You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Babel"
Oct 2, 2010

5 perkara perlu dilakukan pada aksi Liverpool menentang Blackpool.


Sebelum anda baca pendapat saya ini, jika ada yang tidak setuju minta maaf didahulukan, ini cuma pendapat yang ingin dikongsikan dan bukanlah untuk menunjukkan siapa saya dan menunjukkan saya ini belagak pandai. Berikut adalah lima kunci corak strategi yang perlu diterapkan Liverpool untuk membolehkan Liverpool menang perlawanan semasa menentang Blackpool malam ahad ini.

1.Meireles bermain di Midfield Tengah

Semasa menentang Utrecht, tampak Meireles tidak menyerlah pada midfield kanan. Saya akui Meireles pemain yang baik dan berkemampuan untuk merubah Liverpool, pemain ini adalah perlaburan terbesar roy untuk Liverpool dengan harga sekitar £ 12 juta dan telah bermain pada seluruh kerjayanya sebagai Midfield Tengah ataupun attacking Midfield semasa bermain untuk Porto Fc.

Oleh itu gunakan kelebihan pemain ini diposisi kegemarannya dan pasti akan memberikan impak yang cukup besar dalam perlawanan menentang Blackpool. Jika mahu menerapkan corak permainan menyerang maka Roy haruslah menggandingkan meireles dan Gerrard di bahagian jentera Midfield Tengah bagi memlengkapkan pasukan seterusnya akan menghasilkan hantaran yang akan mengkuncar-kacirkan pertahanan lawan.
2.tentukan siapa bakal beraksi di pertahanan kiri

Saya akui tugas berat sedang di tanggung oleh Roy Hodgson pada ketika ini, keputusannya untuk menandatangani bek kiri Paul Konchesky adalah keputusan yang terbaik. Tetapi apakan daya dia kini sedang bergelut dengan kecederaan, ini diikuti dengan Fabio Aurelio , Agger dan Martin. Pada saat ini, semua empat pemain ini masih cedera.

Pilihan yang boleh dibuat adalah Jack Robinson (17tahun), Stephen Darby (21 tahun). Saya juga ada membaca mengatakan Martin Kelly sudah boleh bermain dalam perlawanan menentang Blackpool ini, tetapi kita tidak tahu apakah berita ini sahih atau tidak. Apa pun mari kita lihat apakah yang akan dilakukan oleh Roy yang seperti kita tahu banyak pengalaman dalam dunia bola sepak ini.

3.Membawa Jovanovic dalam pasukan
Walaupun pemain ini berumur lingkungan 30 an. Pada pandangan saya pemain ini mempunyai kepantasan untuk membawa bola keatas pada bahagian Midfield kiri, dalam beberapa perlawanan sebelum ini kebanyakan posisi kiri ini diisi oleh Joe cole yang sememangnya bukan pemain di posisi ini. Kehardiran Milan Jovanovic pasti akan memberi peluang yang beterusan untuk Toress menjaringkan gol pada malam tersebut.

4.Mengarahkan pemain Liverpool menyerang dengan kadar yang pantas.
Dan menyerang dengan kadar yang pantas akan membri kelebihan yang berganda untuk mendapatkan gol, hal ini adalah kerana Liverpool yang mempunyai penyerang yang kelas dunia yang pantas berlari dan membawa bola ke kubu pihak lawan dan pemain tidak perlu disebutkan lagi adalah Toress a.k.a el-nino yang memang diakui oleh banyak pihak mempunyai kelajuan berlari dengan pantas.

Disamping itu jika dilihat pada perlawanan yang lepas-lepas banyak hantaran bola dari aspek hantaran tinggi, hantaran tinggi memang baik dan berkesan tetapi jika kita lihat bnyak hantaran tinggi tersebut berjaya dikesan dan disekat oleh pihak lawan. Dan inilah yang perlu diperbaiki. Serta bahagian tengah perlu lebih banyak menghantar bola keatas untuk memberi peluang untuk Toress menjaringkan gol.

5. Buat pertukaran pemain
Lihat pada perlawanan menentang Birmingham City dengan keputusan 0-0, Ngog, Babel dan Pacheco duduk di bangku simpanan dan dengan sabar menunggu giliran untuk dipanggil untuk bermain dan memenangi perlawanan untuk Liverpool.Tapi tidak. Hodgson tidak membuat penggantian, tidak berusaha untuk memaksa permainan dan pasukan untuk memperbaiki carak permainan yang buntu dan kusam untuk Liverpool pada ketika itu.

Pada perlawanan menentang Utrecht, Khamis malam dengan keputusan 0-0, empat orang pemain memanaskan bangku simpanan seperti Ngog, Babel, dan Jovanovic. Kita lihat pada minit 81 apabila maxi digantikan dengan joe cole, dapat kita lihat corak permainan berubah dan serangan dilakukan. Walaupun serangan yang dilakukan tidak membuahkan hasil setidaknya kita lihat Liverpool berusaha untuk mendapatkan gol inilah yang ingin kita lihat dalam perlawanan malam ahad ini.

Mungkin anda semua merasakan saya ini macam belagak pandai dan seseorang yang asyik hendak memang sahaja, tetapi ingin saya tegaskan disini corak permainan harusalah sentiasa menyerang dan sekaliguskan menghasilkan gol “ kalau tidak menyerang macam mana hendak dapatkan gol”.

