Bagaimana ingin menjadi legenda Manshitter United?
Agaknya ramai orang bercita-cita ingin menjadi legenda, terutamanya dengan mudah dan tanpa setitik peluh pun. Sudah tentulah episod EPL tour di Malaysia baru-baru ini banyak memberi kenangan pahit manis kepada kita. Dari isu patriotisme yang dibangkitkan oleh media, jurulatih dan pemain sehinggalah ke isu ‘legenda segera’.
Sebelum ini, mungkin tidak ramai yang kenal akan Pravintheran Nair, tetapi selepas peristiwa 14 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil kita semua pasti akan kenal siapa beliau, remaja yang memakai kit Manshitter United dengan nameset Rooney yang duduk di dalam lingkungan 37,800 penyokong Liverpool yang hadir ketika sesi latihan. Beliau disuruh membuka jersinya (walaupun pada mulanya enggan, siap mencium badge setannya) dan akhirnya meninggalkan stadium (dengarnya kemudian kembali dengan jersi Malaysia). Insiden ini dirakamkan dan dimuat turun di laman youtube, dan seterusnya mendapat liputan meluas seluruh dunia, antaranya Daily Mail di UK. Menambahkan kehangatan, Wayne Rooney bertindak memuji tindakan pemuda tersebut dan menyifatkan beliau sebagai ‘legenda’ di dalam laman sosial twitter. Agaknya dengan pujian Rooney dijadikan inspirasi oleh orang-orang di sini yang agaknya mahu juga dirinya digelar ‘legenda’ dengan hadir pada hari perlawanan Liverpool – Malaysia pada 16 Julai dengan memakai jersi setan. Hasilnya, ‘legenda-legenda’ ini turut menerima akibat yang sama seperti Pravin. Tidak cukup dengan itu, baru semalam ketika sesi latihan skuad Chelsea, juga hadir seorang pemuda yang memakai jersi Manshitter United dan turut menerima akibat yang sama. Namun, hanya Pravintheran sahaja yang mendapat nama, korang-korang yang lain hanya mendapat malu dan kebencian. Jadi legenda ke?
Ada tak yang terfikir apa sebab rasional mereka? Nak menganjing? Nak tunjuk diri hebat? Buta sejarah? Dah bosan dengan kehidupan? Yang pasti tindakan mamat itu adalah bodoh. Bak kata seorang teman, “kalau nak tunjuk berani tu biarlah bertempat” bukannya macam mamat Pravin. Walaupun begitu, bagi pengikut-pengikut setan, Pravin dah jadi idola mereka, mungkin lepas ni dah boleh buat fan club pun… eh, dah ade page la untuk dia dalam FB, jangan tak tau yer. Malah ada juga penyokong setan yang menggunakan sokongan mereka terhadap Malaysia, hanya kerana menentang Liverpool. Patriotik ke tu?
Dan ini turut membuktikan bahawa rival Liverpool – Manshitter United akan terus berkekalan selamanya. Kita tidak memerlukan orang sebodoh ini untuk berjuang buat kita kerana kita tidak akan jalan seorang diri.
Kenny dan Mokhtar tetap di hati
kepada fan yg die hard hanya untuk malaysia, saya tau hati anda hanya utk lagenda SuperMokh. Tapi, tahukah anda, dalam setiap hati fan liverpool di negara kita ni, ada dua permata yang terbuku di hati iaitu Dalglish dan Mokhtar!!..
kredid buat empunya banner yg juga merupakan admin fb my-lfc
The atmosphere of Asian Anfield!!
Here is some of the greatest video around youtube when the greatest football song, was loudly sang by Malaysian crowd inside 85k seater stadium build for 1998 Commonwealth games.
We will update, if any new video uploaded by our malaysian fans there.
By krgcw, clearer version center of the stadium
By, aimanbeck
By, amesk8 behind the goal shot
By, ezammer21
credid for an incredible photo(on top) by Lijing Khoo
Blog: Apa Yang Anda Rasa Jika Menjadi Peminat Liverpool?

