You need to set up the menu from Wordpress admin.
Oct 17, 2011

Tuduhan Evra terhadap Suarez: Liverpool mahu keadilan!

Selepas Patrice Evra membuat kenyataan mahu tindakan FA diambil terhadap Luis Suarez yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap beliau, pihak pengurusan Liverpool turut memohon agar tindakan lanjut turut dikenakan kepada Evra sekiranya terbukti Suarez tidak bersalah. Malah, kita turut menuntut agar Evra dikenakan tindakan di’haram’kan oleh England FA.

Menariknya, Evra yang membuat dakwaan berkenaan telah memfailkan bantahan beliau hanya selepas berakhirnya perlawanan antara Liverpool dan Manchester United Sabtu malam lepas, dan bukan semasa perlawanan kepada pengadil perlawanan malam tersebut,Andre Marriner. Manakala Suarez telah membuat kenyataan peribadi melalui laman twitternya dengan menyatakan bahawa beliau amat bersedih dengan dakwaan berikut dan menyatakan tidak berlaku demikian.

Menambahkan kerumitan, setakat ini tiada seorang pemain Manchester United pun yang menyokong dakwaan Evra. Dan menariknya, ini bukan kali pertama beliau membuat dakwaan berkenaan. Pada tahun 2008, beliau telah mendakwa pegawai di Stamford Bridge telah menghina beliau secara perkauman – yang terbukti tidak benar dan akibat itu, beliau telah digantung 4 perlawanan dan didenda £15,000 oleh England FA. Sebelum itu, beliau pernah mendakwa bekas pertahanan kita, Steve Finnan yang turut terbukti tidak bersalah.

Tepuklah dada tanyalah diri anda, Evra sebenarnya memang ingin mencari populariti segera yang kian tidak dikecapi sekian lama. Jeles lettew….

Artikel berkaitan:

  1. Roy: Ronaldinho & Suarez hanya khabar angin
  2. Luis Suarez? Sama seperti Comolli janjikan
  3. Negredo dijadikan pelan sokongan jika tawaran untuk Suarez gagal
  4. Pengumuman rasmi: Liverpool sign Suarez
  5. Antara Fernando Torres, Andy Carroll, Luis Suarez dan Ryan Babel

Info penulis

Ijam, penulis blog yang sudah lama berkecimpung dalam penulisan artikel Liverpool. Pengalaman beliau, bersama menyokong pasukan Liverpool diterjemah dengan baik dalam penulisan beliau. Lazimnya, artikel seperti Review dan Preview setiap perlawanannya banyak mendapat pujian pembaca setia My-LFC. beliau juga antara blogger aktif di Forum My-LFC.

  • Azlan Strider

    isk..isk..berani kerana benar..hehehe..evra pun reti nak cari populariti murahan…igtkan artis je yang camtu..hahaha…

  • aniq superfly

    nate berok evra main tuduh uduh pulak
    suarez

More in berita LFC,Kemaskini Pemain (1 of 5 articles)