You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles by " Darion Daron"
Apr 12, 2011

Tahniah John Flanagan

Dalam kita semua masih dibuai oleh kegembiraan semasa Liverpool mencatatkan keputusan dengan kemenangan keatas Manchester City di Anfield awal pagi tadi. Saya (penulis) kini ingin mengingatkan bahawa jangan dilupakan salah kepada salah seorang pemain muda yang turut patut mendapat pujian menggunung dari kita semua.

Pemain tersebut adalah tidak lain adalah, John Flanagan yang baru sahaja berumur 18 tahun, dengan aksi cermelang yang dipamerkan oleh beliau pada perlawanan awal pagi tadi jelas menunjukkan sekali lagi Akademi Liverpool akan melahirkan pemain untuk diserapkan dalam squad utama Liverpool. Jika sebelum ini akademi Liverpool terkenal dengan memperkenalkan pemain bintang seperti Gerrard, Jamie Carragher dan Michael Owen yang merupakan pemain berasal dari akademi Liverpool.

Memetik dari komen John Flanagan dari web rasmi Liverpoolfc.tv, beliau menyatakan bahawa dia amat berbangga kerana dia telah berjaya memecahkan dominasi ayahnya yang juga sebelum ini juga pemain di Akademi Liverpool.

Tambah John Flanagan lagi….

“ ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan kepada saya, kerana berjaya beraksi dalam perlawanan besar menentang City dan juga ini adalah aksi yang telah lama saya impikan”

“dua jam sebelum kick-off bahawa seperti mimpi seumur hidup bahawa saya mengetahui bahawa saya akan turun sebagai pemain pilihan utama dalam perlawanan squad senior”

“kenny memberikan saya sedikit nasihat, supaya jangan gugup dan bermain dengan secara ringkas, dan nasihat kenny itu benar-benar membantu saya”

Pada pendapat saya(penulis), semoga anda terus berjaya John Flanagan dalam aksi perlawanan akan datang dan diharapkan semoga aksi anda akan terus meningkat dari masa kesemasa. YNWA…….

Injuries update menjelang perlawanan menentang city


–Keadaan Gerrard masih belum pasti!–

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


–Agger terlepas baki perlawanan musim ini–

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


–Johnson cedera 4 minggu–

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini…..

“Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”

–Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera–

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

Mar 29, 2011

Kenny Daglish or Rafa Benitez

Semua orang tahu individu yang bakal disebutkan oleh saya, mereka memang terbukti sudah banyak memberikan jasa dan Kudrat untuk memajukan dan mempimpin Liverpool . Dengan saingan musim ini nampak ke penguhujungnya dengan baki lapan perlawanan yang harus dilengkapkan oleh The Reds untuk saingan musim ini.

Namun persoalannya disini, adakah pihak pengurusan akan memberikan kepercayaan kepada Kenny Daglish dengan kuasa sepenuhnya untuk kembali membina Kembali Liverpool kearah kejayaan seperti zaman kegemilangan pada era 80an. Jika kita Lihat pada minggu lepas, keputusan drastik dan amat tepat telah dibuat oleh John Henry dan barisan pemimpinnya, dimana Ian Ayre dan Damien Comolli telah secara rasmi diiktiraf sebagai pihak pengurusan dalam bidang pengkhususan masing-masing, iaitu Comolli sebagai peracang perkembangan bakat Liverpool dan boleh ditaksirkan sebagai pemerhati bakat-bakat baru untuk diketengahkan di Liverpool manakala Ian Ayre sebagai pengurus dalam bab promosi kelab.

Namun pertanyaan yang amat besar perlu kita sama-sama pikirkan, adakah nasib Kenny Daglish akan sama seperti mereka berdua yang telah saya sebutkan diatas. Memanglah kalau ditanya kepada peminat Liverpool walau dimana mereka berada sememangnya mereka amat-amat berharap Kenny akan terus memimpin pasukan yang kita sayangi ini. Dan mereka juga berharap John Henry dan pengurus dibawah kendaliannya akan melantik kenny Daglish sebagai pengurus tetap di Liverpool.

Kalau kita Lihat sejak akhir-akhir ini, semakin spekulasi dan berita rambang yang tersebar luas yang mengatakan Kenny akan diberikan Kontrak secara tetap di Liverpool. Kalau ini terjadi pastinya kita akan bergembira mendengar berita ini. Pada masa yang sama saya juga terpikir, jikalau lah Kenny tidak terpilih dalam senarai pengurus tetap di Liverpool pada musim depan, dan siapakah akan meneruskan legislasi sebagai pengurus Liverpool. Adakah bekas pengurus yang pengurus yang tidak boleh diperkecilakan jasanya di Liverpool iaitu Rafa Benitez. Adakah masih lagi ruang dan peluang untuk dia menjadi pengurus di Liverpool???

