cole:” musim 2011 adalah permulaan untuk saya”

Cole yang menjaringkan gol kemengan pada malam semalam yang menyaksikan reds kembali mendaki tangga liga ke tangga ke Sembilan dalam Liga perdana, kini semakin yakin mengatakan bahawa yakin musimnya cermelangnya di liverpool bermula skrang.
Cole yang diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut, menunjukkan penamat yang cermelang untuk menjaringkan gol, jaringan tersebut juga merupakan debut jaringan pertama dalam Liga Perdana bersama Liverpool.
Tambah cole lagi….
“saya mahu terus menjaringkan gol untuk Liverpool, dan kini saya mahu terus dipilih sebagai pemain regular dan pemain pilihan utama dalam aquad Liverpool”
“Dan mudahan tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang terbaik bagi Reds dan saya selaku pemain Liverpool tambahnya kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv.com
Cole terlepas aksi menentang Chelsea

Pemain tengah Liverpool Joe Cole dilaporkan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea pada perlawanan liga perdana minggu ini. Menurut sumber liverpoolfc.tv “ cole tidak akan diturunkan kerana mengalami kecederaan hamstring semasa menentang bolton semalam”.
Pemain yang berusia 28 tahun ini, menyertai The Reds dari Stamford Bridge pada musim perpindahan yang lepas. Dan dalam laporan itu juga mengatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh cole tidak serius dan pengurus Liverpool Roy Hodgson sedang menunggu laporan dari pihak perubatan kelab mengenai perkembangan lanjut berkenaan kecederaan itu.
Disamping itu juga Liverpool, kini boleh menarik lafas lega apabila kembalinya Dirk Kuyt setelah menunjukkan pemulihan yang pantas dari jangkaan pihak perubatan. Serta selain Kuyt, pemain lain yang sudah bebas dari masalah cedera adalah bek kanan Glen Johnson, yang juga mantan pemain yang pernah bermain untuk The Blues.
Antara positif dan negatif berada di dasar Liga
Hanya satu gol untuk Toress kembali ke prestasi terbaiknya.
Roy Hodgson mengakui Fernando Torres telah berenang untuk mendapatkan kepercayaan diri untuk kembali ke Prestasi terbaiknya. Namun Roy tetap yakin dan positif bahawa striker ini akan menamatkan menamatkan kemarau gol nya dalam masa terdekat ini.
Tambah Roy lagi….
Pemakai jersi nombor 9 ini telah berjuang untuk kembali mencapai ke prestasi terbaiknya sejak hanya menjaringkan satu gol dalam 10 penampilan. Namun, selaku pengurus Liverpool Roy tetap positif dan merasa ada tanda-tanda pemain Sepanyol ini semakin kembali ke prestasi terbaiknya dan menganggap satu gol boleh menjadi pemangkin untuk kembali menemui sentuhan gol yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.
Disamping itu juga Joe cole meluahkan rasa yakin nya kepada pemilik baru Liverpool, setelah dia berjumpa dengan pemilik ataupun bos besar Liverpool iaitu NESV. Cole juga mengatakan bahawa dia akan berjuang dengan sepenuh hatinya untuk menaikkan nama Liverpool disamping itu juga, pemain yang memakai no 10 dalam squad Liverpool kagum dengan apa yang diperlakukan dan dipertunjukkan oleh John Henry dan Thomas Werner dimana mereka tampak asli dan ghairah untuk melakukan perubahan untuk Kelab ini.
Saya yakin dan pasti bahawa Nesv dan segala tenaga kerja nya adalah pemilik yang tepat untuk membentuk kembali Liverpool dan membangunkan Liverpool dari segala aspek.
10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan
Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan
Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.
Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.
Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.
Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H
Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.
sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.
Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.
Mengapa Roy Hodgson Belum dapat Membuat Keajaiban untuk Liverpool

Sehingga kini Liverpool masih lagi belum dapat kembali ke prestasi sebenar seperti sediakala ,dibawah kendalian pengurus baru Roy Hodgson yang kini sudah hampir tiga bulan di kem Liverpool. Nampaknya Liverpool masih lagi terumbang ambing dalam mencari kemenangan seperti diharapkan oleh semua penyokong Liverpool tidak kira dimana jua. Para peminat Liverpool haruslah ingat bahawa, Roy Hodgson telah menekankan pada saat mula menerajui pasukan ini, bahawa dia telah menyatakan dia tidak menyasarkan apa kejuaraan kepada Liverpool kerana masih banyak lagi yang perlu diubah untuk menjadikan pasukan ini menjadi lebih baik, tetapi dia berjanji untuk membawa Liverpool kembali ke kancah liga juara-juara musim depan sekaligus mendapat tempat sekurangnya pada posisi empat dalam kempen BPL. Dalam keadaan seperti ini adalah tidak adil untuk menilainya pada tempoh yang begitu singkat dan dengan perbelanjaan yang amat sedikit untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap. Pada pendapat saya terdapat empat sebab kenapa kita perlu mempercayai kehadiran Roy Hodgson akan memberi sinar kegemilangan di Anfield.

Joe cole bakal nama besar untuk Liverpool
- Kedatangan Joe Cole telah cukup berpengaruh apabila dia bermain untuk Liverpool sampai sekarang.
- Jadual perlawanan Pasukan berprofil tinggi dalam liga.
Dalam lima perlawanan pertama dalam kempen BPL(Barclays Premier League).Liverpool terpaksa menghadapi perlawanan menentang pasukan Gergasi dalam liga iaitu Arsenal, Manchester City dan Manchester United. Tidak dilupakan juga kepada Birmingham City yang amat kental semasa pasukan ini bermain dihalaman sendiri di St Andrews. Menurut statistik menyatakan Birmingham tidak pernah kalah dalam 16 perlawanan semasa bermain ditempat sendiri walupun bermain dengan pasukan berprofil tinggi dalam liga. Memang benar kalau orang lain cakap Liverpool patut menang tetapi pelbagai masalah telah berlaku di Anfield contohnya Mascherano yang mogok sebelum perlawanan menentang Manchester City.
- Barisan pemain, Line Up eksperimen serta Formasi dan Strategi
Masalah utamanya sekaran adalah kurangnya permainan secara menyerang dan aspek yang lebih ditumpukan adalah aspek bertahan, hal ini sekaligus akan menyebabkan kurangnya potensi untuk mendapatkan jaringan dalam sesuatu perlawanan, dan inilah yang kini perlu diperbaiki oleh Roy Hodgson. Dengan kedatangan Meirles akan membantu Gerrard untuk lebih mengamalkan gaya serangan dan sekali gus memberikan banyak peluang untuk penyerang seperti Torres dan Ngog untuk menjaringkan gol.

Meirales akan memberi impak besar kepada The reds
- Masih awal lagi
Post Review: Liverpool 4 Steaua Bucharest 1

2 gol dari David Ngog, 1 gol dari Joe Cole dan Lucas Leiva mengesahkan kemenangan 4-1 buat skuad Uncle Roy dalam perlawanan pertama Liga Europa peringkat kumpulan musim ini. Kemenangan yang menaikkan moral kita ini diharap dapat diteruskan rentaknya untuk seluruh kempen Liga Europa dan juga Liga Perdana nanti, terutamanya apabila berkunjung ke Old Trafford Ahad ini. Perlawanan ini juga menyaksikan buat kali pertama Pepe Reina diberi tugas sebagai ketua pasukan apabila ketua dan naib ketua pasukan kita, Gerrard dan Carragher tidak turun beraksi tadi. Continue reading »
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)



