You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Lucas"

Dalglish membuatkan kita kembali bermimpi.

Jika diperkatakan mengenai sejarah Kelab dan sejarah individu yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikirannya sudah pastilah kita kini akan mengingatkan kepada kepada pemain yang pada era 80 an pernah mengegarkan erena pentas bola sepak Liga Perdana dengan kehebatannya dalam permainan semasa dalam padang dan kemudian menjadi pengurus Liverpool dan juga pada masa yang sama menjadi pemain yang beraksi dalam squad Liverpool pada ketika itu.

Semasa era kegemilangannya beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 355 untuk Liga Perdana. Banyangkanlah dengan keadaan menjadi pengurus dan juga menjadi pemain didalam squad dia juga boleh menjaringkan gol juga. Kini dengan kembalinya Kenny Daglish pada 8 January 2011 sebagai pengurus Liverpool apabila menggantikan Roy Hodgson yang telah dipecat kerana prestasi pasukan yang terumbang-ambing.

—Kelly bakat baru yang berjaya dikenalpasti oleh Daglish—

Pada suatu ketika pada era kendalian Roy seolah-olah perluang untuk Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara semakin gelap dan malap, namun sejak kedatangannya pada pada awal januari lepas, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan, kini dengan prestasi semasa Liverpool yang telah menang 4 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan pasukan dalam Liga Perdana. Dengan kemenangan terbaru semasa menentang Chelsea, dengan kepintaran dan segala pengalaman yang lalu Daglish berjaya menghasilkan formasi yang pada mulanya tampak merisaukan apabila mengunakan formasi 3-5-2.

—Johnson semakin hari semakin baik Kualiti Permainan—

Secara jujurnya apabila melihatkan formasi ini, saya agak takut dan saya terpikir sejenak apakah yang ingin diperlihatkan oleh Daglish dalam perlawanan tersebut. Tetapi ternyata tangapan saya benar-benar songsang dengan apa yang diperlihatkan oleh corak permainan pasukan. Ternyata dengan tiga orang pemain yang diletakkan pada barisan pertahanan berjaya menyekat kemaraan tiga penyerang terbaik dunia iaitu Torres, Anelka dan Didier Drogba daripada bebas membuat gerakan yang merbahaya dalam kotak penalti pasukan kesayangan kita ini.

Dengan memberikan ruang dan peluang untuk Johnson dan Kelly untuk bergerak bebas kita berjaya membuktikan bahawa formasi ini sesuai untuk menyekat kemaraan The blues dengan formasi diamond mereka. Kini dengan secara tidak langsung kita Liverpool berada di tangga ke enam dalam Tahta liga Perdana dan hanya ketinggalan 6mata dengan Chelsea dan spurs yang berada di tangga kelima dan keempat. Saya yakin dan amat percaya jika momentum ini dapat terus dikekalkan oleh Daglish dan squad kendaliannya. Sudah pastilah angan-angan kita untuk melihat Liverpool kembali beraksi dalam kejohanan liga Juara-juara bukan lagi mimpi sahaja.

–Raul semakin Garang dan semakin membara–

Disamping itu juga, kehadiran Daglish teleh berjaya membuktikan bahawa squad yang ada pada era kendalian Roy adalah squad yang terbaik dan mereka sememangnya layak untuk bermain di Liverpool. Salah satu contoh nya yang terbesar adalah Raul Meireles yang telah berjaya memecahkan dominasi gol peribadinya di Liverpool dan kini Meireles telah berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan.

–Pemain penting dalam Squad kendalian Daglish–

Tidak dilupakan juga kepada Martin Kelly dan Glen Johnson yang telah bertukar posisi dan segalanya Nampak tidak mempunyai masalah, malah kini mereka berdua telah menjadi tonggak Liverpool dalam corak serangan Liverpool. Manakala mengenai Lucas Leiva, sejak kendalian Daglish, pemain kelahiran Brazil ini telah banyak berkembang dari aspek kawalan bola dan juga semakin hari, tampak permain ini juga telah dilebelkan oleh peminat sebagai salah seorang tunjang dalam kelangan pemain Liverpool. Hal ini adalah berbeza semasa kendalian Roy, dimana pada ketika itu boleh dikatakan pemain ini selalu dikecam kerana bermain dengan prestasi permainan yang yang buruk. Namun kini semuanya telah berakhir.

Akhir kata dari saya (penulis), terima kasih Kenny Daglish kerana telah mengembalikan senyuman kepada kami peminat Liverpool dan juga kami berharap pada masa akan datang Liverpool terus sukses dan gemilang pada masa akan datang. “King Kenny we all love and trust you” YNWA!!!!!….

