You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " agger"

Injuries update menjelang perlawanan menentang city


–Keadaan Gerrard masih belum pasti!–

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


–Agger terlepas baki perlawanan musim ini–

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


–Johnson cedera 4 minggu–

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini…..

“Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”

–Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera–

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

Mar 19, 2011
Comments Off

Carroll dipanggil ke squad England

Pada hari ini bercakap pada LFCTV Kenny Daglish melaporkan bahawa kini Andy Carroll telah dipanggil oleh Fabio Capello dalam persedian menentang Wales dalam kempen kelayakkan Euro 2012.

Tambah Kenny lagi….

“Setelah menonton perlawanan terakhir Carroll pada khamis lepas, bos Three Lions, Fabio Capello kini bersedia untuk memanggil Carrroll untuk sekali lagi beraksi untuk pasukan kebangsaan England”

“Namun seperti yang diketahui sebelum ini Carroll mengalami kec

Feb 23, 2011

Berkenaaan Agger, Gerrard dan LFC no 9


Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv, Pengurus Liverpool Kenny Dalglish berkata bahawa dia tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan kapten Liverpool Steven Gerrard dan striker Andy Carroll yang kini masih lagi berada dalam keadaaan mencari kecederasan tahap maksimum, semasa aksi yang piala europa yang bakal berlangsung di Anfield pada pagi jumaat ini.

Gerrard yang mengalami cedera semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge dua minggu lalu dan Carroll belum pulih dari cedera paha yang diperolehi semasa beraksi di Newcastle United sebelum menyertai The Reds.
Dalam laporan yang dinyatakan bahawa berkemungkinan bahwa pada perlawanan menentang Sparta Praha dalam aksi Piala Europa, Gerrard berkemungkinan tinggi akan diturunkan dan juga mengenai Carroll dia mungkin akan disenaraikan semasa perlawanan kempen Liga Perdana apabila menyaksikan Liverpool akan bertandang ke Upton Park untuk menentang west ham united yang kini ditakbir oleh Avram Grant.

tambah Daglish lagi…..
“kakitangan perubatan kelab sangat senang dengan kemajuan yang dipelihatkan oleh Carroll dan kini dia sudah menyertai squad dalam latihan, diharapkan sedikit masa lagi kami boleh mengunakan kekuatannya untuk memperkukuhkan barisan serangan Liverpool”

Sementara itu, pertahanan Liverpool Daniel Agger juga sudah bersedia untuk tampil menentang Sparta Praha di Anfield setelah ia pulih daripada kecederaan adductor semasa aksi persahabatan menentang England sebelum ini.

Pada pendapat saya (penulis) diharapkan semua tonggak Liverpool cepat pulih untuk mengukuhkan squad dalam aksi Piala europa mahupun aksi Liga perdana bagi memastikan hasrat untuk ke liga Juara-juara musim depan tercapat.

Dec 25, 2010

Match preview: Blackpool vs Liverpool

Ahad 26 December 2010
Blackpool vs Liverpool
Masa perlawanan : 2255-0100(10.55 malam -1 pagi)
Channel : Ch. 813

Pelawanan yang boleh diperkatakan sebagai perlawanan balas dendam kepada squad The Seasiders yang sebelum ini pada tangga 2.10.2010 yang lepas kita telah dimalukan. Dimana pasukan kesayangan kita apabila telah ditewaskan dengan jaringan 2-1. Dalam perlawanan itu kita menyaksikan pada separuh masa pertama kita ditinggalkan dengan dua jaringan yang dijaringkan oleh Charlie Adam dan Luke Varney dan pada separuh masa kedua Kyrgiakos menjaringakn gol saguhati kepada Liverpool daripada dimalukan.

Dalam perlawanan kali ini, pastinya pasukan kendalian Roy Hodgson akan turun dengan matlamat untuk membalas dendam pada perlawanan lepas, dan dengan kembalinya tonggak utama dan kapten kesayangan kita Steven Gerrard telah dilaporkan telah kembali cergas dan kembalinya tonggak pertahanan iaitu Daniel Agger yang telah lama direhatkan kerana mengalami kecederaan sejak September 25.

Selaku peminat setia The Reds, saya (penulis) benar-benar berharap dengan kembalinya kedua pemain utama ini, akan memberikan impak yang besar kepada kualiti permainan yang akan dipamerkan oleh Liverpool pada malam tersebut. Dan sekaligus mencatatkan kemenangan kedua di tempat lawan untuk musim ini.

Dan menurut berita, berkemungkinan besar pada perlawanan ini , ngog tidak akn diturunkan kerana masih lagi bergelut untuk kembali cergas serta sepak mula perlawanan ini adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jika keadaan tidak mengizinkan berkemungkianan sekali lagi perlawanan di gelanggang Bloomfield Road terpaksa ditangguhkan.

Barisan jangkaan :
Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Fabio Aurelio, Lucas, Gerrard, Meireles, Rodriguez, Kuyt, Torres

Dec 22, 2010

Jawapan Masalah Defend

Dengan tonggak Jamie Carragher dilanda kecederaan dan terpaksa kena pembedahan atau surgery dalam bahasa omputehnya. Liverpool hanya tinggal 2 pemain veteran yang terselamat daipada injury, iaitu si Spartan Sotirious Kyrgiakos, dan samseng Martin Skrtel. Tapi cukupke 2 orang ni sebagai bek tengah utama? Jom kita tengok alternatif lain untuk pertahanan Liverpool.