Dan kalaulah diberikan peluang untuk memilih pengurus Liverpool pada musim akan datang, siapakah akan anda pilih untuk mengemudi barisan pemain Reds yang semakin hari semakin mantap prestasi permainan mereka>>>>

Mar 28, 2011

Fernando Torres badi atau sumpahan



Bukan hendak mengutuk atau hendak memalukan sesiapa. Entri ini ditulis hanya untuk satapan minda dan luahan minda hasil dari perngliihatan semasa perlawanan Spain vs Czech Republic dan perlawanan-perlawanan sebelum ini semasa melihat aksi bekas pemain yang boleh dikatakan sebagai pemain pujuaan saya (penulis) dahulu nya.

Sejarah menunjukkan pemergian Michael Owen yang berlumba-lumba sangat hendak berpindah mencari nama dan Publisiti di Real Madrid.telah menyebabkan pemain yang dahulu sukar dikekang dan sukar untuk dikawal rapi oleh barisan pertahanan menjadi semakin lembik dan menjadi pemain yang dirasuk saka!! yang bernama Injury a.k.a kecederaan.

Apa yang diperkatakan tadi bukan istilah sebenar yang terjadi kepada Torres kini, tetapi pada pendapat saya(penulis), sejak pemergiannya dari Liverpool dan menyertai pasukan yang diperkatakan oleh beliau adalah pasukan yang akan memberi sinar bahagia kepada nya iaitu Chelsea. Pemain yang secara jujurnya menjadi idola saya sebelum ini, telah menjadi semakin menurun prestasinya, bercakap disini memang benar saya (penulis ) akui perpindahan Beliau ke Chelsea telah menghancurkan banyak hati-hati yang memujanya semasa dia berada di Liverpool, dan saya juga tergolong dalam kumpulan itu.

Namun, dalam masa yang sama, saya juga duduk di alam yang nyata dan mengharapkan agar pemergian beliau akan memberi impak yang besar kepada kerjaya . Tetapi dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini sejak perpindahan tersebut ternyata dia si Torres terus bermain dengan dibawah prestasi sebenarnya. Dan juga semasa perlawanan menentang Czech Republic bersama Spain juga dia terus terngelam dibawah kehebatan David Villa yang menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu.

Sememangnya ada peminat Liverpool akan marah dengan entri kali yang seolah-olah mengagungkan Torres, namun pada kenytaannya dia Torres memang pemain yang bagus dan adakah sumpahan peminatnya semasa dia bermain di Liverpool yang dahulu memujanya tetapi kini membencinya.Membuatkan dia si Torres menjadi semakin lembik dan semakin tengelam dalam era peningkatan pemain lain. Dan adakah dia mampu kembali ke prestasi asalnya.

Jujurnya saya yakin dengan andaian saya , jika keadaan ini berterusan dia akan sekali lagi mengikut jejak langkah Michael Owen yang terus tengelam dalam kalangan pemain Real Madrid dahulunya dan kini hampir lemas dalam kalangan pemain di Manchester United .

Persoalannya disini adakah si Torres mampu bangkit???? Kita tunggu dan lihat.

Mar 24, 2011

Aku bukan peminat sejati????

Nama selalu orang panggil :bob ….

Masih belajar lagi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asal :teluk intan…
umur 23 tahun…. .

pasukan bola diminati : Liverpool a.k.a The Reds

  • Ops jngan salah paham yek … entri kali ini bukan nak promosi diri sendiri or nak bagi aku dikenali ramai… tidak sama sekali…
  • Baca dulu situasi dibawah baru same-same kita berbalas komen…… or sesi nasihat menasihati…. Ye… tak pon sesi kutuk mengutuk.
  • Pada kali ini aku tibe-tibe terbuka hati nak menulis entri kali ini sebab aku ditanya oleh seorang kawan aku… “berbunyi … seperti ini…..!!!!!!!

“ko ini bukan peminat sejati la kalau ko tak pakai jersey Liverpool??? “


Bila melihatkan gambar jersey ini aku tertanya dalam kepala hotak aku ini???

Apakah sebenarnya yang kita nak tunjukkan jika kita ini peminat sejati kepada satu pasukan or satu kelab yang kita suke??????

