You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Luis Suarez"
Dec 29, 2011

Angkara Jari Tengah: LFC didenda, Suarez digantung satu perlawanan


FA England telah menjatuhkan denda sebanyak £20,000 kepada kelab kita (atas kegagalan mengawal tindak tanduk pemain) serta penggantungan 1 perlawanan buat penyerang kita, Luis Suarez yang mengaku atas kesalahan tatasusila (menunjukkan jari tengah kepada penyokong Fulham) ketika di Craven Cottage pada 5 Disember lepas.

Penggantungan 1 perlawanan ini berkuatkuasa segera, dan ini bermakna Suarez tidak akan diturunkan di dalam perlawanan menentang Newcastle di Anfield awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) nanti. Ini bermakna King Kenny harus memikirkan siapakah yang bakal mengepalai serangan kita; adakah Carroll, Bellamy atau Kuyt.

oh ya, beberapa insiden serupa yang tiada tindakan. Hanya Suarez yang kena, kenapa ya?

Dec 23, 2011

Kenyataan Rasmi Pemain LFC menyokong penuh Luis Suarez

Luis Suarez adalah rakan sepasukan dan rakan kami dan sebagai sekumpulan pemain kami sangat terkejut dan marah apabila beliau disabitkan bersalah oleh pihak FA.

Kami memberikan sokongan penuh kepada beliau (Luis Suarez) dan kami mahu dunia mengetahuinya. Kami tahu beliau tidak bersifat perkauman.

Skuad kami terdiri dari mereka yang berbilang bangsa dan kenegaraan. Kami semua turut mendokong komitmen kelab dalam menentang perkauman. Kami semua tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang diskriminasi. Sebagai sekumpulan pemain bolasepak, kami menyokong kempen Kick It Out.

Kami telah bersama, berlatih dan beraksi bersama Luis Suarez selama hampir 12 bulan dan tidak akan mengiktiraf imej buruk yang dilontarkan kepada beliau. Kami akan terus memberikan sokongan kepada beliau pada masa sukar ini, sebagai rakan dan sepasukan, beliau tidak akan berjalan seorangan.


Dec 21, 2011

Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000


Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000. Suatu keputusan yang mengejutkan, ekoran Evra sendiri mengakui bahawa Suarez bukan seorang yang mengamalkan dasar perkauman, dan perkara ini turut disebut di dalam hujah pembukaan pihak FA. Tambahan dengan tiada bukti rakaman video, hukuman ini dilihat begitu berat sebelah dan mendapat respon negatif serata dunia. Pihak pengurusan Liverpool sendiri telah berikrar untuk membuat pembelaan terhadap Suarez dengan memberi segala sokongan yang ada. Ditambah dengan Evra sendiri mengakui turut menghina Suarez di dalam bahasa Sepanyol, kini pihak pengurusan Liverpool menanti apakah ada tindakan susulan dari pihak FA.

Untuk Suarez, You’ll Never Walk Alone. May the justice be with you, brother.

Nov 9, 2011

Luis: “Evra kena mohon maaf”

URUGUAY – Suarez dalam temubualnya bersama media Uruguay sekali lagi menafikan sekerasnya tuduhan kata-kata perkauman dihamburkan kepada pertahanan Perancis, P.Evra pada perlawanan menentang United Oktober lepas. tuduhan Evra langsung tak berasas setelah pihak SkySport juga menolak andaian tersebut setelah memainkan video rakaman ketika insiden berkenaan berlaku. Suarez, baru pulang ke pangkuan negaranya sebagai persediaan aksi antara-bangsa menentang Chile memohon Evra pula tampil membuat kenyataan terbuka tentang kesilapannya itu. memetik laporan akhbar tempatan, suarez sekerasnya menafikan tuduhan Evra.

“Inilah bolasepak, bila keadaan tegang di atas padang segalanya akan nampak kotor. Sekarang, kami berdua perlu menegak benang yg basah. kalau sesiapa di pihak yg tak benar(penipuan), pihak berkenaan harus tampil berbuat kenyataan dan mohon maaf.”

Namun, Evra dikatakan tersilap ‘dengar’ seperti kata-kata suarez seakan menghinanya. Suarez memberitahu media, dia sekadar menyebut kata panggilan Evra seperti mana pemain United lain memanggilnya. dan saya terkejut, dia berang dengan panggilan itu. pihak FA England sedang menyiasat insiden ini. dan kedua pemain dah ditemui oleh FA minggu sudah.

memetik laporan media Perancis. Evra melapor kepada mereka, Suarez telah menggunakan perkataan ‘itu’ sebanyak 10kali kepadanya.

