Ape cer Aquaman?

Rasanya ramai di antara kita sudah membaca khabar berkenaan pemain ini. Kadang kala itu pening juga dibuatnya, sebab kekadang tu ade berkata dia mahu berpindah dan dalam satu berita yang lain berkata Aquilani mahu tinggal di Liverpool dan meng’establish’kan dirinya.
Jika semasa pra musim 2011/2012, kita seakan terpukau dengan aksi beliau – malah tidak dapat dinafikan kemasukan beliau mengubah corak permainan; sehingga turut mempamerkan aksi cemerlang sehingga pra-musim terakhir di Anfield. Namun, apabila bermula sahaja perlawanan pertama liga, kita langsung tidak melihat kelibat Aquilani di dalam skuad – mungkin itu kita boleh fikir “ohh, mungkin sebab baru friendly dengan Spain” tetapi di dalam perlawanan kedua di Emirates, beliau turut tidak berada di dalam 18 skuad pemain yang berada di sana. Adakah inin menguatkan andaian bahawa Aquilani sememangnya mahu kembali ke Itali?
Selang beberapa hari, keluar pula beberapa perkhabaran bahawa ejen beliau telah mengadakan rundingan bersama kelab gergasi Serie A, AC Milan malah perkara ini disahkan oleh pemilik AC Milan sendiri, Silvio Berlusconi. Aquilani juga dirujuk membuat kenyataan “saya semakin hampir menyertai AC Milan”
Sumpah saya tidak faham kenapa kita mahu melepaskan Aquilani, tidak kiralah secara pinjaman atau dijual terus. Walaupun kita mempunyai barisan pemain tengah yang ramai, saya percaya Aquilani harus tinggal di Anfield – mungkin untuk semusim lagi. Tetapi, jika beliau tetap ingin pergi; saya hormati keputusan beliau. Entahlah…
Tugas negara: gol Aqua dan Adam
Siapa lagi kalau bukan pemain hangat rebutan kelab Italy masa kini, Alberto Aquilani yg menjadi kebanggaan Azzuri awal pagi tadi meledak gol ‘nasib’ hasil rembatan luar penalti yg lemah lalu melanton kaki pertahanan spain. Perlawanan berkesudahan 2-1 sekaligus memadam gol penyamaan bekas pemain kita, Xabi Alonso (Penalti).
Sementara itu lain vanue bagi perlawanan antarabangsa memaparkan petanda positif tiada kecederaan dilaporkan dan mungkin menaikkan moral pemain yg menjadi penjaring pada hari ini iaitu Aqua dan pemain baru, Charlie Adam. Scotland menang juga dgn jaringan 2-1 keatas pasukan Agger/Poulsen, Denmark. Adam juga terima gol ‘nasib’ hasil lantunan dari sepakan percuma. sementara lain pemain, Lucas tewas kepada Jerman 2-3 dan Portugal menang besar 5-0 ke atas Luxemburg. Meireles beraksi di separuh kedua.
Portugal 5 Luxembourg 0, Perancis 1 Chile 1, Jerman 3 Brazil 2, Jepun 3 Korea Selatan 0.
Dilema Il Principino
Tidak tahulah apa di fikiran pemain berbakat besar ini, tapi tampaknya episod yang mengaitkan perpindahan beliau seringkali disebut di dalam khabar perpindahan laman rasmi utama Liverpoolfc.tv. Sehingga kini sudah terdapat 4 kelab yang dikaitkan dengan beliau, daripada yang hampir menjadi kepada menjadi khabar angin semata-mata. Tatkala prestasi pramusim beliau amat dipuji tetapi kenapa tidak dikekalkan sahaja?
Juventus
semua orang tahu Aquilani melalui satu musim yang cemerlang diTurinsetelah musim yang mengecewakan di Anfield, namun keengganan Juventus untuk menuruti harga permintaanLiverpoolmenyebabkan Aquilani kembali ke Anfield.
Fiorentina
Ketika aksi pramusim beliau mula mendapat perhatian, dengan tidak semena-mena Fiorentina mula membida Aquilani, secara pinjaman. Perjanjian tidak dimeterai ekoran Aquilani mahukan perjanjian hakmilik kekal, dan bukannya secara pinjaman.
AC Milan
Naib Pengerusi AC Milan, Adriano Gallani telah mendedahkan minat mereka bagi mendapatkan khidmat Aquilani, namun belum lagi mendapat apa-apa informasi dari ejen beliau.
Chelsea
Khabarnya juga, Andre Villas menjadikan Alberto Aquilani pelan B sekiranya hasrat untuk mendapatkan Luka Modric dari Spurs gagal.
Kekal di Anfield?
King Kenny pernah mendedahkan bahawa Aquilani masih lagi di dalam perancangan skuad musim hadapan.
Roy: “Aquilani kekal di turin”
Pengurus Roy Hodgson menyekang dan menolak spekulasi laporan yang menyatakan bahawa dia akan memanggil kembali Alberto Aquilani dari Juventus pada bulan Januari akan datang ini.
pemain yang berumur 26 tahun ini terus dipinjamkan pada Juventus, sehingga musim tamat dan apa yang diperkatakan oleh Sky Sports.
Tambah Hodgson lagi…..
“Pemain kelahiran Itali itu akan terus kekal di Turin, dan saya tidak mempunyai untuk memanggilnya kembali ke Liverpool buat masa ini”

