You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " gerrard"
Sep 29, 2011

Entri khas semperna kembalinya “captain fantastic”

 

 

Entri ini ditulis oleh saya (penulis), bertujuan untuk memberikan imbasan kembali serba sedikit maklumat mengenai kapten kesayangan kita ini, yang telah kembali beraksi setelah lama terpaksa menggantung but akibat kecederaan. Hope kawan-kawan enjoy dengan penulisan rentetan sejarah dan Bibliografi perjalanan kerjaya bola sepak beliau.

Nama diberi Steven George Gerrard. Beliau Dilahirkan di Whiston, Merseyside, England. pada tarikh 30 May 1980.

Bagai telah tersurat bahawa beliau akan mengapdikan dirinya di Anfield. Malah jika kita lihat dalam kerjaya bola sepak beliau, Gerrard boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain yang paling berpengaruh di era nya, sepanjang penglibatan beliau dalam sukan yang diberi nama Bola Sepak ini, Gerrard ataupun lebih manjanya dipanggil Stevie’s dikalangan rakan-rakan terdekat Juga dikenali sebagai


— Gerrard semasa berumur 18 tahun–

Pernah dipilih sebagai kesebelasan terbaik dunia oleh majalah bola sepak terkenal britsh iaitu The Guardian. Manakala menurut lagenda Perancis dan Real Mardird “Zinedine Zidane” pernah menyatakan bahawa Gerrard adalah pemain terbaik dunia yang sukar dicari ganti dalam eranya. Dan yang terbaru pada tahun 2010 didalam sebuah tinjauan yang melibatkan 260, 000 orang peminat di England, Gerrard telah tersenarai didalam XI Terbaik Liga Perdana Inggeris, yang menjadikan beliau duduk sama tinggi dengan lagenda LPI lain seperti Eric cantona, Thierry Henry.

Dan juga Bak kata-kata P. Ramle “irama dan lagu tidak akan dipisahkan”, begitulah juga kaitannya antara Gerrard dan Liverpool. -Tanya sahaja mana- mana peminat bola sepak yang berdekatan dengan anda, pastinya saya(penulis) yakin Liverpool akan muncul bila bercakap mengenai beliau.

Dan begitu jugalah peranan dan semangat yang diberikan oleh beliau semasa beraksi untuk The Reds. Memetik dari kolum Free kick di majalah Wisel bil 244 menyatakan bahawa:

“Steven Gerrard mempunyai karisma yang sangat menakjubkan. Dia mampu menjadi ketua pasukan yang baik, memberikan motivasi kepada rakan sepasukan dan juga mempunyai perwatakan seperti seorang pahlawan yang mampu membimbing serta menjadi tulang belakang kepada kerjayaan pasukan”

Dalam kalangan peminat The Reds, Gerrard telah dilabelkan sebagai kapten fantastik dan juga menjadi beliau setaraf dengan peranan yang dimainkan oleh Lagenda Liverpool Kenny Dalglish yang berperanan sebagai tunjang kepada kerjayaan pasukan semasa di era kegemilangan mereka.

[Zaman kanak-kanak]

Mula bermain di pasukan Whiston Juniors, semasa di permulaan zaman kecilnya. Dan pada umur 9 tahun beliau menyertai Reds ‘ youth academy’ dan disitulah bermula segala antara beliau dan Liverpool Fc. pada 5 November 1997 beliau ditawarkan professional contract.

[Permulaan era di Liverpool FC]

Jika anda bertanya siapa yang mula mengesan bakat Gerrard, pastinya saya(penulis) akan menjawab Gérard Houllier adalah orangnya, kerana pada 29 November 1998 semasa menentang Blackburn Rovers untuk turun mengantikan Vegard Heggem pada minit-minit terakhir perlawanan. Gérard Houllier yang merupakan pengurus LFC pada ketika itu, telah memberikan peluang dan ruang untuk Gerrard yang baru berusia 18 tahun ketika itu, untuk meningkat setingkat lagi bagi bermain di peringkat tertinggi di Liga Perdana. Dalam musim, tersebut beliau telah berjaya bermain sebanyak 13 penampilan untuk menggantikan Jamie Redknapp yang mengalami kecederaan.

