Hari ini dalam sejarah untuk Robbie Fowler
Tujuh belas tahun yang lepas, pada tangga 22 September 1993 sama pada hari ini, di mana muk masih muda dan Robbie Fowler telah membuat debut pertamanya di bawah pengurus Ian Rush dalam peringkat pusingan kedua menentang Fulham di Craven Cottage pada masa itu Fowler yang masih berumur 18 tahun menjaringkan gol pertamanya untuk membantu The Reds mencapai kemenangan 3-1.
Pemain yang dilahirkan Liverpool England ini, telah menjaringkan 183 gol dalam 369 perlawanan untuk Liverpool.Ini menjadikannya sebaris dengan lagenda Liverpool Kenny Dalglish,John Barnes dan Ian Rush
Gaya meraikan golnya yang menjadi kenangan sehingga kini semasa perlawanan menentang Everton pada 1999
Juventus berminat pada Lucas.
Aksi Lucas semasa menentang Trabzonspor pada play-off Liga europa.
Juventus telah menetapkan sasaran pada permain tengah Liverpool ini apabila jendela perpindahan dibuka pada musim dingin januarai depan. Menurut juventus lagi, Brazil tampaknya tidak mempunyai ciri-ciri pemain dalam rencana bos Liverpool Roy Hodgson, dan jika ini berterusan nampaknya mereka mungkin mendapatkannya supaya dipindahkan dari Anfield untuk berbakti pada pasukan yang berpengkalan di Turin tersebut.
Tambah Juventus lagi…..
Lucas mempunyai pengalaman bermain di Inggeris dan di Liga Champions, dan boleh dilihat sebagai pengganti yang sesuai jika sesuatu terjadi kepada Mohamed Sissoko . Dan harga yang bakal ditawarkan sekitar €7.5 juta.
Berita baik dari bilik rawatan Melwood

Kuyt sembuh dengan cepat
Roy Hodgson hari ini agak terkejut dengan keadaan Dirk Kuyt cepat sembuh dan lebih cepat dari yang dijangka keadaan ini amat baik buat Liverpool dan mungkin Kuyt akan diturunkan semasa menentang Sunderland pada hujung minggu ini atau Utrecht Khamis depan.
Sumber daripada Liverpoolfc.tv melaporkan minggu lalu bahawa pemain Belanda itu memerlukan tempoh satu bulan atau lebih untuk baik dari kecederaannya. Namun, pemain yang berusia 30 tahun telah pulih lebih cepat dari yang diharapkan dan sudah kembali ke dalam kem latihan Liverpool. Sementara itu, satu-satunya masalah kecederaan yang menarik perhatian bos Liverpool iitu adalah keadaan Fabio Aurelio yang kini sedang cedera.
Tambah Roy lagi……
“Kecederaan Fabio sedikit lebih rumit dan agak teruk dan sports science (pakar perubatan) sangat risau untuk mendapatkan dia kembali pada 100 peratus pada keadaan sebelumnya.
Brad Jones dan Danny Wilson bakal beraksi
Tambah Roy lagi……
Bos Liverpool berkata: “Saya cukup tertarik pada Dani juga Dia adalah pemain yang baik dan mempu mengawal bola dalam segenap sudut padang dan saya telah melihatnya dia mampu melakukannya semasa latihan serta saya yakin dia mampu memberikan tekanan pada pertahanan lawan.
Gokhan Inler dalam perhatian Roy Hodgson
Pengurus Liverpool Roy Hodgson menyasarkan pemain antarabangsa Switzerland Gokhan Inler pada musim perpindahan bulan Januari mendatang, menurut laporan. Rupanya Hodgson sedang melihat pemain ini untuk melengkapkan perjanjian kepada pemain yang berusia 26 tahun ini.hal ini mungkin menghadapi masalah kerana Roy tidak mempunyai dana yang diperlukan untuk membiayai perpindahan permain ini. Inler yang berharga £ 8 juta pound dan setiap tindakan untuk membeli pemain ini akan berdasarkan pada dana melalui penjualan pemain atau melalui pengambilalihan kelab.
Hal ini dipercayai bahawa Inter Milan berminat untuk membeli lucas dari The reds. Penjualan Lucas kemudian akan memberi baget yang cukup untuk membeli pemain ini apabila jendela perpindahan Januari dibuka .
sumber: goal.com
Preview Carling Cup: Liverpool vs Northampton
Pada hari Rabu ini The reds akan menyambut Northampton di Anfield, dan Bill Shankly adalah pengurus terakhir ketika Liverpool menentang Northampton pada tahun 1966.
Setelah The Reds dikalahkan oleh Manchester United pada perlawanan sebelum ini. The reds seharusnya menang untuk membawa kembali senyuman ke wajah kita penyokong Liverpool. Dan saya percaya perlawanan ini mungkin akan memberikan peluang untuk pemain simpanan dan pemain muda untuk bermain serta menimba pengalaman. Kerana kemungkinan pak cik Roy kita tidak menurunkan sebahagian pemain yang bermain semasa kita berkunjung ke old trafford pada ahad lepas. ditambah lagi dengan keadaan Dirk Kuyt dan Fabio Aurelio masih cedera pastinya mengukuhkan lagi peluang pemain muda dan simpanan untuk bermain pada rabu ini.
Ramalan lineup:
Brad Jones, Martin Kelly, Danny Wilson, Sotiris Kyrgiakos, Daniel Agger, Milan Jovanovic, Jay Spearing, Lucas Leiva, Dani Pacheco, Ryan Babel, David Amoo
Sumber :Empire of the kop.com
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 96 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)