Tunggu Daniel Agger Pulih

Daniel Agger mengalami siri-siri kecederaan freak musim ni, dari concussion hinggalah paha yang tak betul. Dijadual kembali Disember, tapi kelibat Agger tak jugak keluar. Dengan Agger yang sudah lama terdampar, susah untuk Roy meletakkan Agger kembali ke starting eleven. Ader jugak gosip mengatakan Agger akan dijual, tapi Agger dah menyatakan kesetiaan kat skuad kita.
?Lagi compose daripada Skrtel, lagi laju daripada Kyrgiakos
?Pandai cari peluang score gol, ball playing defender
?Lame tak main, berisiko untuk injured

Martin Kelly ke Tengah

Jangan buat-buat tak ingat, Kelly dasarnya seorang bek tengah. Ramai tak mahu meletak risiko kerana mudanya Kelly, tapi bila lagi masa yang sesuai? Kelly memang matang di padang, dan menunjukkan dia dah bersedia untuk cabaran sebenarnya. Menggandingkan Kelly dengan mane-mane veteran lagi berbaloi untuk jangka masa panjang, tapi berisiko.. cukup berisiko.. kerana Liverpool masih jauh dari sasaran dalam liga
?Kegigihan dan kesungguhan macam Carra (jiwa Liverpool)
?Fizikal sesuai dengan EPL
?Tak sepantas Johnson, tapi positioningnya boleh membantu membaca permainan
?Tak terbukti di tengah dalam EPL, tapi bila lagi?

Panggil Balik Daniel Ayala

Dipinjamkan ke Hull City, dan menjadi pemain kegemaran peminat di sana yang memandang tinggi Ayala. Pada mulanya hanya selama 3 bulan, tapi dilanjutkan ke Januari ni, dan Hull mahu melanjutkan lagi sehingga tamat musim ni. Liverpool perlu menyimpan pemain ni, lagi-lagi dengan kekurangan defender veteran, Ayala boleh diberi peluang. Sekarang, terkeluar kerana kecederaan hamstring
?Baik di udara, menunjukkan kematangannya di Hull, sentiasa menjadi MOTM di Hull
?Kelajuannya biasa tapi taklah perlahan dan boleh diperbaiki dengan pengalamnannya untuk positioning dan membaca permainan
?Aggresif, katHull dah memungut 6 kad kuning dari 12 match, tapi mungkin sebab corak Hull yang meninggalkan barisan pertahanan terdedah

Danny Wilson Belum Cukup Umur

Pemain muda ni mungkin belum cukup sedia untuk dimainkan di EPL. Tapi dia termasuk antara pilihan yang tinggal jika Kyrgiakos tercedera.. amat membahayakan Liverpool
?Kelajuannya lagi pantas daripada Carra, Soto dan Skrtel.
?Kawalan bolanya lagi baik dan tak kalut
?Fizikal kurang
?Kebolehan di udara macam Skrtel je

Seizer,
redsonthespot untuk My-LFC

.

Dec 14, 2010

Menanti Kepulangan Yang Tersayang

Setia betul tiga sekawan ni. Main sama-sama, training sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan injured pun sama-sama. Jadi kali ni kiter tengok bagaimana situasi dan keadaan tiga orang ni?

Mesti tengah kaw-kaw training untuk sembuh cepat.


Telan la ubat banyak mana pun, kalau luka tu luka jenis koyak, kene tidur dan rehat barulah cepat pulih.

Daniel Agger

Menung | Korang amat dinanti-nanti

Mungkin Agger akan kembali bulan ni, tapi tu pun masih tak confirm. Roy harap sangat Agger datang balik, lagi-lagi lepas Carragher yang rehat berbulan. Tambah lagi dengan Skrtel dan Kyrgiakos yang tak menyakinkan.

David Ngog

Gambar hiasan | Ngog hanya cedera ringan

Insiden Ngog jatuh terkankang dengan darah membuak-buak, antara aksi ngeri yang disaksikan musim ni (selain daripada aksi Roy meraba-raba mukanye).

Ngog berjahit di kepala, dan terkoyak sedikit mukenye, dan Roy akan rehatkan pemain ni untuk bertemu Utrecht nanti.


Steven Gerrard

Ditangguh saat comeback nya, Stevie akan dicaj penuh untuk bertemu Fulham minggu depan. Stevie G yang cedera paha semasa international match, kini sudah kembali training bersama skuad utama


Carra : "Bila pulak aku nak main ni!!"

Ngog rehat? Ni la peluang terbaik untuk try test gabungan Torres dan Babel pulak kat depan, tapi rasernya tak terdetik kat hati Roy. Dia mesti nak pemain muda keluar.

Perlawanan kat Utrecht memang sekadar mengisi masa lapang Liverpool, tapi ingat Roy Hoggson, banyak mata jahat memandang, memerhati gerakmu, menunggu saat engkau kecundang.

Torres perlukan lebih masa bermain untuk naikkan keyakinan, tapi lebih masa bermain, lebih pulak la probability untuk injured


Sep 16, 2010

Agger gembira berlatih dan kemaskini europa

Walaupun permulaan kempen EPL sangatlah hambar, namun pemain-pemain belum panik. masih terlalu awal untuk mengukur tahap uncle Roy buat ketika ini. Baru saja 4 game, sekadar 5 mata saja dikutip dan 2 gol saja disumbat. Ikutkan statistik itu, memang bukan ciri-ciri pasukan pencabar EPL musim ini. Namun itu tak mustahil. Agger menggesa peminat liverpool turut bersama pemain untuk kuat menghadapi awal musim yang hambar. Katanya, dia lebih menyukai cara latihan yang diterapkan Hodgson berbanding era Rafa benitez musim sudah. Skuad harmoni merudum ketika Liverpool meraih tangga ke-7 di liga. pemain seperti Riera, Babel dan Benayoun yang nyata mengkritik persembahan hambar dan tidak menyebelahi Rafa ketika itu. Continue reading »

Sep 8, 2010

Video: Prestasi antarabangsa

Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.

Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina

Continue reading »