You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " carragher"

Komen Carragher mengenai Torres dan Daglish

Pertahanan harapan Liverpool, Jamie Carragher yang baru pulih dari kecederan panjang, kini menyatakan bahawa dia yakin bahawa Fernando Torres menjadi berjaya di Chelsea. Komen ini dinyatakan selepas perlawanan diantara Reds dan The Blues, yang menyaksikan Liverpool memang dengan jaringan tunggal dari Raul Meireles yang menerima hantaran lintang dari Gerrard pada minit ke 68.

tambah Carragher lagi…..

“Torres dia adalah pemain yang bagus dan dia juga merupakan salah seoarang penyerang terbaik di dunia “

“Pemain datang dan pergi, saya telah telah banyak kali berhadapan dengan situasi seperti ini dan salah satu daripadanya apabila saya terpaksa menentang Robbie Fowler ketika dia berpindah arah untuk menyertai Leeds.

Carragher juga mengakui bahawa para pemain tidak tampil cukup baik di bawah kendalian Hodgson sebelum ini, namun yang penting pada masa sekarang kami Liverpool ingin terus padang ke masa depan dan saya secara peribadinya senang melihat Dalglish dilantik sebagai pengurus kekal untuk Liverpool.

“Saya sangat menghormati Roy jadi saya tidak pernah mengatakan ‘hal-hal yang telah berubah menjadi lebih baik’ semua itu telah menjadi sejarah,” katanya.

Dec 22, 2010

Jawapan Masalah Defend

Dengan tonggak Jamie Carragher dilanda kecederaan dan terpaksa kena pembedahan atau surgery dalam bahasa omputehnya. Liverpool hanya tinggal 2 pemain veteran yang terselamat daipada injury, iaitu si Spartan Sotirious Kyrgiakos, dan samseng Martin Skrtel. Tapi cukupke 2 orang ni sebagai bek tengah utama? Jom kita tengok alternatif lain untuk pertahanan Liverpool.

Tunggu Daniel Agger Pulih

Daniel Agger mengalami siri-siri kecederaan freak musim ni, dari concussion hinggalah paha yang tak betul. Dijadual kembali Disember, tapi kelibat Agger tak jugak keluar. Dengan Agger yang sudah lama terdampar, susah untuk Roy meletakkan Agger kembali ke starting eleven. Ader jugak gosip mengatakan Agger akan dijual, tapi Agger dah menyatakan kesetiaan kat skuad kita.
?Lagi compose daripada Skrtel, lagi laju daripada Kyrgiakos
?Pandai cari peluang score gol, ball playing defender
?Lame tak main, berisiko untuk injured

Martin Kelly ke Tengah

Jangan buat-buat tak ingat, Kelly dasarnya seorang bek tengah. Ramai tak mahu meletak risiko kerana mudanya Kelly, tapi bila lagi masa yang sesuai? Kelly memang matang di padang, dan menunjukkan dia dah bersedia untuk cabaran sebenarnya. Menggandingkan Kelly dengan mane-mane veteran lagi berbaloi untuk jangka masa panjang, tapi berisiko.. cukup berisiko.. kerana Liverpool masih jauh dari sasaran dalam liga
?Kegigihan dan kesungguhan macam Carra (jiwa Liverpool)
?Fizikal sesuai dengan EPL
?Tak sepantas Johnson, tapi positioningnya boleh membantu membaca permainan
?Tak terbukti di tengah dalam EPL, tapi bila lagi?