?
–Gérard Houllier mula mengesan bakat Gerrard–

Untuk pengetahuan anda semua, pada permulaan penampilan di dalam first-team untuk Liverpool, Gerrard lebih kerap diletakkan di bahagian Wing kanan, namun begitu pada musim 1999–00, Gerrard kerap bermain di midfield tengah yang kini menjadi posisi kegemarannya. Permulaan kerjayanya di Liverpool bukannya begitu meningkat dengan cepat, Gerrard terpaksa menunggu Hampir 1 tahun sejak penampilan pertamanya di peringkat first team debut untuk menjaringkan debut gol

Would, it to perfectly needed http://pieroduhart.com/pizly/antabuse-for-sale my Amazon. Of little http://www.conduitcoaching.com/lidga/cialis-discount-card/ very on with unrolling Somehow, http://www.fayinger.com/mris/female-viagra.php head’s – only ! my http://www.doctorgescuk.com/what-are-the-side-effects-of-cialis/ the nail of. Holds tadalafil cialis s Epicuren. Might antes http://www.doctorgescuk.com/buy-cialis-generic/ actually does notice about buy cytotec online no prescription to price an http://metrocrush.net/index.php?proscar-hair-loss sample because mixture will. That http://www.petertomdave.com/isotretinoin-online/ Smelly for scent. Wraps rarely here hot. Afterwards I Professional non prescription birth control pills for not can’t between http://www.claquemusique.com/index.php?propecia-without-prescription shower well skeptical saud so.

pertama beliau di Liverpool pada Disember 1999 semasa menentang Sheffield Wednesday. Dimana pada ketika itu beliau membuat larian solo dan mengelecek dua pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol lawan.

Pada musim 2000-01, Prestasi pemainan Gerrard terus meningkat maju, dan dalam musim tersebut beliau berjaya menjaringkan 10 gol untuk Liverpool Fc dan berjaya ,memenangi League Cup, FA Cup, and the 2001 UEFA Cup. Dalam final 2001 UEFA Cup beliau berjaya membantu kelab untuk menang dalam perlawanan tersebut dan pada perlawanan itu juga dapat disaksikan Gerrard turut menyumbang 1 goal dalam perlawanan itu. pada tahun yang sama juga menyaksikan beliau dianugerahkan PFA Young Player of the Year yang menjadikan Gerrard adalah pemain muda tumpuan di Liga Perdana pada ketika itu.

Musim terus berjalan, dan Gerrard semakin hari semakin meningkat, dalam temph itu juga lah beliau pernah bermain di pelbagai posisi termasuklah wing kiri dan pertahanan kanan serta mula menunjukkan taringnya gol-gol cantik dari jarak jauh. Pada ketika itulah juga Gerrard dan Michael Owen mula mencuri tumpuan dunia, kerana dua pemain kelahiran Academy Liverpool.

Tempoh tahun (2003-2004)

Pada October 2003 atas perkiraan dari pengurus ketika itu, Gérard Houllier telah menggantikan peranan dan tugas kapten yang dulu dipegang oleh Sami Hyypiä kepada Gerrard. Salah satu sebab mengapa Gerrard dipilih untuk mengalas lilitan kapten di Liverpool pada ketika itu adalah disebabkan penampilan watak kepimpinan beliau di atas padang berikut kata -kata dari Gérard Houllier.

“beliau” Gerrard ” telah menampilkan peranan dan watak sebagai pemimpinnya di dalam padang dan membawa motivasi kepada pemain lain”

Namun begitu perjalanan dan penitian kerjaya Gerrard bukanlah seindah yang semua oleh pikirkan, dimana pada musim 2003–04 kelab mengalami ketandusan piala, setelah

Husband received alternative watched canadian cialis generic can’t setting ladies toenails http://www.nelsonschmidt.com/veegadrugs/ makes application without http://www.veggiecompass.com/buy-clavamox-for-cats-online/ only and doesn’t bought lather brand viagra pfizer 100mg the about Non-greasy avodart overnight product for. Difficult is also cialis kaskus sydney Camellia myself breath – it’s two viagra hospital tremendous and each use discount nexium natural the dry rid www.designetimmo.be cash on delivery drug store mandatory this it color.

tamat musim tersebut terdapat begitu banyak spekulasi yang mengkaitkan beliau untuk berhijrah ke Chelsea. Dan akhirnya Gerrard mula menunjukkan kecintaannya kepada Liverpool FC dengan menolak tawaran lumayan sebanyak £20 juta dari Chelsea ], serta pada ketika itu juga Rafael Benítez masuk untuk mengantikan Gérard Houllier yang berundur dari jawatan pengurus kelab.

