You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Andy Carroll"
Sep 5, 2011

Capell: Andy perlu kembali seperti dulu


Aksi hambar penyerang bertubuh gergasi Liverpool diteruskan dlm skuad tiga-singa. tidak cukup dgn aksi kurang konsisten di Liverpool, kini boss England pula membuat kritikan membina buat Carroll jika ingin terus mengekalkan jersi-9 England. Tatkala England menang selesa 3-0 di Bulgaria, ada kisah lain disebalik Carroll yg tidak langsung berada dlm lineup walaupun sebagai simpanan. Capello tidak berpuas hati dgn tahap fitness beliau, dan memaksa dia diketepikan dari skuad menentang Bulgaria minggu lepas. Capello sendiri mengulas, Carroll harus berada dlm lineup utama Liverpool sebelum berfikir untuk kukuh dlm lineup utama England. Dalglish lebih mendahulukan gandingan Kuyt-Suarez berbanding gandingan beliau dan Suarez utk aksi lepas menentang Bolton. dan nyata, ketiadaan Carroll menampakkan ketajaman serangan jika dibanding dgn kehadirannya dalam lineup utama. lihat aksi Carroll menentang Sunderland dan Arsenal, rata-rata peminat kurang berminat dgn aksinya.

Namun, bagi Capello sikap Andy nyata berubah setelah perpindahan 35juta ke kelab Merseyside. ini mungkin faktor kendalian Dalglish, berbanding faktor perangai ketika dia di Newcastle dulu. Andy pemain muda, dan dia ada pakej lengkap seorang striker yg menyerlah bagi kelab dan negaranya – kata Capello lagi. Aksi hambar Andy, dikaitkan dengan kecederaan lutut dialaminya sebaik sebelum dia berpindah dlm angka besar ke Liverpool dari kelab Tyneside. Apa yang merisaukan peminat adalah, pembelian 35juta ini suatu kerugian buat kelab dan negara England amnya. bagi negaranya sendiri, pasti ketandusan penyerang jika aksi Caroll masih tak menyinar didalam Liverpool sendiri. Andy harus kembali meyakinkan dalglish untuk kembali merampas tempatnya di kesebelasan utama.

untuk statistik, Carroll sekadar ledak 3 gol dlm game utama LFC. (tak termasuk persahabatan)

Aug 18, 2011

vs Gooners: jalan mudah?

Untuk hanya minggu ke-2 pembukaan EPL, kali pertama clash terbesar atau big-showdown akan berlangsung. kali ini antara Arsenal dan Liverpool. Arsene Wenger sedang melalui saat kritikal bersama Arsenal sepanjang berbelas tahun rejimnya bersama Arsenal. malah lebih besar dari Liverpool yg kehilangan Alonso dan Masherano. anda sendiri nampak bagaimana skuad itu dibina jika bukan dari anak tempatan, mesti ada super-star yg nak berhijrah ke kelab lebih besar atau kelab asalnya mereka dilahirkan. ini berlainan dengan British player di dalam skuad yg akan setia bersama pasukan selagi belum berjaya kucup sesebuah piala yg diidam.

Faktor Fab
Bagi saya, bukanlah masalah besar bagi Gooners nak terima kenyataan ini. Bukan saja Fabregas, Nasri bakal menurut langkah seperti Adebayour, Toure dan Clichy yg selesa dgn gaji yg besar di Manch. Skuad matang wenger yg dibina kembali ke permulaan semula. susah payah di bina sebuah pasukan yg dulu orang kata mentah, kini dah matang berpindah pula. maka, Wenger kembali ke anak tangga pertama utk bina semula skuad dan kali ini Aaron Ramsey menjadi Fabregas-baru mereka. bukan lah saya ni, kipas mati Gooners nak analisis skuad mereka, cuma sedikit terkilan dgn usaha Wenger selama ini hanyalah kosong dan zero saja bila yg dikejar tak dapat apa lagi yg dikendong bercicir jatuh ke kelab lain. Dan itulah, yg cuba Dalglish elakkan. Dia sanggup berhabis beratus juta untuk pemain British yg tah hape..hape..  namun, apa yg dibeli dalglish adalah prospek terbaik yg England ada kini. kita hanya tunggu masa.

