Match Priview: Liverpool vs Tottenham
salam dan selamat sejahtera.
Minggu ini perjuangan akan diteruskan dalam kempen Liga Perdana, dan lawan kita minggu ini tidak lain tidak bukan adalah pasukan Putih Hitam yang sememangnya dihormati dan digeruni oleh mana-mana pihak lawan.
Dengan khabarnya Gerrard akan kembali serta diikuti come back dari Suarez yang sudah tamat menjalani penggantungan, pastinya harapan tinggi ditaruhkan oleh semua peminat The Reds untuk melihat kempen kemenangan diteruskan dalam big match kali ini. Disebabkan hal ini berkemungkinan besar Henderson akan dikeluarkan dari line pilihan, serta Spearing terus memangku untuk menggantikan Lucas dibahgian midfield defender.
Manakala bagi kem lawan pula, Harry Redknapp pastinya akan kehilangan khidmat Van der Vaart yang masih cedera. Dan juga khabarnya pemain utama mereka seperti Kyle Walker,Defoe,Lennon dan si mamat panjang Adebayor dalam tak pasti akan diturunkan juga disebabkan kecederaan.
Namun begitu kunjungan Spurs ke Anfield kali ini tidak harus dianggap mudah, kerana kini mereka semakin kukuh setelah membawa beberapa muka baru dalam tranfers lepas. kehadiran Louis Saha dan Ryan Nelsen pastinya menjadi ancaman kepada gawang kita.
Kehadiran mamat kereta kebal a.k.a Gareth Bale di kiri padang ditambah pula kelincahan Modric dan hantaran tepat dari Scott Parker benar-benar menjadi ancaman bahaya dalam aspek kawalan position tengah padang. Harapan saya (penulis)pengorbanan untuk membiarkan Carroll di bangku simpanan dan membiarkan kuyt bermain di bahagian tengah untuk membantu menyekat Bale,Modric, Parker di bahagian tengah. pada masa yang sama Suarez akan bergandingan dengan Bellamy di bahagian serangan.
Untuk bab pertahanan pula. Agger,Sktel, José Enrique sudah pasti di akan diturunkan, cuma saya agak kurang pasti berkenaan bek kanan, samada Johnson atau adik Martin Kelly akan disenaraikan dalam perlawanan ini nanti.
Apa pun kita kene menang dalam perlawanan ini untuk mengejar kedudukan dalam liga dan juga sebagai penambah semangat sebelum bertemu United empat hari kemudiannya.
sekian YNWA….
MATCH Review : Wolves 0- 3 Liverpool
Piala FA pusingan kelima “laluan mudah menanti kita”
Hanya baru sehari sahaja kenangan manis kita semua menendang keluar si pasukan setan merah, dan hari ini tiba pula masanya untuk kita mengetahui undian bagi pusingan kelima pula.
Jujur saya katakan pusingan kelima ini adalah satu bantuan dan pertolongan kepada pasukan kita kerana The reds kini diundi untuk menentang pasukan level rendah. Dalam undian tersebut Liverpool akan akan bertemu dengan Brighton & Hove Albion F.C. Atau lebih dengan gelarannya “The Seagulls” a.k.a Burung camar. perlawanan ini dijangka akan berlangsung di gelanggang keramat kita Anfield iaitu pada tarikh 18 dan 19 Ferbruari bulan hadapan.
Disamping itu juga salah satu pasukan yang menerima undian mudah adalah pasukan Chelsea yang diundi menentang Birmingham City setelah berjaya menang keatas Queens Park Rangers dalam sebelum ini.
Namun begitu, jalan mudah yang dihadapi oleh pasukan kita ini. bukannya satu kepastian kepada The Reds untuk layak kepusingan seterusnya, seperti biasanya pasukan yang kecil inilah yang akan memberikan kejutan mahamega dalam suatu perlawanan.
Manakala bagi righton & Hove Albion FC kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin, sebagai misi membalas dendam atas kekecewaan mereka apabila tewas kepada kita dalam aksi pusingan ketiga Carling Cup pada awal musim ini.
