You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " kuyt"

Kuyt dan Kelly : “Hari yang sempurna”

Pemain kebangsaan Belanda Dirk Kuyt menyatakan pujiannya kepada Fernando Torres selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan semalam dan berjaya menewaskan pendahulu Liga iaitu Chelsea

Tambah Kuyt lagi…

“Saya percaya dalam empat perlawanan terakhir ini, menunjukkan Liverpool semakin yakin dan mendapat semula kekuatan untuk terus kembali mengejar kedudukan dalam big Four dalam tahta Liga Perdana”.

“Kami percaya kepada Fernando dan tidak ada keraguan mengenainya”

“Anda boleh lihat pasukan bermain lebih baik setiap minggu dan di setiap pertandingan, dan Fernando juga menjadi lebih baik dan lebih baik”.

“Pepe bermain dengan cermelang apabila berjaya menyekat kemaraan Chelsea dari menjaringkan gol pada separuh masa kedua”

Disamping itu, Kuyt juga menyatakan bahawa dia tetap optimis dengan perlawanan selepas ini iaitu Liverpool akan bentandang ke Wigan untuk meneruskan persembahan cermelang dalam Liga dan mengejar kembali kedudukan dalam Liga

Turut menyatakan pujian kepada Fernando Torres adalah pertahanan muda yang bakal menyinar di Liverpool iaitu Martin Kelly yang turun mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sotirios Kyrgiakos dan Glen Johnson kerana kedua pemain ini sedang bergelut untuk kembali Cergas.

Tambah kelly lagi…..

“Fernando Torres adalah pahlawan dalam perlawanan semalam dan telah membuktikan dia adalah pemain yang mempunyai kelas tersendiri apabila menjaringkan dua gol yang memukau dan saya juga berharap agar dia akan terus cermelang dalam perlawanan akan dantang demi membantu Liverpool terus kekal dalam prestasi terbaik”

sumber; liverpoolfc.tv.com

Oct 31, 2010

MATCH Preview BPL (Bolton vs Liverpool)

Malam ini sekali lagi kita akan melihat pasukan kesayangan kita beraksi dalam kempen Liga perdana. Pada perlawanan kali ini kita akan menentang Bolton di Reebok Stadium. Jika dilihat pada statistik perlawanan semasa Liverpool kalah di Reeboktidak pernah kalah sejak 02/03/08. Kekalahan terakhir adalah pada 30/09/06 dimana pada masa itu kita(Liverpool) kecundang dengan jaringan 0-2. Continue reading »

Sep 8, 2010

Video: Prestasi antarabangsa

Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.

Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina

Continue reading »

Jun 28, 2010

Kuyt: Serasi bersama Wesley. Rafa menjeling

kuyt dan sneijder

Kuyt pasti serasi bersama Sneijder

Menarik. Persembahan skuad Oranje tak pernah menghampakan sepanjang piala dunia. Begitu dengan pemain no7 Netherland, Dirk Kuyt. Dia yang membuka jaringan ketika bertembung dengan skuad Agger. dan baru tadi menghadiahkan Sneijder gol kedua skuad Belanda. Menariknya, Kuyt yang tidak lah dipandang hebat ketika di Jerman 2006 kini menjadi salah seorang pemain kunci di Holland. Tak dinafikan persembahan beliau sentiasa bertenaga untuk menghadiahkan sesuatu buat pasukan yang diwakilinya. Jika di Liverpool, memang tak hairanlah kenapa Rafa tak pernah mengeluarkannya dari kesebelasan utama. Larian bertenaga, dan stamina yang tinggi membuatkan dia memiliki keupayaan mengubah permainan dan sekaligus membuahkan gol untuk pasukan.

harapan belanda

Permainannya konsisten, dan itulah yang menjadi penarik untuk Rafa Benitez membeli Kuyt dari Feyenoord suatu ketika dulu. Rata-rata peminat tidak meletakkan harapan tinggi pada pembelian ini. daripada posisi striker utama, Rafa menariknya lebih lebar ke sebelah kanan. Dia berjaya mengumpan gol kepada penyerang pada ketika itu. Crouch dan Torres antara penyerang yang pernah dia bersama. Dan spekulasi perpindahannya ke Inter pasti lebih kencang dengan permainan bijak Kuyt-Sneijder ketika aksi bersama Oranje.

Inter Milan, kelab Itali dibawah bimbingan Rafa Benitez ketika ini, sedang mengintai peluang menghambat keluar Kuyt dari Anfield. Saya rasakan rumours ini bakal menjadi kenyataan, tatkala prestasi hambar Liverpool musim sudah. Kuyt pastinya ingin mengintai peluang ke kelab lebih besar dan prospek tinggi. Ditambah lagi dengan aksi Inter di Champions League selaku juara bertahan.