You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles by " Ijam"
Jan 13, 2012

Gerrard untuk LFC selamanya

Kapten merangkap bintang legenda kita, Steven Gerrard, telah menandatangi lanjutan kontrak jangka panjang, dalam tempoh 24 jam selepas membantu kemenangan kita di Stadium Etihad awal pagi Khamis lepas.

Ini adalah kelab yang saya sayangi dan sokong ketika saya masih muda. Saya mendokongi impian untuk menjadi ketua pasukan kepada salah sebuah kelab yang terbesar di dunia. Saya amat teruja untuk hadir setiap hari dan juga pengalaman yang saya perolehi semenjak saya berusia 8 tahun lagi, iaitu kali pertama saya ditandatangani bersama kelab ini, yang tidak akan saya ubah selamanya, saya ingin melanjutkannya dan berharap dapat memperoleh kejayaan melalui jersi merah (Liverpool) ini, adalah sesuatu yang saya ingin selalu capai

Lanjutan kontrak ini juga membawa kepada tugasan duta Liverpool FC selepas beliau menggantung but kelak. Ini turut bermakna kita akan memperoleh khidmat Gerrard selamanya. Terima kasih, captain fantastic

30 FAKTA MENARIK STEVIE G YANG HARUS KITA TAHU
1. Lahir di Whiston pada 30 Mei 1980 atas nama Steven George Gerrard. Memulakan karier bersama Whiston Juniors dan bakatnya dikesan oleh Liverpool pada usia 8 tahun.
2. Menyertai Liverpool pada 1988 dan menandatangi kontrak profesional pertamanya pada 1997 ketika berusia 17 tahun.

3. Debut bersama LFC sebagai pemain gantian pada 29 November 1998 ketika perlawanan menentang Blackburn menggantikan Veggard Heggem yang cedera ketika perlawanan.
4. Aksi Eropah pertama ketika menentang Celta Vigo dalam Piala UEFA menggantikan Jamie Redknapp.
5. Menjaringkan gol pertama di peringkat senior pada 5 Disember 1999 ketika kemenangan 4-1 ke atas Sheffield Wednesday
6. Dinamakan Pemain Muda Tahunan PFA pada April 2001
7. Menggalas tugas sebagai kapten pasukan dari Sami Hyppia pada 15 Oktober 2003 selepas menandatangani lanjutan kontrak 4 tahun.
8. Ketika dinamakan ketua pasukan Liverpool, beliau menyatakan “saya pernah melihat John Barnes dengan armband captain dan berharap suatu hari nanti akan menggalas tugas demikian untuk pasukan yang saya sayangi”
9. 8 Disember 2004, Gerrard menjaringkan gol penting buat Liverpool yang didahului untuk menumpaskan Olympiakos dan seterusnya layak dari peringkat kumpulan Champion League. Gerrard kemudiannya memberitahu majalah The Times pada tahun 2009 bahawa jaringan tersebut adalah jaringan terpenting baginya, walaupun bukan yang terbaik.
10. Pada 2005, beliau menduduki tangga ketiga undian untuk Ballon d’Or, pengiktirafan tertinggi untuk pemain bolasepak di benua Eropah
11. Dinamakan Pemain Terbaik perlawanan pada perlawanan akhir Champion League 2005 dan seterusnya dianugerah Pemain Terbaik Kelab UEFA pada tahun yang sama.
12. Pada April 2006, beliau menjadi pemain pertama selepas John Barnes pada 1988 yang dicalonkan sebagai Pemain Tahunan PFA.
13. Apabila beliau menjaringkan 2 gol ketika final Piala FA menentang West Ham menjadikan beliau satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan akhir (FA Cup, League Cup, UEFA Cup dan Champions League)
14. Menjaringkan gol pada penampilan ke 400 beliau bersama Liverpool pada 28 Oktober 2007 ketika menentang Arsenal.
15. Membuat penampilan ke-100 untuk Liverpool dalam pertandingan Eropah ketika menentang Real Madrid pada 10 Mac 2009 dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
16. 3 hari selepas perlawanan tersebut, Zinedine Zidane telah mengiktiraf sebagai ‘Pemain Terbaik Dunia’. Menurut beliau “Adakah beliau yang terbaik di dunia? Mungkin tidak mendapat perhatian seperti Messi atau Ronaldo, bagi saya dia adalah yang terbaik”
17. Menjaringkan hattrick pertama beliau di dalam Liga Perdana pada 22 Mac 2009 apabila membantu membenam Aston Villa 5-0.
18. Pada 2010, The Guardian menamakan Gerrard di dalam skuad World XI, skuad yang mengumpulkan pemain terbaik dunia.
19. Gerrard menduduki tangga kedua di belakang Kenny Dalglish di dalam undian 100 Players Who Shook the Kop
20. Debut bersama England pada 31 Mei 2000 ketika menentang Ukraine
21. Jaringan antarabangsa pertamanya adalah ketika kemenangan 5-1 England menentang Jerman pada September 2001
22. Penjaring terbanyak England untuk kempen Piala Dunia 2006 dengan 2 jaringan, ketika menentang Sweden dan Trinidad & Tobago.
23. Pada kempen Piala Dunia 2010, Gerrard merupakan satu-satunya pemain paling berpengalaman dengan 80 penampilan buat England
24. Beliau telah dicalonkan sebanyak 6 kali untuk Anugerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA sepanjang kariernya
25. Membuat 564 penampilan buat Liverpool, yang kesepuluh tertinggi di dalam sejarah. Alan Hansen 620 penampilan manakala King Kenny 515 penampilan.
26. Dan menyumbang 144 gol menjadikan beliau ke-9 tertinggi buat Liverpool, hanya kurang 7 daripada Harry Chambers
27. Beliau dinamakan Pemain Terbaik Football Writers Association pada 13 Mei 2009, menjadikannya pemain Liverpool pertama memenangi anugerah ini dalam tempoh 19 tahun.
28. Beliau menjaringkan satu-satunya gol ketika seri menentang Olympique Marseille pada Champions League, namun menjadikan beliau satu-satunya pemain selepas John Aldridge pada 1989 yang menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut
29. Beliau telah dipilih oleh Councillors of Knowsley sebagai Freeman of the Borough pada 13 Disember 2007. 2 minggu berikutnya, beliau telah dipilih sebagai Member of the Order of the British Empire oleh The Queen in The Queen’s New Year Honours List untuk pengiktirafan di dalam sukan.
30. Menerima pengiktirafan oleh Universiti John Moores Liverpool pada 26 Julai 2008, juga atas pengiktirafan untuk sumbangan di dalam bidang sukan.

