You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Liverpool"
Aug 20, 2011

5 Kunci Untuk Menang di Emirates.

Musim ini masih terlalu panjang untuk kita berteka teki siapa yang menjadi juara EPL. Masih ada 37 perlawanan lagi. apa-apa pun boleh berlaku. Perlawanan antara Arsenal dan Liverpool pasti menjadi perlawanan yang paling sengit untuk minggu ini. sebab ramai yang nk tengok macam mana Arsenal main tanpa tonggak utama mereka. senang cerita arsenal ni dalam keadaan “tempang” Mana tak nya, Febregas homesick a balik Barca, Gervinho pula kena kad merah, Alex Song Suspended,Johan Djorou,Gibbs,Wilshere,Armand Traore,Rosicky, dgn Diaby masih cedera.

Perlawanan hari ini memang sangat penting untuk Liverpool mendapat 3 mata penuh. so dekat sini aku senaraikan 5 kunci untuk menewaskan barisan Arsenal yang tempang ni. Bukan mudah sebenarnya untuk menewaskan Arsenal sebab main dekat Emirates. Tapi jangan risau lah. kalau 5 kunci ni digunakan pemain Liverpool aku conform Liverpool dapat control game dan menang game ni.

 

1. Aaron Ramsey

     Aaron Ramsey ni bukan calang-calang pemain. so player Liverpool kena watchout betul-betul mamat ni sebab dia ni klon Febregas (bagi aku). Hantaran dia memang superb. so ini tugas Lucas untuk control defender Midfield dan conquer midfield sepenuhnya jangan bagi si Ramsey ni pegang bola langsung.

2. Kuatkan Bahagian kanan

     Seperti yang korang sedia maklum, sejak Glen Johnson injured, bhg kanan semacam longgar. Hal ini dapat dibuktikan masa perlawanan Liverpool VS Sunderland tempoh hari. banyak lubang-lubang besar yang ada disitu. Flano dan Henderson sebenarnya masih belum memberi impak yang besar untuk Liverpool setakat ini. Diharapkan mereka mendapat pengajaran dan pengalaman dari apa yang berlaku perlawanan tempoh hari. Aku rasa untuk perlawanan Arsenal ni, Kelly lebih layak mengambil tempat Right Back. Liverpool juga patut menggunakan formasi 4-3-3 untuk membolehkan Kelly bergerak lebih atas untuk mendapatkan support dari Suarez dan cross kepada Caroll.

3. Alberto Aquilani

     Sebanarnya Aqua patut diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan Sunderland tempoh hari tapi malangnya beliau tidak diturunkan malah tiada dalam senarai 18 player pon menentang Sunderland. Sebenarnya Aqua ni adalah senjata rahsia Liverpool sebab beliau dapat menggantikan tempat Gerrard (lagi-lagi time Gerrard injured sekarang ni)  dan dapat melakukan hantaran yang cantik dan seorang playmaker yang bagus so tak hairan lah beliau ni menjadi Player of The Year dekat juventus tahun lalu. Beliau patut diberi peluang!! Seperti mana yang korang nampak bagaimana hebatnya gandingan Charlie Adam dan Aqua masa Pre-season tempoh hari. Aku yakin 1 hari nanti Aqua menjadi key player untuk Liverpool.

4. Pasukan Tempang

     Dengan ketiadaan Febregas yang selama ni menjadi tunjang dalam pasukan Arsenal. Arsenal boleh lah dianggap tempang. bukan itu sahaja, dengan ramai pemain yang mengalami kecederaan dan suspension membolehkan Liverpool dapat memenangi game ni. Dengan ketiadaan Key player ini bermakna Liverpool dapat menguasai bahagian tengah. Jadi ini bukan lah alasan untuk Liverpool untuk seri lagi dalam perlawanan ini. tapi diharapkan Aquilani akan bermain untuk game nanti bersama Charlie Adam.