Panggil Balik Daniel Ayala

Dipinjamkan ke Hull City, dan menjadi pemain kegemaran peminat di sana yang memandang tinggi Ayala. Pada mulanya hanya selama 3 bulan, tapi dilanjutkan ke Januari ni, dan Hull mahu melanjutkan lagi sehingga tamat musim ni. Liverpool perlu menyimpan pemain ni, lagi-lagi dengan kekurangan defender veteran, Ayala boleh diberi peluang. Sekarang, terkeluar kerana kecederaan hamstring
?Baik di udara, menunjukkan kematangannya di Hull, sentiasa menjadi MOTM di Hull
?Kelajuannya biasa tapi taklah perlahan dan boleh diperbaiki dengan pengalamnannya untuk positioning dan membaca permainan
?Aggresif, katHull dah memungut 6 kad kuning dari 12 match, tapi mungkin sebab corak Hull yang meninggalkan barisan pertahanan terdedah

Danny Wilson Belum Cukup Umur

Pemain muda ni mungkin belum cukup sedia untuk dimainkan di EPL. Tapi dia termasuk antara pilihan yang tinggal jika Kyrgiakos tercedera.. amat membahayakan Liverpool
?Kelajuannya lagi pantas daripada Carra, Soto dan Skrtel.
?Kawalan bolanya lagi baik dan tak kalut
?Fizikal kurang
?Kebolehan di udara macam Skrtel je

Seizer,
redsonthespot untuk My-LFC

.

Dec 21, 2010

Inikah barisan terkuat kita?


Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir.


Formasi terbaik :
4-4-1-1

Glenn Johnson dinaikkan ke bahagian sayap.
Kelajuan dan kesukaan Glenn untuk cut inside satu kelebihan untuk mencari gol. Kaki kiri Glen pun kuat macam kaki kananye. Macam Gareth Bale versi belah kanan (walaupun bezanya macam jauh sangat)

Maxi bermain di belakang Torres
Maxi pemain yang lincah tapi konsistensinya macam yo-yo yang berbelit tali. Kejap perform kejap tak jadi. Satu benda Seizer perasan Maxi ni pernah bermain kat posisi attacking midfielder kat Atheltico Madrid dulu. Kalau tengok cara dia passing, nampak dia ader vision untuk mencari celah-celah antara kangkang defender lawan. Torres pun nampak cam happy main dengan Maxi, maklumlah warga senegara, eh silap.. bekas sepasukan..

Gunakan pemain sayap kiri terbaik
Liverpool merintih sejak dulu lagi, kerana kehilangan pemain berkaliber kat posisi ni. Tapi sekarang kita dah ade seorang yang boleh dikatakan boleh bermain di posisi ni. Milan Jovanovic mungkin bukanlah seorang winger kiri sejati (striker posisi asalnye), tapi tu jelah yang Liverpool ade. Pengalaman dan kelajuan Jova diperlukan. Simpan dulu Joe Cole tumpul tak habis-habis.

Gerrard kembali ke tengah, betul-betul tengah
Kita perlukan kapten kita, Gerrard mungkin dah makin slow, tapi long passnya masih berkuasa. Long shot Gerrad pun dah lame tak masuk dalam gol. Hadkan Gerrard dengan berada di tengah, dan tolong defend. Semasa menyerang dia akan menghantar bola ke atas dengan pilihan samaada Maxi ataupun Torres.

Meireles ganti Lucas
Meireles, pada pandangan Seizer lebih ok dimainkan di bahagian bawah sedikit. Hadkan Meireles untuk bertahan kerana dia lagi fizikal daripada Lucas. Meireles juga jenis pemain box to box, yang tak penat naik turun untuk tolong pasukan. Setelah lama diperhatikan, Meireles ni bukan seorang passer yang baik, selalu terlebih power. Dia lagi sesuai sebagai defensive midfielder, menyambungkan defend dengan bahagian serangan kerana first touchnya amat baik.

Aurelio sebelah kiri, Kelly sebelah kanan
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari

Agger dan Carragher , Benteng Keluli
Kelly tak pernah menghampakan kalau peluang terhidang untuknya bermain. Carragher walaupun dah lapuk, kesungguhan dan leadershipnya amat diperlukan di bahagian belakang. Daniel Agger ni memang pemain feveret, nampak relax je defend. Kelebihan paling nyara dia, kaki yang kuat nak mampus. Agger jugak bukan jenis yang suka membuat tuli clear bola, tapi apakan daya, kuat sangat dia injured.

