vs Gooners: jalan mudah?
Untuk hanya minggu ke-2 pembukaan EPL, kali pertama clash terbesar atau big-showdown akan berlangsung. kali ini antara Arsenal dan Liverpool. Arsene Wenger sedang melalui saat kritikal bersama Arsenal sepanjang berbelas tahun rejimnya bersama Arsenal. malah lebih besar dari Liverpool yg kehilangan Alonso dan Masherano. anda sendiri nampak bagaimana skuad itu dibina jika bukan dari anak tempatan, mesti ada super-star yg nak berhijrah ke kelab lebih besar atau kelab asalnya mereka dilahirkan. ini berlainan dengan British player di dalam skuad yg akan setia bersama pasukan selagi belum berjaya kucup sesebuah piala yg diidam.
Faktor Fab
Bagi saya, bukanlah masalah besar bagi Gooners nak terima kenyataan ini. Bukan saja Fabregas, Nasri bakal menurut langkah seperti Adebayour, Toure dan Clichy yg selesa dgn gaji yg besar di Manch. Skuad matang wenger yg dibina kembali ke permulaan semula. susah payah di bina sebuah pasukan yg dulu orang kata mentah, kini dah matang berpindah pula. maka, Wenger kembali ke anak tangga pertama utk bina semula skuad dan kali ini Aaron Ramsey menjadi Fabregas-baru mereka. bukan lah saya ni, kipas mati Gooners nak analisis skuad mereka, cuma sedikit terkilan dgn usaha Wenger selama ini hanyalah kosong dan zero saja bila yg dikejar tak dapat apa lagi yg dikendong bercicir jatuh ke kelab lain. Dan itulah, yg cuba Dalglish elakkan. Dia sanggup berhabis beratus juta untuk pemain British yg tah hape..hape.. namun, apa yg dibeli dalglish adalah prospek terbaik yg England ada kini. kita hanya tunggu masa.
Berkenaan perlawanan Sabtu ini, Wenger bakal ketiadaan Wilshere, Djourou, Gibbs, Diaby, Gervinho selain Eboue,Fabregas dan Nasri berada di pintu keluar. jadi adakah jalan mudah utk Liverpool kali ini?
menurut sejarah penubuhan Emirates, kita langsung tak pernah catat kemenangan. bahkan seri sering menghantui kedua kelab ini. Kuyt merupakan penjaring terakhir kelab kita di dalam perlawanan terakhir. Masih anda ingat jaringan penalti pada minit 90++. Eboue dijadikan kambing hitam oleh fans gooners yg menjatuhkan Lucas. dalam pada itu, Eboue juga pernah menjatuhkan Babel untuk Gerrard membungkus pulang skuad Wenger dari Champions League. ditambah pula aksi Arsenal di kelayakan Champions League Rabu lepas meletakkan mereka dalam kelesuan kerana ada 3 hari utk persediaan perlawanan EPL pada sabtu. dalam pada itu, skuad menentang Udinese lepas merupakan yg terbaik mereka dan dijangka akan beraksi mirip formasi utk menentang kita sabtu ini.
Under-dog adalah Arsenal
Untuk ulasan saya, Liverpool jarang sekali mengambil peluang beraksi cemerlang jika berada dlm kedudukan pasukan lawan adalah lemah. sebagai kata lain, Liverpool tak selesa jika bukan dalam pasukan under-dog. jelas dalam perlawanan ini, Arsenal adalah under-dog dan berpeluang menyekat Liverpool kerana tekanan ini berada di bahu 11 pemain LFC di Emirates. saya percaya, fans Liverpool akan sangat kecewa jika peluang ini gagal disudahi dgn membawa pulang 3 mata pertama dari Emirates. dan sekali lagi, nama nama seperti Flanno, Lucas, Carroll akan dikambinghitam di forum dan page-page FB kita. tak keterlaluan ada yg nak Dalglish dipecat kalau gagal lagi game ini. apa dia ingat ini kelab Chelski kah?
Newcastle pernah menang di Emirates
Harapan? kita sandarkan pada Carroll dan Enrique. Kenapa? mereka ini lebih berpengalaman mcm mana nak tundukkan gooners.. Carroll juga merupakan penjaring utama Newcastle ketika itu. apa taktiknya? FIZIKAL!! ya, perlawanan fizikal bakal menentukan segalanya. jika kita mengasak dengan kelebihan ini, tiada ruang buat Gooners. Lucas kena kerja keras. bukanlah Fabregas/Nasri yg perlu dikekang. Mungkin Raamsey dan Frimpong yg disandarkan untuk di kekang. Mudah jika bekerja keras. mereka tengah lesu dan letih. dan Wenger tak expect nak menang. mungkin keputusan seri dah boost moral untuk lawan Man Utd pula minggu depan.