Man United telah dengan rasmi berada di belakang Evra dalam mempertahan tindakannya menuduh Suarez dalam isu berkenaan. begitu juga Liverpool FC mempertahan tindakan Suarez menafikan tuduhan tak berasas itu. – Agensi

Oct 17, 2011

Tuduhan Evra terhadap Suarez: Liverpool mahu keadilan!

Selepas Patrice Evra membuat kenyataan mahu tindakan FA diambil terhadap Luis Suarez yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap beliau, pihak pengurusan Liverpool turut memohon agar tindakan lanjut turut dikenakan kepada Evra sekiranya terbukti Suarez tidak bersalah. Malah, kita turut menuntut agar Evra dikenakan tindakan di’haram’kan oleh England FA.

Menariknya, Evra yang membuat dakwaan berkenaan telah memfailkan bantahan beliau hanya selepas berakhirnya perlawanan antara Liverpool dan Manchester United Sabtu malam lepas, dan bukan semasa perlawanan kepada pengadil perlawanan malam tersebut,Andre Marriner. Manakala Suarez telah membuat kenyataan peribadi melalui laman twitternya dengan menyatakan bahawa beliau amat bersedih dengan dakwaan berikut dan menyatakan tidak berlaku demikian.

Menambahkan kerumitan, setakat ini tiada seorang pemain Manchester United pun yang menyokong dakwaan Evra. Dan menariknya, ini bukan kali pertama beliau membuat dakwaan berkenaan. Pada tahun 2008, beliau telah mendakwa pegawai di Stamford Bridge telah menghina beliau secara perkauman – yang terbukti tidak benar dan akibat itu, beliau telah digantung 4 perlawanan dan didenda £15,000 oleh England FA. Sebelum itu, beliau pernah mendakwa bekas pertahanan kita, Steve Finnan yang turut terbukti tidak bersalah.

Tepuklah dada tanyalah diri anda, Evra sebenarnya memang ingin mencari populariti segera yang kian tidak dikecapi sekian lama. Jeles lettew….

Sep 25, 2011

Post Review: Liverpool 2 Wolves 1

Kita menang di Anfield, menjinakkan ‘serigala‘ dengan jaringan 2-1. 3 mata sudah dikutip namun ada drama yang tidak seharusnya muncul, kini menjadi perbualan antara kita dan mungkin seteru kita.

Pada permulaan kesebelasan skuad diumumkan, sudah ramai yang mula mempersoalkan mengapa Steven Gerrard tidak diturunkan di dalam kesebelasan utama, manakala King Kenny menurunkan hampir kesebelasan yang sama ketika kita tewas menentang Spurs tempoh hari. Hairan tetapi bagi saya sesiapa sahaja yang mendapat kepercayaan King Kenny sudah pasti sudah membuktikan mereka layak. Permulaan permainan yang sangat menarik, aksi pass and move ditunjukkan. Akhirnya pada seawal minit ke-11 rembatan Charlie Adam disudahkan sendiri oleh pemain Wolves dan memberi kita kelebihan 1-0 dan seperti aksi luar biasa beliau, Luis Suarez kembali di dalam scoresheet dengan menjaringkan gol kedua kita pada minit ke-38. Separuh masa pertama berakhir 2-0. Pada separuh masa kedua, kelihatan aksi kita mula perlahan, akhirnya dihukum seawal minit pertama separuh masa kedua oleh Fletcher yang mudah menewaskan Pepe Reina. Keputusan kekal berakhir 2-1 dan 3 mata berada di genggaman kita.

Berkenaan insiden ketika pertukaran Suarez dengan Gerrard, agak mengecewakan melihat reaksi beliau apabila terang-terang menunjukkan ketidakpuashatian beliau. Mungkin saya antara yang turut terkejut dengan keputusan King Kenny menukarkan Suarez kepada Gerrard, namun saya lebih terkejut melihat tindak balas beliau. Namun, rasanya perkara ini sudahpun reda (buat masa sekarang) apabila Suarez membuat pernyataan maaf di laman Facebook dan Twitternya manakala King Kenny pula memuji aksi Suarez ketika di padang. Harapnya tiada isu lagi selepas ini.

Yang penting, sama-samalah kita berharap agar isu-isu sebegini tidak menghantui aksi pasukan. Haruslah kita ingat, NOTHING IS BIGGER THAN LIVERPOOL FC. YNWA

Skuad: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Jose Enrique, Downing, Henderson (Kuyt), Lucas, Adam, Carroll, Suarez (Gerrard)

Sep 8, 2011

5 kunci utk menang di Stoke

Hilang mata, tak kiralah seri atau tewas bukanlah ‘Liverpool-way’ yg cuba diterap kembali oleh Dalglish. kalau era Rafa dan Roy, mereka puas hati dengan ‘kalah-tipis’ dan ‘seri’ di away ground tapi bukanlah yg terbaik jika Dalglish pula ambil alih pengurusan LFC. buktinya, Dalglish baru saja membuang badi di Emirates dengan mencatat 3 mata pertama dari kelab London itu, malah aksi itu adalah di dalam away game. dari 3 perlawanan, 2 mata telah hilang, lebih perit keputusan seri di catat di Anfield. bagi perlawanan ke-4 menentang Stoke, tiada kompromi. 3-mata wajib disambar dengan 5 kunci dan faktor yang saya nyatakan di bawah: *Untuk rekod, Liverpool TAK PERNAH menang di Britannia.

