ber blog mengenai liverpool di website lama my-lfc, yang kini beroperasi sebagai forum sepenuhnya. Salah seorang pengasas my-lfc.

  • http://Enteryourwebsite... KinabaluReds!

    Justice for the 85k! Admin, is it more appropriate to use Harimau Malaysia rather than Malaya as We Sabahan also support our country’s football team. Just my 2cents. YNWA, Tanah Tumpahnya Darahku!

  • http://Enteryourwebsite... amirul

    saya sangat bersetuju dengan artikel penulis ini, sebelum ini saya merupakan peminat setia safee & raja, tetapi kenyataan mereka amatlah menyentuh hati saya yg dilahirkan sebagai penyokong Malaysian tetapi memilih LFC sebagai kelab kesayangan saya.Terus terang kenyataan yang jenkel itu membuatkan saya meluat mendengar bukan kerana mereka Man U(banyak kawan saya MAnU) tetapi seolah mereka bermain menwakili MAnU. Bagi saya … pemain ManU akan saya benci seumur hidup saya dan itu pendirian saya.. Saya menyayngi pasukan Malaysia tetapi bukan Manut 3 ekor tuh…YNWA **** Manut

  • http://Enteryourwebsite... peminat tegar

    Saya turut tidak berpuas hati dengan kenyataan dua orang mamat ni…mempertikaikan soal baju yg dipakai..ni baru 6-3..kalau 4-3…lagi kuat menyalak pasal jersi..sepatutnya pada perlawanan yang kononnya skuad negara main macam seakan2 anfield…itu satu ujian mental n fizikal..seakan2 main kat gelanggang keramat lawan..apa lah susah sangat..takkan asyik nak manja je nak rasa mcm main kat tempat sendiri..konon kata kena berkorban 90 minit seumur hidup pakai jersi malaysia…kesetiaan kami bukan pada jersi…kami tetap bersorak utk pasukan negara. saya sendiri pakai mafla malaysia..walaupun jersi liverpool…ini selepas berpuluh tahun liverpool datang malaysia…lepas ni tak tau bila lagi…kenapa plak tak bagi peluang 90 minit pada kami pakai jersi kelab yg kami suka?

  • http://j Alex

    Eleh..diorg nk jd kn semangat Man Utd sbg pembakar semangat je..diorg nk cuba yg terbaek utk lwn tem EPL..tu pn nk emo lebih2 apahal?Ke xleh trima diorg fan MUFC not LFC..You’ll Never Win Anything

  • http://Enteryourwebsite... apiszh

    apa ke bodoh korang ni, ini pun nak jadi isu. abis korang sokong kelab liverpool boleh lak? yang dia tu takde hak? apasalahnya kalau dia berterus terang .korang memang bodoh dan bangang . hak individu masing nak jadikan mana2 kelab sebagai inspirasi. takkan nak jadikan kelab bangau yang dah lama tak pegang apa2 piala sebagai inspirasi ? owh ok. aku tau korang akan type 18+ 5 = LOL epic history chnalle club xD

  • http://Enteryourwebsite... zam

    safee mmg bodoh,,,raja pun bodoh,,,safiq pun bodoh,,,evn aku pakai jc liverpool n peminat tegar liverpool tp aku sorak utk MALAYSIA utk korang smpy aku demam2 n hilang suara tp KORANG BERTIGA MMG BODOH!!!aku xkn sokong korang lg dh pasni selagi korg dlm Harimau Malaya!!!

