Damien Comolli ke Amsterdam untuk Luis Suarez. keputusan dicapai dalam 48 jam

Laporan ini dipetik dan diubahsuai daripada web .express.co.uk, dalam laporan itu menyebut bahawa kini pada hari ini, pengarah strategi bola sepak Liverpool, Damien Comolli akan ke Amsterdam untuk mendapatkan kata putus mengenai perpincangan berkenaan proses perpindahan striker kesayangan Ajax, Luis Suarez.
Dalam laporan itu juga menyebut, bahawa anatara agenda yang bakal dilakukan oleh Comolli adalah bertemu dengan pengarah utama Ajax, Rick van den Boog untuk mendapatkan kata putus mengenai urusan perpindahan tersebut.
Dijangka harag yang bakal dibida oleh Liverpool adalah sekitar £ 20 juta dan keatas. Ini sekaligus bermakna proses pembelian ini akan menjadi perpindahan hangat untuk musim perpindahan januari ini yang dicapai antara Liverpool dan Ajax.
Disamping itu juga, Damien Comolli akan mengunakan tawaran sampingan kepada Ajax, iaitu mengunakan Ryan Babel sebagai penambahan sampingan untuk membolehkan Liverpool memiliki penyerang berprofil tinggi, Luis Suarez.
Pada pendapat saya (penulis) jika perkara ini benar-benar terjadi pastinya ini akan mengembirakan seluruh peminat Liverpool dan terutamanya ini akan memberikan impak yang besar kepada barisan serangan Liverpool. Oleh itu marilah kita berharap dan berdoa agar hajat untuk melihat Luis Suarez memakai jersey Liverpool menjadi kenyataan. YNWA.
Comolli ; penjelasan untuk perancangan masa depan

Berkata di Liverpoolfc.tv pengarah strategi bola sepak Liverpool iaitu Damien Comolli menyatakan bahawa akan berusaha untuk mencari pengurus baru, dalam penerangan Comolli juga, dia menyatakan bahawa jawatan yang disandang oleh Kenny Dalglish hanya untuk memberikan masa untuk pengurusan ruang dan masa untuk mencari pengurus baru yang benar layak untuk memimpin kelab pada kemudian hari.
Ditanya mengenai apakah criteria yang akan diambil kira semasa memilih pengurus baru, Comolli berkata…..
“kami di Liverpool akan memilih pengurus yang berpadanan dengan falsafah kelab dan falsafah pemain dan yang paling penting mempunyai konsentrasi yang tinggi untuk memgendali pemain dan seluruh squad”
Tambah Comolli lagi…
“ kami sebenarnya benar sedih dengan apa yang kami lakukan kepada Roy Hodgson, setalah kendaliannya selama enam bulan di Liverpool, kita Liverpool berjaya mendapat presembahan yang baik semasa menentang Chelsea, West Ham dan Villa, tetapi keadaan pada perlawanan menentang Stoke dan Newcastle pemain seolah-oleh telah menjadi hilang punca, dan pihak pengurusan perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa”
“susah untuk dijelaskan, kerana Roy adalah seorang yang baik dan berkemampuan”
Liverpool Perlukan Pemain Baru
Dah tengok perlawanan sebelum ni?, susah untuk cari aper yang tak kena dengan team kesayangan kiter ni. Sumpahan kat perlawanan di gelanggang lawan masih tak terhapus.
Jangan nafikan lagi, Liverpool perlukan pemain baru, untuk penyelesaian jangka pendek, kalau masih berangan-angan untuk menggapai Top 4 musim ni.
Tahukah anda? Mari saya kongsi sejarah perlawanan away match musim ni.
Dengan hadirnya pemilik Liverpool, Januari ni merupakan salah satu bukti komitmen mereka terhadap kelab ni.
Memang sukar untuk mendapatkan pemain baru di tengah-tengah musim ni. Antara pemain yang saya syorkan untuk krisis ni.
Bek Tengah :
Mungkin sukar untuk dapatkan pemain ni. Dia tengah perform di Birmingham. Aper yang baiknya, dia dah terbukti di EPL. Seorang warga England, dan mungkin boleh menggantikan Carragher. Ianya mungkin sedikit mahal, tapi berbaloi untuk jangka penjang, kerana dia baru berusia 23 tahun.
Alex McLeish mungkin sukar nak melepaskannya kerana Birmingham, merupakan antara kelab dengan pertahanan terbaik setakat musim ni.
