You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Daniel Agger"
Aug 11, 2011

Tugas negara: gol Aqua dan Adam

 

Siapa lagi kalau bukan pemain hangat rebutan kelab Italy masa kini, Alberto Aquilani yg menjadi kebanggaan Azzuri awal pagi tadi meledak gol ‘nasib’ hasil rembatan luar penalti yg lemah lalu melanton kaki pertahanan spain. Perlawanan berkesudahan 2-1 sekaligus memadam gol penyamaan bekas pemain kita, Xabi Alonso (Penalti).

Sementara itu lain vanue bagi perlawanan antarabangsa memaparkan petanda positif tiada kecederaan dilaporkan dan mungkin menaikkan moral pemain yg menjadi penjaring pada hari ini iaitu Aqua dan pemain baru, Charlie Adam. Scotland menang juga dgn jaringan 2-1 keatas pasukan Agger/Poulsen, Denmark. Adam juga terima gol ‘nasib’ hasil lantunan dari sepakan percuma. sementara lain pemain, Lucas tewas kepada Jerman 2-3 dan Portugal menang besar 5-0 ke atas Luxemburg. Meireles beraksi di separuh kedua.

Portugal 5 Luxembourg 0, Perancis 1 Chile 1, Jerman 3 Brazil  2, Jepun 3 Korea Selatan 0.

Injury Updates menjelang perlawanan menentang manshitt


–Come on dude, you must play this match !!–

Menurut berita yang kini semakin bertebaran dari segenap laman web sukan di internet, banyak penulis dan blog-blog hangat memperkatakan, katanya pemain termahal England akan kembali beraksi dalam debut pertama sejak berpindah dari Newcastle untuk menyertai Liverpool.

Dalam laporan yang berbunyi, kini khabarnya Andy Carroll semakin hampir untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Man united pada malam ahad ini, hal ini juga telah diakui oleh ketua perubatan di mellwood Dr Peter Brukner yang menyatakan berkemungkinan Andy akan berpeluang untuk menyarung jersey The Reds pada perlawanan tersebut.


–Mungkinkah LFV no 4 akan kembali beraksi ?–

Disamping itu juga, Raul Meireles, Daniel Agger dan Fabio Aurelio diharapkan akan kembali ke sesu latihan penuh dalam masa 48 jam akan datang dan boleh dijangka bahawa ketiga tonggak Liverpool ini akan boleh diturunkan pada perlawanan menentang united dalam kempen Liga Perdana.

Hal ini bukan sekadar omong kosong sahaja, kerana jurulatih Liverpool, Steve Clarke sendiri menyatakan bahawa kemungkinan adalah tinggi untuk Meireles yang merupakan pemain antarabangsa Portugal ini untuk kembali mendapat tahap kecederasan, yang akan membolehkan dia beraksi dalam perlawanan akan datang.

Namun squad kita akan turun tanpa pemain muda kita, Martin Kelly yang telah disahkan oleh LFVTV, bahawa Kelly terpaksa direhatkan selama 4 minggu kerana kecederaan hamstring. Dan ini pastinya memberikan peluang kepada Johnson untuk kembali ke posisi kegemarannya di sebelah kanan dan meletakkan Wilson ataupun Fabio Aurelio di sebelah kiri.

–Ferdinand and vidic, sorylah! you out dumb shit!!!!–

Manakala dikutip dari sumber yang boleh dipercayai, saya (penulis) telah membuat sedikit andaian bahawa berkemungkinan United akan turun tanpa dua tonggak utama pertahanan mereka iaitu Rio Ferdinand yang masih cedera manakala Nemanja Vidic, sedang dalam proses pengantungan perlawanan kerana menerima kad kuning kedua semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge rabu lepas. Dan juga berkemungkinan bahawa Patrice Evra, pertahanan kiri united juga berkemungkinan akan ketinggalan dalam perlawanan di Anfield ahad ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa united menentang Chelsea.

Dilema roy…


Bos Liverpool Roy Hodgson sedang dalam dilema untuk mengisi bahagian pertahanan kiri, hal ini kerana ketiga –tiga permain yang boleh bermain di posisi ini sedang bergelut dalam kecederaan. Pemain tersebut adalah Daniel Agger (kecederaan peha), Paul Konchesky(hamstring), Fabio Aurelio(belum pulih sepenuhnya).

Ditambah dengan keadaan Martin Kelly yang juga mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang FC Utrecht pada kempen Piala Eroupa. Perkara ini sekaligus membuat tiada pemain yang benar berkemampuan untuk berada di posisi ini semasa perlawanan menentang Blackpool pada hari ahad ini.

Pilihan yang boleh dibuat oleh Roy adalah menurunkan pemain Jack Robinson pemain yang berusia 17 tahun, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana pemain ini tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk bermain di kempen BPL.


Adakah Jack Robinson akan diturunkan

Dan berita lain yang dipetik daripada LiverpoolTV berbunyi …..

Jamie Carragher yakin Liverpool boleh membuat langkah besar di bawah Roy Hodgson tetapi menegaskan penyokong harus tetap bersabar.berikutan kata pertahanan berpengalaman Liverpool ini Jamie merasa terlalu awal membuat penilaian terhadap The reds

“Saya tahu semua orang berfikir bahawa apabila pasukan mendapatkan pengurus baru, pasukan akan menang setiap minggu tapi kita harus lihat pada musim pertama Gerard Houllier Liverpool menamatkan musim pada tangga ketujuh dan dengan Rafa kami berada pada tangga kelima.

Dan pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang cuba disampaikan oleh penolong kapten Liverpool. Tetapi dari masa ke semasa corak permainan Liverpool mestilah bertambah baik, tetapi jika kita lihat pada perlawanan sebelum- sebelum ini corak permainan semakin lama semakin tidak bermaya dan inilah perlu diubah oleh Roy. Jika dilihat pada perlawanan menentang Manchester United walaupun Liverpool kalah tetapi penyokong berasa puas kerana corak pemainan yang menarik. Perubahan inilah yang perlu diperbaiki oleh Roy untuk mengembalikan maruah Liverpool yang semakin tercemar dan semakin dipandang remeh oleh pasukan lawan .
Akhir kata salam NYWA dari saya