Yelaaaa… aku ini jersey kelab kesayangan aku pun aku tak ade …. Kan. Kan.kan.kan ????? kan3.


Dan pada masa yang sama aku terpikir apakah dengan hanya membeli jersey sahaja kita bergelar peminat sejati kelab.

Dan adakah dengan membeli jersey Ori dari Al-Ikhsan sahaja maknanya kita akan bergelar peminat setia bagi pasukan yang kita cintai.


Kalau aku tanye diri aku sendiri cara apa la agaknya perlakuan yang aku buat untuk menyatakan aku is True fan ???

Cara aku nak menunjukkan aku nie peminat kelab adalah entri-entri di dengan blog aku… dan aku tak pernah miss perlawanan pasukan kesayangan aku walaupun sekali dalam tempoh 8 bulan kebelakangan ini iaitu sejak 2.30 pagi 30 Julai tahun lepas….


walaupun game kelab kesayangan aku main pukul 4 pagi dan esoknya aku kelas pukul 8…..tuhan je tahu betapa mengantuk mata aku bile dalam kelas dengar lect mengajar…..hahhaha
(kantoi sudah)


Kalau nak kata aku selalu pegi stadium pasukan kesayangan aku. Hampeh !!! LANGSUNG tak pernah jangan kan nak pernah sampai sana! . Stadium kt Negara aku sendiri pun aku jarang –jarang jejak….hahahahhaha .
(teruk kan aku )

Inikan bila lagenda kelab cthnya (Ian Rush dan Robbie Fowler ) kelab datang kt Malaysia pon aku pun aku tak pegi….pe la aku ini kan3 (memang sah la aku ini bukan True The Reds fan)

Abis kalau macam tu, aku ini bukan lah peminat setia kelab kesayangan aku laaaaaa!!! Kan3 ….

Tapi kalau aku laaa. Salah satu cara aku lain yang menunjukkan aku ini peminat kelab, perkara utama yang pertama aku lakukan bila berada dalam kedudukan on line or laptop ku dalam keadaan In Connected dengan internet .


First Things or First web yang aku bukak adalah Liverpoolfc.tv bukan pe!… sebab nak tahu perkembangan terbaru kelan kesayangan aku… baru la disusuri dengan facebook dan web –web lain…..


Tapi aku tengok member aku (yang cakap aku tak de jersey Liverpool)…. Laman web rasmi kelab dia pun haram dia tau….. harap baca paper je and baca wisel je … tu pun pinjam.bukannye beli sendiri.

Cuma lebihnya dia dia ade jersey kelab yang dia sayang, kononnye beli kt Al-Ikhsan .
aku pon tak tau???? Entah jersey siam ke entah2 dia rembat mane tah…..

Ummmmm entah laaaaa. Kadang-kadang aku pun tak tahu. Bagaimana kita menilai kita ini peminat sebenar .

ps: kalau korang pulak pe jawapan korang????

Mar 21, 2011

Adakah benar kata-kata dari Steve Bruce???

Bila membaca komen yang telah dilampirkan oleh bos Sunderland daripada laman web Goal.com, kadang-kadang saya terpikir ada betul juga apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai pengurus kesayangan kita Kenny Daglish.

Memetik daripada komen tersebut yang berbunyi “ Liverpool akan menamatkan Liga Perdana di tempat lebih baik dari musim lepas”

Dalam komen tersebut Steve Bruce yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Manchester United ini. Menyatakan bahawa, pada musim ini beliau mengangarkan bahawa Di bawah kendalian Kenny Daglish, Liverpool akan menamatkan saingan di tempat ke 6 dan keatas.


–sejarah membuktikan Kenny adalah pengurus terbaik pada era kegemilangan Liverpool–

Pujian harus diberikan kepada beliau, walaupun pasukannya kalah, Steve Bruce masih boleh memuji pasukan lawan yang telah menewaskan pasukan kendaliannya. Tambah beliau lagi.

“ saya juga yakin kehadiran Kenny di Liverpool akan mengembalikan zaman kegemilangan Liverpool seperti masa lalu, dimana pada ketika Kenny menjadi pemain dan juga disamping itu menjadi Jurulatih kepada The Reds”

Namun saya (penulis ) agak tertarik dengan kata-kata Steve Bruce yang berbunyi :

“It will take time because you have your Man Citys and Tottenhams.”