Kebarangkalian XI:
Arsenal: 4-2-3-1 Sczsesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Jenkinson, Frimpong, Ramsey, Walcott, Rosicky, Arshavin, Van Persie
Rangkaian 3 penyerang Arshavin, persie dan Walcott adalah yg terbaik. apa yg penting sekat pemain tengah Ramsey, Frimpong dan Rosicky. bila dah sekat, komfom 3 serangkai ni penat berlari je dari bawak bola.. jgn outplay mereka yg akan membuka ruang utk mereka cipta peluang. diminta Defend kita push-higher dan terus menyerang dari both-flank. man to watch: Van Persie
Liverpool: 4-4-2 Reina, Kelly, Carragher, Agger, Jose Enique, Lucas, Adam, Kuyt, Downing, Suarez, Carroll
saya masih percaya Kuyt bakal mengetepi kan Henderson. dan Meireles atau Aquilani akan dimasuk pada minit ke65 bagi mengubah tempo. tak perlu midfield yg ramai, kerana kita ada deep lying playmaker, Charlie Adam yg bakal membantu gerakan Kuyt dan Downing. tempo separuh masa kedua harus laju, masukkan Aqua ganti dgn Downing atau Adam. **sekadar pandangan penulis yg bukanlah arif taktikal, sekadar apply mcm dalam game FM je..
Prediction: Menang tipis 2-1 atau 3-2. (always be positive but not over-confident) scorer: Kuyt,Suarez – Persie
Pemain Terbaik Pilihan Lagenda
ByAmberan, LiverpoolKita
Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.
Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.

Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.
David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.
Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.
Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.

Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.
Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.
Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.
Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.
Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.
Kuyt dijangka akan diturunkan semasa bertemu Chelsea
Menurut sumber espnstar.com yang melaporkan bahawa kini Dirk Kuyt sedang berusaha untuk kembali cergas untuk menghadapi Chelsea pada hari Ahad selepas tiga mingguterpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan semasa dalam kempen kelayakan Euro untuk pasukan kebangsaan Belanda.
Pemain yang berusia 30 tahun telah mengejutkan pihak perubatan apabila berjaya pemulih lebih cepat dari yang diharapkan daripada kecederaan ligamen pergelangan kaki dan akan meneruskan latihan penuh pada hari Jumaat ini.
Tambah Kuyt lagi….
“Saya sangat gembira dengan mereka kerana saya telah pulih dengan cepat dan saya ingin turun latihan dan berlatih untuk kembali ke prestasi terbaik”
“Dan saya mengharapkan dapat beraksi semasa menentang Chelsea dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada kelab”
Antara positif dan negatif berada di dasar Liga
10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan
Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan
Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.
Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.
Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.
Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H
Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.
sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.
Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.
Maaf dari Dirk Kuyt
Bekas pemain Liverpool Alan Hansen mengatakan bahawa pada kekalahan semalam semasa Liverpool menentang Blackpool telah dimalukan dan ini merupakan kekalahan terburuk dalam sejarah Liverpool Fc.
Dan sebagai pemain yang beraksi Kuyt mengakui ini merupakan kekalahan terburuknya selama menjadi pemain Kepada Liverpool. Tambah Kuyt lagi…….
“ini benar-benar mengecewakan,” kata pemain Belanda ini , tetapi ini tidak bererti pasukan akan terus kalah pada masa hadapan . saya akui kekalahan ini telah mengecewakan semua peminat dan peyokong pasukan ini dan perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kami pemain adalah untuk memastikan perkara seperti malam semalam tidak akan berulang lagi dimasa hadapan”.
Dan Pengurus Liverpool Roy Hodgson , mengakui bahawa beliau dan para pemain mempuyai banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Dalam hal sebegini kami semua harus berkerja dalam satu pasukan untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Tambah Roy lagi, peristiwa kekalahan dengan Blackpool ini akan menaikkan lagi semangat pemain untuk terus berjuang dalam kempen liga pada hari menendatang.
Roy juga mengulas tentang perlawanan pada malam semalam yang mengatakan pada separuh masa pertama Blackpool bermain dengan baik dan telah menjaringkan dua gol tetapi pada separuh masa kedua Liverpool terus mengasak tetapi hanya satu gol sahaja berjaya dihasilkan.
Kuyt dan Roy yakin kepada El-Nino
Dirk Kuyt yakin selepas ini Fernando Torres akan kembali menjaringkan gol berikut keputusan seri 0-0 FC Utrecht di perlawanan kedua Kumpulan Piala Eropah.