Berkenaan perlawanan Sabtu ini, Wenger bakal ketiadaan Wilshere, Djourou, Gibbs, Diaby, Gervinho selain Eboue,Fabregas dan Nasri berada di pintu keluar. jadi adakah jalan mudah utk Liverpool kali ini?

menurut sejarah penubuhan Emirates, kita langsung tak pernah catat kemenangan. bahkan seri sering menghantui kedua kelab ini. Kuyt merupakan penjaring terakhir kelab kita di dalam perlawanan terakhir. Masih anda ingat jaringan penalti pada minit 90++. Eboue dijadikan kambing hitam oleh fans gooners yg menjatuhkan Lucas. dalam pada itu, Eboue juga pernah menjatuhkan Babel untuk Gerrard membungkus pulang skuad Wenger dari Champions League. ditambah pula aksi Arsenal di kelayakan Champions League Rabu lepas meletakkan mereka dalam kelesuan kerana ada 3 hari utk persediaan perlawanan EPL pada sabtu. dalam pada itu, skuad menentang Udinese lepas merupakan yg terbaik mereka dan dijangka akan beraksi mirip formasi utk menentang kita sabtu ini.

Under-dog adalah Arsenal
Untuk ulasan saya, Liverpool jarang sekali mengambil peluang beraksi cemerlang jika berada dlm kedudukan pasukan lawan adalah lemah. sebagai kata lain, Liverpool tak selesa jika bukan dalam pasukan under-dog. jelas dalam perlawanan ini, Arsenal adalah under-dog dan berpeluang menyekat Liverpool kerana tekanan ini berada di bahu 11 pemain LFC di Emirates. saya percaya, fans Liverpool akan sangat kecewa jika peluang ini gagal disudahi dgn membawa pulang 3 mata pertama dari Emirates. dan sekali lagi, nama nama seperti Flanno, Lucas, Carroll akan dikambinghitam di forum dan page-page FB kita. tak keterlaluan ada yg nak Dalglish dipecat kalau gagal lagi game ini. apa dia ingat ini kelab Chelski kah?

Newcastle pernah menang di Emirates
Harapan? kita sandarkan pada Carroll dan Enrique. Kenapa? mereka ini lebih berpengalaman mcm mana nak tundukkan gooners.. Carroll juga merupakan penjaring utama Newcastle ketika itu. apa taktiknya? FIZIKAL!! ya, perlawanan fizikal bakal menentukan segalanya. jika kita mengasak dengan kelebihan ini, tiada ruang buat Gooners. Lucas kena kerja keras. bukanlah Fabregas/Nasri yg perlu dikekang. Mungkin Raamsey dan Frimpong yg disandarkan untuk di kekang. Mudah jika bekerja keras. mereka tengah lesu dan letih. dan Wenger tak expect nak menang. mungkin keputusan seri dah boost moral untuk lawan Man Utd pula minggu depan.

Kebarangkalian XI:

Arsenal: 4-2-3-1 Sczsesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Jenkinson, Frimpong, Ramsey, Walcott, Rosicky, Arshavin, Van Persie

Rangkaian 3 penyerang Arshavin, persie dan Walcott adalah yg terbaik. apa yg penting sekat pemain tengah Ramsey, Frimpong dan Rosicky. bila dah sekat, komfom 3 serangkai ni penat berlari je dari bawak bola.. jgn outplay mereka yg akan membuka ruang utk mereka cipta peluang. diminta Defend kita push-higher dan terus menyerang dari both-flank. man to watch: Van Persie

Liverpool: 4-4-2 Reina, Kelly, Carragher, Agger, Jose Enique, Lucas, Adam, Kuyt, Downing, Suarez, Carroll

saya masih percaya Kuyt bakal mengetepi kan Henderson. dan Meireles atau Aquilani akan dimasuk pada minit ke65 bagi mengubah tempo. tak perlu midfield yg ramai, kerana kita ada deep lying playmaker, Charlie Adam yg bakal membantu gerakan Kuyt dan Downing. tempo separuh masa kedua harus laju, masukkan Aqua ganti dgn Downing atau Adam. **sekadar pandangan penulis yg bukanlah arif taktikal, sekadar apply mcm dalam game FM je..

