You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Christian Poulsen"
Aug 11, 2011

Tugas negara: gol Aqua dan Adam

 

Siapa lagi kalau bukan pemain hangat rebutan kelab Italy masa kini, Alberto Aquilani yg menjadi kebanggaan Azzuri awal pagi tadi meledak gol ‘nasib’ hasil rembatan luar penalti yg lemah lalu melanton kaki pertahanan spain. Perlawanan berkesudahan 2-1 sekaligus memadam gol penyamaan bekas pemain kita, Xabi Alonso (Penalti).

Sementara itu lain vanue bagi perlawanan antarabangsa memaparkan petanda positif tiada kecederaan dilaporkan dan mungkin menaikkan moral pemain yg menjadi penjaring pada hari ini iaitu Aqua dan pemain baru, Charlie Adam. Scotland menang juga dgn jaringan 2-1 keatas pasukan Agger/Poulsen, Denmark. Adam juga terima gol ‘nasib’ hasil lantunan dari sepakan percuma. sementara lain pemain, Lucas tewas kepada Jerman 2-3 dan Portugal menang besar 5-0 ke atas Luxemburg. Meireles beraksi di separuh kedua.

Portugal 5 Luxembourg 0, Perancis 1 Chile 1, Jerman 3 BrazilĀ  2, Jepun 3 Korea Selatan 0.

Feb 23, 2011

Tahniah Poulsen

Saya disini ingin mengucapkan Tahniah kepada pemain Liverpool, Christian Poulsen dan isterinya. Dimana pada Selasa malam yang lepas, siteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki untuk pasangan bahagia ini. Hal ini juga selari dan jarak yang tidak jauh sejak Glen Johnson dan pasangannya telah dikurniakan anak pertama mereka.

Dan diharapkan dengan berita gembira ini, pastinya akan memberi semangat baru kepada Poulsen untuk lebih berkerja keras samada di dalam padang mahupun komitmennya dengan kerluarganya
Kami penyokong Liverpool di malaysia mengucapkan beribu tahniah atas kelahiran ahl baru The Reds. Akhir kata selamat berbahgian Poulsen… YNWA

Oct 30, 2010

Lucas: tak seperti disangkakan (Video)

Lucas – seperti yang ramai sekali orang komen mengenai pemain ini: “Main sangat simple, pass ke kiri.. pass ke kanan.. Long Ball ‘hancos’” . “Pegang bola/control bola langsung xboleh harap”. “Lucas worst ever signing made by Rafa”. Continue reading »

Oct 12, 2010

10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan

Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan

Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.

Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.

Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.

Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H

Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.

sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.

Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.