Injury Updates menjelang perlawanan menentang manshitt
Menurut berita yang kini semakin bertebaran dari segenap laman web sukan di internet, banyak penulis dan blog-blog hangat memperkatakan, katanya pemain termahal England akan kembali beraksi dalam debut pertama sejak berpindah dari Newcastle untuk menyertai Liverpool.
Dalam laporan yang berbunyi, kini khabarnya Andy Carroll semakin hampir untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Man united pada malam ahad ini, hal ini juga telah diakui oleh ketua perubatan di mellwood Dr Peter Brukner yang menyatakan berkemungkinan Andy akan berpeluang untuk menyarung jersey The Reds pada perlawanan tersebut.
Disamping itu juga, Raul Meireles, Daniel Agger dan Fabio Aurelio diharapkan akan kembali ke sesu latihan penuh dalam masa 48 jam akan datang dan boleh dijangka bahawa ketiga tonggak Liverpool ini akan boleh diturunkan pada perlawanan menentang united dalam kempen Liga Perdana.
Hal ini bukan sekadar omong kosong sahaja, kerana jurulatih Liverpool, Steve Clarke sendiri menyatakan bahawa kemungkinan adalah tinggi untuk Meireles yang merupakan pemain antarabangsa Portugal ini untuk kembali mendapat tahap kecederasan, yang akan membolehkan dia beraksi dalam perlawanan akan datang.
Namun squad kita akan turun tanpa pemain muda kita, Martin Kelly yang telah disahkan oleh LFVTV, bahawa Kelly terpaksa direhatkan selama 4 minggu kerana kecederaan hamstring. Dan ini pastinya memberikan peluang kepada Johnson untuk kembali ke posisi kegemarannya di sebelah kanan dan meletakkan Wilson ataupun Fabio Aurelio di sebelah kiri.
–Ferdinand and vidic, sorylah! you out dumb shit!!!!–
Manakala dikutip dari sumber yang boleh dipercayai, saya (penulis) telah membuat sedikit andaian bahawa berkemungkinan United akan turun tanpa dua tonggak utama pertahanan mereka iaitu Rio Ferdinand yang masih cedera manakala Nemanja Vidic, sedang dalam proses pengantungan perlawanan kerana menerima kad kuning kedua semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge rabu lepas. Dan juga berkemungkinan bahawa Patrice Evra, pertahanan kiri united juga berkemungkinan akan ketinggalan dalam perlawanan di Anfield ahad ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa united menentang Chelsea.
“Hajat Aurelio menjelang Krismas”
Berikut adalah dipetik melalui sumber Liverpoolfc.tv yang menyatakan bahawa kini Fabio Aurelio membuat impian atau hajat supaya Liverpool berjaya mengutip mata semaksimum mungkin selama tempoh menjelang Krismas. Hal ini adalah untuk meletakkan Liverpool berada pada jalan yang selari untuk mendapat matlamat untuk menamatkan saingan pada tangga keempat untuk melayakkan pasukan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Tambah Aurelio lagi….
“Jika mengikutkan kepada jadual perlawanan sebelum menjelang tahun baru, Liverpool akan bermain di dua perlawanan di Anfield dan satu perlawanan di tempat lawan”.
Saya berharap agar Liverpool mampu untuk mengekalkan kecemelangan semasa bermain di Anfield.
“Kemenangan ini sangat penting kerana kami mahu mengutip sebanyak mata untuk terus berada dalam landasan kemenangan dan mencapai matlamat kami”.
“Sememangnya kami bermain dengan baik semasa di Anfield, tetapi kami bermain dengan sedikit tidak konsisiten semasa bermain di tempat lawan, dan kini kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut”
Maklumat tambahan….
Sejak kekalahan dengan Blackpool di Anfield, Liverpool tidak pernah tewas semasa bermain di Anfield dan dalam empat perlawanan di home Liverpool menang kesemua perlawanan dan berjaya menjaringkan sebanyak 10 gol dan hanya bolos sebanyak 1 gol.
Dilema roy…

Bos Liverpool Roy Hodgson sedang dalam dilema untuk mengisi bahagian pertahanan kiri, hal ini kerana ketiga –tiga permain yang boleh bermain di posisi ini sedang bergelut dalam kecederaan. Pemain tersebut adalah Daniel Agger (kecederaan peha), Paul Konchesky(hamstring), Fabio Aurelio(belum pulih sepenuhnya).
Ditambah dengan keadaan Martin Kelly yang juga mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang FC Utrecht pada kempen Piala Eroupa. Perkara ini sekaligus membuat tiada pemain yang benar berkemampuan untuk berada di posisi ini semasa perlawanan menentang Blackpool pada hari ahad ini.
Pilihan yang boleh dibuat oleh Roy adalah menurunkan pemain Jack Robinson pemain yang berusia 17 tahun, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana pemain ini tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk bermain di kempen BPL.

Adakah Jack Robinson akan diturunkan
Dan berita lain yang dipetik daripada LiverpoolTV berbunyi …..
Jamie Carragher yakin Liverpool boleh membuat langkah besar di bawah Roy Hodgson tetapi menegaskan penyokong harus tetap bersabar.berikutan kata pertahanan berpengalaman Liverpool ini Jamie merasa terlalu awal membuat penilaian terhadap The reds
“Saya tahu semua orang berfikir bahawa apabila pasukan mendapatkan pengurus baru, pasukan akan menang setiap minggu tapi kita harus lihat pada musim pertama Gerard Houllier Liverpool menamatkan musim pada tangga ketujuh dan dengan Rafa kami berada pada tangga kelima.
Dan pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang cuba disampaikan oleh penolong kapten Liverpool. Tetapi dari masa ke semasa corak permainan Liverpool mestilah bertambah baik, tetapi jika kita lihat pada perlawanan sebelum- sebelum ini corak permainan semakin lama semakin tidak bermaya dan inilah perlu diubah oleh Roy. Jika dilihat pada perlawanan menentang Manchester United walaupun Liverpool kalah tetapi penyokong berasa puas kerana corak pemainan yang menarik. Perubahan inilah yang perlu diperbaiki oleh Roy untuk mengembalikan maruah Liverpool yang semakin tercemar dan semakin dipandang remeh oleh pasukan lawan .
Akhir kata salam NYWA dari saya
Berkenaan Fabio Aurelio
Roy Hodgson telah menolak untuk meletakkan Aurlio untuk kembali dalam pasukan kerana kecederaannya masih dalam proses baik pulih. Kecederaan ini terjadi semasa kejayaan 1-0 atas Trabzonspor bulan lalu dan bos Liverpool ini mengakui dia enggan untuk terburu-buru membawa dia kembali kerana masih terlalu awal.
tambah Roy lagi…..
“Dia menunjukan pemulihan yang berterusan tetapi kita tidak boleh membawa dia kembali kerana masih terlalu awal, Kerana kami tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk kecederaannya tersebut”.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)





