You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Glen Johnson"

Injuries update menjelang perlawanan menentang city


–Keadaan Gerrard masih belum pasti!–

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


–Agger terlepas baki perlawanan musim ini–

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


–Johnson cedera 4 minggu–

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini…..

“Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”

–Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera–

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

Jan 25, 2011

Dalglish puas hati dengan pertukaran posisi Glen Johnson


—Pemain yang serba boleh untuk bermain di kiri dan kanan pertahanan—

Pengurus Liverpool Kenny Dalglish berpendapat bahawa Glen Johnson kini posisi yang dilakukan oleh beliau atas pertukaran posisi antara Glen dan Martin Kelly.

Dalam laporan yang dipetik daripada espnstar.com ….

Mengatakan bahawa kini, Johnson dijangka akan kekal bermain di posisi pertahanan kiri semasa menentang Fulham pertengahan minggu ini.

Tambah Kenny Daglish lagi….

“ Glen bermain di posisi bek kiri pada asalnya bukan kehendak dia sendiri, tetapi ini adalah kehendak saya untuk menyimbangkan kekuatan antara pertahanan kiri dan kanan”

“ dan kini saya amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan olehnya dalam tiga perlawanan kebelakangan ini”

“ dengan sikap yang terbuka, dia menerima arahan dari saya untuk berada di sebelah kiri dan kita dapat lihat dia bermain dengan baik di sebelah kiri, dia adalah pemain serba boleh”


—Masa depan yang cerah bagi Martin Kelly—

Disamping itu juga, prestasi yang dipamerkan oleh Martin Kelly juga amat memberangsangkan dimana dia bermain dengan baik di sebelah kanan, saya yakin Kelly mempunyai masa depan yang cerah apabila dia terus bermain di sebelah kanan.

Nov 13, 2010

Kedudukan Johnson di Liverpool tidak terjamin

Ini adalah berita terbaru yang dipetik daripada mail online yang memperkatakan bahawa kini, pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson kini kecewa dengan persembahan yang ditampilkan oleh Glen Johnson setakat ini.


Sememangnya kini pertahanan kanan England ini masih berada dalam keadaan cedera dan dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan pada malam ini semasa Liverpool bertandang ke stoke city. Tambah lagi Roy turut menyatakan ….

“saya kini tidak boleh menjamin Johnson akan kembali mengekalkan kedudukannya sebagai pemain utama untuk The Reds”

“ini adalah kerana pada aksinya pada musim ini, sebenarnya Johnson bermain di bawah prestasi sebenarnya, inilah yang menyebabkan mengapa saya tidak dapat menjamin tempatnya dalam barisan pemain utama Liverpool”

“Sememanya benar dia merupakan petahanan pasukan kebangsaan, tetapi jika dia tidak bermain dengan prestasi terbaik, saya tidak yakin untuk menurunkannya dalam barisan pemain utama Liverpool”

Pada pendapat saya(penulis) benar apa yang diperkatakan dan cuba disampaikan oleh Roy Hodgson mengenai prestasi Glen Johnson setakat ini, prestasinya agak kurang memuaskan. Ditambah pula kini selepas perlawanan menentang Chelsea sebelum ini, pemain muda Liverpool iaitu Martin Kelly semakin menunjukkan peningkatan dari aspek cara permainannya. Maka tidak mustahil bahawa kini tempat pertahanan kanan dalam squad Liverpool akan menjadi tempat panas yang perlu direbut oleh kedua pemain ini iaitu Glen Johnson dan Martin Kelly.

Sememangnya adat, dalam bola sepak siapa yang terbaik akan digunakan dan disanjung, tetapi apabila prestasi permainana menurun, tidak kurang juga kritikan yang akan dilemparkan kepada pemain tersebut. Kerana dalam bola sepak pemain harus sentiasa mengekalkan cara permainan terbaik untuk lebih berdaya saing. Dan inilah yang terjadi dalam situasi yang dialami oleh Glen Johnson kini. Diharapkan Johnson dapat bangkit kembali seperti yang ditunjukkan oleh Torres sebelum ini. Dimana banyak pendapat dan komen dari media yang mengatakan Toress hilang sengat untuk menjaringkan gol. tetapi kini dia membuktikan bahawa dia boleh bangkit kembali. hope Johnson dapat jadikan Torres sebagai contoh untuk bangkit kembali.

Sekian YNWA

Oct 24, 2010

Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina ingin tinggalkan Liverpool

PS: Laporan ini sangat spekulasi dan saya ingin mengingatkan disini bahawa penyataan ini dikeluarkan oleh Mailonline sahaja dan tugas saya disini adalah untuk menjelaskan perkara ini kepada anda semua dan ini bukan lah spekulasi yang sengaja dibuat oleh saya.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Mailonline yang merupakan sebuah akhbar Inggeris mendakwa bahawa banyak pemain Liverpool berharap untuk keluar dari kelab pada musim perpindahan Januari mendatang.

Artikel ini telah ditulis oleh Alex Montgomery iaitu penulis rasmi akhbar Inggeris tersebut. Dalam penulisannya tersebut dia menyatakan bahawa tiga orang pemain utama Liverpool iaitu Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina yang merupakan nama-nama besar dalam The Reds ingin keluar dari kelab. Dan sebabnya mereka melakukan hal tersebut adalah disebabkan semangat pasukan dan semangat individu kini semakin menipis dibawah kendalian pengurus baru Roy Hodgson.

Alex Montgomery menulis : ‘ bintang Liverpool Pepe Reina, Fernando Torres dan Glen Johnson ingin keluar dari kelab pada Januari kerana moraliti yang semakin rendah. Dan dalam artikel tersebut memperkatakan bahawa pemain terperanjat bahawa Hodgson telah membawa masuk Mike Kelly yang berumur 68 tahun, yang bertanggung jawab atas sesi latihan bagi pasukan utama. Kelly yang merupakan, mantan penjaga Wimbledon, Birmingham dan QPR dari 1958 dan 1976, bahkan kelly telah menjaga segala rutin harian dan latihan Pepe Reina dan dikatakan Reina kini dalam keadaan gelisah.

Ingatlah perkara ini bukan sesuatu yang rasmi dan benar-benar pasti kerana Laman Web rasmi LiverpoolFC sendiri tidak mengeluarkan apa-apa mengenai hal ini. Dan saya yakin ini adalah berita yang sengaja dihebahkan oleh individu yang berkepentingan hanya untuk mencari spekulasi dan nama sahaja. Sekian dari saya Darion Daron

Oct 12, 2010

10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan

Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan

Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.

Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.

Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.

Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H

Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.

sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.

Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.