Charlie Adam tak ‘diving’ !
Komplen demi komplen diterima sebaik tamat 90 minit aksi blokbuster musim ini, lepas 500juta dilaporkan melihat aksi siaran langsung perlawanan ini. Komplen ini datang dari mulut2 pemain united yang kurang puas dengan beberapa tindak tanduk pemain Liverpool. daripada tuduhan rasis, hingga tuduhan menipu ketika Gerrard sempurnakan sepakan percuma minit ke-68. apa yang menipu pada foul ‘malas’ yg dilakukan Ferdinand? Agak pelik, pemain senior united itu dipilih pemain terbaik di pihak united sedangkan dia gagal mengawal beberapa asakan lawan, termasuklah menuduh Charlie Adam diving ketika dia rasa, dia tak sentuh pun dalam foul tersebut.
Menariknya, Charlie Adam tampil dalam temubualnya yang menafikan ‘diving’ tersebut. dipetik dari dailymail: ‘Well, everyone has an opinion and I felt a touch. If I hadn’t gone down I would have been clear through on goal so there must have been contact. That’s the way I look at it. I felt contact when I went past Rio and that’s the way it goes. I’m not that type of player. I’m not just going to go down easily.
yang menjadi isu, ferdinand mungkin buka mulut bila free kick menyebabkan mereka bolos gol pertama. kalau tak gol, mungkin tak diendahkan. apa yang penting, gol free-kick adalah istimewa. bila mana, Gerrard kembali beraksi 90minit dan sumbat gol pertama setelah 6 bulan tak beraksi kompetetif.
Video: Debut cemerlang Shelvey
Pernah dilabel ‘the future of Stevie G’ ketika pembelian oleh Benitez sebaik sebelum jawatan nya dilepas ke Hodgson pada summer 2010. Shelvey menjadi rebutan kelab championship dan akhirnya LFC melepaskan beliau utk aksi pinjaman ke bekas kelab C.Adam, Blackpool. dalam aksi festival gol 5-0 ke atas Bristol City, Shelvey meledak kencang jaringan freekick dari jarak 35-ela jauhnya. Malah, aksi memukaunya meraih man of the match dan menambat komen positif dari pengurusnya, Holloway. dalam perbualan wartawan, Shelvey merupakan top-target perpindahan lalu namun LFC menolak pertukaran pemain bersama Charlie Adam. Shelvey akan dipinjam dan terus membantu blackpool kembali ke EPL. dan permata England ini diharap dapat memecah kesebelasan utama Liverpool musim depan.
dalam pada itu, Charlie adam turut memberi twitt positif kpd bekas majikannya dan juga rakan pasukannya, Shelvey “Well done to Blackpool FC for a great result today and Jonjo Shelvey getting his first goal.”
Scotland & LFC resah tanpa Charlie
Kecederaan Adam disahkan oleh juru medik Scotland. dan nyata memberi kesukaran buat Scotland memburu slot ke Euro-2012. Bukan saja Scotland, Liverpool juga resah kecederaan ini mengganggu misi menawan Stoke City sabtu ini. namun, status Adam kini adalah ‘doubtful’ dan dalam pengesahan pihak medic jika dia dapat beraksi untuk perlawanan minggu depan – agensi
Tugas negara: gol Aqua dan Adam
Siapa lagi kalau bukan pemain hangat rebutan kelab Italy masa kini, Alberto Aquilani yg menjadi kebanggaan Azzuri awal pagi tadi meledak gol ‘nasib’ hasil rembatan luar penalti yg lemah lalu melanton kaki pertahanan spain. Perlawanan berkesudahan 2-1 sekaligus memadam gol penyamaan bekas pemain kita, Xabi Alonso (Penalti).
Sementara itu lain vanue bagi perlawanan antarabangsa memaparkan petanda positif tiada kecederaan dilaporkan dan mungkin menaikkan moral pemain yg menjadi penjaring pada hari ini iaitu Aqua dan pemain baru, Charlie Adam. Scotland menang juga dgn jaringan 2-1 keatas pasukan Agger/Poulsen, Denmark. Adam juga terima gol ‘nasib’ hasil lantunan dari sepakan percuma. sementara lain pemain, Lucas tewas kepada Jerman 2-3 dan Portugal menang besar 5-0 ke atas Luxemburg. Meireles beraksi di separuh kedua.
Portugal 5 Luxembourg 0, Perancis 1 Chile 1, Jerman 3 Brazil 2, Jepun 3 Korea Selatan 0.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)

