Komen dari bakal goalie’s terbaik dunia ” kononya”
Tetapi bukannya bermakna kita bermain corak yang tersangat la teruknya. Konsepnya sama bak ulang tayang semasa kita menentang Norwich City, dimana kita banyak mensiakan perluang kemasan untuk menjaringkan gol seterusnya membawa 3 mata berharga. Dengan keputusan seri ini, Pasukan kita kini telah disindir oleh bakal penjaga gol terbaik dunia dari pasukan itik laut yang yang berbunyi ….
“Liverpool terlalu sangat bergantung kepada Suarez untuk menjaringkan gol sahaja”.
Kalau korang yang tak kenal siapakah mamat yang bersuara lantang nie, nama beliau adalah Michel Vorm. Dulunya dia bermain di FC Utrecht dan juga pernah menetang Suarez dalam kempen Liga Belanda disana.
Menurut bakal penjaga gol terbaik dunia itu lagi……
“taktikal yang digunakan oleh Swansea sangat bergaya lagi segak serta ditambah pula dengan katangkasan aku(Vorm) menepis segala percubaan dalam perlawanan tersebut, telah menjadikan aku bakal disenaraikan sebagai penjaga gol terbaik dunia” (just melepaskan geram)
Keseluruhannya saya (penulis) akui kini kita mengalami sedikit penurunan ketajaman dari prosepek penyudah di depan gol. Walaupun corak permainan kelab agak sedikit menurun tatapi pada masa yang sama dilihat banyak kemajuan dari aspek kefahaman antara pemain. Cuma apa yang diperlukan kini, kejataman penyudah harus diperbaiki oleh barisan offensi di tambah dengan sedikit nasib. Diharapkan agar kenny dan barisan serangan kita, dapat melakukan sedikit tambah baik kerana selepas ini, kita akan menentang Chelsea dan Man City.
Jika badi ini berterusan pastinya akan membuatkan moral pasukan menjadi rendah dan berkemungkinan Liga Juara-Juara kemungkinan menjadi impian tinggal impian. Sekian, YNWA…..
Liverpool berminat mendapatkan Seydou Keita.
Menurut sumber dari web espnstar.com hasil dari laporan darisumber El Mundo Deportivo,menyatakan bahawa kini Kenny sedang meneliti peluang untuk mendapatkan bintang Barcelona ini dalam jendela perpindahan Januari depan.
Pemain yang kini berusia 31tahun ini, dikatakan sukar mendapatkan tempat dibawah Squad Pep Guardiola. Pada pendapat saya jika benar Kenny ingin membawa masuk permain ini, risiko agak besar perlu ditanggung oleh kelab atas aspek pemberian gaji dan aspek kecederasan. tetapi jika dilihatkan kepada kemampuan individu pastinya Keita mempunyai Kredibiliti pemain kelas dunia.
Memang menjadi dasar kelab untuk mendapatkan pemain muda, tetapi dalam masa yang sama kehadiran pemain yang mempunyai pengalaman juga perlu dalam pasukan. Sebagai contohnya prinsip Spurs dan Harry Redknapp yang berjaya mengabungkan adunan pemain seperti Scott Parker, Van der Vaart, William Gallas.
Apapun biarlah kenny dan Damien Comolli menentukan. YNWA
Marc Pelosi “bakat muda USA sertai The Reds”
Frank McParland selaku pengarah akademi berkata….
“kami sememangnya mahu mendapatkan bakat muda yang berbakat besar, dan kali ini
Marc berjaya membawanya ke akademi dan kami gembira dengan perjanjian ini”
Tambah Marc juga berkata…
” saya gembira kerana berjaya melangkah maju kehadapan dan matlamat saya adalah untuk menuruskan kerjaya bola sepak saya di peringkat first-team di bawah kendalian Kenny Daglish”
“Caling Cup” berdepan Chelsea di Stamford Bridge
Salam dan selamat sejahtera .
Menurut sumber LFCTV menyatakan perlawanan ini akan berlangsung sekitar bulan November 29 atau 30. jika melihatkan pada jadual perlawanan pasukan, jelas sekali menunjukkan bulan depan pasukan kesayangan kita akan ke stadium Stamford Bridge sebanyak dua kali.
Dimana pada 20 November kita sememangnya sudah diundi untuk kesana dalam kempen Liga Perdana dan lebih memeritkan lagi pada minggu depannya (27.11) pula kita terpaksa melayan anak buah Roberto Mancini juga dalam kempen Liga perdana, serta pada pertengahan minggu nya pula kita sekali lagi terpaksa berkunjung ke stadium jambatan Stamford untuk aksi Carling Cup.
