Aksi Jose “El Toro” Enrique memukau…
Beliau mungkin bukan pemain Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, tetapi aksi beliau bersama kita setakat ini sebenarnya harus mendapat perhatian daripada Vicente del Bosque dalam kempen Euro 2012 nanti. Bukan sahaja tegap, malah pantas dan mampu merencana gerakan dari bawah ke atas; dan saya percaya inilah kualiti yang kita cari di bahagian bek kiri semenjak pemergian John Arne Riise selepas musim 2007/2008.
Pemain-pemain selepas itu seperti Fabio Aurelio (pemain yang bagus tetapi kerap mengalami kecederaan), Andrea Dossena, Emiliano Insua dan Paul Konchelsky tampak gagal memberi impak yang kita harapkan malah memaksa kita untuk mengambil pemain ‘out of position’ seperti Glen Johnson dan Daniel Agger. Kemasukan Jose Enrique dari Newcastle pada harga sekitar £5.5 juta merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan, malah inilah pemain yang kita cari selama ini. Lebih hebat, pada hanya 7 aksi bersama kita beliau sudahpun dipilih sebagai Man Of The Match sebanyak 2 kali (ketika menentang Arsenal 20 Ogos, dan Everton 1 Oktober) – menampakkan kualiti Jose Enrique secara total.
Harapnya kita akan dapat menyaksikan lebih banyak lagi sumbangan beliau buat The Reds, dan untuk El Toro, You’ll Never Walk Alone.
Link di Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=Mmr4RfJmeVc
Gambar 1st training Jose Enrique
- Kuyt tengah practice untuk celebrate golnya untuk 1st game ni.
p/s: Caption di atas hanyalah rekaan penulis. tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
sekian. YNWA
10 Perkara yang Anda Perlu tahu Tentang Jose Enrique.
Saya tahu semua peminat Liverpool FC satu dunia sudah mengetahui tentang kedatangan Jose Enrique Sanchez ke Liverpool. Adakah anda kenal atau tahu tentang Jose Enrique ini?
Hari ini saya ingin share kan sepada anda semua 10 perkara yang anda perlu tahu tentang Jose Enrique.
1. Jose Enrique Sanchez telah dilahirkan di Valencia pada 23 Janari 1986. Kalau anda nak tahu, Steven Taylor iaitu pertahanan Newcastle juga lahir pada hari yang sama tetapi jam yang berlainan
2. Beliau mendapat jolokan “El-Toro” yang bermaksud “lembu Jantan”. Hal ini kerana beliau sangat agresif di padang dan mempunyai stamina yang sangat kuat disamping mempunyai bentuk fizikal yang sasa selaku pemain bek kiri. Nama ‘manja’ ini sebenarnya telah diberikan oleh rakan baiknya Juanfran ketika bermain untuk Spain dalam kejohanan U-21. Jose Enrique berkata “ It is a nickname that does not bother me; on the contrary, it is a compliment.” Jadi, beliau tidak kesah dengan nama ‘manja’ tersebut.
3. Jose Enrique telah menjadi pemain Newcastle United pada season 2009-2010 setelah diundi oleh peminat-peminat Newcastle dalam laman web official Newcastle.
4. Beliau juga telah dinamakan dalam pasukan Championship PFA pada season 2009-2010 bersama-sama Andy Caroll kerana berjaya menaikkan semula Newcastle United yang sebelum ini bermain dalam Liga Championship ke Liga Perdana Inggeris.
5. Sebagai pemain muda, beliau terpaksa memilih sama ada untuk tinggal di Spain sebagai pelumba lari atau pun bermain bola sepak. Beliau telah memilih bola sepak sebagai kariernya. Tidak hairanlah Jose Enrique memiliki kelajuan dalam lariannya dan merupakan antara pemain bola yang memiliki larian yang laju disamping Gael Clichy dan Fernando The Traitor.
6. Beliau memulakan kariernya di kelab Levante. Tetapi hanya bermain untuk Levante B. Beliau telah menarik minat Valencia untuk membelinya. Apabila di Valencia beliau tidak berkesempatan bermain untuk kelab Valencia kerana dipinjamkan kepada kelab Celta Vigo untuk menambahkan pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak profesional untuk 1 musim.
7. Jose Enrique seterusnya berhijrah ke Villareal pada musim panas tahun 2006. Beliau juga telah ke St James Park untuk perlawanan persahabatan menentang Newcastle United pada tahun tersebut. Mungkin atas faktor ini lah yang telah membuatkan Pengurus Newcastle pada ketika itu Sam Allardyce meminati Jose Enrique sebagai pemain barunya.
8. Akhirnya, 12 bulan kemudian beliau menjadi pemain Newcastle United yang sah dengan kontrak 5 tahun. Liverpool dan Manchester City juga berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain ini namun Newcastle yang telah memikat hati Jose Enrique. Tapi Jose Enrique memang berhasrat untuk ke Liverpool tetapi pengurus Liverpool ketika itu Rafa Benitez tidak membuat bid tambahan. tapi apa-apa pun kita dah dapat sudah berjaya mendapatkan pemain berkaliber ni.
9. Beliau telah membuat 36 penampilan ketika bersama Newcatle United.
10. Walau bagaimanapun, Jose Enrique hanya menjaringkan 1 gol sahaja sepanjang berada di England iaitu ketika pasukannya menentang Nottinghan Forest yang berkesudahan 2-0 pada Mac 2010.
p/s : Diharapkan kehadiran Jose Enrique ini memberi impak kepada skuad Liverpool FC dalam mengharungi perlawanan-perlawanan EPL dan cup-cup yang lain nanti. YNWA Jose Enrique. WELCOME TO ANFIELD.
Video: Enrique bek kiri terbaik EPL
memperkenalkan El-Toro, Leftback bertubuh besar, fizikal yg kuat dan pantas. itu sedikit ciri dari El-Toro (lembu sondol) memang agak tepat nama tersebut dengan cara permainan pemain ini. harga sekitar 5-6 juta adalah murah, tak keterlaluan jika dibanding dengan Glen Johnson (18juta) yg mempunyai watak sama seperti Jose. Enrique bakal memperoleh aksi antarabangsa pertama dengan Spain jika aksi dia memukau boss Spain. tertakluk juga aksi mantapnya sebagai lembu sondol di bhg kiri defend Liverpool FC musim ini. nombor skuad: #3
disertakan bukti Enrique adalah lebih baik dan terbaik dalam kalangan Leftback EPL lain berdasarkan statistik musim lepas
Kejayaan gelecek (successful dribble):
Enrique 65
Baines 26
Evra 26
Cllichy 21
Cole 17
Kejayaan tackle
Enrique 84%
Clichy 81%
Evra 76%
Baines 74%
Cole 61%
Ketepatan cross
Baines 28%
Enrique 23%
Cole 20%
Evra 18%
Clichy 17%
disertakan fizikal Enrique sebagai Lembu dalam defend Liverpool
Tinggi 1.84m
Berat 78kg
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)










