Warkah Dari NESV
Selepas tewas tipis kat St James Park hari tu, Roy Hodgson turus dikecam peminat yang rata-rata tak dapat bersabar dengan situasi di Liverpool sekarang. Apa lagi? pemilik Liverpool, budak-budak NESV pun turut tumpang sekaki.
“Kami (budak-budak NESV) baru sampai sini, Roy masuk dulu sebelum kami. Semua orang tak suka dengan persembahan minggu lepas, lagi-lagi Roy.”
“Tak dapat ku sangkal lagi, cara Liverpool bermain musim ni, dan dari tengah musim lepas, tak dapat diterima kalau Liverpool nak capai hajat di hati”
“Sabar dengan kitorang. Saya janji akan kerja kuat selagi boleh…. Ini bukan kerja singkat. Kadang-kadang jalan paling cepat membawa kepada jerumus bahaya…”
“Ini bukan peluang jangka pendek, tapi jangka paaaanjaaaannng. Kami nak Liverpool kembali kepada Liverpool 10, 20 tahun lalu”
“Saya tak takut pun. Pemilik dah bagitau mereka tu jenis long-term. Saya 100 percent suka dengan dorang. Excellent.”
.
Seizer
redsonthespot.blogspot.com
“Our owners percaya kepada Roy kenapa tidak kita “
Roy Hodgson mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh pemilik Liverpool yang mengatakan bahawa sememangnya sepanjang perlawanan untuk musim ini adalah tidak boleh diterima, tetapi kita semua perlu bersatu dan bersabar untuk mencapai kejayaan dalam temph jangka masa panjang.
Perkara ini dipetik daripada hasil komen pemilik Liverpool iaitu John Henry dan pengarah urusan ThomasWerner daripada perbualan Telefon isnin malam yang lepas.
Menurut Hodgson lagi….
“jika melihat kepada keputusan enam perlawanan terakhir, sememangnya menunjukkan pasukan sedang dalam proses peningkatan dan dalam proses mencari kesefahaman antara dalam kalangan pemain”
“Jika dilihatkan kepada keputusan setakat 17 perlawanan ini, sememangnya dapat diterima oleh saya sebagai pengurus, tetapi jika dikaitkan dengan keputusan bersangkutan dengan Liverpool FC keputusannya adalah tidak boleh diterima pakai dan sebenarnya saya mengharapkan keputusan yang lebih baik daripada ini”
“Sememangnya prestasi kami semasa bermain di Liga Perdana agak tidak konsisten tetapi pada masa yang sama kami diselamatkan oleh keputusan yang baik semasa bermin di piala Europa”

—-adakah anda masih percaya kepada Roy?—
“Dengan baki perlawanan dalam Liga akan datang saya benar-benar berharap agar keputusan yang lebih baik dapat dicapai oleh Liverpool dan sememangnya untuk mencapai impian ini kerja keras oleh semua pihak adalah perlu, dan saya berharap agar Liverpool akan kembali bersaing dalam merebut kedudukan teratas dalam tangga Liga Perdana”
Pada pendapat saya (penulis), jika melihat dari apa yang diperkatakan oleh pemilik Liverpool iaitu John Henry serta pengarah urusan Thomas Werner, sememangnya mereka masih menaruh kepercayaan kepada pengurus kita iaitu Roy Hodgson dalam perjuangannya untuk mentakbir pemain dalam kancah Liga.
Oleh itu sebagai peminat yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk The Reds, kita juga sepatutnya percaya kepada kebolehan Roy Hodgson untuk mengubah pasukan. Disamping itu juga jika dilihatkan pada matlamat pengurusan, sebenarnya mensasarkan matlamat jangka panjang untuk memperkukuhkan squad. Bayangkanlah jika pengurus asyik bertukar-tukar bagaimana Kita (liverpool) hendak melaksanakan pelan jangka masa panjang untuk memajukan Kelab. Sebagai contohnya kita boleh lihat kepada pasukan di kendalikan oleh Alex Ferguson yang telah mentakbir Manchester United sejak November 1986 dan Arsène Wenger yang telah mentakbir Arsenal sejak September 1996.
Apa yang saya cuba diketengahkan ini, adalah untuk membentuk pasukan yang benar mantap dan kukuh adalah memerlukan masa dan sedikit pengorbanan. Saya paham ada dikalangan rakan yang lain tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan sejak dari kendalian Hodgson di Liverpool, saya juga kadang-kadang terasa marah, tetapi apakan daya apa yang boleh Kita semua lakukan adalah terus bersabar dan percaya apa yang dirancangkan oleh pengurusan Liverpool dan yang paling penting percaya kepada Roy Hodgson untuk sekurang kurangnya sehingga penghujung musim ini. Sekian
Target terbaru Roy Hodgson
Berita terbaru yang daripada daily mirror yang mengatakan bahawa Bos Liverpool Roy Hodgson kini sedang mengejar untuk mendpatkan pemain PSV Eindhoven Ibrahim Afellay dan pasangannya Ola Toivonen -setelah terbang ke Belanda.