Jadual ini sememangnya akan memenatkan semua pemain dan juga pada masa yang sama dalam temph 2 minggu kita terpaksa berkerja keras dengan menentang dua pasukan yang sememangnya digeruni dan tidak salah saya kata kan , City dan Chelsea adalah pasukan yang mempunyai mutu permainan yang berkualiti.
Pada pendapat Saya (penulis),
“amat risau akan tahap kecederaan mental dan fizikal pemain utama, sebagai contoh Suarez dan Reina yang seperti kita tahu, dalam setiap perlawanan kehadiran mereka amat ditagih oleh pasukan. Kerana dalam pasukan kini tiada yang benar berkualiti yang mampu menjadi pengganti untuk suarez dan Reina”
Apapun saya pasti Kenny dan pihak pengurusan sudah mempunyai plan dan stategi untuk melalui hari2 sukar itu, kerana jadual maut macam inilah yang bakal dilalui oleh Pasukan jika kita Berjaya layak ke Liga Juara2 musim depan. Betul tak geng2 semua….
Manchester United v Crystal Palace
Cardiff v Blackburn
500 juta menonton perlawanan Liverpool vs United
– Say Gerrard ; “500 juta orang menonton perlawanan ini” –
Keistimewaan perlawanan antara Liverpool menentang United sememangnya membuktikan perlawanan derby match ini boleh dikatakan sebagai perlawanan yang mempunyai polimik dan maksud yang tersendiri. Pertembungan antara kedua musuh Sir Alex Ferguson dengan Kenny Daglish telah diterjemahkan dengan statistik yang amat2 menarik untuk kita lihat. Enjoy ye……
Memetik dari entri yang dikeluarkan oleh web terkenal eropah iaitu ESPNstar.com, menyatakan bahawa, perlawanan yang berlangsung pada sabtu lepas menunjukkan bahawa pertembungan antara kedua pasukan ini berjaya memecahkan rekod siaran langsung, dimana 500 juta orang di seluruh dunia telah menonton perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.
Berikut adalah statistik siaran langsung dalam perlawanan tersebut.
- 211 negara di seluruh dunia telibat yang menonton perlawanan ini. . Yang bermaksud hanya 27 buah negara di dunia tidak mendapat siaran televisyen yang terdiri daripada Afghanistan, Turkmenistan dan Ukraine dan lain2. Malah negara seperti Kemboja, Fiji dan Madagascar untuk menonton perlawanan itu secara langsung.
Statistik juga menunjukkan perlawanan lepas itu juga telah mendahului rekod siaran langsung antara pasukan giants di liga sepanyol antara Barcelona dan Real Madrid, serta pertembungan antara pasukan belang biru dengan belang merah iaitu AC Milan dan Inter Milan di Serie A.
Hal ini juga membuktikan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan yang sememangnya ditunggu oleh semua peminat fans united dan Liverpool di seluruh dunia. Bahkan juga ianya juga menarik minat mereka yang bergelar penonton bola sepak di seantero dunia.
bagi kepada penyokong Liverpool ini pastinya menunjukkan bahawa pasukan kesayangan kita masih lagi dikelaskan antara pasukan terbaik dunia dan pasukan 5 bintang dalam kalangan kelab elite dunia. Betul tak kawan2. Anway YNWA…..
Tonton Highlights Manchester United 1-1 Liverpool MOTD
Kunci perlawanan The Reds vs Red devil
Mungkin korang sudah pernah membaca entri ini dari web site bleacherreport.com, dimana web site ini sudah menjadi begitu popular yang memberikan peluang dan ruang kepada penulis jalanan a.k.a penulis amatur seperti saya untuk memberikan idea dan pendapat mereka dalam dunia penulisan bola sepak.
Saya amat tertarik membaca entri tersebut dan kali ini saya berkongsi sedikit pendapat dan komen melalui penglihatan saya mengenai lima kunci yang bakal berlaku dalam perlawanan menentang United minggu ini.
Dengan pengalaman yang dijelaskan melalui penampilan kedua sepanjang sepanjang zaman untuk Liverpool Fc, pastinya ini akan membuatkan rooney sukar bergerak bebas di kawasan merbahaya liverpool pada perlawanan tersebut.
Young juga merupakan pembelian yang bagus kepada United, saya juga pasti rakan2 lain juga tahu mengenai kemampuan pemain ini, malah kenny dan Damien Comolli juga menginginkan pemain ini untuk dibawa ke kem Liverpool sejak musim perpindahan januari lepas, tetapi sudah tidak ada rezeki Young memilih untuk menjadi Reds Devil Army nak buat macam mane….
