Kenny Daglish or Rafa Benitez

Semua orang tahu individu yang bakal disebutkan oleh saya, mereka memang terbukti sudah banyak memberikan jasa dan Kudrat untuk memajukan dan mempimpin Liverpool . Dengan saingan musim ini nampak ke penguhujungnya dengan baki lapan perlawanan yang harus dilengkapkan oleh The Reds untuk saingan musim ini.
Namun persoalannya disini, adakah pihak pengurusan akan memberikan kepercayaan kepada Kenny Daglish dengan kuasa sepenuhnya untuk kembali membina Kembali Liverpool kearah kejayaan seperti zaman kegemilangan pada era 80an. Jika kita Lihat pada minggu lepas, keputusan drastik dan amat tepat telah dibuat oleh John Henry dan barisan pemimpinnya, dimana Ian Ayre dan Damien Comolli telah secara rasmi diiktiraf sebagai pihak pengurusan dalam bidang pengkhususan masing-masing, iaitu Comolli sebagai peracang perkembangan bakat Liverpool dan boleh ditaksirkan sebagai pemerhati bakat-bakat baru untuk diketengahkan di Liverpool manakala Ian Ayre sebagai pengurus dalam bab promosi kelab.
Namun pertanyaan yang amat besar perlu kita sama-sama pikirkan, adakah nasib Kenny Daglish akan sama seperti mereka berdua yang telah saya sebutkan diatas. Memanglah kalau ditanya kepada peminat Liverpool walau dimana mereka berada sememangnya mereka amat-amat berharap Kenny akan terus memimpin pasukan yang kita sayangi ini. Dan mereka juga berharap John Henry dan pengurus dibawah kendaliannya akan melantik kenny Daglish sebagai pengurus tetap di Liverpool.
Kalau kita Lihat sejak akhir-akhir ini, semakin spekulasi dan berita rambang yang tersebar luas yang mengatakan Kenny akan diberikan Kontrak secara tetap di Liverpool. Kalau ini terjadi pastinya kita akan bergembira mendengar berita ini. Pada masa yang sama saya juga terpikir, jikalau lah Kenny tidak terpilih dalam senarai pengurus tetap di Liverpool pada musim depan, dan siapakah akan meneruskan legislasi sebagai pengurus Liverpool. Adakah bekas pengurus yang pengurus yang tidak boleh diperkecilakan jasanya di Liverpool iaitu Rafa Benitez. Adakah masih lagi ruang dan peluang untuk dia menjadi pengurus di Liverpool???
Dan kalaulah diberikan peluang untuk memilih pengurus Liverpool pada musim akan datang, siapakah akan anda pilih untuk mengemudi barisan pemain Reds yang semakin hari semakin mantap prestasi permainan mereka>>>>
Adakah benar kata-kata dari Steve Bruce???
Bila membaca komen yang telah dilampirkan oleh bos Sunderland daripada laman web Goal.com, kadang-kadang saya terpikir ada betul juga apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai pengurus kesayangan kita Kenny Daglish.
Memetik daripada komen tersebut yang berbunyi “ Liverpool akan menamatkan Liga Perdana di tempat lebih baik dari musim lepas”
Dalam komen tersebut Steve Bruce yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Manchester United ini. Menyatakan bahawa, pada musim ini beliau mengangarkan bahawa Di bawah kendalian Kenny Daglish, Liverpool akan menamatkan saingan di tempat ke 6 dan keatas.
Pujian harus diberikan kepada beliau, walaupun pasukannya kalah, Steve Bruce masih boleh memuji pasukan lawan yang telah menewaskan pasukan kendaliannya. Tambah beliau lagi.
“ saya juga yakin kehadiran Kenny di Liverpool akan mengembalikan zaman kegemilangan Liverpool seperti masa lalu, dimana pada ketika Kenny menjadi pemain dan juga disamping itu menjadi Jurulatih kepada The Reds”
Namun saya (penulis ) agak tertarik dengan kata-kata Steve Bruce yang berbunyi :
“It will take time because you have your Man Citys and Tottenhams.”
Maksudnya disini. Untuk kembali kearah era gemilang seperti zaman era 80 an. Kenny memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan Liverpool kembali mendapat gelaran Liga Perdana, hal ini adalah kerana seperti yang kita tahu, kini pasukan yang bermain di Liga Perdana adalah bukan sebarangan, jika tidak berhati-hati pasti akan membawa padah kepada kelab. Ditambah pula dengan kehadiran Man city and spurs pastinya, akan membuatkan impian kita untuk melihat Liverpool Juara Liga perdana sidikit terganggu.
