Post Review: Liverpool 2 Wolves 1
Kita menang di Anfield, menjinakkan ‘serigala‘ dengan jaringan 2-1. 3 mata sudah dikutip namun ada drama yang tidak seharusnya muncul, kini menjadi perbualan antara kita dan mungkin seteru kita.
Pada permulaan kesebelasan skuad diumumkan, sudah ramai yang mula mempersoalkan mengapa Steven Gerrard tidak diturunkan di dalam kesebelasan utama, manakala King Kenny menurunkan hampir kesebelasan yang sama ketika kita tewas menentang Spurs tempoh hari. Hairan tetapi bagi saya sesiapa sahaja yang mendapat kepercayaan King Kenny sudah pasti sudah membuktikan mereka layak. Permulaan permainan yang sangat menarik, aksi pass and move ditunjukkan. Akhirnya pada seawal minit ke-11 rembatan Charlie Adam disudahkan sendiri oleh pemain Wolves dan memberi kita kelebihan 1-0 dan seperti aksi luar biasa beliau, Luis Suarez kembali di dalam scoresheet dengan menjaringkan gol kedua kita pada minit ke-38. Separuh masa pertama berakhir 2-0. Pada separuh masa kedua, kelihatan aksi kita mula perlahan, akhirnya dihukum seawal minit pertama separuh masa kedua oleh Fletcher yang mudah menewaskan Pepe Reina. Keputusan kekal berakhir 2-1 dan 3 mata berada di genggaman kita.
Berkenaan insiden ketika pertukaran Suarez dengan Gerrard, agak mengecewakan melihat reaksi beliau apabila terang-terang menunjukkan ketidakpuashatian beliau. Mungkin saya antara yang turut terkejut dengan keputusan King Kenny menukarkan Suarez kepada Gerrard, namun saya lebih terkejut melihat tindak balas beliau. Namun, rasanya perkara ini sudahpun reda (buat masa sekarang) apabila Suarez membuat pernyataan maaf di laman Facebook dan Twitternya manakala King Kenny pula memuji aksi Suarez ketika di padang. Harapnya tiada isu lagi selepas ini.
Yang penting, sama-samalah kita berharap agar isu-isu sebegini tidak menghantui aksi pasukan. Haruslah kita ingat, NOTHING IS BIGGER THAN LIVERPOOL FC. YNWA
Skuad: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Jose Enrique, Downing, Henderson (Kuyt), Lucas, Adam, Carroll, Suarez (Gerrard)
Preview Carling Cup: Brighton lwn Liverpool
Info Siaran:
22 September 2011
2.45 pagi
Astro 816
Awal pagi nanti kita akan berkunjung ke Stadium Falmer bagi menghadapi The Seagulls, pasukan yang menjuarai Liga Satu musim lalu. Diharapkan kita akan memenangi perlawanan ini bagi mengembalikan moral pasukan yang menjunam ekoran tewas 2 perlawanan terturut-turut di dalam perlawanan liga.
Dengar-dengarnya, King Kenny akan menyenaraikan Steven Gerrard di dalam perlawanan ini. Tidak pasti sebagai kesebelasan ataupun simpanan namun yang pasti ia bakal menyaksikan aksi pertama kapten kita dalam musim ini semenjak 6 Mac 2011 lalu. Ini mungkin menjadi testimoni yang baik buat kapten kita dalam menilai semula prestasi dan aksi beliau setelah tidak beraksi selama 6 bulan. Tiada Charlie Adam, Martin Skrtel dan Daniel Agger di dalam perlawanan ini bermakna beberapa rombakan akan dilakukan.
Sesiapapun yang diturunkan, harapnya dapat memberi kita senyuman awal pagi nanti. All the best King’s Army. YNWA
Kesebelasan jangkaan: Reina, Flanagan, Coates, Carragher, Jack Robinson, Spearing, Gerrard, Bellamy, Rodriguez, Kuyt, Carroll
aksi Euro, kelebihan buat LFC ?
satu kelebihan yg ditunggu bagi penganalisis kencah liga Inggeris apabila buat pertama kalinya Liverpool tiada aksi dalam european-night yg menjadi kebanggaan kelab kita selama ini. itu belum pasti, adakah kelebihan di pihak kita atau di pihak team yg beraksi dalam kencah europa.