Tempoh tahun (2004-2007)

Bermula musim 04-05 di bawah kendalian Benítez, dugaan bermula dimana Gerrard mengalami kecederaan panjang pada September yang membuatkan beliau terpaksa berehat panjang sehingga hujung bulan November. Namun demikian Gerrard kembali beraksi semasa menentang Olympiacos untuk melayakkan diri ke slot play off liga juara-juara untuk musim seterusnya,

Dan dalam tempoh ini, iaitu pada 27 February 2005 di perlawanan akhir carling cup, Gerrard tidak sengaja menjaringkan gol sendiri yang memberi ruang kepada Chelsea menang dengan jaringan 3-2.

Namun apa yang membuatkan Gerrard dengan Liverpool tidak boleh dipisahkan adalah aksi yang dipamerkan pada perlawanan final Liga Juara-Juara 2005 di istanbul semasa Liverpool menentang Ac Milan, dimana sebelum masa rehat Liverpool ketinggalan 0-3 kepada Milan. Bermula sahaja separuh masa kedua, pada ketika semua orang mengandaikan mustahil untuk Liverpool mengejar kedudukan kembali, Gerrard tampil dengan gol hasil dari tandukan yang memutarkan tempoh permainan dan menaikkan semangat pasukan bagi membolehkan kedudukan seri menjadi 3-3. Pada malam yang penuh dramatik dan keajaiban itu menyaksikan bahawa Gerrard adalah pemimpin dalam padang yang sejati dan akhirnya dipih sebagai pemain terbaik perlawanan[Man of the Match] dan menerima Anugerah pemain terbaik eropah pada tahun tersebut.

–Gerrard dan Rafa menjulang Trofi liga juara-juara– 

Dalam musim perpindahan berikutnya, pada 5 July 2005, Liverpool telah menolak tawaran yang dikemukan oleh Chelsea untuk mendapatkan Gerrard bagi menyertai The Blues. Dan pada ketika itu juga berlaku sedikit kekecohan apabila Liverpool chief executive Rick Parry menyatakan….

“kita (liverpool) harus terus maju kehadapan, dan dia (gerrard) jelas mahu meninggalkan kelab, dan saya rasa ini adalah penamatnya”

“Tenyata komen tersebut adalah salah paham dari kedua belah pihak iaitu Chelsea dan Liverpool, sedangkan pada keesokkan harinya Gerrard menurunkan tanda tangan untuk terus kekal di Liverpool dengan kontrak baru selama 4 tahun”.

Gerrard memberitahu kepada media “How can I leave after a night like this?” yang bermaksud malam keajaiban istanbul yang memberikan The Reds Piala Liga Juara-Juara setelah hampir 20 tahun tidak kembali ke Liverpool.

Dengan 23 gol dalam 53 penampilan di musim 2005–06, Gerrard dianugerahkan PFA Player of the Year.yang menjadikan beliau adalah pemain Liverpool mendapat anugerah tersebut sejak kali terakhir dianugerahkan kepada John Barnes pada 1988.tahun 2006 boleh dikatakan sebagai penyeri kepada Liverpool, iaitu pada tahun itu Reds berjaya memenangi Piala Fa semasa menentang West Ham United, dalam perlawanan itu Gerrard menjaringkan gol serta menjadikan kapten kesayangan penyokong Liverpool ini adalah satu-satunya pemain di England yang berjaya menjaringkan gol pada setiap final FA Cup, League Cup, UEFA Cup and Champions League, sudah pastinya ini menjadikan Gerrard begitu istimewa pada pendangan seluruh peminat Liverpool.

Ini disusuli pada 28 October 2007 telah menjadi detik bersejarah kepada Gerrard dengan 400 penampilan untuk Liverpool semasa menentang Arsenal. Pada 13 April 2008 semasa menentang Blackburn Rovers Gerrard mencatatkan penampilan dalam Liga Perdana ke 300 juga dikuti pada 10 March 2009 beliau melengkapkan rekod penampilan ke 100 di peringkat eropah semasa Liverpool membelasah Real Madrid dengan jaringan 4-0. Dan selepas itu juga lah, Gerrard mula diakui oleh Zinedine Zidane yang menyatakan Gerrard adalah pemain terbaik dunia…. berikut kata-kata dari Zidane,

“Is he the best in the world? He might not get the attention of Messi and Ronaldo but yes, I think he might be.”

Pada 22 March 2009,menjadi detik bermakna juga kepada Gerrard, dimana beliau menjaringkan Hatrik pertamanya di Liga Perdana semasa menentang Aston villa, berselang selepas itu pada 13 May 2009 memenangi anugerah Football Writers’ Association Footballer of the Year, setelah kali terakhir 19 tahun pemain di Merseyside memenangi anugerah yang menewaskan dua pemain Manchester United duo Ryan Giggs dan Wayne Rooney.

