Suarez 7 pecah dominasi top-10 !!
Baru setengah tahun bergelar The reds warrior oops jugak!. Bintang kelahiran Uruguay ini telah memecah dominasi 10 pemain popular EPL atau lebih tepat ‘Best Selling Shirt’ lapor sebuah portal football boots. Dalglish tak perlu tunggu lama, bagi menggantikan populariti nombor 9 yg lama walau para gadis perlu terima hakikat Suarez 7 tak sejambu FT9. jangkaan Suarez 7 bakal memanjat ranking ini dari semasa ke semasa. Berikut adalah top 10 pemain kesayangan peminat EPL seantero dunia berdasarkan jualan jersi masing-masing.
10 – Ryan Giggs
all time lejen rejim Alex bakal terkeluar top-10 bila bila masa saja..
9 – Andrey Arshavin
Baby-face-look akan sentiasa di top10. tapi arshavin quite awesome utk season pertama saja setakat nih..
8 – Luis Suarez
The-only-number-seven. LS satu satunya pemain jersi 7 yang bukan sebarangan orang boleh menyarungnya! di dalam list top10 ini
7 – Didier Drogba
Muka-bukan-penghalang. terbukti top10 bukan pengaruh baby-face-look. tapi bakat luar biasa dari Afrika
6 – Frank Lampard
kuda tua seangkatan Steven Gerrard bakal kekal di dalam top 10 sehingga hari persaraan
5 – Van Persie
walau kaki serapuh mana pun, tetap di hati peminat gooners. kata mereka in wenger we trust. slogan sama diguna pakai era Rafa bersama Liverpool dulu.
4 – Chicharito
anak belaan rejim alex terbaru nyata mencair kan peminat negeri jiran itu, setelah musim pertama yg dahsyat. pembelian bernilai rejim alex selepas gagal untuk angka 30juta bagi pemain no.9 nya yg bertahan hingga kini. tahniah!
3 – Steven Gerrard
Bukan asing lagi buat Gerrard dalam list ini. selalunya dia berada di belakang Torres untuk setiap musim. kecederaan kuda tua ini serta ditutupi bintang EPL lain yg buat dia merudum satu anak tangga.
2 – Fernando Torres
mana dia? maaf sukar untuk disiarkan imej pemain no9 Chelsea ini. dia telah dikambus oleh semua player Chelsea untuk satu-satunya gol untuk harga 50juta hasil ketamakkan , kerakusan, dan penghinaan kpd fans liverpool. bak kata datuk kenny “No one bigger than the club”.
1 – Wayne Rooney
maaf, sekali lagi sukar di imejkan pemain ini. dan untuk menjadi lejen kelab syaiton ini, anda hanya perlu pakai jersi pemain ini di kandang lawan. klik artikel dari Ijam ini. dinasihatkan jangan pakai di London sewaktu Riot semakin memuncak sekarang.
Listing ini di analisis oleh portal football shirt culture bagi hujung musim lepas. dan bagi permulaan musim lepas, nama2 yang terkeluar dari top-10 ini adalah seperti; Jamie Carragher, Cesc Fabregas, Carlos Tevez dan Micheal Owen
Torres: Masa Depan Liverpool tidak cerah?

Rasanya pada 1 Februari lepas saya telah menulis artikel yang menyatakan bahawa itu merupakan artikel terakhir yang ingin saya tulis berkenaan bekas penyerang kita, Fernando Torres. Saya mungkin antara jutaan peminat beliau yang amat kecewa dengan keputusan beliau menyertai Chelsea, kadang-kala ter’stream’ juga beberapa video jaringan yang beliau pernah sumbangkan buat kelab tersayang kita ini, namun bak kata King Kenny, “nothing is bigger than LFC” dan Torres adalah di antaranya.
Kita sudah saksikan sendiri separuh musim sudah berlalu, di mana beliau hanya menyumbangkan 1 gol sahaja buat Chelsea, jadi saya rasa keputusan menjual beliau sememangnya tepat. Namun apabila beliau mengeluarkan kenyataan di atas, hati ini terdetik bertanya “masa depan siapa yang tidak cerah? Liverpool atau Torres di Chelsea?”
