Torres: Masa Depan Liverpool tidak cerah?

Rasanya pada 1 Februari lepas saya telah menulis artikel yang menyatakan bahawa itu merupakan artikel terakhir yang ingin saya tulis berkenaan bekas penyerang kita, Fernando Torres. Saya mungkin antara jutaan peminat beliau yang amat kecewa dengan keputusan beliau menyertai Chelsea, kadang-kala ter’stream’ juga beberapa video jaringan yang beliau pernah sumbangkan buat kelab tersayang kita ini, namun bak kata King Kenny, “nothing is bigger than LFC” dan Torres adalah di antaranya.
Kita sudah saksikan sendiri separuh musim sudah berlalu, di mana beliau hanya menyumbangkan 1 gol sahaja buat Chelsea, jadi saya rasa keputusan menjual beliau sememangnya tepat. Namun apabila beliau mengeluarkan kenyataan di atas, hati ini terdetik bertanya “masa depan siapa yang tidak cerah? Liverpool atau Torres di Chelsea?”
Dengan kini cita-cita pemilik kita, John W Henry, yang begitu dahagakan kejayaan dan mengembalikan kegemilangan Liverpool, saya tidak nampak dakwaan El Nino adalah berasas. Di bawah pemilikan Henry, kita sudah membawa masuk beberapa pemain berkelas dunia; antaranya Luis Suarez, Andy Carroll, Stewart Downing, Charlie Adam (dan mungkin lebih ramai lagi) menampakkan visi bahawa kelab kita berada di landasan yang betul. Ketika kita di dalam krisis kelemahan bahagian pertahanan, mungkin dalam masa terdekat ini kita akan mendapat 2 pemain pertahanan yang mampu menyelesaikannya – membayangkan betapa kita mendapat visi dan optimis bahawa musim 2011/2012 bakal menyaksikan musim kebangkitan semula Liverpool Football Club; dan tidak mustahil akan merebut kembali top four dan mungkin, Juara Liga ke-19. Siapa tahu kan?
Buat Torres, baik anda perkemaskan dahulu karier anda kerana kami semua yakin anda tidak mahu berakhir seperti Shevchenko ketika di Chelsea dahulu.
“You Who Betray Will Always Walk Alone”
Warkah Dari NESV
Selepas tewas tipis kat St James Park hari tu, Roy Hodgson turus dikecam peminat yang rata-rata tak dapat bersabar dengan situasi di Liverpool sekarang. Apa lagi? pemilik Liverpool, budak-budak NESV pun turut tumpang sekaki.
“Kami (budak-budak NESV) baru sampai sini, Roy masuk dulu sebelum kami. Semua orang tak suka dengan persembahan minggu lepas, lagi-lagi Roy.”
“Tak dapat ku sangkal lagi, cara Liverpool bermain musim ni, dan dari tengah musim lepas, tak dapat diterima kalau Liverpool nak capai hajat di hati”
“Sabar dengan kitorang. Saya janji akan kerja kuat selagi boleh…. Ini bukan kerja singkat. Kadang-kadang jalan paling cepat membawa kepada jerumus bahaya…”
“Ini bukan peluang jangka pendek, tapi jangka paaaanjaaaannng. Kami nak Liverpool kembali kepada Liverpool 10, 20 tahun lalu”
“Saya tak takut pun. Pemilik dah bagitau mereka tu jenis long-term. Saya 100 percent suka dengan dorang. Excellent.”
.
Seizer
redsonthespot.blogspot.com
Pemilik Liverpool John W. Henry idam kejuaraan Liga Perdana

Pemilik Liverpool John W. Henry mendedahkan bahawa dia kini mengidamkan untuk mendapat gelaran Premier League.
Pemilik Amerika ini sedang berusaha untuk membangunkan kelab supaya pasukan benar-benar berkemampuan dan sedang “berfikir tentang apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan kita memenangi kejohanan tersebut”.
The Reds sebelum ini dikendalikan Tom Hicks dan George Gillet dan pada 15 oktober 2010 NESV mengambil alih tampuk pimpinan kelab dengan membeli Liverpool dengan harga sekitar £ 300 juta. Sebelum ini kali terakhir Liverpool menang kejuaran liga perdana adalah 20 tahun lepas.
Tambah Henry lagi….
“dengan kemungkinann musim depan peraturan Financial Fair Play akan diguna pakai dan kami sedang berusaha untuk menempatkan kelab dalam situasi tersebut dan supaya kelab dapat bersaingan dengan peraturan tersebut.”
“Ini bermaksud bahawa pendapatan Liverpool seharusnya meningkat dan di dalam padang kita harus kekal untuk cergas dan menang dalam perlawanan”.
“Arsenal dan United mempunyai benyak pemain muda yang berpotensi .kita Liverpool tidak .Kami di bahagian pengurusan mempunyai tugas yang harus dilakukan di sini. Dan kita harus cerdas tentang hal itu. Kami di sini sedang merancang pembaguanan kelab dalam tempoh jangka panjang”.
“Apabila kita membuat perlaburan di kelab sukan, kita juga harus tahu bahawa segala sesuatu yang kita lakukan mempunyai makna untuk kelab dan penyokong kelab serta dan apa yang kami lakukan mempunyai makna bagi kami sendiri”.
“Ini sangat menarik.”