Dec 24, 2010

Lucas tidak akan tinggalkan Anfield


Lucas senang dia tidak meninggalkan Liverpool pada musim panas lepas, dan dia juga kini kembali yakin selepas muncul pemain yang penting dalam barisan pemain di Anfield.

Pemain antarabangsa Brazil ini, kini sedang hangat dihujani dengan tawaran perpindahan oleh kelab terkemuka eropah, antaranya ialah Juventus, Sevilla dan Santos yang khabarnya mahu membawa pemain tengah ini kem latihan pasukan masing-masing.

Pada pendapat saya (penulis) dengan prestasi semasa yang dipamerkan oleh Lucas dan gandingan intim dia dengan Raul Meireles yang semakin hari semakin erat dan mempunyai keserasian, adalah patut dan tepat keputusan Roy Hodgson menawarkan kontrak baru kepada pemain ini.

menurut Lucas….

salah satu gaya apabila menjaringkan gol

“selama tida tahun saya di Liverpool, telah banyak saya perlajari dan saya semakin hari semakin bertambah serasi dengan corak dan gaya permainan kelab ini”

“saya tidak akan pergi kemana-mana, kerana disini di Liverpool kami mempunyai pemain yang baik dan saya semakin hari semakin senang dan gembira tinggal disini”

Fakta tambahan

Kini lucas adalah pemain yang tersenarai dalam squad kendalian jurulatih baru pasukan kebangsaan Brazil iaitu Mano Menezes.

Semasa beraksi di Liverpool no jersey yang dipakai olehnya adalah 21, dan semasa bermain di Brazil dia memakai no 5.

tarikh lahir Lucas adalah 9 January 1987

Dec 10, 2010

“Komen Roy mengenai Lucas”


Roy Hodgson telah mengesahkan berita mengenai langkah yang diambil oleh Liverpool yang telah membuka tawaran baru kepada pemain kelahiran Brazil iaitu Lucas Leiva berkaitan dengan kontrak baru bagi The Reds.

Kini pemain kelahiran Brazil ini telah menikmati musim 2010-11 dengan sangat baik setakat ini dan boleh dikatakan dia bermain dengan baik untuk musim ini, dan situasi adalah amat baik untuk terus mengikat Lucas untuk lebih lama kekal di Anfield.

Tambah Hodgson lagi….

“Beberapa minggu lepas Damien Comolli, menyatakan hasratnya kepada saya untuk melanjutkan Kontrak Lucas dan sedang berbincang dengan agen pemain yang memakai Jersey no 21 tersebut”

“Dan saya percaya bahawa dengan tawaran baru kepada Lucas, saya yakin bahawa jawapan yang akan diberikan adalah YA “

Disamping itu Hodgson juga menerangkan kepada wartawan, berkenaan spekulasi bahawa Glen johnson akan meninggalkan Liverpool.

Berikut adalah komen Hodgson…..

“Glen Johnson adalah pemain Liverpool dan dia kini masih mempunyai kontraknya dengan Liverpool, disamping itu juga dia adalah pemain yang bagus dan merupakan pemain kebangsaan England dan adalah tidak mungkin kami (Liverpool ) akan melepaskan pemain yang berharga ini”

MATCH Review Europa: (Liverpool 3 – 1 Napoli)

Dia sememangnya memukau dan dan tunjang Liverpool. Apa yang lagi yang boleh saya katakan. Perlawanan menentang Napoli di Anfiled berakhir dengan berkesudahan 3-1. Hatrik daripada kapten kesayangan kita Steven Gerrard memang menakjubkan.

Walaupun pada separuh masa pertama Liverpool tampak bermain dengan tidak tersusun dan kurang serangan dilancarkan yang dikemudi oleh Ngog. Dan pada minit ke 28′ E. Lavezzi telah menghukum kesilapan barisan pertahanan. Apabila pemain Liverpool iaitu J. Spearing menanduk ke belakang sekaligus memberi peluang untuk Lavezzi menjaringkan gol. Selepas itu permainan tampak menyebelahi Napoli yang bertubi-tubi menyerang kubu pertahanan Liverpool.