“Hanya soal masa sahaja menentukan untuk Fernando kembali untuk menjaringakn gol. Kuyt berkata berkata bahawa selepas perlawanan Sunderland banyak orang berbicara tentang dia tidak menjaringkan gol, namun mereka masih tidak sedar kepada bantuan dua assist yang dilakukan Toress pada perlawanan tersebut.”
Disamping itu Roy Hodgson juga turut membela aksi Toress pada perlawanan malam tadi, tambah Roy lagi saya rasa ini mata yang baik yang dapat dikumpul serta saya yakin Toress akan kembali menemui sentuhan gol nya pada masa perlawanan akan datang. Pada perlawanan tersebut kami berjaya menciptakan beberapa peluang terbaik tapi sayangnya Toress tidak berjaya menjaringkan gol.
Tambah bos Liverpool ini ……
Dia semakin baik dan menunjukan perkembangan positif.pada perlawanan mendatang 90 minit selanjutnya, Torres akan menjadi lebih baik.
Kuyt ..Menang perlawanan menentang Utrecht adalah permulaan yang terbaik untuk musim ini
Dirk Kuyt yakin Liverpool akan berubah dan jika kemenangan atas bekas kelab lama nya FC Utrecht dikejohanan Eropah dapat divapai .Dan ini akan memulakan semula kebangkitan Liverpool dalam arena bola sepak di Eropah.Kuyt yang menghabiskan masa lima tahun dengan kelab Belanda ini sebelum pindah ke Feyenoord dan kemudian ke Anfield dan menikmati kesempatan untuk bermain melawan pasukan lamanya di Liga Europa. Jika kami memang dalam perlawanan ini maka kami akan mendapat enam mata dan ini sekaligus melayakkan Liverpool ke pusingan seterusnya katanya lagi.
Setiap hari kami berusaha untuk membentuk pasukan ini dan memperbaiki segala kelemahan, Cuma masanya sahaja belum tiba dan saya pasti kami akan menang semasa menentang Utrecht dan seterusnya menang dalam kempen Liga apabila menentang Blackpool dan mencuri tiga mata berharga untuk mengukuhkan tempat kami dalam saingan Liga.
tambah Kuyt pada LiverpoolTV…..
” Utrecht adalah kelab lama yang memberi saya kesempatan untuk bermain bola sepak secara profesional. Dan sudah lima tahun di sana dan benar-benar menikmatinya semasa berada disana”.
“Mereka adalah pasukan yang boleh bermain denganbaik dan mereka telah membuktikannya apabila berjaya menumpaskan Celtic . Utrecht adalah pasukan yang terdiri daripada pemain muda tetapi boleh bermain dengan sangat baik pada perlawanan malam khamis ini dan terutama apabila mereka bermain di tempat sendiri”. Tetapi yang saya harapkan Liverpool dapat menang dalam perlawanan ini dan berjaya menempah tempat ke pusingan seterusnya.
Kuyt yakin pada Torres

Bintang Sepanyol Fernando Torres yang talah melakukan dua hantaran yang menyumbangkan kearah jaringan gol semasa Liverpool menentang Sunderland Kuyt yakin bahawa tidak lama lagi nombor 9 Liverpool (Toress) akan kembali mendapat sentuhan golnya seperti dahulu.
Tambah Kuyt lagi……
“Semua orang mengharapkan gol dari Toress tapi dia telah melakukan lebih daripada itu, apabila dia berjaya membuat dua hantaran yang berkesudahan dengan gol.”Dia sangat penting bagi pasukan bahkan jika dia tidak menjaringkan gol dan Saya yakin hari itu pasti akan datang. Dan kita boleh lihat betapa gembiranya penyokong pada malam tersebut apabila dia (toress) membuat dua hantaran gol. Disamping itu Kuyt juga menyatakan memang betul bahawa The Reds sedang berdepan dengan perjalanan kempen liga dengan situasi yang mencabar tetapi sekali lagi kuyt yakin bahawa selepas ini Liverpool akan menang dalam perlawanan mendatang.
Pada pendapat saya ( penulis ), memang betul apa yang ditegaskan oleh Kuyt, memang benar Toress tidak menjaringakn gol tetapi jika dilihat pada sudut pandangan sumbangannya pada perlawanan, kita sepatutnya mengakui dengan sumbangannya kerana membantu menghasilkan gol. Dan juga diharapkan semoga Toress akan kembali menemui sentuhan gol untuk perlawanan akan datang.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)