  • http://Enteryourwebsite... zulfirdaus

    hi all.
    saya tertarik dgn apa yang ditulis dlm petikan ini.
    sy peminat malaysia, dan penggemar bolasepak.
    Isu ini sbnrnya kita kena lihat pada awlnya lagi.
    Tindakan raagopal mengeluarkan statement akhbar tersebut merupakan rentetan yg dialami pada perlawanan menentang arsenal. Anda baca ke tidak kisah tersebut?
    Pada perlawanan trsbt, skuad malaysia dikutuk, dimaki atas persembahan hambar. yg jelas, mereka adalah rakayat malaysia yang mengutuk pemain kita. Jika anda berada ditempat mereka, apa reaksi anda?
    Statement anda diatas juga adalah menunjukkan semangat memilh pasukan. Jikalu raja dan safee bukan peminat manU mesti anda tidak bising macam ni. Tepuk dada, tanya diri kita. Apa yg disampaikan oleh safee adalah sbg menjukkan kpd peminat malaysia bahawa kita boleh. tp, kbnykkan peminat malaysia macam lalang.. bila menang disanjung, bila kalah dikeji. macamana kita nak maju. sbb tu la pembangunan bolasepak kita lembab. mak bapak tak berani nak dorong anak2 kembangkan bakat dlm bolasepak kerana disebabkan attitude kita yg merosakkan bolasepak malaysia. Sy percaya jikalau liverpool menang 6-0 pada malam tempohari, pasti pasukan malaysia akan dikeji. Mereka2 yang memuji pemain kita pada mlm itu pasti akan mengutuk pasukan malaysia.

  • http://Enteryourwebsite... jeragon

    sangat tak setuju dengan artikel bodoh ni. Aku sebagai peminat arsenal pun rasa malu dengan sikap yang ditunjukkan pada game malaysia vs arsenal. Lebih ramai yang memakai jersi arsenal dari jersi kebangsaan. Bila membabitkan negara kita perlu sedar mana yang lebih utama, bersorak bila pintu gol negara dibolosi?? Ini pengkhianatan secara terang. Warna jersi tak melambangkan patriotik?? Tapi kenapa ada video menunjukkan pada hari latihan liverpool seorg penonton yg memakai jersi man.u diarah untuk buka baju?? Bukankah warna jersi merupakan isu sensitif disini. Saya juga antara peminat epl, tapi jgn sampai mentaliti kita dijajah. Kita sepatutnya bersama2 beri sokongan padu pada skuad negara. Harimau malaya adalah maruah kita. Kita perlu sedar kita akan lebih disegani jika skuad negara kita mampu tumbangkan gergasi epl. Berubah lah peminat epl malaysia, tak salah minat tapi jgn sampai membelakangkan negara!!!

  • http://Enteryourwebsite... Tears AMS

    Saya dari Arsenal Malaysian Supporters telah nampak perkara ini akan berlaku. Bila disebut mengenai patriotik, anda rasa terpanggil dan juga kecewa kerana anda merasakan seolah-olah anda dituduh tidak patriotik.

    Persoalannya, kenapa anda perlu terasa sedangkan kami sebagai penyokong arsenal telah ditembak bertubi-tubi sebelum itu bukan sahaja di radio ‘panas’ FM, malah ultras malaysia juga menembak kami.
    Kami sudah mengagak akan ada provokasi dari ultras malaysia kerana kebanyakan yang berada di dalam ultras malaysia adalah penyokong “syaitan merah”.

    Kepada Ultras Malaysia, cukup-cukupla “kepoyoan” anda, lakonan anda tak akan membawa anda ke pentas kemahsyuran, malah anda akan terus dibenci seperti mana kebanyakan fan arsenal sudah membenci panas fm.

    Kepada fan liverpool, anda bernasib baik kerana tindakan anda, “kepatriotikan” anda tidak dibincangkan di dalam radio. Cuma sebagai rakyat yang di didik dengan adab mulia, tindakan segelintir penyokong anda memprovokasi penyokong syaitan merah untuk menanggalkan baju amat memalukan. Dan ianya tidak dibincangkan di dalam radio. bayangkan kalu penyokong arsenal yang melakukan sedemikian, sudah tentu penyokong arsenal telah dicopkan sebagai tidak bertamadun. Tapi Alhamdulillah, kami tidak melakukan perkara sedemikian walaupun ada syaitan merah yang duduk bersama kami sepanjang perlawanan tersebut.