Jan 12, 2012

Separuh langkah ke Wembley: Manchester City 0 Liverpool 1

Awal pagi tadi kita telah berjaya memperoleh kelebihan yang sangat penting untuk dibawa ke Anfield, dengan menundukkan tuan rumah, Manchester City dengan jaringan 1-0. Terima kasih kepada jaringan penalti kapten fantastic kita, Steven Gerrard, pada minit ke-13, yang kekal sehingga wisel penamat.

Kita bermula garang pada awal separuh masa pertama seawal 5 minit lagi melalui hantaran cantik Downing kepada Andy Carroll, namun ditidakkan oleh ketangkasan Joe Hart. Kemudian sekali lagi kita dikecewakan oleh beliau melalui volley Downing. Namun akhirnya, di hujung sudut kanan gawang Steven Gerrard menyudahkan penalti seterusnya memberikan kemenangan buat kita. Separuh masa kedua, City dilihat lebih garang sehingga 2 pemain pertahanan dimasukkan, namun kita berjaya mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat.

Kemenangan ini bukan bererti sesuatu yang melegakan buat kita kerana kita pasti Mancini akan menurunkan barisan terbaiknya di Anfield pada 25 Januari nanti. Harapnya tuah keramat Anfield akan menyebelahi kita. YNWA

Hail Captain Fantastic!

Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Kelly, Downing (Jose Enrique), Gerrard, Spearing (Adam), Henderson, Bellamy (Carragher), Carroll

Jan 11, 2012

Separuh Akhir Carling Cup 1: Manchester City lwn Liverpool

Info Siaran:
12 Januari 2012
3 pagi
Astro 817

Kita akan bertandang ke Stadium Etihad awal pagi nanti untuk pusingan pertama peringkat separuh akhir Carling Cup dengan membawa 2 misi; misi balas dendam atas kekalahan 0-3 tempoh hari DAN juga membawa bekalan selesa di Anfield pada pusingan kedua separuh akhir nanti. Semoga kita berjaya.

Sedikit berita baik buat kita di mana Manchester City akan beraksi tanpa 2 adik beradik Toure (yang berlepas ke Afrika ), David Silva (yang khabarnya mengalami kecederaan, masih 50/50) dan Victor Kompany yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan Piala FA Ahad lepas, namun itu bukan petanda mudah yang kita akan menang. Mereka sudah pasti mahu memenangi perlawanan ini di samping mengembalikan kepercayaan penyokong mereka ekoran tewas di tangan Man United.