Dengan kini cita-cita pemilik kita, John W Henry, yang begitu dahagakan kejayaan dan mengembalikan kegemilangan Liverpool, saya tidak nampak dakwaan El Nino adalah berasas. Di bawah pemilikan Henry, kita sudah membawa masuk beberapa pemain berkelas dunia; antaranya Luis Suarez, Andy Carroll, Stewart Downing, Charlie Adam (dan mungkin lebih ramai lagi) menampakkan visi bahawa kelab kita berada di landasan yang betul. Ketika kita di dalam krisis kelemahan bahagian pertahanan, mungkin dalam masa terdekat ini kita akan mendapat 2 pemain pertahanan yang mampu menyelesaikannya – membayangkan betapa kita mendapat visi dan optimis bahawa musim 2011/2012 bakal menyaksikan musim kebangkitan semula Liverpool Football Club; dan tidak mustahil akan merebut kembali top four dan mungkin, Juara Liga ke-19. Siapa tahu kan?
Buat Torres, baik anda perkemaskan dahulu karier anda kerana kami semua yakin anda tidak mahu berakhir seperti Shevchenko ketika di Chelsea dahulu.
“You Who Betray Will Always Walk Alone”
Terbaru: Perpindahan besar Januari
Masuk:
(Newcastle Utd) Andy Carrol – 35mil
(Ajax Amsterdam) Luis Suarez – 22mil

Keluar:
(Chelsea FC) Fernando Torres – 50mil
(Hoffenhaim) Ryan Babel – 8mil
(Nottingham) Paul Konchesky – loan
(Derby) Ayala – loan
Rating Pemain : Man U VS Liverpool
Used Subs : Anderson (Fletcher,62), Smalling (Hernandez,75), Owen (Evans,84)
Higlight Tengok Sini
Inikah barisan terkuat kita?
Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir.
![]() |
| Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey… |
![]() |
| Torres | Jadi poacher, bukan holding striker |
![]() |
| Legenda | Pengalaman mereka diperlukan |
![]() |
| Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training |
Antara positif dan negatif berada di dasar Liga
Henry: Janji kekal pemain bintang
Pemilik Liverpool John Henry telah menegaskan kelab tidak berniat untuk pemain terbaik pasukan. Dimana ada spekulas yang bertiup bahawa penyerang sensasi Liverpool Fernando Torres yang berumur 26 tahun dan penjaga gol Pepe Reina 28 sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab. Henry mengatakan kepada laman rasmi liverpoolfc.tv:
Tambah Henry lagi…..
“Kami ingin membina kekuatan skuad pada masa ini,bukan merosakkan kekuatan Liverpool.” Continue reading »
Kemenangan yang melegakan Roy
Kemenangan 2-1 keatas Blackburn Rovers. Seluruh pasukan Liverpool kini boleh menarik nafas lega, termasuk Roy Hodgson pengurus Liverpool yang khabarnya terancam untuk dipecat setelah beberapa hasil buruk dalam beberapa perlawanan terakhir Liverpool.
The Reds tampil meyakinkan di awal-awal minit perlawanan . Mereka banyak mempunyai peluang, namun tak satupun berbuah gol. Namun di babak kedua, dengan hasil daripada tandukan ke gawang gol Soto Kyrgiakos berjaya menjaringkan gol pada menit 48 dan Fernando Torres minit 53
menurut Roy Hodgson….
“Ini kemenangan yang bermakna bagi kami, dan sesuatu yang kami perlukan untuk mengembalikan keyakinan dan prestasi semasa kami,” ungkap pengurus yang berumur 63 tahun ini pada Goal.com. “Kami dapat tiga mata penuh, dan saya sangat bahagia,” tambahnya.
Hodgson merasa sehingga pertengahan separuh masa kedua pasukannya masih bermain dengan baik walupun keputusan ketika itu berkedudukan 1-1. Namun nafas lega dikeluarkan oleh Roy dan dia merasa sangat gembira karena dapat memetik tiga mata dari pertandingan tersebut.
Bekas pelatih Fulham itu juga berharap selepas pertandingan ini akan memberikan perubahan kepada penampilan Fernando Torres dan dia juga menyatakan keyakinannya kepada Torres untuk kembali meledak lebih banyak gol untuk Liverpool dan tambahnya lagi el-nino sememangnya penyerang terbaik di dunia Cuma hanya masa yang menentukan untuk dia kembali ke prestasi terbaik.