Oleh itu saya 100% percaya + yakin bahawa . Jose Enrique akan dipilih untuk beraksi di bahagian kiri bek dan overlap dari kiri pastinya akan membantu serangan pasukan seperti mana yang dilakukan semasa menentang Everton dua minnggu lepas. Jika pada perlawanan ini Enrique berjaya menyekat A. Young, pastinya ini sekaligus akan membuka mata jurulatih kebangsaan Sepanyol untuk membawa Enrique di squad kebangsaan. ( andaian sahaja )
Tidak perlu diperkenalkan lagi, si kecik molek dan wira The Kop untuk musim ini, Suarez akan diletakkan di bahagian serangan. Pada perlawanan lepas semasa kedua pasukan bertemu di Anfield kita menyaksikan aksi tahap dewa dipamerkan oleh pemain ini.
Semasa Perlawanan lepas, pastinya Kenangan hitam+ pedih pertahanan United apabila Suarez bermaharaja lela di dalam kotak penalti semasa goal pertama dijaringkan. Pastinya membuatkan pertahanan United akan memberikan extra control kepada our no 7 ini. Tetapi saya optimis bahawa kali ini Suarez akan menemui jaringan pertamanya pada sabtu minggu ini.
Cuma yang memingkan kepala hotak saya(penulis), siapakah yang benar2 layak untuk digandingkan bersama Suarez samada Kuyt atau Caroll. Dan persoalan ini saya serahkan kepada Kenny sebagai dewa taktikal(gurau je) untuk menentukannya.
Persoalan “Siapakah patut digunakan Johnson atau Kelly?”
Salam. Walaupun hujung minggu lepas, menyaksikan tiada aksi liga perdana atas memberi laluan untuk perlawanan persahabatan dan kelayakkan Euro. Namun kita sebagai Reds fan pastinya tidak akan melupakan bahwa sabtu ini, kita akan melayan kunjungan United di gelanggang keramat kita Anfied.
Namun kali ini, saya bukannya hendak menulis match priview, namun persoalan ini semakin hangat dipikirkan oleh saya(penulis) apabila membaca berita terkini di web web rasmi kelab yang menyatakan bahawa bek kanan utama pasukan kita “en Glenjohson hendak kembali semasa menentang United minggu ini”
Apabila membaca berita ini, terus terpahat kt dalam kepala hotak saya, siapakah yang sewajarnya diturunkan Kelly atau Johnson. Lupakan di bahagian bek kiri yang sememangnya si Jose Enrique dengan aksi konsisten beliau itu serta sekaligus menolak fabio Aurelio di barisan simpanan. Cuma yang memeningkan kepala siapa agak-agaknya akan digunapakai oleh Kenny di bahagian kanan pertahanan kita.
Memang benar ada pendapat yang mengatakan bahawa kelly adalah pertahanan yang lebih kepada defensively (pertahanan bertahanan), manakala johnson selalu digunakan dalam offensively(pertahanan menyerang).
Persoalan yang besar disini, manakah yang lebih sesuai digunakan untuk memikul beban bek kanan yang seperti kita tahu united memang mempunyai wing yang boleh pantas dan sememangnya hantaran lintang dari “Nani” memang merbahaya, dimana statistik menunjukkan musim ini sahaja nani telah menjaringkan 3 gol dan membuat 3 hantaran gol (Assists).
Disebabkan alasan yang dinyatakan tadi, saya ingin bertanya kepada anda semua. Manakah pemain bek kanan pilihan anda semasa menentang United, Kelly atau Johnson???????…. JAWAP JANGAN TAK JAWAP YE… ( lau bgus ngan sebab/ faktarnye sekali)
Analisis kebenaran komen dari Suarez
Agak mengejutkan juga, apabila membaca komen yang dikeluarkan oleh pemain yang kini menjadi pujaan ramai peminat LiverpoolFc di sekitar dunia.
Suarez dengan lantangnya menyatakan pendapatnya yang berbunyi “musim ini Liverpool tidak berpeluang untuk memenangi Tahta Liga Perdana Inggeris”
tambah Suarez lagi….
“Kami akan cuba untuk menamatkan saingan Liga di empat terbaik”
“Sebab utama mengapa ia begitu sukar kerana Manchester United dan City serta Chelsea sangat sukar untuk dijangka”
“sebaliknya apa yang perlu diberikan tumpuan kepada saingan Piala”
Apabila membaca komen yang dinyatakan oleh Suarez ini,apakah anda semua setuju tidak setuju dengan pendapat ini.Kalau ada orang bertanya kepada saya (penulis), jawapan saya terhadap persoalan ini, saya juga bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh pemain no 7 pasukan kita ini
sebab ketiga
kecederasan pemain utama pasukan yang berfungsi sebagai tulang belakang kepada pasukan seperti Suarez, Reina dan Gerrard perlu sentiasa kekal cergas bagi memberikan kemenangan yang berterusan kepada pasukan dalam setiap perlawanan.