Contohnya, perlawanan menentang West Ham lepas, menyaksikan dimana kita tewas mengejut kepada pasukan kendalian Avram Grant di Upton Park.
Kepada rakan-rakan lain jangan salah paham… disini bukan bermaksud saya tidak percaya kepada Kredibiliti Daglish dalam mengendalikan Liverpool. Dan sejak kedatangan Daglish, beliau telah membuktikan bahawa dia salah seorang pengurus terbaik lihat sahajalah….
Pada satu ketika Liverpool ditinggalkan oleh Roy pada kedudukan antara pasukan tercorot Liga tetapi dengan idea beliau kini Liverpool kembali bersaing dalam kedudukan tahta Liga perdana.
Apa-apa pun saya harapan cepat-cepatlah pihak pengurusan Liverpool menawarkan kontrak tetap kepada Kenny supaya beliau boleh meneruskan perancangan jangka panjang untuk membina kembali Liverpool gah di seantero dunia.
Ps : Saya tetap Liverpool fan Ok!!!!!
2 bulan dibawah kendalian The King
Musim ini banyak kita lihat perubahan, peralihan, kemenangan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan dan dan banyak lagi lah untuk diperkatakan. Lihat sahajalah pada awal musim pada era kendalian Roy hodgson, pada permulaannya, begitu banyak kesedihan dan kecurangan yang berlaku.
Bermula dengan kekalahan memalukan dengan Man City, dan diikuti rapat dengan kekalahan dengan Man United di Old Trafford. Dan paling pahit untuk ditelan apabila menyaksikan kekalahan memalukan dengan Blackpool di Anfield. Memang menyeramkan dan menyedihkan jika mengenang segala memori lepas pada awal musim ini.
Dan selepas itu, dugaan demi dugaan menimpa apabila kita terus dikejutkan dengan berita bahawa kelab kesayangan kita akan dijual oleh pemilik lama kelab Gillett and Hicks yang dikatakan berkeras untuk menjual kelab dan jika mahu menjual kelab, kedua pemilik ini mahu menjual kelab dengan harga yang boleh dikatakan terlalu mahal.
Namun syukur, hasil usaha lembaga pentakbiran yang membawa kes ini ke mahkamah High Court, dan hasilnya kelab Berjaya dijual ke New England Sports Ventures ( NESV) pada tarikh 15 October 2010 dengan harga sekitar £300 juta . Saya (penulis), masih ingat lagi semasa menunggu keputusan perbicaraan tersebut hampir dekat 7 jam duk depan laptop pasal hendak mengetahui adakah benar-benar kelab kesayangan kita ini dijual kepada tangan yang betul. Sungguh mendebarkan.
Dan kemudian, keadaan nampak kembali tenang dan selepas beralihnya pemerintahan kuku besi, Gillett and Hicks, tambah pula masalah baru yang berterusan menimpa kelab. Dan masalah ini adalah bagaimana prestasi kelab yang benar-benar merudum dan kekalahan demi kekalahan antaranya Stoke City, Wolverhampton di Anfield. Dan juga paling teruk untuk dilihat dan dikenang perlawanan semasa menentang Blackburn di Ewood Park.
Selepas kekalahan demi untuk kebaikan bersama dan kebaikan kelab yang terutamanya. Pihak pengurusan kelab mengambil tindakan drastic untuk memecat Roy Hodgson dan membawa kembali lagenda, bekas pemain yang pernah mengukir nama di Liverpool. Kenny Daglsih hadirpada 8 January 2011 untuk menyelamatkan kelab dari terus sensara dan terus hanyut dipukul ombak kekalahan demi kekalahan.
Syukurlah setelah cukup dua bulan tepat pada hari ini 8.3 .2011 dibawah kendalian Kenny semakin hari, kelab menunjukkan perubahan dan semakin lama, fan, penyokong pasukan lain semakin berjaga –jaga mulut bila bercakap mengenai Liverpool, kerana semasa zaman kendalian roy mereka sangat suka melihat dan menonton perlawanan yang melibatkan Liverpool dengan tujuan untuk mengutuk dan memberikan komen pedas kepada penyokong Liverpool. Dan saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kutukan mereka.