All the best King’s Army. YNWA

Skuad Pilihan Penulis: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Adam, Gerrard, Downing, Maxi, Bellamy, Carroll

Jan 9, 2012

Undian Pusingan keempat Piala FA: Liverpool lwn Manchester United

Seperti yang diketahui semalam, kita telah diundi untuk bertemu Manchester United pada pusingan keempat Piala FA. Perlawanan dijangka dilangsungkan pada 28 atau 29 Januari nanti (sebarang informasi akan dikemaskini kelak) dan ini pasti menarik, kerana ia bagaikan ulangan Piala FA musim lepas, bezanya kali ini ia akan berlangsung di Anfield.

satu lagi Manchester yer? Bring Em On! YNWA

Jan 6, 2012

FA: Liverpool lwn Oldham Athletic


Info Perlawanan

7 Januari 2012 (Sabtu)
4 pagi
tiada siaran langsung

Piala FA. Trofi kemenangan terakhir yang kita julang 6 tahun lalu, adakah kita akan mampu menjulangnya musim ini? Awal pagi esok kita akan menanti kehadiran sebuah kelab dari daerah Manchester, iaitu Oldham Athletic. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Oldham Athletic pernah menjadi salah sebuah kelab elit ketika lewat 80an dan awal 90an di mana mereka pernah layak ke separuh akhir Piala FA pada 1993-1994 dan juara naib juara Piala Liga (Carling Cup) pada tahun 1990.

Setelah tewas di Stadium Etihad pertengahan minggu ini, harapnya King Kenny dapat merehatkan beberapa pemain utama, apatah lagi selepas perlawanan awal pagi esok kita akan bertandang ke Stadium Etihad sekali lagi pada 11 Januari nanti untuk perlawanan separuh akhir Piala Liga.

Apa yang pasti, sekalipun lawan kita ini hanya sebuah kelab divisyen 3, namun kita tidak harus memandang rendah kerana kita tahu mereka bakal menjadi GIANT KILLER. All the best King’s Army, YNWA

Kesebelasan kemungkinan: Doni, Kelly, Coates, Carragher, Aurelio, Shelvey, Spearing, Henderson, Maxi, Kuyt, Carroll

Jan 4, 2012

PL: Manchester City 3 Liverpool 0

Setelah beraksi cemerlang di Anfield awal pagi Sabtu lepas, nampaknya kita mengulangi keputusan yang sama di Stadium Etihad musim lepas apabila tewas 0-3 di tangan pendahulu liga, Manchester City awal pagi tadi. Lebih memilukan, mereka hanya beraksi dengan 10 orang pemain apabila Gareth Barry dilayangkan kad merah apabila mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan tersebut.

Ekoran pengumuman bahawa kita tidak merayu untuk keputusan penggantungan 8 perlawanan ke atas Suarez, King Kenny meletakkan harapan dengan meletakkan gandingan Andy Carroll dan Dirk Kuyt di hadapan. Kita memulakan aksi dengan begitu meyakinkan apabila Downing mempunyai peluang one-on-one dengan Joe Hart namun ketangkasan penjaga gawang England itu menidakkan pendahuluan awal kita. Sebaliknya, kita dihukum dua kali selepas itu apabila Pepe Reina melakukan kesilapan mudah melepaskan 2 gol, hasil jaringan Kun Aguero dan Yaya Toure. Pada separuh masa kedua, apabila King Kenny memasukkan Bellamy dan Gerrard barulah nampak possession mula dikuasai kita, namun seminit berselang apabila Barry dilayangkan kad merah, Manchester City diberi penalti pula dan James Milner mudah menewaskan Reina. Keputusan kekal 0-3 sehingga wisel penamat.

Harapnya King Kenny sudah mula boleh memikirkan untuk membawa masuk seorang penyerang baru dan playmaker atau winger Januari ini kerana tampak kita benar-benar masih belum menyelesaikan masalah itu. Namun, perebutan top 4 masih belum berakhir, kita masih berpeluang. YNWA

Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Spearing (Maxi), Downing, Henderson, Kuyt (Bellamy), Carroll

Jan 3, 2012

PL: Manchester City lwn Liverpool

Info Siaran:
4 Januari 2012
4 pagi
Astro 812

Kita akan bertandang ke Stadium Etihad awal pagi esok (waktu Malaysia) bagi perlawanan pertama kita di tahun baru. Setelah menerima suntikan moral ekoran kemenangan di Anfield awal pagi Sabtu lepas, sudah pastilah kita mahukan permulaan tahun 2012 yang menggembirakan sekalipun kita sedar Manchester City bukan lawan yang mudah, lebih-lebih lagi di gelanggang mereka.