—-semasa beraksi di Liverpool—–
Aquilani ditandatangani oleh Rafael Benitez untuk diserapkan ke Liverpool dari AS Roma pada awal kempen 2009-10, namun gagal untuk menyerlah di Liverpool setalah bergelut untuk cergas, dan dipinjamkan ke Juventus pada awal musim ini.
The Reds perlu belajar dari kesilapan lalu!!!
Pengurus Roy Hodgson mungkin kehilangan baget untuk berbelanja secara besar pada musim perpindahan Januari akan datang. Hal ini kerana semasa dibawah kendalian Rafael Benitez didapati bahawa Liverpool telah berbelanja tanpa kawalan dan ini menyebabkan sebanyak £300 juta dalam masa 6 tahun. Dan dalam tempoh itu boleh dilihat banyak perbelanjaan yang digunakan untuk membeli pemain adalah tidak mendatangkan pulangan yang terbaik kepada The Reds. Continue reading »
Roy Hodgson mampu ubah
Seminggu setelah pelantikan pengurus baru Liverpool, kita lihat begitu banyak sekali reaksi positif di kalangan fan liverpool sendiri. Pertama sekali adalah kenyataan Gerrard, yang sudah menangi hati peminat Reds untuk terus bertapak sebagai lagenda Anfield. Begitu juga Kuyt yang sedang gagah di Final Piala dunia akui dia setia bersama Liverpool walau siapa yang menjadi pengurusnya. Berita-berita inilah yang ditunggu jutaan peminat liverpool di seluruh dunia. Namun, saya ingin ketengahkan kebolehan Hudgson di Fulham dahulu dalam mengubah nasib pemainnya.
Siapa tak kenal Damien Duff? Pemain Chelsea yang semakin malap kariernya bersama Newcastle yang tersingkir dari liga utama England musim sudah. Bagaimana anda lihat Roy telah menggilap semula Duff sebagai antara pemain kesukaan peminat Fulham ketika ini. Bobby Zamora pula? Hampir saja menambat hati Capello untuk diserap ke skuad di Afrika Selatan. Pantsil? Fullbek pantas musim lepas. Zoltan Gera pula yang meranap dan menghancurkan harapan Man United untuk mengucup kejuaraan EPL musim sudah? Jadi, tidak mustahil bakat-bakat besar di Anfield juga mampu digilap untuk bergelar bintang musim depan.
LUCAS

adakah ini gandingan mantap musim depan?
Pemain ini menjadi buah mulut Peminat LFC untuk dibuang saja dari senarai pemain Reds. Inter yang menunjukkan minat kepada pemain ini sudah pudar, dan tampak Lucas akan kekal saja di Anfield. Rafa lebih mahukan Lucas sebagai ‘holding’ midfield bersama Mascherano. apa pula strategi Roy untuk ‘anak muda’ Brazil ini? Kita lihat perkembangannya.
INSUA
‘Flop’. ramai sekali pundit bola sepak di rangkaian ESPN menempelak kebolehan pemain muda ini. tahukah mereka berapa umur Insua untuk posisi itu? Uncle Roy pasti ada jawapannya.

Aqua dikritik pundit, namun masih di hati peminat LFC
AQUILANI
Antara pemain paling rugi untuk dibeli pada musim lepas. dilabel sebagai midfield lembik, dan Rafa berani menurunkannya pada pasukan lawan yang lemah saja di midfield. Mungkin Rafa lupa dari mana Aquilani ini dibeli. kalau Zoltan Gera yang susuk kecil itu Roy boleh ubah, apa pula rancangannya pada Aquilani nanti?
BABEL
Tak dinafikan, Roy pun ada menyebut mahu mendapatkan dana untuk perbelanjaannya. tak mustahil juga Babel turut berada dalam pelan masa depannya.
N’GOG
Mungkin terlalu muda atau terlalu jauh sekali untuk menjadi ‘backup’ buat Torres. memang nyata Rafa membuat kesilapan. Namun, Rafa tiada pilihan. Torres cedera, Rafa tetap mahukan formasi seperti Torres dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Ngog menggantikan posisi itu. Apa tindakan Hodgson pula? adakah bersedia Ngog untuk dipinjamkan atau dilelong saja?
RIERA

Masa depan cerah Pache jika peluang diberi
Dia sangat marah kepada Rafa musim lepas. marahnya dia pada Rafa, membuatkan Fan pun tak senang lagi dengannya. Saya lihat, Riera mempunyai bakat besar. namun, mulutnya yang lantang telah memakan dirinya. tiada lagi kedengaran kelab Moscow ingin membida dirinya. Sudahlah hilang tempat dari skuad Sepanyol di piala dunia. Roy sudahpun punyai Jovanovic di sayap kiri, namun Roy mungkin boleh menjadikan Riera pencabar di posisi itu.
PEMAIN REMAJA
Jonjo, Pacheco, Kelly, Darby. Bagaimana pula Nemeth? semua nama ini dikatakan bakal menyinar. Regim Rafa banyak mengabaikan pemain seperti ini. kita lihat kebijaksanaan Roy memberi peluang kepada pemain muda untuk dijadikan ikon baru Liverpool masa depan.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)



