Preview BPL: Birmingham V Liverpool
Siaran Langsung, Astro Supersport 3
12 September 2010, 10 Malam
Kita akan berkunjung ke St Andrews dalam perlawanan keempat kempen BPL musim 2010/2011 setelah liga berehat seketika untuk kelayakan Euro 2012. Tamparan buat kita apabila diberitakan kehilangan Kuyt akibat kecederaan yang mungkin berlanjutan sehingga sebulan lebih, dan mungkin juga kita akan menyaksikan aksi debut 2 pemain baru yang ditandatangani oleh Uncle Roy, iaitu Konchelsky dan Meireles.
Diharap kita mampu untuk mencuri 3 mata dalam perlawanan ini bagi memberi inspirasi dalam kempen Europa minggu hadapan (16 September) dan juga perlawanan menentang musuh tradisi, Manchester United 19 September nanti. Berapakah keputusannya? sama-samalah kita menonton di siaran Astro Supersport 3 (817), 10 malam, 12 September. YNWA
Post Review BPL: Liverpool 1 WBA 0
Kemenangan pertama liga musim 2010/2011 akhirnya tercapai sudah sekalipun dengan kemenangan tipis 1-0; lebih manis ia tercapai di Anfield dan dijaringkan oleh penyerang utama kita, Fernando Torres. Gol yang dijaringkan oleh El Nino pada minit ke-66 juga merupakan gol ke-50 peribadi beliau di Anfield, satu petanda menandakan El Nino akan meledak lagi.
Sekalipun dijangka menang mudah, namun perlawanan malam tadi tidak semudah yang dijangka. Ternyata pertahanan WBA berjaya mengekang asakan pemain bahagian hadapan kita sehingga tiada asakan yang benar-benar berkesan pada separuh masa pertama. Namun, ledakan cantik dari luar petak penalti dari El Nino hasil hantaran Kuyt memberi kita keceriaan dan kemenangan pertama kita. Keputusan kekal: 1-0 sehingga tamat separuh masa kedua. Syabas Liverpool!
Skuad: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Agger, Poulsen, Lucas, Kuyt, Gerrard, Jovanovic (Maxi), Torres (Babel)
Preview BPL: Liverpool V West Bromwich
SIARAN LANGSUNG
Tarikh: 29 Ogos 2010
Masa: 10 Malam
Siaran: 812
My-LFC gath: Chelos, Bandar Baru Bangi
Malam ini kita akan menanti kehadiran pasukan “comeback” dari Championship, iaitu West Bromwich di Anfield dalam misi memburu kemenangan pertama buat skuad Uncle Roy dalam musim 2010/2011. Diharap kita akan mampu mengukir kemenangan bagi menaikkan semula semangat para pemain setelah merundum seketika apabila tewas kepada pasukan juta-juta, iaitu Mancheaty tempoh hari.
Berkemungkinan besar Uncle Roy akan menurunkan formasi 4-4-2, di mana di bahagian tengah akan dikemudi oleh Poulsen dan Gerrard. Sayap kanan dan kiri bakal diisi oleh Kuyt dan Jovanovic manakala El Nino akan bergandingan dengan Ngog di bahagian serangan.
Kita semua mengharapkan kejayaan, dan biarlah malam ini menjadi titik permulaannya. YNWA
Post Review BPL: ManCity 3 Liverpool 0
Tewas kita di Eastland dalam perlawanan sebentar tadi yang menyaksikan kekalahan liga pertama di bawah kendalian Uncle Roy. Percubaan formasi 4-4-2 meletakkan Ngog dan Torres di hadapan ternyata tidak membuahkan hasil, malah dikecewakan beberapa kali oleh kehebatan penjaga gol Manchester City, Joe Hart. Perlawanan yang jelas didominasi oleh Manchester City melayakkan mereka untuk menang dalam aksi sebentar tadi.
Namun demikian, perjalanan liga masih lagi jauh dan kita semua masih percaya kita mampu mengubah kedudukan dan menjadi pencabar utama BPL musim ini. Kerana itulah kita akan tetap bersama dan tidak akan mengalah. YNWA
Preview BPL: Manchester City V Liverpool FC
Siaran Langsung
Tarikh: 24 Ogos 2010 (Selasa)
Masa: 245 pagi
Channel: 812
Awal pagi Selasa nanti, kita akan berkunjung ke Eastland dalam menghadapi perlawanan kedua kempen BPL musim 2010/2011, satu lagi permulaan yang sukar buat kita pada musim ini setelah menghadapi Arsenal minggu lepas. Apa yang nyatanya, Manchester City yang kita bakal temui nanti bukanlah Manchester City 5 tahun sudah kerana mereka kini sudah digelar sebagai ‘galasticos’ versi England, terutama dengan perbelanjaan musim ini sahaja sebanyak 130 juta GBP; membawa masuk pemain-pemain ternama seperti Jerome Boateng, David Silva, Yaya Toure, Bolatelli dan yang terbaru James Milner NAMUN adakah itu bermakna kita harus mengalah? jawapannya TIDAK!