Positifnya, kita mungkin akan menyaksikan aksi kesebelasan bagi Gerrard dan Suarez berkemungkinan besar akan diturunkan di dalam perlawanan ini, sangat penting bagi kita untuk melihat bagaimana gandingan Gerrard-Suarez untuk mengemudi jentera serangan untuk membolos gawang lawan yang dijaga oleh penjaga gol berkaliber tinggi, Joe Hart. Melihat betapa pasukan lain seperti Sunderland mampu menewaskan mereka, sebenarnya sesiapapun mampu.

All the best King’s Army. YNWA

Skuad Pilihan: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam, Spearing, Downing, Gerrard, Bellamy, Suarez

Dec 31, 2011

Liverpool 3 Newcastle 1

Akhirnya, setelah melalui episod ‘seri di Anfield’, kita berjaya melakar kemenangan bergaya pada aksi penghujung tahun 2011, dengan membaham Newcastle 3-1. 2 gol daripada Craig Bellamy DAN gol ketiga dari Steven Gerrard melengkapkan tahun 2011 dengan 34 mata.

Rumusan perlawanan:-
1. Tidak seperti perlawanan lalu, kita tidak banyak membuat percubaan merbahaya tetapi berjaya menghasilkan 3 jaringan
2. Andy Carroll memerlukan hantaran seperti yang dibuat oleh Gerrard awal pagi tadi, baru nampak fungsi beliau as ‘targetman’
3. Pemain harus fokus kepada ‘positioning’ juga, banyak hilang dan kadang-kadang susah untuk turun semula (terutamanya selepas overlapping)
4. Selain gol-gol kita, saat tidak dapat dilupakan apabila Martin Skrtel membuat clearance di atas jaringan gol ketika Reina sudahpun tertewas.
5. Kita masih memerlukan our Mr Liverpool, Steven Gerrard
6. Ternyata Bellamy memang ‘pembelian kita musim ini’

Yang pasti, keputusan ini sangat positif dan memberikan suntikan moral menjelang pertemuan dengan Manchester City minggu hadapan. Thanks King’s Army. YNWA

Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Spearing, Henderson, Downing, Bellamy (Kuyt), Carroll

Dec 30, 2011

Preview BPL: Liverpool lwn Newcastle


Info Siaran:

31 Disember 2011 (Sabtu)
345 pagi
Astro 817

Kita akan menutup aksi 2011 dengan beraksi menentang Newcastle di Anfield awal pagi nanti.Harapnya ‘badi’ seri atau aksi hambar di Anfield akan dapat dihapuskan bermula pada perlawanan ini bagi membina keyakinan pasukan sebelum menghadapi kempen perlawanan yang banyak di bulan Januari 2012 nanti.

Kita menerima tamparan apabila Luis Suarez tidak akan beraksi di dalam perlawanan (akibat menerima penggantungan 1 perlawanan) ini nanti dan ini bermakna King Kenny berkemungkinan besar akan menurunkan Andy Carroll di bahagian hadapan. Belum pasti lagi adakah beliau akan dipasangkan dengan Bellamy atau Kuyt, tapi mengambilkira faktor prestasi semasa saya menjangkakan King Kenny akan menurunkan Bellamy. Di dalam itu, saya tidak menjangkakan King Kenny akan menurunkan Gerrard di dalam kesebelasan utama (mungkin di bangku simpanan) dan ini bermakna saya mengharapkan Jay Spearing diturunkan semula, untuk digandingkan bersama Charlie Adam.

Namun, sesiapapun yang diturunkan, kita berharap agar Anfield akan mampu mengukir senyuman sebagai hadiah tahun baru 2012. YNWA

Barisan Pilihan:

Dec 29, 2011

Angkara Jari Tengah: LFC didenda, Suarez digantung satu perlawanan


FA England telah menjatuhkan denda sebanyak £20,000 kepada kelab kita (atas kegagalan mengawal tindak tanduk pemain) serta penggantungan 1 perlawanan buat penyerang kita, Luis Suarez yang mengaku atas kesalahan tatasusila (menunjukkan jari tengah kepada penyokong Fulham) ketika di Craven Cottage pada 5 Disember lepas.

Penggantungan 1 perlawanan ini berkuatkuasa segera, dan ini bermakna Suarez tidak akan diturunkan di dalam perlawanan menentang Newcastle di Anfield awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) nanti. Ini bermakna King Kenny harus memikirkan siapakah yang bakal mengepalai serangan kita; adakah Carroll, Bellamy atau Kuyt.

oh ya, beberapa insiden serupa yang tiada tindakan. Hanya Suarez yang kena, kenapa ya?

Pages:1234567...26»