Juga antara pasukan dari Liga Perdana yang layak adalah Tottenham Hotspur, Everton, Norwich City dan Bolton Wanderers. Berikut jadual penuh perlawanan pusingan kelima:-
FA Cup 201-2012 pusingan kelima
Liverpool v Brighton & Hove Albion
Everton v Blackpool/Sheffield Wednesday
Chelsea v Birmingham City
Crawley Town v Stoke City
Stevenage v Tottenham Hotspur
Norwich City v Leicester City
Sunderland/Middlesbrough v Arsenal/Aston Villa
Millwall atau Southampton v Bolton Wanderers (acf)
FA CUP : – Liverpool 2-1 Manchester United -
Jaringan pertama perlawanan muncul pada minit ke-21 yang dihasilkan melalui tandukan padu Agger berpunca dari sepakkan sudut Gerrard. Dengan tempo permainan yang kian berubah selepas gol tersebut, akhirnya kita dihukum melalui jaringan penyamaan pasukan perlawat yang berpunca daripada gerrakan Rafael membuat umpanan hantaran pendek kepada Park Ji-Sung seterusnya membuatkan keadaan seri 1-1.
Memasuki babak kedua, kita sebagai pasukan tuan rumah mengambil insiatif serangan. Peluang terbaik untuk menjaringkan gol iaitu minit ke-58, apabila si adik Carroll hampir memberikan kepada pihak kita karana bola terkena tangan Chris Smalling dalam kewasan kotak penalti, tetapi pengadil perlawanan “Mark Halsey” menganggap tangan Smalling tidak aktif.
Dirk Kuyt yang masuk menggantikan bek otai kita Jamie Carragher dan Charlie Adam dimasukkan untuk menggantikan Maxi Rodriguez. Didapati kemasukkan dua pemain ini membuat berjaya memberikan corak formasi The Reds yang telah berubah dari 5-4-1 menjadi 4-2-3-1. Serangan demi serangan diantara kedua pasukan terus di lakukan untuk memburu gol kemenangan.
Dan akhirnya Gol yang ditunggu The Kop akhirnya tercipta di minit ke-88. Daripada umpanan jauh Reina yang sempat mengenai kepala Andy Carroll, serta menyebabkan bola sampai ke Dirk Kuyt yang tak dikawal oleh kapten United, Patrice Evra.
Lalu the flying dutchman kita ini pun melepaskan tendangan half volley yang tak mampu ditepis De Gea. Melalui jaringan ini kita berjaya layak ke pusingan seterusnya sekali membuatkan seluruh penyokong Liverpool meraikan kemenangan ini dengan penuh kepuasan.
Tidak dilupakan juga kepada wira kita diluar padang yang juga sangat bergembira atas kemenangan ini, apabila Suarez melonjak kegembiraan. maka tamat lah misi membalas dendam kita apabila pada tahun lepas dalam saingan piala FA kita ditewaskan geng2 Man U pada kali pertama kenny kembali semula menjadi pengurus di Liverpool ketika itu.
Liverpool: Reina,Skrtel,Carragher (Kuyt 63),Agger,Kelly, Henderson,Gerrard (Bellamy 72),Jose Enrique, Downing, Carroll, Maxi (Adam 63)
Here We Go Wem-ber-lee’
memetik bak kate LFCTV “this is an epic night” dan itulah kebanggaan kita semua, biar pun kita di kedudukan tangga ke tujuh liga pun tetapi kita masih boleh membuktikan kita mampu bersaing dengan pasukan yang mendahuli liga sekarang. kalau sesiapa yang yang menonton pelawanan ini kita mana port a.k.a mamak, korang boleh lihat betapa kukuhnya semangat Liverpooldian dalam kalangan semua fan yang datang malam ini.