Pada separuh masa kedua, pertukaran yang dilakukan oleh Roy Hodgson yang membawa masuk Gerrard telah mengubah corak permainan Liverpool kepada corak permainan secara menyerang. Jika dilihat semasa separuh masa kedua tampak Liverpool lebih yakin dalam membuat serangan secara teratur dan tersusun. Dengan keadaan kita tertinggal dengan 0-1, akhirnya Liverpool menyamakan kedudukan pada minit 76 hasil daripada kerja keras gerrard yang menyambar tangkapan tidak kemas daripada penjaga gol Napoli. Gol kedua dihasilkan pada minit 88 hasil daripada penalti yang diberikan pengadil perlawanan apabila Johnson yang dijatuhkan dalam petak penalti. Tanpa sebarang masalah Gerrard kembali meletakkan Liverpool di depan.

Seolah-olah hilang punca dan hilang tumpuan, pada minit ke 89 iaitu hanya selang 1 minit selepas gol kedua. Napoli sekali lagi dihukum apabila kesilapan yang dilakukan oleh pemain mereka yang memberikan ruang kepada Lucas untuk melorongkan bola kepada gerrard untuk menjaringkan Hatrik dan menjadi hero dan penyelamat kepada pasukan.
Pada pendapat saya (penulis), kemenangan ini sememangnya yang terbaik dan tepat pada masanya kerana selepas ini Liverpool akan menentang Chelsea yang seperti kita tahu pasukan kendalian Carlo Ancelotti sememangnya sukar untuk ditentang. Tapi bukan bermakna pasukan ini tidak boleh dikalahkan. Dengan kemenangan ini juga akan memberi satu semangat dan tonik berguna kepada barisan permain untuk kembali bermain dengan penuh semangat untuk menewaskan Chelsea di Anfield pada hari minggu ini. Kemenangan ini juga megukuhkan kedudukan Liverpool sebagai perdahulu dalam kumpulan K dengan 8 mata dan diikuti dengan Steaua Bucharest serta Napoli dan Utrecht di tempat ketiga dan keempat.


Gerrard sememangnya ikon Liverpool

Akhir kata dari saya sememangnya Steven Gerrard tunjang pasukan dan sememangnya apabila dia bermain untuk Liverpool di bermain dengan sepenuh hati dan apa yang beliau lakukan pada hari ini benar-benar menakjubkan. YNWA.

Maklumat perlawanan

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen(-64), Spearing, Shelvey, Meireles, Jovanovi(-46), Ngog (-82).
Subs: Hansen, Gerrard (+46), Lucas (+82), Wilson, Kelly, Skrtel, Eccleston (+64).

Napoli: De Sanctis, Campagnaro, Cannavaro, Aronica, Maggio, Pazienza, Gargano, Dossena, Hamsik(-84),, Lavezzi, Cavani.
Subs: Gianello, Grava, Dumitru, Santacroce, Zuniga, Yebda (+84), Sosa.

Referee: Fredy Fautrel (France)
Kehadiran: 33,895

Possession 52%(Liverpool) : 48% (Napoli)
Attempts on target 7 (Liverpool) : 3 (Napoli)
Attempts off target 8 (Liverpool) : 4 (Napoli)
Corners 2 (Liverpool) : 5 (Napoli)
Fouls 9 (Liverpool) : 11 (Napoli)

Liverpool Highlights(klik sini)

Sep 22, 2010

Gokhan Inler dalam perhatian Roy Hodgson

Pengurus Liverpool Roy Hodgson menyasarkan pemain antarabangsa Switzerland Gokhan Inler pada musim perpindahan bulan Januari mendatang, menurut laporan. Rupanya Hodgson sedang  melihat pemain ini untuk melengkapkan perjanjian kepada pemain yang berusia 26 tahun ini.hal ini mungkin menghadapi masalah  kerana Roy tidak mempunyai dana yang diperlukan untuk membiayai perpindahan permain ini. Inler yang berharga £ 8 juta pound dan setiap tindakan untuk membeli pemain ini akan berdasarkan pada dana melalui penjualan pemain atau melalui pengambilalihan kelab.

Hal ini dipercayai bahawa Inter Milan berminat untuk membeli lucas dari The reds. Penjualan Lucas kemudian akan memberi baget yang cukup untuk membeli pemain ini apabila jendela perpindahan Januari dibuka .

sumber: goal.com

Sep 17, 2010

Post Review: Liverpool 4 Steaua Bucharest 1

2 gol dari David Ngog, 1 gol dari Joe Cole dan Lucas Leiva mengesahkan kemenangan 4-1 buat skuad Uncle Roy dalam perlawanan pertama Liga Europa peringkat kumpulan musim ini. Kemenangan yang menaikkan moral kita ini diharap dapat diteruskan rentaknya untuk seluruh kempen Liga Europa dan juga Liga Perdana nanti, terutamanya apabila berkunjung ke Old Trafford Ahad ini. Perlawanan ini juga menyaksikan buat kali pertama Pepe Reina diberi tugas sebagai ketua pasukan apabila ketua dan naib ketua pasukan kita, Gerrard dan Carragher tidak turun beraksi tadi. Continue reading »

Sep 8, 2010

Video: Prestasi antarabangsa

Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.

Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina

Continue reading »

Jul 10, 2010

Roy Hodgson mampu ubah

Seminggu setelah pelantikan pengurus baru Liverpool, kita lihat begitu banyak sekali reaksi positif di kalangan fan liverpool sendiri. Pertama sekali adalah kenyataan Gerrard, yang sudah menangi hati peminat Reds untuk terus bertapak sebagai lagenda Anfield. Begitu juga Kuyt yang sedang gagah di Final Piala dunia akui dia setia bersama Liverpool walau siapa yang menjadi pengurusnya. Berita-berita inilah yang ditunggu jutaan peminat liverpool di seluruh dunia. Namun, saya ingin ketengahkan kebolehan Hudgson di Fulham dahulu dalam mengubah nasib pemainnya.

Siapa tak kenal Damien Duff? Pemain Chelsea yang semakin malap kariernya bersama Newcastle yang tersingkir dari liga utama England musim sudah. Bagaimana anda lihat Roy telah menggilap semula Duff sebagai antara pemain kesukaan peminat Fulham ketika ini. Bobby Zamora pula? Hampir saja menambat hati Capello untuk diserap ke skuad di Afrika Selatan. Pantsil? Fullbek pantas musim lepas. Zoltan Gera pula yang meranap dan menghancurkan harapan Man United untuk mengucup kejuaraan EPL musim sudah? Jadi, tidak mustahil bakat-bakat besar di Anfield juga mampu digilap untuk bergelar bintang musim depan.

LUCAS

adakah ini gandingan mantap musim depan?

Pemain ini menjadi buah mulut Peminat LFC untuk dibuang saja dari senarai pemain Reds. Inter yang menunjukkan minat kepada pemain ini sudah pudar, dan tampak Lucas akan kekal saja di Anfield. Rafa lebih mahukan Lucas sebagai ‘holding’ midfield bersama Mascherano. apa pula strategi Roy untuk ‘anak muda’ Brazil ini? Kita lihat perkembangannya.

INSUA

‘Flop’. ramai sekali pundit bola sepak di rangkaian ESPN menempelak kebolehan pemain muda ini. tahukah mereka berapa umur Insua untuk posisi itu? Uncle Roy pasti ada jawapannya.

Aqua dikritik pundit, namun masih di hati peminat LFC

AQUILANI

Antara pemain paling rugi untuk dibeli pada musim lepas. dilabel sebagai midfield lembik, dan Rafa berani menurunkannya pada pasukan lawan yang lemah saja di midfield. Mungkin Rafa lupa dari mana Aquilani ini dibeli. kalau Zoltan Gera yang susuk kecil itu Roy boleh ubah, apa pula rancangannya pada Aquilani nanti?

BABEL

Tak dinafikan, Roy pun ada menyebut mahu mendapatkan dana untuk perbelanjaannya. tak mustahil juga Babel turut berada dalam pelan masa depannya.

N’GOG

Mungkin terlalu muda atau terlalu jauh sekali untuk menjadi ‘backup’ buat Torres. memang nyata Rafa membuat kesilapan. Namun, Rafa tiada pilihan. Torres cedera, Rafa tetap mahukan formasi seperti Torres dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Ngog menggantikan posisi itu. Apa tindakan Hodgson pula? adakah bersedia Ngog untuk dipinjamkan atau dilelong saja?

RIERA

Masa depan cerah Pache jika peluang diberi

Dia sangat marah kepada Rafa musim lepas. marahnya dia pada Rafa, membuatkan Fan pun tak senang lagi dengannya. Saya lihat, Riera mempunyai bakat besar. namun, mulutnya yang lantang telah memakan dirinya. tiada lagi kedengaran kelab Moscow ingin membida dirinya. Sudahlah hilang tempat dari skuad Sepanyol di piala dunia. Roy sudahpun punyai Jovanovic di sayap kiri, namun Roy mungkin boleh menjadikan Riera pencabar di posisi itu.

PEMAIN REMAJA

Jonjo, Pacheco, Kelly, Darby. Bagaimana pula Nemeth? semua nama ini dikatakan bakal menyinar. Regim Rafa banyak mengabaikan pemain seperti ini. kita lihat kebijaksanaan Roy memberi peluang kepada pemain muda untuk dijadikan ikon baru Liverpool masa depan.