Maksudnya disini. Untuk kembali kearah era gemilang seperti zaman era 80 an. Kenny memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan Liverpool kembali mendapat gelaran Liga Perdana, hal ini adalah kerana seperti yang kita tahu, kini pasukan yang bermain di Liga Perdana adalah bukan sebarangan, jika tidak berhati-hati pasti akan membawa padah kepada kelab. Ditambah pula dengan kehadiran Man city and spurs pastinya, akan membuatkan impian kita untuk melihat Liverpool Juara Liga perdana sidikit terganggu.

Contohnya, perlawanan menentang West Ham lepas, menyaksikan dimana kita tewas mengejut kepada pasukan kendalian Avram Grant di Upton Park.

Kepada rakan-rakan lain jangan salah paham… disini bukan bermaksud saya tidak percaya kepada Kredibiliti Daglish dalam mengendalikan Liverpool. Dan sejak kedatangan Daglish, beliau telah membuktikan bahawa dia salah seorang pengurus terbaik lihat sahajalah….

Pada satu ketika Liverpool ditinggalkan oleh Roy pada kedudukan antara pasukan tercorot Liga tetapi dengan idea beliau kini Liverpool kembali bersaing dalam kedudukan tahta Liga perdana.

Apa-apa pun saya harapan cepat-cepatlah pihak pengurusan Liverpool menawarkan kontrak tetap kepada Kenny supaya beliau boleh meneruskan perancangan jangka panjang untuk membina kembali Liverpool gah di seantero dunia.

Ps : Saya tetap Liverpool fan Ok!!!!!

Mar 19, 2011
Comments Off

Carroll dipanggil ke squad England

Pada hari ini bercakap pada LFCTV Kenny Daglish melaporkan bahawa kini Andy Carroll telah dipanggil oleh Fabio Capello dalam persedian menentang Wales dalam kempen kelayakkan Euro 2012.

Tambah Kenny lagi….

“Setelah menonton perlawanan terakhir Carroll pada khamis lepas, bos Three Lions, Fabio Capello kini bersedia untuk memanggil Carrroll untuk sekali lagi beraksi untuk pasukan kebangsaan England”

“Namun seperti yang diketahui sebelum ini Carroll mengalami kec

Mar 15, 2011

Happy Birthday Liverpool!


Hanya dibezakan 11 hari selepas kedatangan hari lahir pengurus dan lagenda kelab kita Kenny Daglish kini pada hari ini walaupun dalam kesibukkan saya (penulis ) dengan tugasan projek akhir tahun yang semakin hari semakin memeningkan kepala. Tidak dilupakan juga pada kali ini, untuk mengenang sejarah lampau dimana pada 119 tahun yang lepas pada tarikh ini dan waktu ini lah. Kelab yang diberi nama LIVERPOOL FC, telah ditubuhkan dan sebagai untuk mengenag atas penubuhan kelab yang terbaik dalam planet ini. Saya penulis dalam blog ini ingin mencucapkan happy birthday kepada kelab yang disayangi ini. Dan diharapkan semoga kelab ini akan terus sukses dan terus maju kehadapan dan mengembalikan kegemilangan Liverpool pada era 80 an.

Bagi kawan-kawan sekalian jangan lupa ye… hebahkan berita ini kepada rakan-rakan lain dan juga hebahkan juga berita happy birthday kelab kesayangan kita ini kepada penyokong kelab lain. Supaya mereka tahu kita ini penyokong Liverpool @ The Reds sentiasa mengingati tarikh penting dan waktu kemuncak kelab kita ini tidak kira dimana kita berada dan juga disini saya ingin mencupkan takziah kepada rakan-rakan penyokong reds yang berada di jepun kerana, disana meraka sedang bertarung nyawa untuk terus selamat dari bencana tsunami yang melanda Negara mereka.

Mar 12, 2011

Gerrard akan berehat panjang


Suka atau tidak suka perkara ini telah pun berlaku dan hal ini sudah pun dihebahkan sendiri oleh laman web rasmi Liverpoolfc.tv yang berkata kapten kita Steven Gerrard akan berehat panjang selama 4 minggu disebabkan pembendahan yang dijalankan untuk memulihkan kecederaan pangkal paha.

Berikut dari masalah ini, secara tidak langsung akan meyebabkan Gerrard akan ketinggalan perlawanan menantang semasa Reds menentang SC Braga di Anfield serta berkemungkinan tinggi 3 perlawanan dalam kempen Liga Perdana iaitu melibatkan Sunderland dan West Brom, serata diikuti dengan perlawanan di Home apabila reds menentang Manchester City pada tarikh 11 April.