    Akhir kata saya pon bukannya baik, tapi lebih baik dari orang yang berlakon konon-konon baik.

  • gerrard

    Kahkah… Scouser celop sentap kah… Pasal benda ni pun nk merajuk mcm pondan kl…akhirnya wa sbg supporter liverpool sejak smlm mengaku fan the kops ni mng mudah sentap….

  • http://Enteryourwebsite... cleonlyn

    perkara yang sama berlaku selepas game malaysia/arsenal dimana Hot FM telah manjadikan semangat patriotik penyokong Arsenal sebagai topik…

  • http://Enteryourwebsite... ruffboyz

    ah g mampos r ngan patriotik! ape aku dpt?? minyak makin naik! harga brg naik!! baek korang keje bgs2 dari memikirkan smngat patriotik yg ntah pape kotang tau ke x maknanya… sbgai fan liverpool aku amat bengang dgn provokasi dari pihat syaitan merah! dari awal lg dorang da main kan isu ini, mse setan dtg dlu penuh stadium dgn warna merah..xde ape isu patriotik pon keluar… siap player kita plak nk bertukar jersi setan sial tu…. time liverpool dtg bukan main lg….bodoh btol!!! drpd aku smangt nk dtg stadium tgk mesia lawan trus xsmangat da… korang main je la ye aku tgk kt tv jer…

  • http://Enteryourwebsite... Del

    Ape masalah nyer dengan komen safee tue. Aku pn x paham korg2 nie nk jd kan issue. Die mengambil INSPIRASI sbg peminat United utk membuat yang terbaik utk MALAYSIA. So..ape masalah nyer kt ctu? Just an inspiration for Safee tue perform better FOR MALAYSIA. I dont think it’s a problem.

    Lagi satu, tak salah jugak KING RAJA mintak RAKYAT MALAYSIA utk memakai jersi Malaysia. Kalau dia x mintak kt rakyat Malaysia utk pkai jersi Malaysia..sape lg nk pakai?

  • http://www.manutd.com mymanutd

    what i want to say is, you’ll really DESPERATE !!

  • http://Enteryourwebsite... malaysia tegar

    la….yg penyokong united kene pakse bkak baju tuh….patriotik sgt pasal sokong liverpool la tuh…hahahhaha….psal neh pown nk teguris hati ke….da ko mmg penyokong tegar liverpool kn…x leh kate ape la….ckp pape pon ko ttp nk menang……tpulang la…..masing2 ade minat,ade idola,….jgn piki org laen…piki diri sendiri dah la….knape?????….kite persoalkn hal org laen…..hal kite pon x mustahil org laen nk persoal kn……

  • musuh kallang roar

    mana komen saya abang?

  • http://Enteryourwebsite... nonet

    kalau aku pulak langsung malas nak tgk malaysia main,kira awak masih lagi ada hati nak tonton kat tv?? hari khamis ni baik tgk cerita seram – You Saka You Pegi Jauh Jauh, lagi layan…tak pun aku doakan agar khamis ni biar rumah aku sorang jer yg tak ader bekalan elektrik..no hal punya. aku tak kan tgk

  • nonet

    kalau sy nk tgk live kat tv pun dah malas dh,awak masih ada hati nak tgk lagi kat tv..khamis ni baik tgk cerita seram You Saka You Pegi Jauh-Jauh lagi layan..

  • Adilzakri

    go to hell la safee sali n sapik rahim… dgn singapore pun xley makan…

  • reina

    bodoh la FAM ni, kalau psl jersey pun nak patriotik bek x payah lwn dgn kelab epl, suruh je kelantan atau selangor lwn dorg.. gua byr tiket sekati la nak pakai baju ape pun bkn lu byr tiket gua..

  • SAF

    19

  • Hagemaru1986

    korang sape..?? penganalisis sukan..?? sbb terkne kat korg..:)

More in berita LFC,EPL - laporan (1 of 16 articles)