Artikel kali ini sangat istimewa. Penulis ingin menceritakan pengalaman istimewa penulis apabila ingin menyambut kedatangan pasukan kegemaran penulis iaitu Liverpool. Beberapa bulan sebelum itu, penulis telah mendapat tahu yang Liverpool akan membuat tour ke Asia dan salah satu negara yang dikunjungi adalah Malaysia. Hati ini sangat gembira kerana ini adalah kali pertama Liverpool akan ke Malaysia. Penulis tanpa membuang masa terus menempah tiket dengan perasaan yang sangat teruja.
Kpd anda yg ingin berkongsi perjalanan dan diari LFC ASIA TOUR di blog ini, sila link kan tulisan blog tersebut di FB kami atau Twitter kami. tq
Pada mulanya penulis mengajak beberapa rakan lain yang sama meminati Liverpool tetapi ramai antara mereka tidak dapat menyertai kerana ada urusan lain yang lebih penting. Itu tidak menghalang penulis untuk pergi walaupun berseorangan. Pada hari Khamis (14 Julai 2011) penulis bergerak ke Kuala Lumpur. Sampai disana penulis terus ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton sesi latihan pasukan Liverpool. Disitu penulis sangat gembira berjumpa dengan rakan, Alif Sabri dan beberapa rakan baru.

Semasa sesi latihan, dilaporkan 38,000 peminat telah hadir menyaksikan sesi tersebut. Di luar stadium, ramai peniaga menjual pelbagai jenis barang seperti jersi, gift, hon dan juga makanan. Suasana memang sangat meriah. Semua yang hadir kelihatan sangat gembira menantikan kunjungan pemain-pemain kegemaran masing-masing. Selain pemain, penulis juga dapat melihat lagenda-lagenda Liverpool dengan dekat seperti pengurus Kenny Daglish, lagenda 90an Ian Rush dan juga Phil Thompson.
Pada hari perlawanan (Sabtu 16 Julai 2011), penulis ke Bukit Jalil seawal 1 petang. Ketika ingin menaiki LRT, ramai yang sudah memakai jersi Liverpool dimana-mana sahaja. Ada suami isteri yang memakai baju yang sama membawa anak kecil, ada juga warga asing dalam kelompok yang kecil. Di dalam tren, sudah dipenuhi dengan penyokong berbaju merah. Semuanya gembira menuju destinasi yang sama. Walaupun saling tidak mengenali mereka tetapi mereka akan senyum apabila melihat sesama sendiri.

Sampai dipersekitaran stadium, kelihatan ramai peminat telah membanjiri segenap ruang walaupun perlawanan dijadualkan pada 5.45 petang. Mereka bersorak-sorak, membeli pelbagai barangan dan bergambar bersama-sama banner masing-masing. Penulis makan tengahari bersama Alif & rakan-rakan sebelum berpisah & masuk ke dalam stadium jam 3.00 petang. Di dalam stadium, penulis duduk dengan orang yang tidak dikenali tetapi kami seolah-olah satu keluarga. Kami masing-masing bertukar-tukar mengambil gambar.
1 jam lebih sebelum pelawanan bermula, separuh stadium telah diisi. Suasana sekeliling sudah bergegar dengan sorakkan peminat. Penulis sangat teruja kerana majoriti di dalam stadium memakai jersi bewarna merah (jersi Liverpool). Suasana itu telah menjadikan penulis seakan-akan berada dalam stadium Anfield di England. Satu suasana yang mungkin sukar untuk dirasakan jika difikirkan kemampuan untuk ke luar negara. Namun, suasana ketika itu sangat istimewa dan memberi makna kepada penulis.
Apabila pemain masuk ke padang, sejarah mula tercipta! Selalunya penulis hanya menonton perlawanan melalui TV tapi kini dapat menyaksikan sendiri perlawanan secara real. Perlawanan ini sangat istimewa kerana ia melibatkan pasukan diminati dengan pasukan tanah tumpah darah penulis. Oleh itu, menang kalah bukanlah yang penulis fikirkan tetapi kegembiraan serta semangat ingin merasakan suasana sorakan yang luar biasa. Bukan hanya bersorak untuk Liverpool malah satu stadium turut bersorak untu Malaysia.
Selesai sahaja perlawanan, stadium telah bergema lagi dengan nyanyian lagu semangat Liverpool iaitu “You’ll Never Walk Alone” dimana ia kali pertama dinyanyikan beramai-ramai di Malaysia. Dengan kehadiran 87,000 penyokong dalam stadium Bukit Jalil itu, nyanyian lagu penuh emosi tersebut sangat memberi kesan yang mendalam bagi peminat Liverpool di Malaysia. Itulah salah satu perkara yang istimewa menjadi peminat Liverpool yang tiada pada kelab-kelab lain di dunia. Penulis sangat rasa bertuah pada malam itu.