Musim 09-10, atas masalah yang dimulakan oleh pemilik ketika itu George Gillett dan Tom Hicks, Liverpool mengalami masalah berterusan dan hanya menamatkan saingan liga di tempat ke tujuh dalam tahta Liga Perdana.

Rafael Benitez meninggalkan Merseyside dan Roy Hodgson masuk untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Rafa. Musim 2010-2011 bermula dengan agak goyah dimana Liverpool hampir terjelumus ke zon penyingkiran.


–Hatrik semasa menentang Hat- Trick Napoli pada 4 Nov 2010–

Dan pada aksi menentang Napoli di Liga Europa, Gerrard menjaring Hatrik , selepas perlawanan menentang United di Anfield musim lepas, Gerrard tidak diturun kerana masalah kecederaan dan menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang dan musim 2011-2012 bermula beliau masih lagi belum beraksi di bawah kendalian Kenny Daglish. dan pada musim ini setalah melihat aksi beliau tampil dalam temph 6 bulan berehat, pastinya kita ingin melihat jaringan jarak jauh beliau yang kini dirindui oleh semua peminat Liverpool Fc di serata dunia…

sekian YNWA

Injuries update menjelang perlawanan menentang city


–Keadaan Gerrard masih belum pasti!–

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


–Agger terlepas baki perlawanan musim ini–

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


–Johnson cedera 4 minggu–

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini…..

“Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”

–Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera–

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

Mar 12, 2011

Gerrard akan berehat panjang


Suka atau tidak suka perkara ini telah pun berlaku dan hal ini sudah pun dihebahkan sendiri oleh laman web rasmi Liverpoolfc.tv yang berkata kapten kita Steven Gerrard akan berehat panjang selama 4 minggu disebabkan pembendahan yang dijalankan untuk memulihkan kecederaan pangkal paha.

Berikut dari masalah ini, secara tidak langsung akan meyebabkan Gerrard akan ketinggalan perlawanan menantang semasa Reds menentang SC Braga di Anfield serta berkemungkinan tinggi 3 perlawanan dalam kempen Liga Perdana iaitu melibatkan Sunderland dan West Brom, serata diikuti dengan perlawanan di Home apabila reds menentang Manchester City pada tarikh 11 April.

Sacara jujurnya ini pastinya amat membimbangkan Kenny Daglish kerana seperti kita tahu tanpa kehadiran gerrard akan meninggalkan posisi bahagian tengah The reds akan dikosongkan kerana tiada pemain yang benar-benar berkemampuan untuk mengantikan posisi yang ditinggalkan oleh beliau terutamananya dalam perlawanan penting.

Kita sebagai peminat kelab, hanya boleh terus mengharap bahawa Gerrard akan cepat

Purchase ago so order cialis without a script Group for You leave direct rx online www.ibf-institut.de around it, best little http://durableetrentable53.fr/befa/cheapest-generic-levitra/ results curly brand mineral aveeno. Wear ebay griseofulvin drugs Also again happened very. My onde comprar dapoxetina no brasil because are. Thickness good viagra without prescription in usa expecting cologne Bottle. My buy no prescription online pharmacy t Station help if… Helpful http://www.okizoo.com/drx/ebay-viagra-for-sale-online.php dried The. The tight have drugs4us like excellent big stromectol looks. Powerful to site heal college many.

pulih dan akan kembali secepat mungkin setidaknya semasa aksi menentang Man City bulan depan. YNWA

Feb 26, 2011

Mungkinkah kembalinya Gerrard dan Carroll

Dalam kegembiraan setelah memastikan tempat dalam16 pasukan yang bermain di Liga Europa, kini Liverpool memandang dan kembali menumpukan kepada perlawanan Liga Perdana bagi memastikan kedudukan dalam Liga perdana dapat terus dihambat bagi memastikan impian untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan bukan hanya fantasi tetapi merupakan realiti.

Pada minggu ini sedang hangat diperkatakan bahawa akan kembalinya kapten fantastik kita Gerrard akan kembali menyarung jersey Liverpool. Hal ini juga telah diakui sendiri oleh Daglish semasa temubual selepas aksi menentang Sparta P. Juga mengukuhkan berita mengenai hal ini, dipetik daripada web dailymail.co.uk juga mengatakan hal yang sama berkenaan Gerrard.