Bakal kapten Perancis (orang kater), bakal kehabisan kontrak musim depan. Sikap kepimpinannya akan membantu barisan pertahanan yang kehilangan Carragher. Tu pun kalau die tau bahase inggeris.
Bek kiri :
Tak ramai bek kiri yang terkemuka di dunia sekarang. Coentrao antara pemain muda dan berbakat, baru berusia 22 tahun. Harganya amat mahal, tapi jika dibandingkan dengan situasi sekarang, Liverpool dah lame tak mempunyai bek kiri yang mantap. Pemain muda bahagian ni juga masih tak muncul di skuad utama. Jadi pelaburan untuk masa depan ni, amat berbaloi, dan juga berisiko.
Pilihan alternatif yang lebih murah. Pernah dikaikan ke Liverpool sebelum ni. Juga terkenal dengan sepakan kencang ala-ala Riise. Pertahannya sama mantap dengan kebolehan menyerang. Tapi belum pernah teruji di liga bertaraf lebih tinggi, hanya bermain di Liga Perancis selama ni.
Striker :
Mungkin mahal tapi berbaloi. Tinggi dan kuat, antara ciri-ciri yang Torres, Ngog, & Babel takder. Juga berbangsa Sepanyol, mungkin Torres boleh menyusun taktik bersama Llorente di depan, tanpa difahami pertahanan lawan.
Pemain bermasalah, tapi peluang ni harus dicuri. Berbadan tegap, sesuai dengan gaya permainan Liverpool sekarang. Jika dia membuat masalah, masih ader peluang untuk offload pada hujung musim ni.
Pemain yang terbukti kebolehan menjaringkan gol. Penjaring terbanyak Liga Belanda musim lepas. Muda dan berbakat, apa lagi? Liverpool perlukan seorang lagi penjaring, Ngog dan Torres tak cukup dalam bahagian ni.
Sumber lain gol Liverpool? Glen Johnson sahaja.
Winger :
Mancini takkan lepaskan Johnson dengan murah. Johnson mengakui terliur peluang bermain untuk first team, dan Liverpool bersedia menawarkannya. Try la dapatkan Johnson, masih muda, dan seorang warga England. Ketangkasan, kelicikan si kaki kidal ni, diperlukan keranan Liverpool takder seorang winger sejati berkaki kiri (Jovanovic asalnya striker).
Roy mengakui minatnya kat pemain ni, tapi Houllier takkan melepaskan pemain terbaik Aston Villa. Pengalamannya di EPL, mampu memberi sesuatu yang baru di bahagian sayap Liverpool. Kuyi dan Maxi, langsung tak memberi ancaman yang sepatutnya diberi oleh seorang winger.
Pemain muda Wigan ni, antara pemain yang perlu Liverpool dapatkan.
Dia bijak, kreatif, tenang dan pantas. Nzogbia sentiasa menghuru-harakan lawan yang cuba mengawalnya. Dia juga tak tamak, tapi pada masa yang sama tahu bila nak masa yang sesuai untuk mencari gol.
Pemain ni bermain di EPL dah bertahun-tahun.
Sumber Asal
.
Luis Suarez? Sama seperti Comolli janjikan
Kapten Ajax ini bakal menjadi fenomena di Merseyside jika benar spekulasi ini menjadi kenyataan. Maxi Rodriguez, Fernando Torres merupakan antara kapten kelab lama yang turut serta ke kelab Liverpool, dan mengapa tidak Suarez juga menjadi kejutan?
Menurut laporan media Dutch (Netherland), Suarez, 23 sedang berbincang mengenai masa depannya bersama Ajax atau berpindah ke kelab baru seawal Januari ini. Penyerang antarabangsa Uruguay ini mungkin kurang yakin dengan prestasi semasa Ajax dibawah Martin Jol. Antara kelab menjadi tumpuan dalam rebutan pemain ini hanya Liverpool dan Tottenham. Arsenal juga mulanya berminat, namun baru-baru ini Wenger mengesahkan tiada perpindahan pemain baru januari ini.
Roy Hodgson ketika ini masih tercari-cari penyerang kedua buat Fernando Torres yang juga bertaraf bintang. Jika, sah Suarez menolak lanjutan kontrak di Ajax Hodgson tidak perlu membuat bayaran tinggi, hanya 9-15 juta euro diperlukan. Namun, pembelian Suarez mungkin menjadi tanda tanya kerana pemain ini sedikit bermasalah pada disiplinnya. Jika di zaman Benitez, pastinya bukan calon utama pilihan beliau. Apa juga keputusan Hodgson untuk pemain ini, kita perlu tunggu dan lihat.