Rumusannya, keputusan 6-3 yang berpihak kepada Liverpool adalah tidak penting. Apa yang penting penulis terhibur menjerit 9 kali dalam perlawanan itu. Penulis juga kagum dengan Malaysia kerana mutu permainan mereka jauh lebih baik berbanding 5 tahun lepas. Diharap Malaysia melakukan yang terbaik ketika menentang Singapura nanti. Dalam perjalanan pulang, penulis & ramai penyokong Liverpool menaiki LRT. Mereka tidak berebut malah bersorak gembira sambil melambai kepada yang telah menaiki tren.
“Now we know how big our club is” – Kenny Dalglish
“Malaysian fans Rock!” – Paisleygates.com
“It is phenomenal!” – Hitz.fm
“What we are seeing over here is just unbelievable” – David Kuyt
“Reserve 1000 seats in Anfield for Malaysian supporters!” – LFC.TV Forum
Tidak sampai 3 jam selepas perlawanan, laman web rasmi liverpool telah memaparkan gambar-gambar menarik di stadium;
http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/pics-fans-roar-on-reds-in-malaysia
Berikut merupakan rumusan dari salah satu blog kelab peminat Liverpool di Malaysia;
http://blog.my-liverpoolfc.com/2011/07/rangkuman-tour-lfc-di-malaysia/#awp::2011/07/rangkuman-tour-lfc-di-malaysia/
Kerana sambutan yang menggalakkan, Liverpool berhasrat untuk ke Malaysia lagi pada masa-masa akan datang;
http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/ian-ayre-we-ll-be-back-malaysia
*p/s – walaupun perlawanan ini sangat menarik pada penulis tetapi telah dicalar dengan beberapa statement yang kurang professional. Diharap semua dapat membezakan antara MINAT dan SETIA. Malaysia adalah negara penulis dan pastinya sokongan padu tetap diberikan. Perlawanan tersebut hanyalah persahabatan dan bukannya final Piala Dunia.
Tulisan blog ini adalah hakcipta terpelihara dari penulis asal Harris Fadzilah yang ingin cerita ini dikongsi oleh rakan2 Liverpool di Malaysia. Kunjungi blog beliau http://harrisfadzilah.blogspot.com/
Segelintir pemain telah hilang hormat kami!!
Terus terang, saya penulis dalam blog ini mewakili puluhan ribu peminat malaysia dan liverpool yang di dalam atau di luar stadium nasional sabtu lepas, hilang hormat terhadap segelintir individu skuad harimau malaya yang kami sanjung seumur hidup kami. Sentimen perkauman, kenegerian, ke’kelab’an perlu dikikis dalam isu bola sepak di tahap profesional. isu yang kecil, yang dianggap berseloroh dan bergurau oleh pemain ini. seseorang pemain tak perlu keluar kenyataan dia menjaringkan gol, di atas kenegerian atau kelab dia yg merupakan seteru utama pasukan lawannya.
sebelum ini, Safee membuat kenyataan 2 gol yang diciptanya mungkin daripada semangat seorang fans Man Unitedd seteru kuat Liverpool FC. dan ini tidak patut sama sekali dikeluarkan dari mulutnya kepada press. sangat kebudak-budakkan dan jelas sikap yang tidak profesional. apa yang kami harapkan komennya adalah gol yg tercipta adalah dari semangat MALAYSIA dan sokongan ribuan peminat tempatan di dalam stadium walaupun berbaju merah. Namun, Datuk Rajagopal juga menyifatkan kurangnya patriotik peminat bola tempatan apabila mereka lebih rela menyarung jersi merah dari jersi kebangsaan kita. walaupun hanya 90 minit ini sahaja. – kata rajagopal. persoalannya, Warna melambangkan patriotik kah? kenapa terbangkit isu ‘patriotik’ HANYA dalam match Liverpool vs Malaysia? KENAPA?
saya lebih berminat, memetik quote dari rakan2 Facebook penyokong Liverpool yang rata2 kecewa dengan ‘statement’ yg diberi pemain berkenaan
Good morning Malaysian Reds! This is my thought of the day!