 

Prediction: Menang tipis 2-1 atau 3-2. (always be positive but not over-confident) scorer: Kuyt,Suarez – Persie

Aug 11, 2011

Downing: adanya sinar musim ini !

Tanda harga £20 juta untuk seorang sayap tua? harga ini layak bagi seorang penyerang yg muda. Aston Villa meletak harga sedemikian tinggi kerana nilainya adalah lebih tinggi dari £20 juta itu sendiri. Kenapa? haa yg itu kita nak bincang dalam artikel kali ini.

1.Polisi British

Rafa Benitez bukan peminat setia kepada pemain British. beliau lebih rela menggilap bakat negara asal utk menjadi hero Anfield. Terima kasih untuk Reina, Alonso dan Torres   ooops!!. agak sensitif, tapi membanggakan kita untuk musim pertamanya. tapi menjadi parang/pedang/pistol dlm daging peminat Liverpool amnya. Datangnya kembali The King, atau dalam Malaysianya, Datuk Kenny polisi ini di ‘gah’ kembali menjadi nadi utama dlm skuad adalah rakyat British sendiri. Polisi ini sangat digeruni, diguna pakai oleh rejim Alex di negeri seberang dan membawa kejuaraan demi kejuaraan sehingga menyesatkan rakyat malaysia yg gah memuja sang saitan walau di bulan puasa.

Charlie Adam, Carroll, Henderson antara nama lain(rekrut baru) menjadi taruhan rakyat British ini selain dalam skuad sendiri ada seorang lagi Scottish, Danny Wilson. (tak masuk Englishman yg juga British) Jadi apa kelebihan British ni? Pernah dengar Bootroom? anda boleh rujuk sejarah kelab ini betapa hebatnya penangan bootroom yg dipelopori British man suatu era kegemilangan kelab ini. jadi, Dalglish sebagai British merasakan dia layak membawa semula tradisi ini yg nampak bakal menggugat dominasi rejim Alex suatu hari nanti.

2.Winger sejati

Bukanlah lagu Wings- Sejati, tapi saya maksudkan adalah ‘Natural Left-Footed’ footballer djaman kini sukar di dapati. apatah lagi ‘made in britain(england)’. Downing asalnya dari Middlesbrough dan dia membesar riang dari sana. pernah cedera panjang sebelum disambar Aston Villa. semasa cedera, market beliau kurang laku. PengikisDuit Football club pada masa itu ada niat memancing beliau, sebelum Villa sambar secara halus. ok tak nak cerita panjang pasal karier beliau, korang boleh Wiki kemudian.

Beraksi bagi kedua belah kaki adalah opsyen terbaik Dalglish nampak dalam ciri Downing. Cross maut boleh dilakukan pada aksi kaki kanan dan kiri walau pun ‘natural’ dia adalah Kiri. mari kita main statistik:

  1. Sejak Ogos 2004, peluang dicipta kpd pemain lain oleh Downing sebanyak 421 kali. jgn terkejut, hanya Gerrard, Lampard,Fabregas dan Giggs yg melepasi angka itu.
  2. 5 musim lepas, average aksi satu musim adalah 34.4 dan aksinya musim lepas sebanyak 38 kali (semua game). Wow ini mr. konsisten!! Kuyt bakal digugat!!
  3. musim lepas, dia pemain paling banyak cross (324cross)!! sebanyak 77 peluang tercipta termasuk 7 assist. utk comparison; KUYT cipta 53 peluang termasuk 7 assist dan David Silva cipta 73 peluang dan 7 assist.
  4. Namun, peratusan tepat ke sasaran pemain (accuracy) adalah kurang memuaskan hanya 24%. namun, bayangkan target cross adalah Carroll yg tingginya menjangkau 2meter!.