Tindakan ini adalah berasakan pemerhatian yang telah dilakukan oleh Kenny Dalglish yang menonton perlawanan PSV dalam dua perlawanan terakhir pasukan itu.
Dengan keputusan yang diambil oleh kepimpinan Liverpool untuk membawa perancangan bola sepak Damien Comolli dan kerjasama serta idea bernas, pastinya akan memberi ruang dan peluang untuk Liverpool berkembang maju. Dan mengikut sumber liverpoolfc.tv yang mengatakan bahawa pada minggu ini pihak kepimpinan yang diketuai oleh John henry dan diikuti dengan Damien Comolli dan pengurus Liverpool Roy Hodgson akan melakukan perjumpaan untuk membincangkan tentang rancangan membangunkan kelab dalam tempoh terdekat ini . dan sasarannya ialah pada musim perpindahan januari akan datang
Henry: Janji kekal pemain bintang
Pemilik Liverpool John Henry telah menegaskan kelab tidak berniat untuk pemain terbaik pasukan. Dimana ada spekulas yang bertiup bahawa penyerang sensasi Liverpool Fernando Torres yang berumur 26 tahun dan penjaga gol Pepe Reina 28 sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab. Henry mengatakan kepada laman rasmi liverpoolfc.tv:
Tambah Henry lagi…..
“Kami ingin membina kekuatan skuad pada masa ini,bukan merosakkan kekuatan Liverpool.” Continue reading »
The Reds perlu belajar dari kesilapan lalu!!!
Pengurus Roy Hodgson mungkin kehilangan baget untuk berbelanja secara besar pada musim perpindahan Januari akan datang. Hal ini kerana semasa dibawah kendalian Rafael Benitez didapati bahawa Liverpool telah berbelanja tanpa kawalan dan ini menyebabkan sebanyak £300 juta dalam masa 6 tahun. Dan dalam tempoh itu boleh dilihat banyak perbelanjaan yang digunakan untuk membeli pemain adalah tidak mendatangkan pulangan yang terbaik kepada The Reds. Continue reading »
NESV akan turut sama berada di Anfield esok
Ketua NESV Tom Werner,dan pengurus baru Liverpool David Ginsberg dan Michael Gordon dan ahli NESV yang lain akan bersama –sama turun ke Anfield untuk bergabung dan menyokong Liverpool pada perlawanan menentang Blackburn Rovers pada perlawanan esok.
Manakala pemilik utama NESV dan Liverpool iaitu John W. Henry tidak dapat turut serta kerana menglami sedikit masalah kesihatan. Walaupun begitu pemilik Liverpool ini mengatakan bahawa dia akan melihat perlawanan tersebut dari rumah. Kini saya terasa rindu kepada Anfiled dan Liverpool. Dan kini kami berkerja keras untuk membuat perancangan masa depan termasuk lah mencari chief executive officer. Dan antara lain yang akan datang ke Anfield esok adalah pengarah operasi Boston Red Sox iaitu Sam Kennedy.
Dan tambah John henry lagi…..
“Saya berharap kelab dan para penyokong semua terbaik untuk perlawanan menentang Blackburn.”
Liverpool tidak akan menjadi seperti Red Sox dibawah pimpinan Henry John
Sekarang dengan rasminya kita semua telah mengetahui mengenai berita bahawa pihak liga perdana telah memberikan lampu hijau kepada New England Sukan Venture (NESV) untuk meneruskan urusan proses pembelian liverpool dan kita sebagi penyokong Liverpool sudah pasti tidak dapat memyembunyikan kegembiraan kita apabila mendengar berita ini. Tetapi jangan dilupakan dengan berita tidak sedap didengar mengenai tindakan tidak bermoral oleh dua orang sahabat warga amarika iaitu Tom Hicks dan George Gillet, yang mahu membawa dan sekaligus menghalang proses pengambilalihan ini. Menerut sumber mengatakan bahawa salah satu sebab mengapa dua orang sahabat ini mengambil tindakan ini adalah kerana mereka merasakan harga yang ditawarkan oleh NESV adalah terlalu rendah dan mereka tidak akan mendapat untung yang banyak dalam pengambilalihan ini.