Experience can’t give them (Malaysia XL) dignity. They only improve but not moving forward unless they stop thinking of being small team and act like a big team.
Rajagopal (despite his lack of fashion taste) and Safee both should know how to face with other international football giants with respect towards your own supporter. However, he’d turn his back with a foul statement because you like other football team better. Some of your loyal supporter is also Liverpool FC supporter. Remember that. 
Malaysian by birth Liverpool by choice. BY CHOICE!! We have chosen to support Malaysia and Liverpool together. Which team is winning it doesn’t matter!
Honestly, I just want to be spoiled with every glorious moment with Liverpool FC. It’s their first appearance here in Malaysia for God’s sake!
Is it that hard to understand our passion for football that certain people have accused us for being non patriotic? What are they lunatic, blind or deaf?
Have not they heard how crazy Malaysian in Liverpool jersey screaming when our beloved Malaysian XL football team scores a goal?
YNWA!
Ada juga segelintir page, penyokong tegar Harimau Malaya terus terusan mengkritik peminat LFC yang memenuhi SNBJ dengan warna merah. langsung tak patriotik, begitu juga Rajagopal yang meminta minta (akhbar pada hari sblm match berlangsung) pakaian biru/kuning kebangsaan dipenuhkan di Bukit jalil.
Yang pelik nya kenapa isu ‘patriotik’ baru berkumandang pada game LIVERPOOL ASIA TOUR?? isu ni lebih berat apabila, banyak status/twitt yang tak sepatutnya keluar dari pemerhati luar dari stadium. Saya berani kata, siapa yang ada dalam stadium tu mesti tahu apa keadaan sebenar yang berlaku. Tengok saja, ulangan di ASTRO waktu gol mana sorakan paling kuat kami tujukan? sewaktu kedudukan 3-4 bergegar stadium jeritan MA-LAY-SIA. sampaikan tergopoh Kyrgiakos dan Wilson nak bertahan diasak ketangkasan serangan Amirul Hadi-Safee dan Ashaari.

Isu peminat MU yg silap 'kandang' pada Khamis(sesi latihan) jadi perhatian dunia dan mungkin penyebab isu ini diperbesarkan
isu ini kemudian di putar belit segelintir peminat Man Utd sendiri yang kononnya membelakangi Rajagopal, Safiq dan Safee. bila puak ‘Man Utd’ dan mula bersekongkol, isu makin panas.. Klik saja mana2 page LFC di Malaysia mesti kaw-kaw membambu 3-rangkaian yang menjaja nama ‘Man Utd’ berbanding semangat cakar ‘Harimau Malaya’. Saya peminat setia Safiq, Safee tapi kenyataan mereka jelas mencalar hati kami.
Namun, UTUSAN hari ini melaporkan Safee sangat memohon maaf diatas ketelanjuran yang dilakukan. Dia tak menyangka ‘gurauan’ nya itu menyentuh hati ramai pihak. dan pasti, isu sebegini tak kan berulang lagi. Sebagai peminat LFC, maaf ini kami terima dgn hati terbuka. tapi ini mungkin, belum cukup memuaskan hati fan LFC yang lain selagi belum mulut Safee sendiri yang berkata di media elektronik lain. Rajagopal juga tak mengeluarkan kata-kata seperti ini, walaupun umum tahu, Raja juga merupakan peminat MU. jadi minta rakan lain beri peluang kedua buat 3 serangkai ini yang merupakan permata bolasepak negara kita.
Mereka perlu berlajar dari kesilapan ini, dan memastikan isu sebegini tak berulang lagi. ingatlah, yang datang 85ribu orang di stadium adalah rakyat malaysia mejoritinya, kami lebih terharu jika Safiq dan Safee menyambut jaringannya bersama2 85ribu peminat di dalam stadium. ini adalah perlawanan persahabatan dan bukannya perlawanan akhir piala eropah antara MU dan Liverpool. Kami sentiasa dibelakang harimau malaya untuk membaham 2 ekor lagi singa selepas ini. Singa dari seberang adalah lebih penting dari bangau dan singa dari England ini.
p/s: kpd pihak fan LFC, Harimau Malaya yg berkecil hati dlm post ini, saya mohon maaf. ini demi bolasepak tempatan dan demi kelab Liverpool yang kami ‘Pilih’. kalau ada yang tak dapat memaafkan segelintir pemain ini, ingatlah kita masih di belakang ‘Harimau Malaya’.