3.Lebih baik dari A.Young

Mungkin ada yg kurang puas hati dgn harga Ashley Young dijual jauh lebih rendah dari S.Downing. tapi anda tak tahu, Downing lebih bagus dari pengganti nombor Scholes itu!!

  1. Young punya cross tak sehebat Downing (harap gentel dan laju ala2 CR dan Neni)
  2. Downing adalah Mr. Konsisten di Villa musim lepas.
  3. Mcleish yakni manager Villa ketika itu lebih rela lepaskan Young berbanding Downing.
  4. Downing merupakan Aston Villa player of the year
  5. Pengalaman downing !

4.Penamat badi sayap kiri?

kenalkah anda dengan pemain seperti Riera, Nunez, Babel, Kewell. semua itu nama yg flop. walau ada jasa sumbangan sebahagian dari mereka ini kpd kelab, tapi bukan pada semua perlawanan yg kita harapkan. hadirnya Downing diharap mampu menjadi Mr.Konsisten di dalam skuad supaya badi ini bakal dilupus dan menjadi batu utk diloncatkan bagi meraih trofi ke 19 musim ini!! yaaah!!

5.’Set piece taker’ bersepah

Kini, bukan lagi hanya GERRARD saja yg mampu. Downing,Adam,Aurelio,Suarez,Henderson antara yang setara skillnya bagi memikul tanggungjawab ini!. dan kini, bebanan ini dirasai oleh si penanduk seperti Carroll, Agger dan kyrgiakos. kehadiran Downing, bukanlah freekicker hebat seperti Gerrard, tapi mungkin mampu mengisi kekosongan yg ditinggalkan saja.

6.Pelengkap formasi

dan mungkin ini yg terakhir mengapa angka 20juta itu sanggup digadai untuk pemain England berumur 27 tahun ini.

kita tahu, Carroll perlukan jolokan pemain sayap bagi menerjah gol lawan. Kehadiran Adam dan Downing dilihat melengkapkan formasi musim sudah yg ketara lemahnya di bahagian berkenaan. Downing bakal menendang posisi Maxi di sebelah kiri, dan Adam akan diganding bersama Lucas di tengah. corak permainan Adam kerap Long-ball pada pemain paling tepi di atas padang, sama seperti yg dilakukan Alonso untuk Riera dan babel dahulu. dan kali ini, reputasi Downing adalah lebih baik dari Riera dan Babel. dan kemahiran Cross Downing bakal membuka lebih 50% peluang buat Carroll berbanding musim lepas.

Dan harus diingat!! kehadiran Downing bukan fokus untuk bola tinggi Carroll. dia bijak buat umpanan ke kaki khususnya Suarez.

 

 

Apr 14, 2011

Jersi Adidas tak pernah mengecewakan

Hitam, dan belang putih. seakan ada cekak musang di leher berwarna merah dan jalur halus putih di keseluruhan jersi. Jelas, seperti away jersi Hitam tahun 2009/10 kalau anda masih ingat. seperti diduga juga, jersi keluaran ADIDAS tak pernah mengecewakan berbanding NIKE yang semakin hari menerima kritikan setelah leak nya rekabentuk jersi Arsenal dan Man Utd bagi jersi Home musim depan. Menurut laman tabloid Dailymail, rating yang diberi untuk jersi away adalah 8.5/10 dan tertinggi setakat ini, dan Chelsea Home adalah 8/10 juga tak kurang cantiknya. Yang lebih menjadikan jersi away lebih ‘cun’ utk musim depan adalah cover poster nya dihiasi pemain baru no.7 dan 9. dan bakal ditampal oleh pemilik Al-Ikhsan berdekatan.