bagi minggu ini, perlawanan tumpuan terarah kepada kencah di puncak liga antara Man Utd dan Chelsea. kedua pasukan ini dibezakan 2 mata, dan bakal mengubah corak tampuk puncak liga pada hujung minggu ini. Begitu juga di takhta liga kini, Man City akan melawat Cottagers, Fulham selepas aksi Champions League pertama rabu lepas. Harus diingat, seteru tempat ke-4 liga ketika ini kuat ke pasukan Stoke juga beraksi dalam Europa bersama Fulham dan Tottenham. apa yang menjadi kelebihan buat kita dalam saingan gameweek 5 ini adalah aksi Europa

(Stoke,Spurs,Fulham,Birmingham) hanya akan dimainkan Jumaat, (khamis di UK) dan perlawanan EPL adalah pada Ahad, pemain mereka bakal letih diberi hanya 3 hari waktu rehat dan persediaan.**Birmingham berada di Npower League 1.
Dengan aksi gameweek 5 bakal bermula kebanyakkan pada Ahad bagi pasukan Europa dan CL, Hanya Liverpool dan Newcastle saja yg mempunyai pemain lengkap dengan persediaan dan rehat secukupnya.
jadi, dengan prediksi gameweek 5 sprti ini, pasti ada kelebihan buat LFC terus memberi cabaran liga utk minggu ini, walau keputusan minggu sudah tidak menyebelahi pasukan kita. LFC hanya perlu menang jika mahu kembali berada dalam 4 kelompok tertinggi dengan 10 mata, dan kita harap aksi Man utd – Chelsea hanya seri dan begitu juga Man City. Dengan skuad LFC yg diberitakan cergas hampir semuanya di bahagian serangan. Termasuk juga kehadiran Stevie di bangku simpanan pasti memberi impak besar buat pasukan utk terus memberi tekanan kpd pendahulu liga.
Namun, sedikit merisaukan dibarisan bertahan. Carragher belum ada konsentrasi 100%, dan sekali lagi Johnson cedera. Dalglish perlu buat rombakan jika mahu pertahanan yg konsisten utk terus papar aksi lebih baik dan menaik moral setiap pemain.
prediction vs Spurs: 2-0 (Suarez,Suarez). Spurs belum ada kemenangan di Hart Lane, mengharap aksi Europa yg tak konsisten buat Spurs utk kita memanipulasi kelemahan moral pemain Spurs.
5 kunci utk menang di Stoke
Hilang mata, tak kiralah seri atau tewas bukanlah ‘Liverpool-way’ yg cuba diterap kembali oleh Dalglish. kalau era Rafa dan Roy, mereka puas hati dengan ‘kalah-tipis’ dan ‘seri’ di away ground tapi bukanlah yg terbaik jika Dalglish pula ambil alih pengurusan LFC. buktinya, Dalglish baru saja membuang badi di Emirates dengan mencatat 3 mata pertama dari kelab London itu, malah aksi itu adalah di dalam away game. dari 3 perlawanan, 2 mata telah hilang, lebih perit keputusan seri di catat di Anfield. bagi perlawanan ke-4 menentang Stoke, tiada kompromi. 3-mata wajib disambar dengan 5 kunci dan faktor yang saya nyatakan di bawah: *Untuk rekod, Liverpool TAK PERNAH menang di Britannia.
1.Sumbat gol awal
Sejak tampuk kendalian Dalglish, tugas menerjah jaring tak jadi masalah. walau di tempat lawan pasti ada gol. minggu sudah, Henderson ledak gol awal. dan kita lihat aksi itu terus konsisten utk mencari gol kedua dan seterusnya ketiga. cuma kelekaan akhir minit oleh beberapa pemain pertahanan menyebabkan Reina hilang status ‘cleansheet’ ke-2 musim ini. anda lihat, aksi mendebarkan menentang Arsenal di Emirates bila kita lewat nak jaringkan gol. Carroll gagal membuka jaringan sehingga memaksa Dalglish menukar formasi serangan laju di hujung permainan. terima kasih bagi gandingan Mireles-Suarez waktu itu.