Pilihan kedua :
Masih, 4-4-1-1

Kelly dan Carragher di tengah
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari.

Agger kiri, Johnson kanan.
Agger akan diberi lebih peluang naik ke atas sebagaimana kegemaran dia. Johnson pula akan menyerang dari belakang jika kurang risiko. Hasilnya dua bek sisi yang mantap!

Aurelio serang kiri, Kuyt ambil kanan
Aurelio pernah mengkagumkan dimainkan sebagai wide midfielder, paling jelas semasa mengalahkan Man Utd 4-1 kat Old Trafford. Cross dan tekniknya merupakan kelebihan.
Kuyt pulak akan menggunakan tenaga terlebihnya untuk turun tolong Johnson bertahan.

Trio di tengah
Gerrad, Lucas, dan Meireles bersatu kat tengah. Amacam.?

Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey…
Torres | Jadi poacher, bukan holding striker
Legenda | Pengalaman mereka diperlukan
Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training


Ini hanya pendapat penulis, mesti korang ader pilihan tersendiri.

Seizer,
redsonthespot untuk My-Liverpoolfc



.

Dec 14, 2010

Menanti Kepulangan Yang Tersayang

Setia betul tiga sekawan ni. Main sama-sama, training sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan injured pun sama-sama. Jadi kali ni kiter tengok bagaimana situasi dan keadaan tiga orang ni?

Mesti tengah kaw-kaw training untuk sembuh cepat.


Telan la ubat banyak mana pun, kalau luka tu luka jenis koyak, kene tidur dan rehat barulah cepat pulih.

Daniel Agger

Menung | Korang amat dinanti-nanti

Mungkin Agger akan kembali bulan ni, tapi tu pun masih tak confirm. Roy harap sangat Agger datang balik, lagi-lagi lepas Carragher yang rehat berbulan. Tambah lagi dengan Skrtel dan Kyrgiakos yang tak menyakinkan.

David Ngog

Gambar hiasan | Ngog hanya cedera ringan

Insiden Ngog jatuh terkankang dengan darah membuak-buak, antara aksi ngeri yang disaksikan musim ni (selain daripada aksi Roy meraba-raba mukanye).

Ngog berjahit di kepala, dan terkoyak sedikit mukenye, dan Roy akan rehatkan pemain ni untuk bertemu Utrecht nanti.


Steven Gerrard

Ditangguh saat comeback nya, Stevie akan dicaj penuh untuk bertemu Fulham minggu depan. Stevie G yang cedera paha semasa international match, kini sudah kembali training bersama skuad utama


Carra : "Bila pulak aku nak main ni!!"

Ngog rehat? Ni la peluang terbaik untuk try test gabungan Torres dan Babel pulak kat depan, tapi rasernya tak terdetik kat hati Roy. Dia mesti nak pemain muda keluar.

Perlawanan kat Utrecht memang sekadar mengisi masa lapang Liverpool, tapi ingat Roy Hoggson, banyak mata jahat memandang, memerhati gerakmu, menunggu saat engkau kecundang.

Torres perlukan lebih masa bermain untuk naikkan keyakinan, tapi lebih masa bermain, lebih pulak la probability untuk injured


“Pembedahan Carragher selamat dijalankan”

Menurut sumber dari laman web rasmi Kelab “ liverpoolfc.tv” mengatakan kini Jamie Carragher yang merupakan kapten kedua Liverpool dan juga merupakan petahanan tengah yang berpengalaman di Liverpool,telah selesai menjalani pembedahan bahu.

Menurut Peter Brukner….

“Operasi pembedahan tersebut berjalan dengan lancar”. Beliau juga merupakan ketua kepada bahagian perubatan di Liverpool”

“Hal ini dilakukan untuk membolehkan Jamie menjalani sesi perubatan dan sesi pemulihan secara terbaik dan untuk mamastikan dia kembali pulih seperti sediakala “

“Dan dijangka dia akan boleh kembali beraksi untuk Kelab dalam tempoh tiga bulan akan datang”

Nov 30, 2010

“Carragher rehat 12 minggu”


—12 minggu boleh berkarat kaki dibuatnya—-

Menurut sumber dari laman web rasmi Liverpoolfc.tv, mengatakan bahawa, Jamie Carragher terpaksa direhatkan selama tiga bulan dan hanya mungkin kembali bermain pada hujung bulan Februari atau awal Mac tahun depan.