Banyangkan lah pada suatu ketika dalam musim ini kita pernah berada pada kedudukan penyingkiran Liverpool pernah berada di kedudukan 3 terbawah dan kini pada hari ini, siapa juga sangka kita kembali bersaing untuk kedudukan big four dalam tahta liga Perdana. Dan sabagai penyokong kelab ini. Saya bukan bercakap hendak memuji atau apa! Memang benar kehadiran Kenny telah menyelamatkan Liverpool dan mengembalikan Liverpool pada kedudukan yang sepatutnya Liverpool duduki. Thanks kenny kerana mengembalikan senyuman untuk Liverpool.
Negredo dijadikan pelan sokongan jika tawaran untuk Suarez gagal
menurut sumber yang dinyatakan oleh web Liverpool sedia untuk memperhebat tawaran dan saingan untuk mendapatkan Luis Suárez, namun jika pembelian ini gagal untuk mencapai kata sepakat pemain yang dijadikan sandaran untuk gentian kepada Suarez adalah Álvaro Negredo yang kini bermain di pasukan Sevilla.
Dalam berita ini juga menyatakan, Kenny Dalglish dan Damien Comolli telah mengenalpasti Suarez sebagai sandaran utama untuk dibawa ke kem latihan The Reds. Tetapi kini masalah utamanya adalah Ajax seakan-akan tidak mahu melepaskan penyerang tonggak mereka itu. Dan jika mereka mahu melepaskan pemain kebangsaaan Uruguay, mereka mahukan harga yang tinggi iaitu sekitar £ 35. Juta.
Disebabkan hal ini, kini Liverpool mengambil langkah drastik iaitu membuat langkah kedua, dimana reds kini sedang memperhatikan Negredo pemain pasukan Sevilla. Dikatakan pemain ini menjadi kegemaran kepada pengurus kita Kenny Daglish dan juga semasa era kendalian Rafael Benitez beliau sidah lama hendak mendapatkan pemain ini.
Langkah pembelain pemain ini adalah untuk merealisasikan perancangan jangka panjang untuk membentuk pasukan yang mempunyai hala tuju dalam tempoh yang lama. Namun masalahnya Liverpool terpaksa berjaga-jaga dan terpaksa berhati-hati dalam proses pembelian pemain kerana peracangan yang betul sahaja akan memberikan impak yang besar terhadap proses pembangunan kelab.
Disamping itu anatara nama lain yang turut dikaitkan dengan Liverpool adalah Stephen Warnock yang merupakan mantan pertahanan kiri Liverpool kini bermain untuk Aston Villa.
Ringkasan Everton press conference + video
Sejak kembali menerajui Liverpool, setelah roy dipecat, Kenny Daglish menyatakan perlawanan menentang everton adalah perlawanan yang membawa seribu erti kepada dirinya. Kerana sejak mentakbir Reds, dalam dua perlawanan yang lepas Dalglish hanya memimpin pasukan bermain ditempat lawan.
Disamping itu, Daglish juga menyatakan, bagi memastikan kemenangan dapat dicapai pada perlawanan ini, beliau akan cuba memastikan pemain untuk tidak melakukan kesilapan yang sama seperti semasa menentang Blackpool dan united. “kami perlu menang perlawanan ini, untuk menaikkan kembali taraf tumpuan pemain dan kadar konsiden pemain, dan jika perkara ini dapat diatasi maka kita akan kembali bermain seperti sediakala dan kembali menang dalam perlawanan demi perlawanan”
Dalam sesi temubual itu juga, daglish juga menolak bahawa spekulasi dimana dia sedang mencari pemain untuk dibawa ke dalam squad kendaliannya dalam musim perpindahan kali ini.
Tambah Daglish lagi….
“Saya berpuas hati dengan pemain yang sedia ada kini, dan saya tidak tahu siapa yang menulis berkenaan spekulasi perpindahan yang ingin saya lakukan kerana saya tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar”
Dan juga pengurus reds ini juga menyatakan bahawa masalah untuk squad adalah masalah kecederaan Carragher. Tetapi apa yang penting untuk masa dan keadaan sekarang adalah memperbaiki segala kelemahan dan memastikan momentum pemain stabil untuk mendapat kemenangan.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)