Dengan keputusan seri ini, kita berjaya melayakkan diri ke final piala liga dan menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali ke Wembley. Bak kata member saya(penulis) muse pun dah dua kali buat concert kt sane, liverpool baru tahun nie nak pegi sane” anway itu selingan je…

– nampak tak muka kepuasan disitu, dan macam nie lah jugak muka aku mase balik dari mamak pagi tadi–
overole boleh dikatakan perlawanan pagi nie, agak fair and play kerana, dalam perlawanan ini kita disajikan dengan aksi yang dramatik dengan kedua pasukan sering bertukar serangan dan turun bertahan. pasukan cik city lebih dahulu menjaringkan gol pada minit de Jong hasil rembatan dari jarak jauhhasil dari gerakkan dari David Silva. Hanya diselang 9 minit perlawanan akhirnya liverpool kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang berjaya disudahkan dengan jayanya oleh kapten kita.
ini diikuti dengan jaringan Džeko pada minit 68 perlawanan, tersentak dengan jaringan itu asakan ke kubu city akhirnya membuahkan hasil apabila Bellamy menjaringkan gol yang berpunca dari gerakkan Kuyt dan dibantu dengan taping kemas dari Johnson.
dengan keputusan seri ini, membolehkan pasukan kita layak ke final untuk bertemu Cardiff City yang menewaskan Crystal Palace. dengan keputusan ini dijangkakan bahawa perlawanan akan belangsung 26 February 2012, serta dijangkan pada masa itu pemain kebanggan kita semua en luis suarez sudah selesai proses penggantungan beliau, hal ini membuatkan Suarez are available untuk diturunkan pada masa tersebut. manakala Gerrard juga berkemungkinan akan berdepan dengan sepupu beliau yang kini bermain untuk Cardiff City. bermakna akan ada dua Gerrard dalam perlawanan itu iaitu Anthony Gerrard dan Steven Gerrard….
akhir sekali… YNWA dan
komen yang dipetik dari Fb (Azfar Muhd) dan aku setuju sangat2:-
penyakit miss chance depan gol dan defend tidur masa kena attack adalah penyakit yang kian kronik di kalangan pemain liverpool tengok la gol dzeko tadi aku tak boleh terima gol tu. downing dan bellamy sepatutnya score gol tadi tapi diorang over konfiden dan peluang tu sia-sia macam tu saje. patutnya man city kalah game tadi bukan seri
Caling Cup: Liverpool vs Man City (agg 1 – 0)
[Carling Cup]
Match : Liverpool vs Manchester city
Date : 26 Jan 2012
Day : Thursday
Time : 3:40 am
Venue : Anfield Stadium
Live : Astro CH817
Bagi saya yang dah lepas, jadikan tauladan. apa yang penting terus memandang kedepan, iaitu perlawanan menentang si cik man city dalam timbal balik semi final Carling Cup. kalau nak ingatkan kembali aksi sebelum ini, kita harus berterima kasih atas jaringan gol penalti dari Gerrard di Stadium Etihad. Dan kali ini bertempat di Anfield kita pula akan melayan kunjungan depe untuk penentuan siapa yang akan melayakkan diri ke final Stadium Wembley bulan depan.
Bila menjenguk di kem City, kapten mereka Kompany masih lagi dalam tempoh penggantungan, maka berkemungkinan besar Stefan Savic akan turun sebagai penganti kepada beliau. Dan juga adik beradik Toure iaitu Yaya dan Kolo tidak dapat beraksi kerana terlibat dalam aksi antarabangsa. Jika melihatkan kepada keadaan anak didik Mancini nie, boleh saya katakan dua tonggak nadi di bahagian pertahanan mereka tidak beraksi. Hal ini mungkin sedikit ruang untuk barisan serangan untuk meloloskan diri ke dalam petak penalti mereka.
Dan juga di kem pasukan kita pula seperti biasa lah, Suarez masih digantung dan Spearing salah satu pemain di Defensive Midfielder tak pasti akan diturunkan, tapi tidak perlu dirisaukan kita masih ada Jonjo Shelvey yang berkemampuan untuk bermain di posisi tersebut.