Diharapkan Liverpool akan terus menang
“Ini adalah penampilan terbaiknya musim ini. sebelum ini banyak terdengar perbagai kritikan yang dia terima di Piala Dunia, dan juga kritikan semasa di Liverpool semasa di awal musim ini. Jika kita ingin merubah kedudukan dalam tangga Liga maka hal yang perlu dilakukan oleh Liverpool dan saya adalah menjaringkan banyak gol dan kembali menang dalam perlawanan mendatang”.demikian kata Hodgson.
Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina ingin tinggalkan Liverpool

PS: Laporan ini sangat spekulasi dan saya ingin mengingatkan disini bahawa penyataan ini dikeluarkan oleh Mailonline sahaja dan tugas saya disini adalah untuk menjelaskan perkara ini kepada anda semua dan ini bukan lah spekulasi yang sengaja dibuat oleh saya.
Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Mailonline yang merupakan sebuah akhbar Inggeris mendakwa bahawa banyak pemain Liverpool berharap untuk keluar dari kelab pada musim perpindahan Januari mendatang.
Artikel ini telah ditulis oleh Alex Montgomery iaitu penulis rasmi akhbar Inggeris tersebut. Dalam penulisannya tersebut dia menyatakan bahawa tiga orang pemain utama Liverpool iaitu Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina yang merupakan nama-nama besar dalam The Reds ingin keluar dari kelab. Dan sebabnya mereka melakukan hal tersebut adalah disebabkan semangat pasukan dan semangat individu kini semakin menipis dibawah kendalian pengurus baru Roy Hodgson.
Alex Montgomery menulis : ‘ bintang Liverpool Pepe Reina, Fernando Torres dan Glen Johnson ingin keluar dari kelab pada Januari kerana moraliti yang semakin rendah. Dan dalam artikel tersebut memperkatakan bahawa pemain terperanjat bahawa Hodgson telah membawa masuk Mike Kelly yang berumur 68 tahun, yang bertanggung jawab atas sesi latihan bagi pasukan utama. Kelly yang merupakan, mantan penjaga Wimbledon, Birmingham dan QPR dari 1958 dan 1976, bahkan kelly telah menjaga segala rutin harian dan latihan Pepe Reina dan dikatakan Reina kini dalam keadaan gelisah.
Ingatlah perkara ini bukan sesuatu yang rasmi dan benar-benar pasti kerana Laman Web rasmi LiverpoolFC sendiri tidak mengeluarkan apa-apa mengenai hal ini. Dan saya yakin ini adalah berita yang sengaja dihebahkan oleh individu yang berkepentingan hanya untuk mencari spekulasi dan nama sahaja. Sekian dari saya Darion Daron
Liverpool Tanpa Torres dan Gerrard di Liga Europa
Liverpool takkan turun dengan kelibat Fernando Torres dan Steven Gerrard dalam perlawanan Liga Europa melawan Napoli, Jumaat ini di Stadium San Paolo, Naples.
Roy Hodgson memilih tidak akan menurunkan kedua tulang belakang pasukan Liverpool ini kerana menghadapi perlawanan dalam liga perdana yang kini semakin berliku untuk dihadapi oleh pasukan yang kita cintai ini. Dalam perlawanan pada minggu ini, kita akan turun menentang Blackburn Rovers di Anfield. Sebagai gantinya, Hodgson akan memberikan kesempatan kepada Ryan Babel dan David NGog untuk bermain di Eroupa menentang Napoli.
“Saya akan meninggalkan beberapa pemain, itu yang pasti,” ungkap pelatih Liverpool tersebut .kepada sumber Goal.com. Beberapa pemain senior tidak akan tampil pada perlawanan tersebut kerana, saya merasakan perlawanan pada minggu ini amat penting dan kami mesti menang dalam perlawanan tersebut.
Disamping itu, turut menyatakan bahawa selain Torres dan Gerrard yang tidak akan diturunkan, diantaranya adalah Daniel Agger, Glen Johnson dan Dirk Kuyt serta Christian Poulsen juga tidak beraksi pada perlawanan tersebut keranan masalah kecederaan yang dialami oleh mereka.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)




















