You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Lucas Leiva"
Dec 2, 2011

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim


Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius. Lucas yang juga pemain terbaik kita musim 2010/2011 dan juga memainkan peranan yang penting sepanjang kempen musim ketika ini, merupakan satu kehilangan yang besar buat kita ketika ini.

Pihak liverpoolfc.tv turut memberi peluang kepada kita untuk menyampaikan mesej kepada Lucas melalui laman rasmi, sila klik di sini

Untuk Lucas, You’ll Never Walk Alone.

Aug 11, 2011

Tugas negara: gol Aqua dan Adam

 

Siapa lagi kalau bukan pemain hangat rebutan kelab Italy masa kini, Alberto Aquilani yg menjadi kebanggaan Azzuri awal pagi tadi meledak gol ‘nasib’ hasil rembatan luar penalti yg lemah lalu melanton kaki pertahanan spain. Perlawanan berkesudahan 2-1 sekaligus memadam gol penyamaan bekas pemain kita, Xabi Alonso (Penalti).

Sementara itu lain vanue bagi perlawanan antarabangsa memaparkan petanda positif tiada kecederaan dilaporkan dan mungkin menaikkan moral pemain yg menjadi penjaring pada hari ini iaitu Aqua dan pemain baru, Charlie Adam. Scotland menang juga dgn jaringan 2-1 keatas pasukan Agger/Poulsen, Denmark. Adam juga terima gol ‘nasib’ hasil lantunan dari sepakan percuma. sementara lain pemain, Lucas tewas kepada Jerman 2-3 dan Portugal menang besar 5-0 ke atas Luxemburg. Meireles beraksi di separuh kedua.

Portugal 5 Luxembourg 0, Perancis 1 Chile 1, Jerman 3 Brazil  2, Jepun 3 Korea Selatan 0.

May 20, 2011

larian bogel di Anfield

Bila danny rose jatuh di tackle, ramai yang tak perasan ada kekecohan di tengah padang. Tahukah anda ada ‘Streaker’ berjaya memecah kawalan pos kawalan abam sakuriti di Anfield? Streaker membawa makna larian sesorang dalam keadaan bogel. Tak kisah mana jantina pun, yang pasti bukan gegirl aksi JuPe dari Indonesia dalam aksi larian bogel ini. Dah jadi fenomena pun larian bogel ini ditayangkan pada game di England. dan setakat ni belum ada aksi seperti ini di malaysia. Terus terang, aku masih kurang jelas apa motif sebenar tarian larian bogel ini diadakan. Yang pasti, seramai 15 pengawal cuba mengejar, dan LFC mengantar dua orang bulldozernya, diulang 2 ORANG iaitu SKRTAL DAN LUNCAS. diulang SKRETAL DAN LUCCAHS. kedua-dua merka merupakan calon player of the year. Namun, dengan kuasa 2 perempuh ini telah menyelesaikan tugas 15 pengawal yg bertungkus lumus menangkap pelari bogel ini.

saksikan video dibawah bagaimana aksi pelari bogel ini dihentikan sendiri oleh player kita.

May 19, 2011

Pemain Terbaik Pilihan Lagenda


ByAmberan, LiverpoolKita

Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.

Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.

Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.

David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.

Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.

Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.

Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.

Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.

Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.

Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.

Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.

Hodgson: Kita harus terus fokus

Setelah menampilkan permainan yang bergaya semasa Kemenangan 2-0 keatas Chelsea, pengurus Liverpool Roy Hodgson telah memberitahu pemainnya untuk tidak terus dibuai dengan kemenangan yang dicapai sebelum ini. Dengan kemenangan ini juga telah menaikkan kedudukan Liverpool dalam tangga ke 9 dalam liga perdana.

Jika dilihatkan dalam kedudukan dalam Liga, adalah sangat mudah untuk kita turun kembali ke dasar liga jika tidak terus mendapat kemenangan demi kemenangan, maka perkara ini adalah penting dengan untuk semua pemain dan seluruh pasukan untuk kekal Fokus dan terus mendapat kemenangan dalam perlawanan dalam Liga. Dan yang paling penting terus kekalkan momentum kemenangan.

Dalam kesempatan itu juga, pergurus Liverpool itu juga mengambil kesempatan untuk memuji persembahan yang ditampilkan oleh Lucas Leiva yang tampaknya semakin hari semakin meningkat mutu permainannya. Sebelum ini, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Lucas tidak bermain dengan baik dan dia selalunya leka dalam perlawanan. Namun roy tetap optimis dan yakin bahawa semakin hari tampak permainan dan cara kendalian bola pemain tersebut terus meningkat.

Pada hari rabu ini, sekali lagi Liverpool akan diuji dengan perlawanan menentang wigan, dan diharapkan agar pada perlawanan tersebut Liverpool dapat mendapat kemenangan untuk mengekalkan momentum dalam prestasi pasukan dan pemain.

Disini saya lampirkan kepada anda bagaimana prestasi Lucas semasa menentang Chelsea.

klik sini…

Oct 30, 2010

Lucas: tak seperti disangkakan (Video)

Lucas – seperti yang ramai sekali orang komen mengenai pemain ini: “Main sangat simple, pass ke kiri.. pass ke kanan.. Long Ball ‘hancos’” . “Pegang bola/control bola langsung xboleh harap”. “Lucas worst ever signing made by Rafa”. Continue reading »

Sep 21, 2010

Preview Carling Cup: Liverpool vs Northampton

Pada hari Rabu ini The reds akan menyambut Northampton di Anfield, dan Bill Shankly adalah pengurus terakhir ketika Liverpool menentang Northampton pada tahun 1966.

Setelah The Reds dikalahkan oleh Manchester United pada perlawanan sebelum ini. The reds seharusnya menang untuk membawa kembali senyuman ke wajah kita penyokong Liverpool. Dan saya percaya perlawanan ini mungkin akan memberikan peluang untuk pemain simpanan dan pemain muda untuk bermain serta menimba pengalaman. Kerana kemungkinan pak cik Roy kita tidak menurunkan sebahagian pemain yang bermain semasa kita berkunjung ke old trafford pada ahad lepas. ditambah lagi dengan keadaan Dirk Kuyt dan Fabio Aurelio masih cedera pastinya mengukuhkan lagi peluang pemain muda dan simpanan untuk bermain pada rabu ini.

Ramalan lineup:
Brad Jones, Martin Kelly, Danny Wilson, Sotiris Kyrgiakos, Daniel Agger, Milan Jovanovic, Jay Spearing, Lucas Leiva, Dani Pacheco, Ryan Babel, David Amoo

Sumber :Empire of the kop.com