You need to set up the menu from Wordpress admin.
Dec 27, 2011

Post Reviu BPL: Liverpool 1 Blackburn 1


Malam tadi, kita diikat seri dengan pasukan tangga ke-20 liga ketika ini, Blackburn Rovers. Pastinya satu keputusan yang mengecewakan, apatah lagi ia berlaku sekali lagi di Anfield. Keputusan seri ini merupakan yang ke 5 daripada 6 pertemuan terakhir di Anfield semenjak Oktober. Satu perkara yang merisaukan kerana kita dilihat banyak kehilangan 2 mata di situ.

King Kenny kembali meletakkan gandingan Carroll dan Suarez di hadapan, mungkin sebagai persediaan sebarang kemungkinan apabila Suarez mula menjalani penggantungan 8 perlawanan di bulan Januari kelak, dan apabila melihat nama kapten kita, Steven Gerrard, di dalam barisan simpanan ternyata memberi suntikan moral kepada kita semua. Seperti yang dijangka, kita mengasak kubu Blackburn bertali arus namun mereka terlebih dahulu mendahului kita dengan jaringan sendiri Charlie Adam pada akhir separuh masa pertama. Namun, pada 8 minit separuh masa kedua bermula, Maxi Rodriguez sekali lagi menceriakan kita dengan menanduk masuk hasil volley Skrtel yang mengekalkan keputusan sehingga tamat dengan 1-1. Highlight perlawanan malam tadi adalah apabila Steven Gerrard dimasukkan pada separuh masa kedua yang menerima ‘standing ovation’ daripada penyokong kita di Anfield. Satu perkembangan yang baik sebenarnya apabila melihat kapten fantastic kita kembali.

Sekalipun seri, harapnya kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada secepatnya kerana kita bakal berhadapan pada saingan Januari yang lebih padat, termasuklah 2 perlawanan timbal balik Piala Carling nanti. Harapnya King Kenny dapat membawa masuk seorang penyerang baru nanti…. kerana kita benar-benar buntu tentang ‘natural finisher’. YNWA

Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Henderson, Maxi (Bellamy), Downing, Carroll, Suarez

Artikel berkaitan:

  1. Post Reviu: Wigan 0 Liverpool 0
  2. Post Reviu: Liverpool 1 QPR 0
  3. Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
  4. Post Reviu: Fulham 1 Liverpool 0
  5. Post Reviu BPL: West Ham 3 Liverpool 1

Info penulis

Ijam, penulis blog yang sudah lama berkecimpung dalam penulisan artikel Liverpool. Pengalaman beliau, bersama menyokong pasukan Liverpool diterjemah dengan baik dalam penulisan beliau. Lazimnya, artikel seperti Review dan Preview setiap perlawanannya banyak mendapat pujian pembaca setia My-LFC. beliau juga antara blogger aktif di Forum My-LFC.

  • Edisyahriz

    Kenny Dalglish telah membawa impak pd tim dgn majority of average players like Downing , Henderson , Charlie adams ,. peluang-peluang gol yg dicipta sepertinya memerlukan TOP QUALITY STRIKER utk menyudahkannya. dan Downing sepertinya tidak boleh menjadi WINGER DUNIA seperti Nani , Angel Di Maria , Flrent Malouda , Juan Matta , ohhh sedih sekali. new winger dan new striker

More in berita LFC,EPL - laporan (1 of 5 articles)