5. Andy Caroll

Striker Liverpool yang mempunyai tinggi 6’3 ini mampu memcahkan benteng perlawanan Arsenal yang rata-rata kalau nak dibandingkan saiz Caroll dengan pertahanan Arsenal memang jauh beza la. Memang konform-konform menang kalau ada perebutan bola dari udara. Jadi, ini tak menjadi masalah buat Caroll untuk manjaringkan Gol untuk Liverpool dalam perlawanan ni. Liverpool memerlukan sokongan dari winger untuk bagi hantaran kepada Caroll sebagai target man dan aku yakin Caroll akan menjaringkan gol.

Aug 14, 2011

Kisah Liverpool FC Dan pertahanan Ex Manshit United

 Cuba teka mana bola?

     Bertempat di D’Stall Corner penulis bersama rakan-rakan telah pergi mendapatkan info tentang perkembangan Liverpool supporters di kawasan Lembah Klang. Suasana disitu sangat meriah dengan kehadiran hampir 100 die hard fan Liverpool dari Liverbird Malaysia.

Game start jam 10 tepat dengan nyanyian lagu keramat  “you’ll never walk alone”. Line up kali ni menyaksikan ramai muka-muka baru seperti Jose Enrique, Steward Downing, Charlie Adam dan Henderson. Teka teki samada Suarez akan diturunkan atau tidak terjawab apabila KD memasukkannya untuk 1st eleven.

 

Game ini juga menyaksikan  Ex-ManSHIT United iaitu Wes Coklat,Beardley dan Ridcardson serta adik kepada SCUM iaitu Anton Ferdinand telah berusaha mengekang serangan dari Liverpool. Pelbagai taktik kotor dilakukan . dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Liverpool yg memang anti dengan SCUM ni. Bak kata pepatah orang-orang tua. “When they are SCUM, They are always a SCUM until well when”.

 

Bagi penulis, Liverpool berjaya memonopoli perlawanan  pada babak pertama dan pada ketika itu penyokong-penyokong Liverpool sudah mula berasa  Liverpool mungkin dapat mengatasi Sunderland dengan mudah. Tapi sayangnya, setelah jaringan Sebastian Larrson, corak permainan Liverpool mula longgar. Dan pada masa yang sama juga Suarez sering menjadi mangsa terjahan keras dari pertahanan ex-Manshit ni.

 

Keputusan berakhir dengan seri 1-1.  Apa-apa pun credit untuk Suarez yang telah menebus kesalahannya  yang  gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan menanduk bola ke gawang hasil sepakan percuma dari Charlie Adam.

 

     Bagi pendapat penulis, badi pertahanan Liverpool menghantui KD justeru penulis berharap KD dapat membeli bek tengah untuk menggantikan Carra yang dah tak boleh nak lari lagi dah.

p/s: sangat2 disappointed dengan defender Liverpool. apa-apa pun YNWA & IKKWT ;)

Oct 18, 2010

Liverpool dan Manchester United mahu mendapatkan Steven Defour


Liverpool kini sedang bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan pemain yang berasal dari Belgium yang kini bermain dengan pasukan Standard Liège. Pemain ini merupakan kapten kepada pasukan yang berpengkalan di bandar yang bernama Liège ini. Dan pemain yang sedang direbutkan ini ialah Steven Defour, yang merupakan pemain di posisi attacking midfielder atau centre midfielder. Pemain ini pada mulanya dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford tetapi kini Liverpool juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Gambar semasa Liga juara-juara 2008 ( antara Steven Defour dan kepten kesayangan Kita )

Sejak berlakunya pertukaran pemilik baru NESV, dikatakan kini Liverpool mempunyai baget yang cukup untuk membeli permain ini pada musim perpindahan Januari mendatang. Jika perpindahan ini berjalan lancar mungkin akan mengembalikan ketajaman bahagian tengah Liverpool dan Milan Jovanovi? akan berasi berganding dengan pemain ini kerana sebelum ini mereka telah biasa bermain untuk pasukan Standard Liège yang merupakan kelab lama milan sebelum menyertai Liverpool pada musim perpindahan awal musim ini.


Alex Ferguson menghantar surat ini untuk Defour tahun lalu( atas kecederaan yang dialami Steven Defour)

Dingatkan bahawa ini hanya spekulasi sahaja dan tidak mengambarkan keputusan yang diambil Liverpool secara sah