2. Serang..Serang..dan Serang..
Beri tekanan kepada pertahanan mereka. Stoke musim ini diketuai bekas pemain Spurs, Woodgate yg baru dapat rentak setelah dihantui kecederaan di kelab lamanya. harus diingat, back-4 mereka adalah seperti; Huth, Sidibe, Upson dan Showcross. semua berpengalaman dan berfizikal kuat dan besar. cara nak menangani pertahanan seperti itu, adalah terus beri tekanan. bukan dari Suarez seorang, malah dari banyak sudut. jika kita di posisi bertahan, pemain pertahanan Stoke mampu membina serangan dari bawah, malah mampu sumbat gol dari set-piece.
3.Faktor Suarez

Tak disangkal lagi, kita kembali ke zaman Gerrard-Torres. bila mana 2 pemain ini mula beraksi, kita terus menang dan menang. Suarez antara faktr dan watak penting untuk menang. setakat ini, tugas serangan di bahunya. kita harap, kembalinya Stevie ke dalam training ground minggu ini, sedikit menaikkan moral dan taktikal ketika dalam latihan. Suarez bukan boleh ledak gol, malah dia mencipta gol untuk rakan yg lain.
4.Formasi betul
Reina
Kelly-Agger-Carra-Enrique
Adam-Lucas
Downing-Hendo-Kuyt
Suarez
*formasi vs Bolton
dengan pilihan yg banyak di bhg tengah padang. pelbagai formasi di variasikan untuk menghadapi siapa pun lawan kita. bagi taktikal menentang Stoke, pilihan midfield yg ramai adalah tepat. ini bagi menangkis, permainan fizikal mereka yg mampu menjinakkan pasukan pelawatnya walau dari big-4 sekalipun. mereka ada Palacios, dan
5.Sebastian Coates di lineup?

mungkin belum masa sesuai untuk diserap ke dalam pilihan utama. Coates harus ‘blend’ di dalam skuad sebelum memecah pilihan utama kenny. Coates merupakan anak keturunan bangsa Inggeris. dan dia boleh bertutur Spanish seperti Enrique, Reina, Suarez dan Maxi. jadi, tak menjadi masalah untuk dia cepat blend di dalam skuad. apa yg menjadi faktor penting kehadiran Coates adalah fizikalnya yang mampu menangkis serangan fizikal dari Stoke. Harus diingat, Crouch pemain tertinggi mereka bakal diketengah dalam line up. dan bakal menghantui Carragher yg tampak lemah dalam perebutan bola udara.saya bandingkan ketinggian Coates (6’6″) dengan pemain Stoke yang lain
Walters (6’0″)
Jerome (6’1″)
Jones (6’2″)
Fuller (6’3″)
Sidibe (6’4″)
Crouch (6’7″)
dengan mengetepikan Carragher, kita ada Daniel Agger (6’3″), Marten Skrtel (6’3″) dan Sebastian Coates (6’6″)
tak menjadi kejutan jika mengambil kira faktor ini, Carra bakal diketepikan untuk membawa Coates bergandingan dengan Agger. ini diambil kira aksi Carragher minggu lepas sebagai punca bolos di minit terakhir. anda juga masih ingat, Kuyt pemain konsisten selama ini dalam lineup Dalglish DIGUGURKAN pada match pertama menentang Sunderland.
Jadi segalanya mungkin bagi King Kenny untuk merealisasikan 5 faktor diatas
artikel diolah oleh penulis dari laman bleach report ulasan Jake Ware
LFC sahkan 19-pemain berdaftar
Seramai 25 pemain maksimum dibenarkan FA tidak termasuk bawah-21 tahun perlu didaftarkan sebaik sahaja perpindahan awal musim selesai 1 September lepas. di dalam skuad ini, FA menetapkan tidak melebihi 19 pemain luar, atau bukan ‘Home-grown’ dan selebihnya (6) pemain adalah wajib dari Home-grown.
skuad 19 pemain: Jones, Johnson, Enrique, Agger, Aurelio, Suarez, Gerrard, Carroll, Rodriguez, Kuyt, Downing, Spearing, Carragher, Reina, Adam, Doni, Skrtel, Lucas, Bellamy.
pemain b-21 tak perlu didaftar, kelab boleh guna mana2 pun pemain akademi dan reserve yg berumur bawah 21 tahun. berikut merupakan antara nama pemain b-21 yg berada dlm pilihan utama Dalgliish seperti Shelvey, Henderson, Flanagan, Sebastian Coates, Danny Wilson dan Martin Kelly
Downing: adanya sinar musim ini !