Ketiadaan Joe Cole yang digantung setelah diberi kad merah dalam perlawanan menentang Arsenal bermakna Steven Gerrard mungkin akan kembali mengisi ruang attacking midfielder dan berkemungkinan kita akan menggunakan formasi 4-2-3-1 kembali. Dijangkakan Christian Poulsen akan bermain di skuad utama di samping Mascherano di bahagian tengah, sambil Dirk Kuyt bermain di sebelah kanan manakala Jovanovic di sebelah kiri. Dan daripada aksi lepas, kita mungkin menjangkakan FERNANDO TORRES akan kembali ke kesebelasan utama.
Sudah tentulah kita mengharapkan kejayaan dalam perlawanan ini, dan harapnya ia mungkin akan berlaku. YNWA
Post Review BPL: Liverpool 1 Arsenal 1
Perlawanan pembukaan yang dramatik! Begitulah ringksan daripada aksi pembukaan BPL kita musim ini. Ketika perlawanan babak pertama dikuasai oleh Arsenal, rentak kita terganggu pula seketika apabila pemain yang baru ditandatangani, Joe Cole telah diperintahkan arahan keluar padang sebelum berakhir babak yang pertama.
Namun, rembatan deras Ngog pada minit ke-46 telah menceriakan skuad kita apabila menerjah jaring tepat menewaskan Almunia dan memberi kelebihan 1-0. Dengan aksi serba kekurangan apabila bermain dengan 10 pemain, sehinggalah pada masa kecederaan apabila Pepe Reina melakukan kesilapan apabila tangkapannya tidak kemas dan menerjah gawang sendiri. Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat wisel perlawanan.
Keseluruhannya, satu keputusan yang baik (Walaupun ramai berharap kepada kejayaan) dan sebenarnya memberi perspektif baru kepada kita semua. Aksi yang ditunjukkan oleh para pemain adalah sangat menakjubkan dan sekaligus memberitahu semua betapa seriusnya hasrat Liverpool untuk kembali ke persaingan kejuaraan eropah musim hadapan. Perlawanan liga seterusnya, iaitu menentang pasukan yang berbelanja hampir 100 juta, Manchester City, minggu hadapan, perlawanan yang dijangka sukar namun segalanya mungkin di dalam bolasepak – kita harus sentiasa percaya. YNWA
Preview BPL: Liverpool VS Arsenal
Siaran Langsung
Tarikh: 15 Ogos 2010,
Masa: 10 malam
Cenel: Astro Supersport 3, Siaran 817
Malam ini kita akan turun dalam misi pertama “The Comeback Kings” bagi musim 2010/2011 dengan menanti kehadiran skuad Gunners di Anfield, perlawanan pertama liga kita di Anfield setelah 7 musim bermula di gelanggang lawan. Sudah pastilah kita mengharapkan keputusan yang memihak kepada The Reds kerana kita semua sedia maklum apa jua keputusan perlawanan awal musim memberi banyak impaks kepada keseluruhan musim.
Berita tentang kembalinya El Nino ke latihan mungkin memberi berita harapan buat kita bahawa beliau mungkin akan diturunkan dalam perlawanan malam nanti, tetapi mungkin sebagai pemain gantian. Tambahan pula Uncle Roy telah menamakan pemain yang digembar-gemburkan mahu meninggalkan kita, Javier Mascherano di dalam skuad memungkinkan kita dapat menyaksikan aksi-aksi terakhir kapten skuad kebangsaan Argentina itu dalam skuad kita nanti. 2 pemain baru kita, Joe Cole dan Milan Jovanovic pula sudah hampir pasti akan diturunkan dalam debut liga mereka buat Liverpool manakala seorang lagi pemain baru kita, Christian Poulsen mungkin akan disenaraikan dalam skuad 18 terakhir kerana seorang lagi pemain tengah, Lucas diberitakan baru sahaja kembali ke Melwood setelah mengharungi perlawanan persahabatan bersama Brazil. YNWA
Skuad Jangkaan: Pepe Reina, Glen Johnson, Jamie Carragher, Martin Skrtel, Martin Kelly, Maxi Rodriguez, Javier Mascherano, Steven Gerrard, Milan Jovanovic, Joe Cole, Dirk Kuyt
Simpanan: Diego Cavalieri, Daniel Agger, Lucas Leiva, Alberto Aquilani, Christian Poulsen, Fernando Torres, David Ngog
Undian Play Off: Liverpool FC vs Trabzonspor A.S
| UEFA Europa League play-off draw | |
| Liverpool FC (ENG) | Trabzonspor A? (TUR) |
Undian Europa sudahpun selesai dan menanti kita di playoff nanti ialah kelab Turki, Trabzonspor A?, yang juga merupakan pemenang Turkish Cup bagi edisi 2010. Perlawanan pertama akan diadakan di Anfield pada 19 Ogos dan perlawanan kedua di Turki pada 26 Ogos. Bersama-sama kita mengharapkan kejayaan buat skuad Uncle Roy. YNWA
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)









