info: Carra penjaring terbanyak

Carragher salah seorang premierLeague top goal scorer menentang Liverpool (Own goal).LOL.. LEGEND!! demographic info dr Tumblr, thanx xali alonso.
Pemain Terbaik Pilihan Lagenda
ByAmberan, LiverpoolKita
Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.
Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.

Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.
David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.
Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.
Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.

Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.
Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.
Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.
Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.
Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.
Jamie ” pertahanan gentar untuk berhadapan dengan Andy”

Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv Jamie Carragher yakin bahawa kombinasi Andy Carroll akan mampu menambah faktor ketakutan kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengan jentera serangan The reds.
Hal ini telah diakui sendiri oleh penolong kapten Liverpool ini, dalam komennya juga, beliau menyatakan bahawa “ sebelum ini kami mempunyai pemain yang tinggi lampai seperti Heskey atau Crouch dimana kehadiran mereka berdua ini telah memberikan impak yang berguna kapada kami semasa mereka beraksi untuk Liverpool.
Tambah Carragher lagi….
“walaupun Liverpool kini kehilangan Torres, kami Berjaya membawa masuk dua pemain penyerang yang benar-benar mempunyai potensi besar yang memberikan impak besar kepada kelab”
Pada pendapat saya (penulis) ditambah kini dengan kehadiran Raul yang sudah menemui sentuhan golnya dan kembali meledak gol yang cantik, kini jentera serangan Liverpool boleh dikatakan sebagai serangan yang merbahaya untuk semua pertahanan kepada kelab lain. Dan juga kehadiran Carroll dan Luis Suarez nescaya Liverpool akan kembali bersinar kembali di bawah kendalian Kenndy Daglish.
Dilema roy…

Bos Liverpool Roy Hodgson sedang dalam dilema untuk mengisi bahagian pertahanan kiri, hal ini kerana ketiga –tiga permain yang boleh bermain di posisi ini sedang bergelut dalam kecederaan. Pemain tersebut adalah Daniel Agger (kecederaan peha), Paul Konchesky(hamstring), Fabio Aurelio(belum pulih sepenuhnya).
Ditambah dengan keadaan Martin Kelly yang juga mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang FC Utrecht pada kempen Piala Eroupa. Perkara ini sekaligus membuat tiada pemain yang benar berkemampuan untuk berada di posisi ini semasa perlawanan menentang Blackpool pada hari ahad ini.
Pilihan yang boleh dibuat oleh Roy adalah menurunkan pemain Jack Robinson pemain yang berusia 17 tahun, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana pemain ini tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk bermain di kempen BPL.

Adakah Jack Robinson akan diturunkan
Dan berita lain yang dipetik daripada LiverpoolTV berbunyi …..
Jamie Carragher yakin Liverpool boleh membuat langkah besar di bawah Roy Hodgson tetapi menegaskan penyokong harus tetap bersabar.berikutan kata pertahanan berpengalaman Liverpool ini Jamie merasa terlalu awal membuat penilaian terhadap The reds
“Saya tahu semua orang berfikir bahawa apabila pasukan mendapatkan pengurus baru, pasukan akan menang setiap minggu tapi kita harus lihat pada musim pertama Gerard Houllier Liverpool menamatkan musim pada tangga ketujuh dan dengan Rafa kami berada pada tangga kelima.
Dan pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang cuba disampaikan oleh penolong kapten Liverpool. Tetapi dari masa ke semasa corak permainan Liverpool mestilah bertambah baik, tetapi jika kita lihat pada perlawanan sebelum- sebelum ini corak permainan semakin lama semakin tidak bermaya dan inilah perlu diubah oleh Roy. Jika dilihat pada perlawanan menentang Manchester United walaupun Liverpool kalah tetapi penyokong berasa puas kerana corak pemainan yang menarik. Perubahan inilah yang perlu diperbaiki oleh Roy untuk mengembalikan maruah Liverpool yang semakin tercemar dan semakin dipandang remeh oleh pasukan lawan .
Akhir kata salam NYWA dari saya
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)