Tanda harga £20 juta untuk seorang sayap tua? harga ini layak bagi seorang penyerang yg muda. Aston Villa meletak harga sedemikian tinggi kerana nilainya adalah lebih tinggi dari £20 juta itu sendiri. Kenapa? haa yg itu kita nak bincang dalam artikel kali ini.
1.Polisi British
Rafa Benitez bukan peminat setia kepada pemain British. beliau lebih rela menggilap bakat negara asal utk menjadi hero Anfield. Terima kasih untuk Reina, Alonso dan Torres ooops!!. agak sensitif, tapi membanggakan kita untuk musim pertamanya. tapi menjadi parang/pedang/pistol dlm daging peminat Liverpool amnya. Datangnya kembali The King, atau dalam Malaysianya, Datuk Kenny polisi ini di ‘gah’ kembali menjadi nadi utama dlm skuad adalah rakyat British sendiri. Polisi ini sangat digeruni, diguna pakai oleh rejim Alex di negeri seberang dan membawa kejuaraan demi kejuaraan sehingga menyesatkan rakyat malaysia yg gah memuja sang saitan walau di bulan puasa.
Charlie Adam, Carroll, Henderson antara nama lain(rekrut baru) menjadi taruhan rakyat British ini selain dalam skuad sendiri ada seorang lagi Scottish, Danny Wilson. (tak masuk Englishman yg juga British) Jadi apa kelebihan British ni? Pernah dengar Bootroom? anda boleh rujuk sejarah kelab ini betapa hebatnya penangan bootroom yg dipelopori British man suatu era kegemilangan kelab ini. jadi, Dalglish sebagai British merasakan dia layak membawa semula tradisi ini yg nampak bakal menggugat dominasi rejim Alex suatu hari nanti.
2.Winger sejati
Bukanlah lagu Wings- Sejati, tapi saya maksudkan adalah ‘Natural Left-Footed’ footballer djaman kini sukar di dapati. apatah lagi ‘made in britain(england)’. Downing asalnya dari Middlesbrough dan dia membesar riang dari sana. pernah cedera panjang sebelum disambar Aston Villa. semasa cedera, market beliau kurang laku. PengikisDuit Football club pada masa itu ada niat memancing beliau, sebelum Villa sambar secara halus. ok tak nak cerita panjang pasal karier beliau, korang boleh Wiki kemudian.
Beraksi bagi kedua belah kaki adalah opsyen terbaik Dalglish nampak dalam ciri Downing. Cross maut boleh dilakukan pada aksi kaki kanan dan kiri walau pun ‘natural’ dia adalah Kiri. mari kita main statistik:
- Sejak Ogos 2004, peluang dicipta kpd pemain lain oleh Downing sebanyak 421 kali. jgn terkejut, hanya Gerrard, Lampard,Fabregas dan Giggs yg melepasi angka itu.
- 5 musim lepas, average aksi satu musim adalah 34.4 dan aksinya musim lepas sebanyak 38 kali (semua game). Wow ini mr. konsisten!! Kuyt bakal digugat!!
- musim lepas, dia pemain paling banyak cross (324cross)!! sebanyak 77 peluang tercipta termasuk 7 assist. utk comparison; KUYT cipta 53 peluang termasuk 7 assist dan David Silva cipta 73 peluang dan 7 assist.
- Namun, peratusan tepat ke sasaran pemain (accuracy) adalah kurang memuaskan hanya 24%. namun, bayangkan target cross adalah Carroll yg tingginya menjangkau 2meter!.
3.Lebih baik dari A.Young
Mungkin ada yg kurang puas hati dgn harga Ashley Young dijual jauh lebih rendah dari S.Downing. tapi anda tak tahu, Downing lebih bagus dari pengganti nombor Scholes itu!!
- Young punya cross tak sehebat Downing (harap gentel dan laju ala2 CR dan Neni)
- Downing adalah Mr. Konsisten di Villa musim lepas.
- Mcleish yakni manager Villa ketika itu lebih rela lepaskan Young berbanding Downing.
- Downing merupakan Aston Villa player of the year
- Pengalaman downing !