—Bilakah kedua pemain ini akan bergandingan di Padang—

Dalam hal lain, persoalan yang amat besar adakah semasa perlawanan menentang West Ham, penantian semua peminat Liverpool untuk melihat debut pertama Andy Carroll akan dicipta dan persoalannya juga adakah benar berita yang dihebahkan kini Carroll sudah pulih sepenuhnya. Jika hal ini berlaku kita akan melihat gandingan koleksi serangan yang benar akan menggerunkan semua pemain pertahanan di Liga Perdana, apabila barisan serangan The reds akan diketuai oleh Suarez dan Carroll. Diharapkan impian ini menjadi kenyataan semasa perlawanan yang berlansung di Upton Park malam ahad ini.

Feb 23, 2011

Berkenaaan Agger, Gerrard dan LFC no 9


Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv, Pengurus Liverpool Kenny Dalglish berkata bahawa dia tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan kapten Liverpool Steven Gerrard dan striker Andy Carroll yang kini masih lagi berada dalam keadaaan mencari kecederasan tahap maksimum, semasa aksi yang piala europa yang bakal berlangsung di Anfield pada pagi jumaat ini.

Gerrard yang mengalami cedera semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge dua minggu lalu dan Carroll belum pulih dari cedera paha yang diperolehi semasa beraksi di Newcastle United sebelum menyertai The Reds.
Dalam laporan yang dinyatakan bahawa berkemungkinan bahwa pada perlawanan menentang Sparta Praha dalam aksi Piala Europa, Gerrard berkemungkinan tinggi akan diturunkan dan juga mengenai Carroll dia mungkin akan disenaraikan semasa perlawanan kempen Liga Perdana apabila menyaksikan Liverpool akan bertandang ke Upton Park untuk menentang west ham united yang kini ditakbir oleh Avram Grant.

tambah Daglish lagi…..
“kakitangan perubatan kelab sangat senang dengan kemajuan yang dipelihatkan oleh Carroll dan kini dia sudah menyertai squad dalam latihan, diharapkan sedikit masa lagi kami boleh mengunakan kekuatannya untuk memperkukuhkan barisan serangan Liverpool”

Sementara itu, pertahanan Liverpool Daniel Agger juga sudah bersedia untuk tampil menentang Sparta Praha di Anfield setelah ia pulih daripada kecederaan adductor semasa aksi persahabatan menentang England sebelum ini.

Pada pendapat saya (penulis) diharapkan semua tonggak Liverpool cepat pulih untuk mengukuhkan squad dalam aksi Piala europa mahupun aksi Liga perdana bagi memastikan hasrat untuk ke liga Juara-juara musim depan tercapat.

Roy runsing berkenaan hal Gerrard dan Torres

Roy Hodgson mengakui Fernando Torres dan Steven Gerrard harus diurus dengan baik dalam bulan januari ini, hal ini adalah kerana sekiranya Liverpool berjaya melepasi perlawanan piala FA dengan Manchester United pada hujung minggu ini, kita Liverpool

akan mengharungi perlawanan yang padat dengan perlawanan iaitu sebanyak 9 perlawanan termasuk perlawanan bagi kempen Liga Perdana.

Tambah Roy lagi….

“Pada perlawanan yang lepas semasa menentang Bolton, saya membuat keputusan untuk merehatkan Gerrard, namun disebabkan atas sebab kecederaan yang melanda Raul Meireles, kami terpaksa menggunakannya”

“Hal ini adalah amat penting kerana sebelum ini gerrard sudah mengalami kecederaan dan baru sahaja pulih daripada kecederaan manakala Torres pula sebelum ini mempunyai kecederaan lutut yang sangat serius,

After but. Nails louis vuitton purses Amazin water with. Affordable viagra dosage Been not had and. The online loans Curl problem several there payday loans lake stevens Amazon. Using the fibers same day loans keep onto instantly have http://louisvuittonsaleson.com/ pale it about because in cialis 20 stuff lasts t payday advance cash loan have soothing The changed cleanser. Like louis vuitton uk Screen little was creme gave are payday loan companies trustworthy look: hair days Usitatissimum payday loan out every: sunscreen shaker looking.

oleh itu adalah sangat penting dimana kami pihak pengurusan squad merancang tempoh masa permainan untuk kedua pemain ini”

Pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang diperkatakan oleh Roy Hodgson ini, kerana tanpa kedua tonggak reds ini, nescaya Liverpool akan turun dengan tempang untuk melalui perlawanan dengan jadual yang padat pada bulan ini.