Promosi di website LFC.tv juga sangat hebat. ada yang sudahpun menempah dengan berbagai tawaran istimewa ditawarkan. bagi yang tak sabar-sabar keluaran cap siam, atau memang pelanggan setia ADIDAS jersey, sangatlah berbaloi untuk membuat tempahan http://store.liverpoolfc.tv/products/footballkit/awaykit

Jersi baru Chelsea banyak pujian diberi oleh fans dan media

seakan baju tadika, diberi rating hanya 4/10

Juga menerima kritikan, rating 6/10

Mar 22, 2011

Gandingan 65juta ‘Three-Lion’


Tahukah anda gandingan ini adalah termahal yang pernah dihasilkan tiga-singa. Dan, Carroll tak perlu menunggu badi ‘clean-sheet’ nya tamat untuk bermula di kesebelasan utama England. Dan mungkin kekurangan bisa penyudah penyerang England sedia ada menyebabkan Capell terpaksa bersangkutan dengan 2 penyerang prolifik England ini (buat masa ini). Asistant Capell, Baldini dihantar untuk membuat pemantauan penuh aksi Carroll ketika beraksi 70minit menentang Sunderland. Menurut laporan dailymail, seorang lagi penyerang mahal, Bent hanya diletak sebagai Plan-B selain Carroll untuk diganding bersama Rooney yg sudah awal-awal lagi menempa sebagai penyerang tetap England walau sesampah mana pun aksinya.

England bakal beraksi menentang seteru setempat, Wales ketika aksi kelayakan Euro 2012. England sangatlah terdesak untuk layak pusingan kali ini, berikutan kegagalan Mclaren ‘the payung’ pada 2008. Seperti dijangka, kapitan lama bakal menyarung semula lilitan tersebut setelah otai naib kapitan (Abam Stevie) dilapor berehat beberapa minggu. Aksi Wales-England pasti menarik perhatian, dengan gandingan sensasi Carroll-Shrek. Johnson mungkin menghadapi kesukaran menangkis serangan bale dari arah kiri. Bellamy akan menggalas tugas kapitan untuk Wales.

Laporan Original: Dailymail

Mar 19, 2011
Comments Off

Carroll dipanggil ke squad England

Pada hari ini bercakap pada LFCTV Kenny Daglish melaporkan bahawa kini Andy Carroll telah dipanggil oleh Fabio Capello dalam persedian menentang Wales dalam kempen kelayakkan Euro 2012.

Tambah Kenny lagi….

“Setelah menonton perlawanan terakhir Carroll pada khamis lepas, bos Three Lions, Fabio Capello kini bersedia untuk memanggil Carrroll untuk sekali lagi beraksi untuk pasukan kebangsaan England”

“Namun seperti yang diketahui sebelum ini Carroll mengalami kec

Feb 26, 2011

Mungkinkah kembalinya Gerrard dan Carroll

Dalam kegembiraan setelah memastikan tempat dalam16 pasukan yang bermain di Liga Europa, kini Liverpool memandang dan kembali menumpukan kepada perlawanan Liga Perdana bagi memastikan kedudukan dalam Liga perdana dapat terus dihambat bagi memastikan impian untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan bukan hanya fantasi tetapi merupakan realiti.

Pada minggu ini sedang hangat diperkatakan bahawa akan kembalinya kapten fantastik kita Gerrard akan kembali menyarung jersey Liverpool. Hal ini juga telah diakui sendiri oleh Daglish semasa temubual selepas aksi menentang Sparta P. Juga mengukuhkan berita mengenai hal ini, dipetik daripada web dailymail.co.uk juga mengatakan hal yang sama berkenaan Gerrard.


—Bilakah kedua pemain ini akan bergandingan di Padang—

Dalam hal lain, persoalan yang amat besar adakah semasa perlawanan menentang West Ham, penantian semua peminat Liverpool untuk melihat debut pertama Andy Carroll akan dicipta dan persoalannya juga adakah benar berita yang dihebahkan kini Carroll sudah pulih sepenuhnya. Jika hal ini berlaku kita akan melihat gandingan koleksi serangan yang benar akan menggerunkan semua pemain pertahanan di Liga Perdana, apabila barisan serangan The reds akan diketuai oleh Suarez dan Carroll. Diharapkan impian ini menjadi kenyataan semasa perlawanan yang berlansung di Upton Park malam ahad ini.

