You need to set up the menu from Wordpress admin.

Kisah My-LFC

My-LFC ditubuhkan sekitar MEI 2008.

Bermula dari sebuah forum kecil, user berdaftar sekitar tahun itu hanya 20-30 orang. Berikutan itu, langkah demi langkah diambil beberapa user web my-lfc untuk membuat promosi web. Beberapa poster diedar di sekitar kedai mamak di kelana jaya, sungai buloh dan beberapa cawangan 7 eleven di kawasan tersebut. founder web iaitu saya sendiri bersama beberapa user seperti Encik Anuar, Predator dan beberapa yang lain memulakan langkah awal ini. setelah setahun melangkau, user web meningkat hasil dari carian web dan promosi ke web forum lain. Meningkatnya jumlah user, membuatkan forum semakin aktif dengan berbagai respon dan komen mengenai Liverpool. Pada Mei 2009 gath pertama kalinya diadakan di Bangi. Namun, kehadirannya tidaklah begitu baik dan aktiviti futsal pada malam itu diteruskan dengan hanya 2 pasukan saja yang dapat dibentuk. Setahun berlalu, web my-lfc masih diketuai sdr.Anuar. Banyak sumbangan beliau kepada web dari segi kewangan mahupun aktiviti. hujung 2009, majlis berbuka puasa pula dirancang. begitu juga dengan rombongan beberapa user forum ke Sg.Petani Kedah untuk melawat kafe burger Anfield yang dikatakan terkenal dengan fanatik Liverpool di kawasan utara. Pada ketika itu, Sdr. Razali (Xali Alonso) mengetuai rombongan. dan ketika itulah juga, Sdr Anuar menyerahkan tugasnya kepada Xali bagi mengetuai My-LFC hingga kini.

web my-lfc pada 2009

Tahun 2010, ribuan peminat sudah berjaya dikumpul di laman Facebook. Begitu juga user berdaftar di web sudah menjangkaui 900 orang. Aktiviti yang diadakan juga sudah aktif, seperti acara futsal bulanan yang rata-rata kehadiran yang memuaskan. My-LFC kini mempunyai page blog dan forum, yang telah dipersetujui untuk di asingkan, dan tidak digabung seperti dulu.