Antara positif dan negatif berada di dasar Liga
Kata-kata dari John W. Henry
Pemilik Baru Liverpool John W. Henry Bertemu penyokong tetapi menolak untuk membahaskan mengenai anggaran perbelanjaan perpindahan januari depan atau mengenai Perkembangan Stadium. Beliau dan Tom Werner, ketua kepada New England Sukan Ventures (NESV), bertemu dengan beberapa anggota kumpulan penyokong dan ahli politik yang mempunyai kepentingan dalam Liverpool telah membincangkan masa depan kelab dalam pertemuan tersebut.
Tambah Henry lagi….
Bos Liverpool itu mengungkapkan, dia telah belajar banyak dari perbincangan tersebut “saya sangat gembira dan kini kami akan mula bekerja dan melakukan perubahan untuk Liverpool,” kata Henry pada Sky Sports News. “Kami bertemu dengan kumpulan penyokong pada hari ini. Henry percaya pengikut setia kelab telah menderita dalam beberapa tahun terakhir setelah pemilik sebelumnya George Gillett dan Tom Hicks enggan untuk melakukan sebarang perubahan pada kelab dan keadaan itulah yang menyebabkan banyak peristiwa buruk berlaku dalam tempoh tersebut. Dan kini tambah Henry dan pada masa kini beliau berjanji tidak mengulangi segala apa yang dilakukan oleh pemilik sebelum ini. Beliau juga percaya dan yakin bahawa para peminat berhak untuk memberikan pandangan mengenai perkembangan.
Pada anda semua hayati lah kata-kata ini yang dikeluarkan sendiri oleh John Henry:
“Ada begitu banyak kerja hendak dibuat di sini dan ia akan ambil masa. Ada isu kewangan yang besar tapi akhirnya kami memutuskan yang kami benar-benar mahu bersaing di tahap ini.
“Kami kena jadi bijak, berani dan agresif kerana ia cabaran yang hebat. Ada banyak kali apabila kami berfikir ia cabaran yang terlalu besar tapi kelab ini begitu berbaloi – dan kami gembira dengan cabaran tersebut.”
Bagi saya (penulis) pasti dalam sedikit masa lagi, dengan kehadiran NESV seluruh tenaga kerjanya pasti akan membawa perkembangan positif untuk kelab dan yang paling penting membuatkan nama Liverpool megah di serata dunia. Akhir kata NYWA dari saya.
Post match feelings( Everton Vs Liverpool )
Setelah kekalahan 2-0 semasa menentang Everton di Goodison Park nampaknya Awan kelam kian menyelimuti pasukan yang kita cintai ini. Beberapa minggu yang lalu, saya ada mengatakan bahawa dalam penulisan saya yang berbunyi saya setuju dengan apa yang dilakukan oleh ROY. Tetapi pada kali ini minta maaflah saya tidak mampu untuk berkata seperti itu lagi. Kerana awan gelap semakin menyelubungi Liverpool, dan semakin hari semakin parah akibat apa yang dilakukan oleh Roy untuk kita semua.
Sedar atau tidak sedar ini merupakan kekalahan ke empat yang dikutip oleh Liverpool dalam kempen perlawanan liga perdana pada musim ini, melihat pada gaya permainan, selaku peminat yang menyokong pasukan The Reds ini. Terus terang saya kata kan bahawa saya tidak tahu apakah dan dimana silapnya pasukan yang bernama Liverpool ini.
Kalau hendak kata kan pemain yang menyebabkan perlawanan ini menjadi sebegini, adalah tidak patut kerana jika kita lihat pemainan pada malam tadi, semua pemain bemain dengan bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk mendapatkan kemenangan. Kalau nak kata kan pihak pengurusan yang salah, adalah tidak mungkin kerana kita baru sahaja mendapat pemilik baru yang berwibawa dibawah pimpinan John W Henry. Mungkin sebahagian besar peminat Liverpool mengatakan bahawa punca sebenar kekalahan pada malam tadi semasa menentang Everton adalah disebabkan oleh Roy hodgson. Secara jujurnya saya juga menyokong pendapat ini yang mengatakan Roy adalah puncanya Liverpool terperosok ke dasar Liga pada tangga ke 19. Namun saya juga memikirkan sesebuah fakta yang mengatakan bahawa dalam sesebuah perlawanan bola sepak hanya 20% penentuan kemenangan ditentukan oleh pengurus ataupun pengendali pasukan dan selebihnya sebanyak 80% ditentukan oleh pemain yang beraksi dalam padang.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang saya kata kan ini, tetapi ini adalah pendapat dari saya sebagai penulis yang menulis berdasarkan ilmu yang sedikit mengenai sukan bola sepak ini. Dan apa yang saya nak tegaskan disini, jika pihak pengurusan tertinggi Kelab ingin mencari pengurus baru untuk pasukan kita ini, harap pihak pengurusan mencari pengurus yang benar-benar berwibawa yang boleh mengembalikan senyuman kepada seluruh peminat pasukan yang penuh dengan sejarah ini.
Akhir kata dari saya ( penulis) saya sememangnya menghormati Roy hodgson, tetapi untuk saya menghormatinya sebagai pengurus Liverpool. Maaf tidak ada lagi rasa hormat pada mu lagi Roy.
Dan pada seluruh peminat Liverpool ingatlah, pada akhir ribut dan gelora ini pasti akan tiba sinar dan harapan baru yang akan menerangi langit. Keep the faith in Liverpool.
Liverpool, the Reds, THE KOP now and forever
from me Darion Daron
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)