Jika ada permain yang tidak dapat bermain dengan baik pada perlawanan ini buatlah pertukaran untuk menggandakan peluang mendapatkan gol dan ini mungkin idea dari saya peyokong yang sekadar boleh memberikan pendapat tetapi mungkin inilah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan Liverpool terus dibelenggu dengan kritikan yang membuatkan telinga saya panas.
Akhir kata salam NYWA dari saya (Darion Daron).

Sep 12, 2010

Babel ada 3 bulan lagi.

sedar tak sedar dah 3 tahun Ryan Babel dibeli Rafael Benitez dari Ajax. Selalunya Ajax menjamin produk terbaik untuk pemain EPL. Namun, Babel ketika itu menjadi rebutan banyak kelab besar, sehinggalah Rafa terpaksa membelinya dengan harga yang agak mahal. Namun, cakap-cakap Babel mahu berpindah sudah lama tersebar sejak musim keduanya di Anfield lagi. sehinggalah musim panas lepas, hampir saja dilelong ke Spurs, namun cepat saja Roy Hodgson menolak bidaan tersebut. Ada perlunya si Babel ini, tatkala Liverpool sangat ketandusan penyerang untuk diganding bersama Torres. Era Rafa, Babel banyak diberi peluang namun tak menjadi. Harus diingat, asalnya Babel adalah seorang penyerang, dan Roy tahu itu. Bagi merealisasikan kehidupan Anfield Babel cerah, Hodgson menawarkan peluang itu. Continue reading »

Jul 10, 2010

Roy Hodgson mampu ubah

Seminggu setelah pelantikan pengurus baru Liverpool, kita lihat begitu banyak sekali reaksi positif di kalangan fan liverpool sendiri. Pertama sekali adalah kenyataan Gerrard, yang sudah menangi hati peminat Reds untuk terus bertapak sebagai lagenda Anfield. Begitu juga Kuyt yang sedang gagah di Final Piala dunia akui dia setia bersama Liverpool walau siapa yang menjadi pengurusnya. Berita-berita inilah yang ditunggu jutaan peminat liverpool di seluruh dunia. Namun, saya ingin ketengahkan kebolehan Hudgson di Fulham dahulu dalam mengubah nasib pemainnya.

Siapa tak kenal Damien Duff? Pemain Chelsea yang semakin malap kariernya bersama Newcastle yang tersingkir dari liga utama England musim sudah. Bagaimana anda lihat Roy telah menggilap semula Duff sebagai antara pemain kesukaan peminat Fulham ketika ini. Bobby Zamora pula? Hampir saja menambat hati Capello untuk diserap ke skuad di Afrika Selatan. Pantsil? Fullbek pantas musim lepas. Zoltan Gera pula yang meranap dan menghancurkan harapan Man United untuk mengucup kejuaraan EPL musim sudah? Jadi, tidak mustahil bakat-bakat besar di Anfield juga mampu digilap untuk bergelar bintang musim depan.

LUCAS

adakah ini gandingan mantap musim depan?

Pemain ini menjadi buah mulut Peminat LFC untuk dibuang saja dari senarai pemain Reds. Inter yang menunjukkan minat kepada pemain ini sudah pudar, dan tampak Lucas akan kekal saja di Anfield. Rafa lebih mahukan Lucas sebagai ‘holding’ midfield bersama Mascherano. apa pula strategi Roy untuk ‘anak muda’ Brazil ini? Kita lihat perkembangannya.

INSUA

‘Flop’. ramai sekali pundit bola sepak di rangkaian ESPN menempelak kebolehan pemain muda ini. tahukah mereka berapa umur Insua untuk posisi itu? Uncle Roy pasti ada jawapannya.

Aqua dikritik pundit, namun masih di hati peminat LFC

AQUILANI

Antara pemain paling rugi untuk dibeli pada musim lepas. dilabel sebagai midfield lembik, dan Rafa berani menurunkannya pada pasukan lawan yang lemah saja di midfield. Mungkin Rafa lupa dari mana Aquilani ini dibeli. kalau Zoltan Gera yang susuk kecil itu Roy boleh ubah, apa pula rancangannya pada Aquilani nanti?

BABEL

Tak dinafikan, Roy pun ada menyebut mahu mendapatkan dana untuk perbelanjaannya. tak mustahil juga Babel turut berada dalam pelan masa depannya.

N’GOG

Mungkin terlalu muda atau terlalu jauh sekali untuk menjadi ‘backup’ buat Torres. memang nyata Rafa membuat kesilapan. Namun, Rafa tiada pilihan. Torres cedera, Rafa tetap mahukan formasi seperti Torres dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Ngog menggantikan posisi itu. Apa tindakan Hodgson pula? adakah bersedia Ngog untuk dipinjamkan atau dilelong saja?

RIERA

Masa depan cerah Pache jika peluang diberi

Dia sangat marah kepada Rafa musim lepas. marahnya dia pada Rafa, membuatkan Fan pun tak senang lagi dengannya. Saya lihat, Riera mempunyai bakat besar. namun, mulutnya yang lantang telah memakan dirinya. tiada lagi kedengaran kelab Moscow ingin membida dirinya. Sudahlah hilang tempat dari skuad Sepanyol di piala dunia. Roy sudahpun punyai Jovanovic di sayap kiri, namun Roy mungkin boleh menjadikan Riera pencabar di posisi itu.

PEMAIN REMAJA

Jonjo, Pacheco, Kelly, Darby. Bagaimana pula Nemeth? semua nama ini dikatakan bakal menyinar. Regim Rafa banyak mengabaikan pemain seperti ini. kita lihat kebijaksanaan Roy memberi peluang kepada pemain muda untuk dijadikan ikon baru Liverpool masa depan.