Namun pada masa yang sama, saya juga mengharapkan sedikit keajaiban yang bakal dilakukan oleh pemain2 dan sentuhan taktikal serta kata2 semangat dari KING KENNY untuk menamatkan ketandusan piala sejak tahun terakhir kita memenangi Gelaran Liga pada musim 1989–90.
Ps—>>>>
Dan 3 sebab itu adalah pendapat dari saya, bagaimana pula dengan korang??
Pentingnya menang menentang United
Salam, tidak perlu dipertakan lagi, sudah melihatkan tajuk, pastinya anda semua sudah mengetahui apa yang bakal ditulis untuk entri kali ini. Bagi membangkitkan lagi semangat dan keghairahan semperna aksi menentang united.
Walaupun minggu ini akan diisi oleh aksi kelayakkan Euro dan friendly antarabangsa.Perlawanan yang bakal dijalankan pada 15 oktober, bagai sudah diaturkan dengan penuh makna. Tarikh ini dipilih untuk kita (Liverpool) turun menentang musuh tradisi dari zaman datuk nenek bagi manusiayang bergelar Liverpool supporters.
Mungkin ada dalam kalangan anda semua tidak mengetahui apakah keistimewaan dan apakah peristiwa yang membuatkan tarikh sangat bermakna kepada Liverpool. Keistimewaan di sebalik tarikh ini adalah, pada tahun lepas, sejarah baru dicipta ditulis dalam kalam buku sejarah Livepool FC, dimana owner baru kita si pak cik John W. Henry dan kaum kerabatnya (NESV) secara rasmi mengambil alih tampuk pemilikan kelab dari dua orang amerika bebal si Hicks dan Gillett.
Rafa Benitez pernah berkata…
“kedua pemilik Liverpool (Hicks dan Gillett) ini hanya pikirkan hendak mendapatkan untung sahaja dan tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, meraka adalah salah satu sebab utama Liverpool mengalami penurunan prestasi pada musim 2009–10 dan gagal untuk layak ke Champions League kerana saya gagal mendapatkan pemain bagi memantapkan Liverpool”
Apapun, pada saya (penulis). Sebagai true fan yang sentiasa paham kedudukan kelab dan mencintai pasukan dengan penuh mendalam. Kita juga perlu munabah diri juga dan perpikir berdasarkan fakta dan statistik. Memang bukan mudah untuk menang menentang united, bukan hendak memuji squad Ferguson, tetapi mereka sememangnya pasukan yang mempunyai squad yang mantap.
Tetapi ini bukan bermakna Liverpool sekarang lemah, saya lebih suka menggunakan pasukan kesayangan kita dilabelkan pasukan underdog bak kata pepatah “seperti padi, makin berisi makin menunduk”.
Jika melihatkan kepada rekod cermelang bila united berkunjung ke Anfield. Saya (penulis) optimis dengan statistik perlawanan lepas2, bahwa kita sememangnya mempunyai kelebihan untuk mengukir kemenangan dalam perlawanan kali ini.
Sebagai contohnya masih ingatkan anda detik2 indah musim lepas, apabila suarez mudah mempermainkan pemain2 united dan Kuyt dengan hatriknya. Harap detik indah ini dapat diteruskan kerana menang menentang united adalah kegembiraan yang tidak penghujungnya . YNWA
Pujian kepada adik Carroll
Aksi Merseyside derby, kita dapat melihat carroll mula menjaringkan gol pertama untuk dirinya dalam kempen Liga musim ini, sebelum terhasilnya gol terdapat begitu banyak cakap-cakap yang melontarkan komen pedas untuk Carroll, tetapi apa yang ingin saya sampaikan kali ini bukan kata2 negatif, tetapi komen positif terhadap si adik carroll kita ini.
Diikuti dengan komen posistif yang ditampilkan oleh Stewart Downing, selepas kemenangan bergaya keatas everton, Downing tampil menyatakan pendiriannya terhadap Carroll yang sudah menemui jaringan pertama untuk musim ini. Tambah Downing lagi…..
“Andy adalah seorang penyerang yang berkualiti dan saya pasti dia akan bertambah baik.ditambah pula hasil dari jaringan semasa aksi derby pertamanya pastinya akan memberikan kelebihan kepada Carroll untuk lebih maju di masa akan datang. “
PS:—-
Dan untuk pengetahuan anda Carroll dan Downing merupakan wakil Reds yang dipilih oleh Fabio Capello bagi aksi kempen kelayakkan Euro 2012 yang bakal dilangsungkan jumaat ini, manakala Steven Gerrard yang masih belum cergas dari kecederran dan Glen Johnson yang masih dalam tempoh pemulihan tidak disenaraikan untuk berjuang atas nama The Three Lions.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)
