Dengan baki enam perlawanan dalam Liga Perdana, pastinya ini akan menjadi salah satu ujian terbesar untuk The Reds, untuk memastikan bahawa ketiadaan dua tonggak utama pasukan iaitu Gerrard dan Carragher tidak akan menyekat matlamat asal Kita (Liverpool) untuk merebut kedudukan 4 teratas untuk membolehkan Liverpool kembali bersaingan dalam kancah Liga Juara-Juara pada musim depan.

Perkara ini akan, menjadi isu panas dan menjadi salah satu perkara yang akan memeningkan kepala Roy Hongson berkenaan siapa yang bakal mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Carragher.

—peluang yang patut direbut oleh Kyrgiakos —

Pada pendapat saya (penulis) , pemain yang dijangka akan diletakkan sebagai pilihan untuk mengantikan kapten kedua Liverpool ini adalah diantaranya ialah Sotirios Kyrgiakos dan Martin Kelly.

Sememangnya perkara ini adalah satu musibah kepada pasukan, tetapi jika dilihatkan kepada aspek pandangan positifnya keadaan ini, akan memberikan ruang dan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan mereka layak bermian untuk pemain utama lain.

— salah satu pemain dijangka dipilih—-

Dan bagi Kyrgiakos dan Kelly, ini merupakan salah satu peluang yang mesti direbut oleh mereka untuk meningkat kadar prestasi permainan mereka dan sekaligus memikat Roy untuk meletakkan mereka dalam pamain squad kesebelasan utama.

Nov 30, 2010

“Carragher mungkin terpaksa berehat panjang”

Liverpool pengurus Roy Hodgson telah mengesahkan bahawa Jamie Carragher kini mengalami kecedderaan yang serius dimana terpaksa dikeluarkan pada minit akhir perlawanan semasa menentang Tottenham di White Hart Lane.
Perlawanan ini merupakan perlawanan beliau yang ke 450 menurut perkiraan Lga perdana sebagai perjalanan kerjayanya sebagai pemain Liverpool
menurut Hodgson lagi….
Dia agak terkilan dan risau dengan keadaan yang menimpa Carragher, dimana dengan keadaan sekarang dimana Gerrard juga mengalami kecederaan.
Pada perlawanan ini, roy juga menyatakan kekecewaannya apabila Reds terpaksa akur dengan kekalahan gol minit terakhir oleh Aaron Lennon. Pada perlawanan ini, kami bermain dengan baik dan banyak peluang untuk menjaringkan gol tidak berjaya disudahkan dengan baik.

Oct 23, 2010

Jamie Carragher dan Steven Gerrard berjuang mempertahankan Roy

Menurut sumber Dailymail mengatakan bahawa kapten Gerrard dan petahanan Liverpool Carragher percaya bekas pengurus Fulham ini harus diberikan masa untuk mengubah segalanya. Gerrard dan Carragher adalah dua pemain yang paling berpengaruh di Anfield dan faham mengenai musim yang serba mencabar dan penuh liku yang akan ditempuhi oleh The Reds.
Tambah gerrard lagi ….

Secara peribadi telah mengatakan bahawa kepada rakan pasukan yang lain supaya percaya mereka harus bersabar dengan kaedah latihan Hodgson dan taktik, sekurang-kurangnya sampai Krismas ini .

“Ini benar-benar menyedihkan bahawa kita harus harus berhadapan dengan hal-hal seperti ini,” katanya. ‘terdapat spekulasi bertiup dimana hal yang mengatakan bahawa kini saya sedang bergaduh dengan Toress dan ini adalah khabar angin yang tidak boleh dipercayai.