Itulah serba sedikit perkembangan semasa kedua team, namun apa yang penting adalah aksi semasa perlawanan berlangsung yang akan menentukan segalanya, dan harus diingatkan kelebihan 1 gol yang berpihak kepada kita ini bukannya satu jaminan. Dan saya rasa anda pun tahu kemampuan mac cik CITY ini. Dan andaian saya(penulis) mengenai perlawanan ini adalah bergantung kepada kekentalan bahagian pertahanan kedua pasukan bagaimana menghalang asakan dari pihak lawan, kerana kedua pasukan akan mengasak sehabisnya untuk meletakkan keadaan team di dalam zone selamat untuk layak ke final. sekian YNWA…..
Jadual maut menanti dalam bulan ini….
Salam. Terlebih dahulu maaf diucapkankepada rakan semua, keranaboleh dikatakan sudah lama saya tidak menulis di blog ini, dengan masalah laptop problem, dan sedikit kesuntukkan masa yang perlu dikorbankan untuk menyiapkan tugasan tesis yang maha susahnya….
Anway dengan kembalinya Gerrard dari kecederaan panjang dan kemenangan bergaya pasukan kita semasa menentang Oldham Athletic kini kita diundi dalam perlawanan maha maut menentang si merah devil dalam pusingan Keempat Piala FA. Memang kalau hendak dilihatkan perlawanan ini boleh dikatakan sangat menarik perhatian semua orang. Tetapi agak tidak menyeronokkannya adalah kerana kita terpaksa menentang anak didik si pak cik Alex pada pusingan yang terlalu awal. Sebelum ini, kita melihat undian yang mengejutkan dimana Man u menentang City yang akhirnya berkesudahan berpihak kepada United.
CCUP Manchester City – Liverpool 11/1/12
EPL Liverpool – Stoke City 14/1/12 3
EPL Bolton – Liverpool 21/1/12
CCUP Liverpool – Manchester City 25/1/12
FA CUP Liverpool – Manchester United 28/29
EPL Wolves – Liverpool 31/1
*waktu/GMT(di England)
Jujur saya katakan bahawa sungguhnya jadual pertemuan menentang United yang berkemungkinan berlangsung pada 28/29 Januari ini amat meletihkan para pemain, dan pastinya memeningkan kepala Kenny Daglish untuk memilih barisan pemain yang benar cergas dalam perlawanan ini. dan sebab inilah saya gelarkan jadual perlawanan keseluruhan untuk bulan januari ini boleh diberi nama Jadual maha maut.
Sebabnya kerana dalam masa kurang dari 3minggu kita dipaksa turun bermain 6 perlawanan dan tiga perlawanan tersebut melibatkan pasukan yang boleh dikatakan pasukan kelas dunia. Bukti nya kita akan menentang man city dalam kempen separuh akhir piala liga dan kini diikuti dengan kempen piala Fa menentang United. Cuma yang agak sedikit menggembirakan lokasi perlawanan akan dijalankan di Anfield. Namun seperti biasa musim ini, rekod kita di semasa main di Home kurang memuaskan.
Harap Kenny mempunyai plan dan strategi bagi memastikan semua perlawanan dapat berlangsung dengan lancer. Mybe jugak ini mengukuhkan alas an untuk kelab membeli pemain yang boleh memberikan sedikit bantuankepada barisan pemain yang ada sekarang.
Sekian dari saya ….. YNWA
Jonjo Shelvey raih young player of the month
Menurut Ian Holloway….
Dia luar biasa, saya merasakan kecewa kerana terpaksa melepaskan pemain muda dengan bakat besar ini. Namun yang terbaik untuk dirinya adalah terus pandang ke depan untuk terus maju
Pada Pendapat saya (penulis), semoga anugerah ini dijadikan batu loncatan untuk beliau beraksi cermelang di masa hadapan.
LUCAS “statistik dan tribute”
Kecederaan yang menimpa dirinya semasa perlawanan suku akhir menentang Chelsea. hasil laporan LFCTV yang menyatakan bahawa pemain terbaik musim 2010/2011 ini melayan hari-hari sunyinya di luar padang sehingga hujung musim.