Sacara jujurnya ini pastinya amat membimbangkan Kenny Daglish kerana seperti kita tahu tanpa kehadiran gerrard akan meninggalkan posisi bahagian tengah The reds akan dikosongkan kerana tiada pemain yang benar-benar berkemampuan untuk mengantikan posisi yang ditinggalkan oleh beliau terutamananya dalam perlawanan penting.

Kita sebagai peminat kelab, hanya boleh terus mengharap bahawa Gerrard akan cepat pulih dan akan kembali secepat mungkin setidaknya semasa aksi menentang Man City bulan depan. YNWA

2 bulan dibawah kendalian The King



Bermula dari 8.1.2011 hingga hari ini 8.3.2011 begitu banyak perubahan dilakukan oleh beliau

Ikuti rentetan perkara yang berlaku sepanjang setakat musim ini……

Musim ini banyak kita lihat perubahan, peralihan, kemenangan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan dan dan banyak lagi lah untuk diperkatakan. Lihat sahajalah pada awal musim pada era kendalian Roy hodgson, pada permulaannya, begitu banyak kesedihan dan kecurangan yang berlaku.

Bermula dengan kekalahan memalukan dengan Man City, dan diikuti rapat dengan kekalahan dengan Man United di Old Trafford. Dan paling pahit untuk ditelan apabila menyaksikan kekalahan memalukan dengan Blackpool di Anfield. Memang menyeramkan dan menyedihkan jika mengenang segala memori lepas pada awal musim ini.

Dan selepas itu, dugaan demi dugaan menimpa apabila kita terus dikejutkan dengan berita bahawa kelab kesayangan kita akan dijual oleh pemilik lama kelab Gillett and Hicks yang dikatakan berkeras untuk menjual kelab dan jika mahu menjual kelab, kedua pemilik ini mahu menjual kelab dengan harga yang boleh dikatakan terlalu mahal.

Namun syukur, hasil usaha lembaga pentakbiran yang membawa kes ini ke mahkamah High Court, dan hasilnya kelab Berjaya dijual ke New England Sports Ventures ( NESV) pada tarikh 15 October 2010 dengan harga sekitar £300 juta . Saya (penulis), masih ingat lagi semasa menunggu keputusan perbicaraan tersebut hampir dekat 7 jam duk depan laptop pasal hendak mengetahui adakah benar-benar kelab kesayangan kita ini dijual kepada tangan yang betul. Sungguh mendebarkan.

Dan kemudian, keadaan nampak kembali tenang dan selepas beralihnya pemerintahan kuku besi, Gillett and Hicks, tambah pula masalah baru yang berterusan menimpa kelab. Dan masalah ini adalah bagaimana prestasi kelab yang benar-benar merudum dan kekalahan demi kekalahan antaranya Stoke City, Wolverhampton di Anfield. Dan juga paling teruk untuk dilihat dan dikenang perlawanan semasa menentang Blackburn di Ewood Park.

Selepas kekalahan demi untuk kebaikan bersama dan kebaikan kelab yang terutamanya. Pihak pengurusan kelab mengambil tindakan drastic untuk memecat Roy Hodgson dan membawa kembali lagenda, bekas pemain yang pernah mengukir nama di Liverpool. Kenny Daglsih hadirpada 8 January 2011 untuk menyelamatkan kelab dari terus sensara dan terus hanyut dipukul ombak kekalahan demi kekalahan.

Syukurlah setelah cukup dua bulan tepat pada hari ini 8.3 .2011 dibawah kendalian Kenny semakin hari, kelab menunjukkan perubahan dan semakin lama, fan, penyokong pasukan lain semakin berjaga –jaga mulut bila bercakap mengenai Liverpool, kerana semasa zaman kendalian roy mereka sangat suka melihat dan menonton perlawanan yang melibatkan Liverpool dengan tujuan untuk mengutuk dan memberikan komen pedas kepada penyokong Liverpool. Dan saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kutukan mereka.

Banyangkan lah pada suatu ketika dalam musim ini kita pernah berada pada kedudukan penyingkiran Liverpool pernah berada di kedudukan 3 terbawah dan kini pada hari ini, siapa juga sangka kita kembali bersaing untuk kedudukan big four dalam tahta liga Perdana. Dan sabagai penyokong kelab ini. Saya bukan bercakap hendak memuji atau apa! Memang benar kehadiran Kenny telah menyelamatkan Liverpool dan mengembalikan Liverpool pada kedudukan yang sepatutnya Liverpool duduki. Thanks kenny kerana mengembalikan senyuman untuk Liverpool.