YNWA, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Rangkuman Tour LFC di Malaysia…
Johardy: Aura Kenny Dalglish meyakinkan

KETIKA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ada kalangan pemain Liverpool FC bergurau untuk bertaruh mengatakan tiada sesiapa akan menyambut mereka pada pukul 4 pagi Khamis lalu. Itu waktu tidur.
Ternyata ‘pertaruhan’ mereka meleset sama sekali apabila mendapati sekitar 200 penyokong bersorak dan meriuhkan subuh yang tidak hening lagi di KLIA itu.
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel di Bandar Utama, Damansara, berpuluh-puluh kereta mengiringi bas yang membawa mereka. Pemain Liverpool FC yang keletihan selepas bertarung dengan pasukan China beberapa jam sebelum itu, turut sama terkejut dengan sambutan awal yang mereka terima sejurus menjejak kaki buat pertama kali ke bumi Malaysia.
Di lobi hotel, Andy Carroll iaitu pemain England termahal dengan yuran perpindahan 35 juta pounds (RM175 juta) tergamam dan terlopong mulut menyaksikan ‘kontingen penyambut’ mereka menyorak dan melaungkan namanya. Pemain muda berusia 22 tahun itu baru sahaja menyertai Liverpool pada Januari lalu dan pertama kali menjejak kaki ke dunia sebelah sini. Beliau nyata terharu dan tidak menyedari sehingga Khamis lalu betapa penyokong kelabnya itu memiliki jutaan peminat di Asia. Dan seandainya sambutan di China tidak mencukupi untuk jadi bukti, pengalamannya di Malaysia pasti merubah pandangannya.

Kini, mereka tahu bahawa penyokong di Malaysia ada masanya beruntung dapat menyaksikan perlawanan pada waktu tenang iaitu sekitar 8 malam hingga 11 malam, dan ada yang terpaksa bersengkang mata menanti perlawanan yang bermula jam 4 pagi. Pemerhatian saya sepanjang mengikuti mereka selama tiga hari berturut-turut di ibu negara terhadap sikap para pemain adalah memuaskan. Pemain ternama Dirk Kuyt dan Jamie Carragher tidak sombong dan tidak menolak melayan permintaan peminat untuk bergambar dan menandatangani baju atau apa sahaja yang sempat (saya gantung baju bernombor 23 siap dengan autograph Carragher di dinding hari ini).
Malah, pengurus Kenny Dalglish berharap, sambutan yang diterima pemainnya di Malaysia dan lain-lain tempat di Asia, bakal member inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang terbaik bagi meraih kemenangan kepada pasukan bila musim baru bermula 13 Ogos ini menentang Sunderland.
Rasa keseronokan ini mungkin sukar dimengerti oleh bukan peminat Liverpool FC. Penyokong lawan mencemuh mengapa sibuk dengan LFC sedangkan pasukan Reds paling akhir memenangi Liga Perdana Inggeris 20 tahun lalu dan telah dipotong oleh MUFC musim lalu dengan agregat 19-18 kejuaraan keseluruhan. Hujahnya pelbagai. Satu daripada factor utama ialah kemunculan semula legenda Anfield, Kenny Dalglish sebagai pengurus pasukan pada Januari lalu.
Dalglish merubah persembahan Liverpool daripada dua tangga tercorot pada era Roy Hodgson, untuk menamatkan saingan di tangga keenam. Secara peribadi, saya sendiri pun gembira kerana saya boleh dikatakan penyokong malang apabila menyaksikan kekalahan 1-2 Liverpool di tangan Blackpool semasa menonton perlawanan itu di Anfield pada 3 Oktober 2010. Persembahan Liverpool dalam perlawanan itu bagai tidak cukup nafas dan bola sentiasa terlepas. Hodgson seperti tiada formula untuk menaikkan semangat pemain setelah ketinggalan 0-1 di babak pertama. Maka hadirnya Dalglish atau disebut King Kenny, ia bagaikan suntikan vitaman untuk menewaskan keangkuhan Sir Alex Ferguson musim akan datang.