Media sukan menyatakan bahawa, liverpool akan merasa kehilangan besar atas kecederaan yang dialami oleh beliau,namun begutu benarkah penyataan ini, oleh itu dalam entri kali ini saya akan memberikan serba sedikit bukti atas penyataan ini.
Menurut web whoscored.com menyatakan bahawa dalam kalangan pasukan kenny kini, lucas merupakan pemain yang mempunyai tahap hantaran tertinggi dengan tahap ketepatan hantaran sebanyak 85.6% iaitu lebih daripada hantaran yang dilakukan oleh C. Adam. malah web sky sport juga menyatakan bahawa pemain kebangsaan Brazil ini merupakan Top Tackler dengan Success rate sebanyak 76% meninggalkan Faurlin(QPR) dan Parker (Tottenham)
Statistik ini jelas sekali menunjukkan bahawa beliau merupakan pemain terpenting untuk Liverpool di bahagian tengah, dengan gandingannya bersama Adam menjadikan jentera serangan menjadi lebih lancar. dengan Adam yang sering naik untuk membantu serangan pasukan. Lucas pula akan memainkan peranan sebagai penghubung gerakan antara pertahanan dengan bahagian serangan.
Kita Liverpool pastinya akan merasa kehilangannya sepanjang musim ini, dengan kini Jonjo Shelvey telah dipanggil semula dari Blackpool diharapkan agar kehadiran pemain muda ini akan menggunakan pengalamannya di The Seasiders untuk memegang peranan sebagai pengganti kepada Lucas. and kepada Lucas semoga cepat sembuh ye…. YNWA
Aku merindui Stevie
“saya tak tahu lah, kalau korang perasan atau tidak”
setiap sejak enam bulan kebelakangan ini Stevie sudah semakin kurang bersama kita, bukan disebabkan beliau tidak berminat nak bermain di kelab lagi, tetapi disebabkan kecederaan dan kecederasan yang menghalang beliau beraksi.
injury ataupun nama manje Nya sidekiller kepada pemain bola sepak memang merupakan sesuatu yang sangat digeruni. tak kiralah siapa pun pemain tersebut, ianya tidak mengenal erti kawan, lawan, superstar atau tidak.

–kedua tonggak The reds yang sukar dicari ganti–
sejarah menunjukkan ramainya kerjaya pemain menjadi suram dan muram akibat jangkitan virus Injury ini, bahkan mereka yang pernah berkaitan dengan Liverpool sebagai contoh Michael Owen(kini di Man U), Torres (kini di Chelsea) juga pernah mengalami penurunan perstasi permainan mereka disebabkan masalah kecederaan ini.
salah satu sebab mengapa Stevie boleh menjadi pemain yang Success dalam aksinya diatas padang adalah kerana beliau seorang pemain yang sukar untuk cedera dalam tempoh masa yang lama. hal ini sekaligus membuatkan beliau boleh perform di tahap tertinggi dalam setiap minit di atas padang.

–walaupun suarez ada, gerrard tetap di hati–
apa pun kesimpulannya, tujuan sebenar entri ini ditulis adalah sebagai bukti bahwa kita semua ingin melihat Gerrard kembali beraksi di tahap terbaiknya. Penampilan beliau semasa menentang Norwich dan gol free kick di depan gawang united musim ini sangat-sangat dirindui oleh kita semua.
?
akhir kata dari saya…….?
“semoga cepat kembali cergas semula Gerrard”
“walaupun kini kita sudah memiliki adam, suarez, Downing ,Henderson dan Carroll. Steven Gerrard masih lagi dihati kami semua. BECAUSE Stevie is the heart of Liverpool”
ps: agak2 kalau gerrard paham pe yang ditulis entri ini, pe yang akan jadi yek???
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 16 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 6 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 4 view(s)
- Antara Fernando Torres, Andy Carroll, Luis Suarez dan Ryan Babel 3 view(s)
- Tuduhan Evra terhadap Suarez: Liverpool mahu keadilan! 3 view(s)