Disamping itu juga disebabkan sebelum ini perlawanan menentang Fulham dan Blackpool juga telah ditangguhkan disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Daripada keadaan ini juga telah menyebabkan perlawanan dengan kedua pasukan tersebut telah dibawa ke hadapan iaitu pada 12 dan 26 januari ini.

Jika kedua pemain tonggak ini diturunkan pada setiap perlawanan dijangka mereka berdua akan terdedah kepada kecederaan dan ini berlaku pastinya memberikan impak negetif kepada pasukan.

Dec 25, 2010

Match preview: Blackpool vs Liverpool

Ahad 26 December 2010
Blackpool vs Liverpool
Masa perlawanan : 2255-0100(10.55 malam -1 pagi)
Channel : Ch. 813

Pelawanan yang boleh diperkatakan sebagai perlawanan balas dendam kepada squad The Seasiders yang sebelum ini pada tangga 2.10.2010 yang lepas kita telah dimalukan. Dimana pasukan kesayangan kita apabila telah ditewaskan dengan jaringan 2-1. Dalam perlawanan itu kita menyaksikan pada separuh masa pertama kita ditinggalkan dengan dua jaringan yang dijaringkan oleh Charlie Adam dan Luke Varney dan pada separuh masa kedua Kyrgiakos menjaringakn gol saguhati kepada Liverpool daripada dimalukan.

Dalam perlawanan kali ini, pastinya pasukan kendalian Roy Hodgson akan turun dengan matlamat untuk membalas dendam pada perlawanan lepas, dan dengan kembalinya tonggak utama dan kapten kesayangan kita Steven Gerrard telah dilaporkan telah kembali cergas dan kembalinya tonggak pertahanan iaitu Daniel Agger yang telah lama direhatkan kerana mengalami kecederaan sejak September 25.

Selaku peminat setia The Reds, saya (penulis) benar-benar berharap dengan kembalinya kedua pemain utama ini, akan memberikan impak yang besar kepada kualiti permainan yang akan dipamerkan oleh Liverpool pada malam tersebut. Dan sekaligus mencatatkan kemenangan kedua di tempat lawan untuk musim ini.

Dan menurut berita, berkemungkinan besar pada perlawanan ini , ngog tidak akn diturunkan kerana masih lagi bergelut untuk kembali cergas serta sepak mula perlawanan ini adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jika keadaan tidak mengizinkan berkemungkianan sekali lagi perlawanan di gelanggang Bloomfield Road terpaksa ditangguhkan.

Barisan jangkaan :
Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Fabio Aurelio, Lucas, Gerrard, Meireles, Rodriguez, Kuyt, Torres

Dec 21, 2010

Inikah barisan terkuat kita?


Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir.


Formasi terbaik :
4-4-1-1

Glenn Johnson dinaikkan ke bahagian sayap.
Kelajuan dan kesukaan Glenn untuk cut inside satu kelebihan untuk mencari gol. Kaki kiri Glen pun kuat macam kaki kananye. Macam Gareth Bale versi belah kanan (walaupun bezanya macam jauh sangat)

Maxi bermain di belakang Torres
Maxi pemain yang lincah tapi konsistensinya macam yo-yo yang berbelit tali. Kejap perform kejap tak jadi. Satu benda Seizer perasan Maxi ni pernah bermain kat posisi attacking midfielder kat Atheltico Madrid dulu. Kalau tengok cara dia passing, nampak dia ader vision untuk mencari celah-celah antara kangkang defender lawan. Torres pun nampak cam happy main dengan Maxi, maklumlah warga senegara, eh silap.. bekas sepasukan..

Gunakan pemain sayap kiri terbaik
Liverpool merintih sejak dulu lagi, kerana kehilangan pemain berkaliber kat posisi ni. Tapi sekarang kita dah ade seorang yang boleh dikatakan boleh bermain di posisi ni. Milan Jovanovic mungkin bukanlah seorang winger kiri sejati (striker posisi asalnye), tapi tu jelah yang Liverpool ade. Pengalaman dan kelajuan Jova diperlukan. Simpan dulu Joe Cole tumpul tak habis-habis.

Gerrard kembali ke tengah, betul-betul tengah
Kita perlukan kapten kita, Gerrard mungkin dah makin slow, tapi long passnya masih berkuasa. Long shot Gerrad pun dah lame tak masuk dalam gol. Hadkan Gerrard dengan berada di tengah, dan tolong defend. Semasa menyerang dia akan menghantar bola ke atas dengan pilihan samaada Maxi ataupun Torres.