Paling manis dibawah tadbir urus Dalglish yang pendek antara Januari dan Mei lalu, Liverpool membuat kejutan menewaskan MUFC dan Chelsea dengan penuh keyakinan tatkala prestasi pasukan terumbang-ambing tanpa tonggak utama Steven Gerrard.
Keberanian Dalglish mengenengahkan pemain-pemain remaja daripada Akademi Liverpool juga membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Malah dalam siri lawatan ke Asia ini, pemain muda dibawa bersama dan diberi masa bermain yang sama banyak dengan barisan kesebelasan utama semalam.
Tertekan
Maka itu tidak hairanlah semasa sidang akhbar pertama Dalglish pada Khamis lalu, beliau ditanya sama ada beliau merasa tertekan dengan harapan besar menggunung daripada penyokong LFC untuk memenangi kejuaraan musim akan datang.
‘‘Saya akan mencuba yang terbaik. Saya tidak merasa tertekan. Untuk kembali menguruskan Liverpool adalah suatu penghormatan tinggi untuk saya,’’ katanya. Untuk rekod, Daglish adalah satu-satunya pemain dan pengurus yang pernah menjulang kejuaraan Liga Perdana, dan merupakan pengurus terakhir yang beroleh kejayaan itu pada 1990.
Fakta di atas menyebabkan maraknya api keyakinan para pemain dan penyokong LFC di seluruh dunia bahawa keajaiban akan mampu dihasilkan oleh Dalglish bagi musim 2011/2012. Malah, persediaan ‘perang’ terserlah dengan kesanggupan pemilik kelab memberikan dana yang setakat ini berjumlah 100 juta pounds untuk Dalglish membeli pemain merangkumi Stewart Downing yang memeterai kontraknya semalam, Charlie Adam, Jordan Henderson dan beberapa lagi.
Perlawanan semalam antara LFC menentang Malaysia hanyalah satu perlawanan pertunjukan, jika tidak pun dianggap sebagai latihan serius bagi skuad Malaysia untuk berdepan dengan saingan sebenarnya di rantau ini iaitu Singapura hujung bulan ini. Keputusan jaringan tidak memberi apa-apa makna tetapi persembahan Malaysia begitu memberangsangkan malam tadi. Saya terkilan bila ada kalangan tertentu mahu melaga-lagakan pula penyokong LFC dengan sokongan kepada skuad Malaysia. Ini tidak sepatutnya berlaku. LFC datang ke sini bagi meraikan para penyokongnya. Maka dipertemukan mereka dengan skuad pilihan Malaysia, kerana untuk mempertemukan LFC dengan juara Piala Malaysia atau Piala FA, belum tentu dapat menyakinkan FAM untuk meluluskannya. Lagipun, Liverpool sama seperti Arsenal dan Chelsea tidak mahu mana-mana pemainnya tercedera dalam siri lawatan ke Asia.
Selain itu, perlawanan persahabatan seumpamanya adalah penting bagi skuad Malaysia (senior dan skuad Olimpik) mempersiapkan diri. Ini kelebihan yang pasti menyakitkan hati Singapura kerana ‘rakan sparring’ terdiri daripada tiga kelab Liga Perdana Inggeris.
Jadi tidak seharusnya timbul isu pertindihan sokongan. Saya sendiri sebagai penyokong tegar Liverpool FC tidak terusik atau terjejas pun kesetiaan kepada skuad Malaysia. Semasa menentang Singapura dan Vietnam, saya dan bekas Editor Sukan Utusan Malaysia, Khalid Saad bersama-sama berkempen mengajak rakan-rakan dalam facebook menukar gambar dinding kepada gambar harimau. Sekarang saya mengajak anda sekalian berbuat demikian pada minggu kita bertemu Singapura nanti. Saya tidak berjalan berseorangan dengan LFC kerana Malaysia tetap teguh di hati.
Dipetik dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE oleh penulis, Johardy Ibrahim sila ke blog beliau UTUSAN LFC
Gambar oleh Hidayat Lfc Fitri
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 16 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 6 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 4 view(s)
- Antara Fernando Torres, Andy Carroll, Luis Suarez dan Ryan Babel 3 view(s)
- Tuduhan Evra terhadap Suarez: Liverpool mahu keadilan! 3 view(s)