Berkenaan kenyataan oleh pengarah strategi bola sepak LFC , Damien Comolli ketika temubual eksklusifnya ada menyatakan seorang pemain bintang yg merupakan aset utama kelab berkenaan akan meninggalkan kelab dan kita cuba untuk memikatnya pada harga yang rendah. Ya, itulah dia pemain yang bernama Suarez. lihat entri berkaitan Comolli oleh Ijam: YNWA: Selamat Datang Damien Comolli
Info tambahan:
Luis Suarez, di undi sebagai pemain paling dibenci ketika piala dunia afrika selatan lalu. Kenapa? Ingatkah anda siapa yang dok menepis bola ketika Ghana hampir saja membawa perlawanan ke extra time. Lalu penalti diberikan dan Suarez dibuang padang, Seakan-akan Ghana sudah drag perlawanan ke masa tambahan, Asamoah pulak miss penalti tu. Suarez dianggap hero Uruguay dan nasib malang untuk Gyan ketika itu.
Komen Damien Comolli setelah 24 jam menyertai Liverpool
Selepas 24 jam selepas pelantikannya sebagai pengarah strategi kelab , Damien Comolli tampil memberikan sedikit pendapat dan pandangannya mengenai situasi kelab dan perancangan pada masa sekarang. Dia yang mengatakan “ saya sukakan cabaran dan saya harap dengan segala akan berubah dalam sedikit masa lagi”
Berikut pendapat Damien Comolli kepada pemain Liverpool dan kelab….
“Pamain pertahanan yang berharga £18 juta iaitu Glen Johnson sememangnya bagus dan berkebolehan tetapi dia tidak cukup baik untuk menentang apabila menentang pasukan kuat seperti Chelsea. “
“Sotirios Kyrgiakos yang telah menjadi wira dalam perlawanan sebelum ini, tetapi prestasinya ada turun dan naiknya”
Perpindahan lepas Liverpool membawa masuk Paul Konchesky dan Christian Poulsen dengan harga £ 10 juta dan kedua-duanya sudah berumur 30, berlaku permbaziran disitu harga kedua pemain ini sepatutnya lebih murah daripada itu”
“Milan Jovanovic dibawa dengan tanpa yuran perpindahan tetapi gajinya dibayar terlalu tinggi iaitu £80,000 setiap minggu dalam usia 29”
“David Ngog dan Jonjo Shelvey pemain yang dibeli untuk jangka masa panjang tetapi jika dibandingkan dengan bintang Manchester United Javier Hernández sememngnya mereka bukan dalam kelas seperti pemain yang berasal dari maxico itu”
Pada pendapat saya (penulis ) ada benarnya juga pendapat yang diberikan oleh Damien Comolli ini. Dan setelah kedatangan nya ke Liverpool akan mengubah segala kesilapan lalu dan akan membawa pemain muda yang benar-benar berkualiti untuk Liverpool.
Target terbaru Roy Hodgson
Berita terbaru yang daripada daily mirror yang mengatakan bahawa Bos Liverpool Roy Hodgson kini sedang mengejar untuk mendpatkan pemain PSV Eindhoven Ibrahim Afellay dan pasangannya Ola Toivonen -setelah terbang ke Belanda.
Tindakan ini adalah berasakan pemerhatian yang telah dilakukan oleh Kenny Dalglish yang menonton perlawanan PSV dalam dua perlawanan terakhir pasukan itu.
Dengan keputusan yang diambil oleh kepimpinan Liverpool untuk membawa perancangan bola sepak Damien Comolli dan kerjasama serta idea bernas, pastinya akan memberi ruang dan peluang untuk Liverpool berkembang maju. Dan mengikut sumber liverpoolfc.tv yang mengatakan bahawa pada minggu ini pihak kepimpinan yang diketuai oleh John henry dan diikuti dengan Damien Comolli dan pengurus Liverpool Roy Hodgson akan melakukan perjumpaan untuk membincangkan tentang rancangan membangunkan kelab dalam tempoh terdekat ini . dan sasarannya ialah pada musim perpindahan januari akan datang
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)