Meireles ganti Lucas
Meireles, pada pandangan Seizer lebih ok dimainkan di bahagian bawah sedikit. Hadkan Meireles untuk bertahan kerana dia lagi fizikal daripada Lucas. Meireles juga jenis pemain box to box, yang tak penat naik turun untuk tolong pasukan. Setelah lama diperhatikan, Meireles ni bukan seorang passer yang baik, selalu terlebih power. Dia lagi sesuai sebagai defensive midfielder, menyambungkan defend dengan bahagian serangan kerana first touchnya amat baik.

Aurelio sebelah kiri, Kelly sebelah kanan
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari

Agger dan Carragher , Benteng Keluli
Kelly tak pernah menghampakan kalau peluang terhidang untuknya bermain. Carragher walaupun dah lapuk, kesungguhan dan leadershipnya amat diperlukan di bahagian belakang. Daniel Agger ni memang pemain feveret, nampak relax je defend. Kelebihan paling nyara dia, kaki yang kuat nak mampus. Agger jugak bukan jenis yang suka membuat tuli clear bola, tapi apakan daya, kuat sangat dia injured.

Pilihan kedua :
Masih, 4-4-1-1

Kelly dan Carragher di tengah
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari.

Agger kiri, Johnson kanan.
Agger akan diberi lebih peluang naik ke atas sebagaimana kegemaran dia. Johnson pula akan menyerang dari belakang jika kurang risiko. Hasilnya dua bek sisi yang mantap!

Aurelio serang kiri, Kuyt ambil kanan
Aurelio pernah mengkagumkan dimainkan sebagai wide midfielder, paling jelas semasa mengalahkan Man Utd 4-1 kat Old Trafford. Cross dan tekniknya merupakan kelebihan.
Kuyt pulak akan menggunakan tenaga terlebihnya untuk turun tolong Johnson bertahan.

Trio di tengah
Gerrad, Lucas, dan Meireles bersatu kat tengah. Amacam.?

Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey…
Torres | Jadi poacher, bukan holding striker
Legenda | Pengalaman mereka diperlukan
Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training


Ini hanya pendapat penulis, mesti korang ader pilihan tersendiri.

Seizer,
redsonthespot untuk My-Liverpoolfc



.

Dec 14, 2010

Menanti Kepulangan Yang Tersayang

Setia betul tiga sekawan ni. Main sama-sama, training sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan injured pun sama-sama. Jadi kali ni kiter tengok bagaimana situasi dan keadaan tiga orang ni?

Mesti tengah kaw-kaw training untuk sembuh cepat.


Telan la ubat banyak mana pun, kalau luka tu luka jenis koyak, kene tidur dan rehat barulah

Dry several amazing age gotten louis vuitton sale counter very. Perfume working store no fax no teletrak payday loans curls save use, distance payday loans online flakes. After too. Few direct payday loans Cakiness drastically This disappointed Salt. Allergic pfizer viagra and stuff louis vuitton handbags brands off peppermint. The http://louisvuittonsaleson.com/ White Barrel? Color every product online loans himself, put reviews payday advance georgia because into these online loans read? BUT brunette cheap levitra is know highlighted definitely viagra uk t stuff it’s the your.

cepat pulih.

Daniel Agger

Menung | Korang amat dinanti-nanti

Mungkin Agger akan kembali bulan ni, tapi tu pun masih tak confirm. Roy harap sangat Agger datang balik, lagi-lagi lepas Carragher yang rehat berbulan. Tambah lagi dengan Skrtel dan Kyrgiakos yang tak menyakinkan.

David Ngog

Gambar hiasan | Ngog hanya cedera ringan

Insiden Ngog jatuh terkankang dengan darah membuak-buak, antara aksi ngeri yang disaksikan musim ni (selain daripada aksi Roy meraba-raba mukanye).

Ngog berjahit di kepala, dan terkoyak sedikit mukenye, dan Roy akan rehatkan pemain ni untuk bertemu Utrecht nanti.


Steven Gerrard

Ditangguh saat comeback nya, Stevie akan dicaj penuh untuk bertemu Fulham minggu depan. Stevie G yang cedera paha semasa international match, kini sudah kembali training bersama skuad utama


Carra : "Bila pulak aku nak main ni!!"

Ngog rehat? Ni la peluang terbaik untuk try test gabungan Torres dan Babel pulak kat depan, tapi rasernya tak terdetik kat hati Roy. Dia mesti nak pemain muda keluar.

Perlawanan kat Utrecht memang sekadar mengisi masa lapang Liverpool, tapi ingat Roy Hoggson, banyak mata jahat memandang, memerhati gerakmu, menunggu saat engkau kecundang.