4.Penamat badi sayap kiri?
kenalkah anda dengan pemain seperti Riera, Nunez, Babel, Kewell. semua itu nama yg flop. walau ada jasa sumbangan sebahagian dari mereka ini kpd kelab, tapi bukan pada semua perlawanan yg kita harapkan. hadirnya Downing diharap mampu menjadi Mr.Konsisten di dalam skuad supaya badi ini bakal dilupus dan menjadi batu utk diloncatkan bagi meraih trofi ke 19 musim ini!! yaaah!!
5.’Set piece taker’ bersepah
Kini, bukan lagi hanya GERRARD saja yg mampu. Downing,Adam,Aurelio,Suarez,Henderson antara yang setara skillnya bagi memikul tanggungjawab ini!. dan kini, bebanan ini dirasai oleh si penanduk seperti Carroll, Agger dan kyrgiakos. kehadiran Downing, bukanlah freekicker hebat seperti Gerrard, tapi mungkin mampu mengisi kekosongan yg ditinggalkan saja.
6.Pelengkap formasi

dan mungkin ini yg terakhir mengapa angka 20juta itu sanggup digadai untuk pemain England berumur 27 tahun ini.
kita tahu, Carroll perlukan jolokan pemain sayap bagi menerjah gol lawan. Kehadiran Adam dan Downing dilihat melengkapkan formasi musim sudah yg ketara lemahnya di bahagian berkenaan. Downing bakal menendang posisi Maxi di sebelah kiri, dan Adam akan diganding bersama Lucas di tengah. corak permainan Adam kerap Long-ball pada pemain paling tepi di atas padang, sama seperti yg dilakukan Alonso untuk Riera dan babel dahulu. dan kali ini, reputasi Downing adalah lebih baik dari Riera dan Babel. dan kemahiran Cross Downing bakal membuka lebih 50% peluang buat Carroll berbanding musim lepas.
Dan harus diingat!! kehadiran Downing bukan fokus untuk bola tinggi Carroll. dia bijak buat umpanan ke kaki khususnya Suarez.
Torres: Masa Depan Liverpool tidak cerah?

Rasanya pada 1 Februari lepas saya telah menulis artikel yang menyatakan bahawa itu merupakan artikel terakhir yang ingin saya tulis berkenaan bekas penyerang kita, Fernando Torres. Saya mungkin antara jutaan peminat beliau yang amat kecewa dengan keputusan beliau menyertai Chelsea, kadang-kala ter’stream’ juga beberapa video jaringan yang beliau pernah sumbangkan buat kelab tersayang kita ini, namun bak kata King Kenny, “nothing is bigger than LFC” dan Torres adalah di antaranya.
Kita sudah saksikan sendiri separuh musim sudah berlalu, di mana beliau hanya menyumbangkan 1 gol sahaja buat Chelsea, jadi saya rasa keputusan menjual beliau sememangnya tepat. Namun apabila beliau mengeluarkan kenyataan di atas, hati ini terdetik bertanya “masa depan siapa yang tidak cerah? Liverpool atau Torres di Chelsea?”
Dengan kini cita-cita pemilik kita, John W Henry, yang begitu dahagakan kejayaan dan mengembalikan kegemilangan Liverpool, saya tidak nampak dakwaan El Nino adalah berasas. Di bawah pemilikan Henry, kita sudah membawa masuk beberapa pemain berkelas dunia; antaranya Luis Suarez, Andy Carroll, Stewart Downing, Charlie Adam (dan mungkin lebih ramai lagi) menampakkan visi bahawa kelab kita berada di landasan yang betul. Ketika kita di dalam krisis kelemahan bahagian pertahanan, mungkin dalam masa terdekat ini kita akan mendapat 2 pemain pertahanan yang mampu menyelesaikannya – membayangkan betapa kita mendapat visi dan optimis bahawa musim 2011/2012 bakal menyaksikan musim kebangkitan semula Liverpool Football Club; dan tidak mustahil akan merebut kembali top four dan mungkin, Juara Liga ke-19. Siapa tahu kan?
Buat Torres, baik anda perkemaskan dahulu karier anda kerana kami semua yakin anda tidak mahu berakhir seperti Shevchenko ketika di Chelsea dahulu.