Kita telah banyak mendengar khabar baik berkenaan NESV ini, dimana mereka telah terbukti berjaya menjadi pemilik dan pengendali sukan berjaya, terutama apabila bercakap mengenai Boston Red Sox pasukan yang bermain di Major League Baseball. Disamping itu Syarikat ini juga memiliki beberapa pelaburan lain di New England Sports Networks (syarikat penyiaran sukan), NESN, Fenway Park serta pemilikan 50 peratus saham dalam Roush Racing, pasukan yang menyertai liga lumba kereta NASCAR yang merupakan salah satu liga lumba kereta terbaik di dunia.
Hal ini tanpa diragukan lagi bahawa pengambilalihan syarikat di Liverpool sememangnya salah satu langkah terbaik yang diambil oleh pengurusan tertinggi Liverpool. Sejak tahun 2002, Red Sox telah memenangi dua kejuaran liga.NESV juga telah menerima pelbagai anugerah berkaitan dalam bidang sukan termasuk anugerah Pengusan terbaik di Major League Baseball oleh Sports Illustrated. Mungkin anda semua berharap Liverpool dan Red Sox mempunyai banyak persamaan. Kedua gelanggang mempunyai banyak sejarah dan kaya dengan tradisi serta penuh dengan peminat. Stadium Fenway Park dan Stadium Anfield sememangnya bukan gelanggang yang moden dan canggih dan tidak setanding dengan Stadium Yankee dan Emirates Stadium.
Dan Persoalannya pertama disini “adakah John Henry akan membina stadium baru untuk Liverpool?”
Dan jawapannya adalah tidak. Berdasarkan pada gaya pengurusan John Henry, dia tidak akan membuat perubahan drastik seperti pembangunan stadium baru kerana yang penting adalah pembangunan dari aspek pembangunan prestasi pasukan dan pembangunan pemain yang bermain dalam pasukan. Sebaliknya, kebiasaannya dia akan membuat pelaburan yang tepat selaras dengan keputusan perniagaan yang mampu mengembalikan Liverpool selaku gergasi antara pasukan bola sepak di Eropah
“Persoalan kedua adakah Liverpool mempunayi haluan yang sama dengan Red Sox?”
Dan jawapan adalah tidak. Perlu diketahui bahawa John Henry mempunyai syarikat NESN yang merupakan syarikat yang berteraskan saluran penyiaran yang menyiarkan perlawanan untuk pasukan Boston Red Sox, serta Fenway park adalah stadium milik pasukan Red Sox Stadium. Mari kita lihat hubungan link antara NESN, Fenway Park dan Boston Red Sox ini.
Jika Red Sox menang, NESN mendapatkan lebih banyak penonton, dan lebih banyak orang pergi ke Fenway Park Stadium. Pada dasarnya, ketika John Henry melakukan penanaman modal yang membantu Red Sox untuk menang dia sekaligus mendapat keuntungan bagi ketiga firma dibawah kawalannya.
Tetapi di Liverpool tidak mempunyai saluran penyiaran seperti dimiliki Red Sox. Namun jangan anda semua risau John Henry seorangyang berpikiran panjang dan jauh yang sentiasa mengeluarkan rancangan terbaik untuk Liverpool. Dia tidak akan tertarik untuk membeli kelab ini jika ia tidak melihat potensi kuat untuk mendapat keuntungan dan sekaligus akan membangunkan kembali Liverpool kearah jalan kecermelangan secara tidak langsung. Dan menurut sumber daripada mail online yang mengatakan bahawa langkah pertama yang dilakukan oleh John Henry berjumpa dengan Gerrard, Torres & Reina secara tertutup untuk berbincang mengenai masalah pasukan dan inilah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemilik untuk membangunkan pasukan miliknya dan saya pasti perkara ini tidak akan dilakukan oleh Tom Hicks dan George Gillet yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan prestasi pasukan.
Sebagai penyokong Liverpool seharusnya bergembira dengan jika kemasukan John Henry ke tampuk pimpinan Liverpool. Dan apa yang kita boleh lakukan adalah dengan bersabar dan percaya dengan kepimpinan dia yang saya pasti akan membawa sinar kegemilangan kepada Liverpool. Mungkin perkara ini tidak akan berlaku pada musim ini, tetapi setidaknya kehadiranya akan menjadi lebih baik daripada Tom Hicks dan George Gillet yang telah menjatuhkan maruah Liverpool selama mereka berada di Liverpool selama ini.
Sebelum saya tamatkan penulisan ini saya tinggalkan persoalan untuk sama-sama kita renungkan bersama. Dan persoalannya berbunyi seperti ini “kita telah menunggu 20 tahun untuk mendapat gelaran juara liga (BPL), apakah kita sanggup menunggu selama lima tahun lagi lagi untuk mendapatkanya? ” Renungkan lah dan pikir-pikir kan lah. Sekian salam You’ll Never Walk Alone dari saya Darion Daron.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)