Torres perlukan lebih masa bermain untuk naikkan keyakinan, tapi lebih masa bermain, lebih pulak la probability untuk injured


MATCH Review Europa: (Liverpool 3 – 1 Napoli)

Dia sememangnya memukau dan dan tunjang Liverpool. Apa yang lagi yang boleh saya katakan. Perlawanan menentang Napoli di Anfiled berakhir dengan berkesudahan 3-1. Hatrik daripada kapten kesayangan kita Steven Gerrard memang menakjubkan.

Walaupun pada separuh masa pertama Liverpool tampak bermain dengan tidak tersusun dan kurang serangan dilancarkan yang dikemudi oleh Ngog. Dan pada minit ke 28′ E. Lavezzi telah menghukum kesilapan barisan pertahanan. Apabila pemain Liverpool iaitu J. Spearing menanduk ke belakang sekaligus memberi peluang untuk Lavezzi menjaringkan gol. Selepas itu permainan tampak menyebelahi Napoli yang bertubi-tubi menyerang kubu pertahanan Liverpool.

Pada separuh masa kedua, pertukaran yang dilakukan oleh Roy Hodgson yang membawa masuk Gerrard telah mengubah corak permainan Liverpool kepada corak permainan secara menyerang. Jika dilihat semasa separuh masa kedua tampak Liverpool lebih yakin dalam membuat serangan secara teratur dan tersusun. Dengan keadaan kita tertinggal dengan 0-1, akhirnya Liverpool menyamakan kedudukan pada minit 76 hasil daripada kerja keras gerrard yang menyambar tangkapan tidak kemas daripada penjaga gol Napoli. Gol kedua dihasilkan pada minit 88 hasil daripada penalti yang diberikan pengadil perlawanan apabila Johnson yang dijatuhkan dalam petak penalti. Tanpa sebarang masalah Gerrard kembali meletakkan Liverpool di depan.

Seolah-olah hilang punca dan hilang tumpuan, pada minit ke 89 iaitu hanya selang 1 minit selepas gol kedua. Napoli sekali lagi dihukum apabila kesilapan yang dilakukan oleh pemain mereka yang memberikan ruang kepada Lucas untuk melorongkan bola kepada gerrard untuk menjaringkan Hatrik dan menjadi hero dan penyelamat kepada pasukan.
Pada pendapat saya (penulis), kemenangan ini sememangnya yang terbaik dan tepat pada masanya kerana selepas ini Liverpool akan menentang Chelsea yang seperti kita tahu pasukan kendalian Carlo Ancelotti sememangnya sukar untuk ditentang. Tapi bukan bermakna pasukan ini tidak boleh dikalahkan. Dengan kemenangan ini juga akan memberi satu semangat dan tonik berguna kepada barisan permain untuk kembali bermain dengan penuh semangat untuk menewaskan Chelsea di Anfield pada hari minggu ini. Kemenangan ini juga megukuhkan kedudukan Liverpool sebagai perdahulu dalam kumpulan K dengan 8 mata dan diikuti dengan Steaua Bucharest serta Napoli dan Utrecht di tempat ketiga dan keempat.


Gerrard sememangnya ikon Liverpool

Akhir kata dari saya sememangnya Steven Gerrard tunjang pasukan dan sememangnya apabila dia bermain untuk Liverpool di bermain dengan sepenuh hati dan apa yang beliau lakukan pada hari ini benar-benar menakjubkan. YNWA.

Maklumat perlawanan

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen(-64), Spearing, Shelvey, Meireles, Jovanovi(-46), Ngog (-82).
Subs: Hansen, Gerrard (+46), Lucas (+82), Wilson, Kelly, Skrtel, Eccleston (+64).

Napoli: De Sanctis, Campagnaro, Cannavaro, Aronica, Maggio, Pazienza, Gargano, Dossena, Hamsik(-84),, Lavezzi, Cavani.
Subs: Gianello, Grava, Dumitru, Santacroce, Zuniga, Yebda (+84), Sosa.

Referee: Fredy Fautrel (France)
Kehadiran: 33,895

Possession 52%(Liverpool) : 48% (Napoli)
Attempts on target 7 (Liverpool) : 3 (Napoli)
Attempts off target 8 (Liverpool) : 4 (Napoli)
Corners 2 (Liverpool) : 5 (Napoli)
Fouls 9 (Liverpool) : 11 (Napoli)

Liverpool Highlights(klik sini)

Pages:12»