“You Who Betray Will Always Walk Alone”
Kenny dan Mokhtar tetap di hati
kepada fan yg die hard hanya untuk malaysia, saya tau hati anda hanya utk lagenda SuperMokh. Tapi, tahukah anda, dalam setiap hati fan liverpool di negara kita ni, ada dua permata yang terbuku di hati iaitu Dalglish dan Mokhtar!!..
kredid buat empunya banner yg juga merupakan admin fb my-lfc
bila syaiton seberang sangat teruja
Kata hikmah Ferguson suatu ketika dulu sangatlah masin. tugasnya dah pun selesai bila dulu dia berjanji nak memusnahkan rekod dan angka 18 Liverpool. Tahun 1994, bila Title pertama dimenangi Fergie, dia dgn berani mencabar kedudukan itu, dan kini semuanya dah nampak hasil. Lebih berani, anak2 peliharaan ferguson ini menggantung banner “MUFC 19 TIMES” tatkala perlawanan menentang Spurs Ahad lepas. Saya tak pasti keadaan fan Man U tersebut yang sangat berani. Walhal, fan man u yang lantang memijak fan liverpool di Malaysia pun bukan main berang fan liverpool kita nih. Mana taknya, di segenap page dan facebook group dah jadi medan pertempuran kedua dua puak Man U dan Liverpool.
Nak dipendekkan cerita, seorang rakan di FB juga fan Man U, meng’like’ page kami dan menghamburkan komen iklas dari lubuk hatinya:
Bukan saya nak memuji fan man u keseluruhannya, dan termasuk team man u tu sendiri, tapi kalau encik Mat hairol nak tau, kami dah lama tau fan man u memang macam nih. tak payah nak pandang jauh tgh fan dia macam mana, bukak je radio dah tau apa jenis fan man u ni sokong tim mereka. Harus diingat juga, bukan juga semua fan syaiton ini seperti DJ Radio itu, namun ada juga serperti brada Mat hairol ni, mereka betul2 menghayati tim tersebut dan mengamati bola sepak itu dengan lebih meluas lagi. dan bila Man U ni dengar je ‘LIVERPOOL’ telinga mereka panas, seakan api membakar menusuk ke dalam hati dan kalbu, bila Dalglish dah sign as long term manager, lagi membakar api itu dan mereka akan menikmati keraian title ke-19 ini semegah megahnya sebelum dirampas kembali rekod berkenaan paling kurang 2-3 musim lagi di bawah kontrak Dalglish bersama LIVERPOOL.
OOPs, ada juga terselit 5piala CL yang belum mampu digugat yg dinyatakan abam Mat Hairol.. that makes LFC special… mungkin kne tanya akak DJ radio tu berapa CL yg pernah MU menang..
Bab ban-meng’ban’ fan di Page facebook pulak TAK PERNAH berlaku di page kami, My-LFC [ Die Hard Fan from Malaysia]. dan setakat ini, ahli2 di page berkenaan sangat pro dan sempoi. tak kira kalah menang tetap supportive, dan tetap dgn jersi merah bertatahkan burung Liverbird di dada.
Ian Holloway puji pengurus kita
Menurut sumber dari Liverpoolfc.tv, pengurus Blackpool, Ian Holloway mengatakan bahawa Alex Ferguson masih memiliki jalan panjang untuk mengatasi Liverpool.
Tambah Ian Holloway lagi…..
Tiada kelab yang mampu menandingi sokongan yang padu daripada peminat seperti yang diperlihatkan oleh penyokong Liverpool, dan juga tradisi yang diamalkan oleh The Reds amat mempengaruhi suasana yang tidak dapat dibandingkan pada kelab lain.
‘kita boleh lihat, sebelum permainan bermula, kita akan terdengar nyanyian lagu “You’ll Never Walk Alone” yang bergema yang dinyanyikan oleh penyokong, dan disini kita boleh lihat bagaimana kuatnya semangat penyokong kepada kelab”
Disamping itu pengurus The Seasiders ini turut memuji, pengurus dan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish, yang merupakan pemain dan pengurus yang hebat dalam penglibatannya dalam sukan bola sepak.
“Semasa zaman kegemilangan beliau, bergelar sebagai pemain di amat hebat dan mengkagumkan dalam padang, dan sangat teruja apabila melihatnya beraksi di padang pada ketika dahulu”
“dia merupakan seoarang yang hebat, jika diberi peluang saya ingin berkerja bersama beliau”
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)












