Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima. Satu kemenangan yang sangat penting dan yang penting memberi kita suntikan moral menjelang pertengahan musim nanti.
King Kenny buat kali pertama menyenaraikan Jonjo Shelvey di dalam kesebelasan utama, dan ternyata pemain muda ini tidak menghampakan, dan kembali menurunkan Bellamy di dalam kesebelasan – dan beliau ternyata membalas kepercayaan King Kenny dengan memberi gol pertama pada minit ke-11, apabila menyudahkan tangkapan tidak kemas Brad Guzan.4 minit berselang, Bellamy yang mengambil tendakan sudut disudahkan melalui tandukan Martin Skrtel yang cantik menerjah gawang sebelah kiri Villa. Kita turut mendapat beberapa peluang untuk menambahkan jaringan, terutamanya 2 percubaan cantik Luis Suarez malangnya terkena palang dan tiang. Namun begitu, kita berpuas hati dengan keputusan ini kerana 3 mata adalah sangat penting buat kita.
Tampak gayanya rekod tempat lawan kita musim ini sangat ‘awesome’ setakat ini. Diharap kunjungan ke Wigan awal Khamis nanti akan memberikan kita satu lagi senyuman. YNWA
skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Adam, Shelvey (Carragher), Henderson, Downing, Bellamy (Kuyt), Suarez (Carroll)
Artikel berkaitan:
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)