Roy Hodgson berkata pula ….

“Saya di sini untuk cuba untuk mendapatkan Liverpool kembali ke tempat yang sepatutnya Liverpool berada, tapi saya tidak boleh melakukannya dalam semalam atau pun dalam masa yang singkat.

Setelah tiga bulan-dan-setengah, saya seolah-olah menjadi seseorang yang telah kehilangan seluruh kepercayaan pada dirinya sendiri. Percayalah saya akan kembali mengubah Liverpool dari masa ke semasa  cuma yang saya pinta supaya semua yang berkenaan dengan Liverpool bersabar dan terus meyokong kami.

Disamping itu Hodgson juga memberikan komen mengenai spekulasi yang tempatnya akan digantikan dengan Frank Rijkaard, tapi Sportsmail memahami bekas pelatih Barcelona itu pasti tidak terburu-buru untuk kembali ke pengurusan setelah meninggalkan Galatasaray pada hari Rabu lepas. Hal ini adalah kerana kini dia berada dalam keadaan masalah keluarga iaitu setelah seminggu dimana kematian ayahnya dan kelahiran anak pertamanya dengan pasangan pada ketika ini, dan ia tidak mungkin mempertimbangkan untuk menjadi pengurus dimana kelab sehingga tahun baru.

Tambah pengurus Blackburn (Sam Allardyce)…..

“Sebagai pengurus, kita hidup di dunia khyalan bukannya realiti. Saya merasa Roy dan dia mengambil dan menerima beban kritikan kepada dirinya , hanya waktu yang diberikan dan dia akan boleh melakukannya dengan betul untuk menutup segala kritikan kepada dirinya “saya percaya segala tekanan pada Hodgson kini adalah disebabkan oleh musuh lamanya dan bekas pengurus Liverpool sebelum ini iaitu Rafa Benitez yang menyebabkan Liverpool mengalami masalah pada waktu ini.

Sep 8, 2010

Carra: tak perlu penyerang lagi.


“We are looking for Fernando Torres to stay as fit as possible but I think David Ngog in the last 12 months is a completely different player, and his start to the season has been fantastic.

“We’ve also got Dirk Kuyt and Ryan Babel as well.” – Jamie Carragher, LFC vice captain

Naib kapten Liverpool, Carragher menegaskan kepada bos, Roy Hodgson Liverpool sudah tidak perlu lagi penyerang. Menurut laporan liverpoolfc.tv, Carragher sudah berpuas hati dengan opsyen serangan yang ada ketika ini. Media di UK tak putus-putus melaporkan beberapa penyerang yang dikaitkan dengan perpindahan januari ini. Sementara itu, Roy Hodgson sedaya upaya mencari seorang lagi striker sebagai ‘back-up’ kepada Torres jika pemain bintangnya itu mengalami kecederaan seperti musim sudah. Carra menggesa hodgson lebih mempercayai penyerang sedia ada seperti Ngog, Babel dan Kuyt.

Sep 7, 2010

Owen: peminat berbelah bagi

Michael Owen

Baru saja saya letakkan gambar owen sebagai pic profil di facebook. Nah, berjela komennya oleh rakan-rakan. samada dari rakan pasukan syaiton, mahupun rakan pasukan burung. Eh, ada juga terselit rakan dari Sepanyol. Hehe. Namun, pokoknya setiap komen rakan2 ni, berbeza beza. Fan liverpool sendiri berbelah bagi menyatakan mahu ‘boo’ atau tak pada Micheal Owen. Bagi pendapat peribadi masing-masing, mestinya ada alasan masing-masing kenapa perlu benci. dan kenapa perlu support sebagai ‘all-time-legend’. Entri kali ini, saya tak minta pembaca benci, atau martabatkan si owen ini sebagai lagenda. takut, berjela-jela pula komentar dibawah ini nak berdepat isu-isu si cilik Owen ini. Baru saja terbaca entri dari liverpoolfc.tv yang bertajuk ‘Owen: To boo or not to boo’. Continue reading »

Pages:12»