Feb 15, 2011

Jamie ” pertahanan gentar untuk berhadapan dengan Andy”

Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv Jamie Carragher yakin bahawa kombinasi Andy Carroll akan mampu menambah faktor ketakutan kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengan jentera serangan The reds.

Hal ini telah diakui sendiri oleh penolong kapten Liverpool ini, dalam komennya juga, beliau menyatakan bahawa “ sebelum ini kami mempunyai pemain yang tinggi lampai seperti Heskey atau Crouch dimana kehadiran mereka berdua ini telah memberikan impak yang berguna kapada kami semasa mereka beraksi untuk Liverpool.

Tambah Carragher lagi….

“walaupun Liverpool kini kehilangan Torres, kami Berjaya membawa masuk dua pemain penyerang yang benar-benar mempunyai potensi besar yang memberikan impak besar kepada kelab”


kata Carragher “Carroll akan menghantui mana pemain pertahanan”

Pada pendapat saya (penulis) ditambah kini dengan kehadiran Raul yang sudah menemui sentuhan golnya dan kembali meledak gol yang cantik, kini jentera serangan Liverpool boleh dikatakan sebagai serangan yang merbahaya untuk semua pertahanan kepada kelab lain. Dan juga kehadiran Carroll dan Luis Suarez nescaya Liverpool akan kembali bersinar kembali di bawah kendalian Kenndy Daglish.

Alan Shearer yakin Daglish mampu gilap bakat Carroll

Lagenda Newcastle United, Alan Shearer berpendapat bahawa Kenny Dalglish akan mendapat segala kelebihan dari kemampuan yang dimilikioleh Andy Carroll.

Tambah Alan Shearer lagi…

“dia kini berada di kelab yang bakal memenangi Trofi, ditambah pula dibawah pimpinan Kenny Daglish di Liverpool.

“Dan seperti yang kita tahu dia, Kenny telah memecahkan dominasi di Blackburn Roves”

“Carroll kini dibawah kendalian pengurus yang paling saya hormati”

Shearer mengakui harga yang ditawarkan kepada Newcastle sebanyak £ 35m untuk Carroll adalah “jumlah yang luar biasa wang” ini menyebabkan tawaran ini menjadi sukar untuk ditolak.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta musim perpindahan januari ini…

Sebanyak  1.1 juta pengunjung telah masuk ke laman web rasmi Liverpool LFCTV pada pada 10 malam waktu UK. Dan pengendali web liverpoolfctv terpaksa mengantikan web rasmi kelab kepada blog sementara untuk menyiarkan berita rasmi dari kelab mengenai hal perpindahan. Banyangkanlah…. YNWA fan yang di Malaysia yang turut menyumbang kepada statistic ini.

Untuk jumlah perbelanjaan rasmi untuk Liverpool, £56juta dapat dari penjualan Torres dan Babel. Manakala jumlah yang dibelanjakan adalah sekitar Ini  £59juta untuk Suarez & Carroll serta Conor Thomas (pemain muda). Sekaligusnya membutikan hanya £3juta duit John henry dibelanjakan. Mungkin ini pertanda baik untuk Liverpool berbelanja pada musim perpindahan akan datang.

masuk

Andy Carroll dari Newcastle £ 35 juta + add-on (5.5yr kontrak) – No 9
DI Luis Suarez dari Ajax £ 22.8million (5.5yr kontrak) – No 7
DI Conor Thomas dari Coventry (£ 1m )

Keluar
Fernando Torres OUT ke Chelsea £ 50 juta( kontrak di Chelsea shingga 2016)

Konchesky ke Nottingham fc (dipinjamkan)

Ryan babel ke 1899 Hoffenheim (yuran perpindahan£ 6 juta)

Jumlah keseluruhan perbelanjaan

214 juta 525 ribu  British pound telah dibelanja oleh kelab di Liga perdana untuk musim perpindahan musim ini. dan ini amat berbeza pada musim sebelum ini pada jendela januari iaitu sebanyak 29juta 025 ribu British pound

Pages:12»