1.Sumbat gol awal

Sejak tampuk kendalian Dalglish, tugas menerjah jaring tak jadi masalah. walau di tempat lawan pasti ada gol. minggu sudah, Henderson ledak gol awal. dan kita lihat aksi itu terus konsisten utk mencari gol kedua dan seterusnya ketiga. cuma kelekaan akhir minit oleh beberapa pemain pertahanan menyebabkan Reina hilang status ‘cleansheet’ ke-2 musim ini. anda lihat, aksi mendebarkan menentang Arsenal di Emirates bila kita lewat nak jaringkan gol. Carroll gagal membuka jaringan sehingga memaksa Dalglish menukar formasi serangan laju di hujung permainan. terima kasih bagi gandingan Mireles-Suarez waktu itu.

2. Serang..Serang..dan Serang..

Beri tekanan kepada pertahanan mereka. Stoke musim ini diketuai bekas pemain Spurs, Woodgate yg baru dapat rentak setelah dihantui kecederaan di kelab lamanya. harus diingat, back-4 mereka adalah seperti; Huth, Sidibe, Upson dan Showcross. semua berpengalaman dan berfizikal kuat dan besar. cara nak menangani pertahanan seperti itu, adalah terus beri tekanan. bukan dari Suarez seorang, malah dari banyak sudut. jika kita di posisi bertahan, pemain pertahanan Stoke mampu membina serangan dari bawah, malah mampu sumbat gol dari set-piece.

3.Faktor Suarez

Tak disangkal lagi, kita kembali ke zaman Gerrard-Torres. bila mana 2 pemain ini mula beraksi, kita terus menang dan menang. Suarez antara faktr dan watak penting untuk menang. setakat ini, tugas serangan di bahunya. kita harap, kembalinya Stevie ke dalam training ground minggu ini, sedikit menaikkan moral dan taktikal ketika dalam latihan. Suarez bukan boleh ledak gol, malah dia mencipta gol untuk rakan yg lain.

4.Formasi betul

Reina
Kelly-Agger-Carra-Enrique
Adam-Lucas
Downing-Hendo-Kuyt
Suarez

*formasi vs Bolton


dengan pilihan yg banyak di bhg tengah padang. pelbagai formasi di variasikan untuk menghadapi siapa pun lawan kita. bagi taktikal menentang Stoke, pilihan midfield yg ramai adalah tepat. ini bagi menangkis, permainan fizikal mereka yg mampu menjinakkan pasukan pelawatnya walau dari big-4 sekalipun. mereka ada Palacios, dan tough-tackler, Lee Cattermole. kedua pemain itu mampu menangkis playmaker seperti Hendo dan Adam. setakat ini formasi 4-2-3-1 sangat berkesan. telah diguna pakai bagi ketiga-tiga aksi sebelum ini.

5.Sebastian Coates di lineup?

mungkin belum masa sesuai untuk diserap ke dalam pilihan utama. Coates harus ‘blend’ di dalam skuad sebelum memecah pilihan utama kenny. Coates merupakan anak keturunan bangsa Inggeris. dan dia boleh bertutur Spanish seperti Enrique, Reina, Suarez dan Maxi. jadi, tak menjadi masalah untuk dia cepat blend di dalam skuad. apa yg menjadi faktor penting kehadiran Coates adalah fizikalnya yang mampu menangkis serangan fizikal dari Stoke. Harus diingat, Crouch pemain tertinggi mereka bakal diketengah dalam line up. dan bakal menghantui Carragher yg tampak lemah dalam perebutan bola udara.saya bandingkan ketinggian Coates (6’6″) dengan pemain Stoke yang lain

Walters (6’0″)
Jerome (6’1″)
Jones (6’2″)
Fuller (6’3″)
Sidibe (6’4″)
Crouch (6’7″)

dengan mengetepikan Carragher, kita ada Daniel Agger (6’3″), Marten Skrtel (6’3″) dan Sebastian Coates (6’6″)

tak menjadi kejutan jika mengambil kira faktor ini, Carra bakal diketepikan untuk membawa Coates bergandingan dengan Agger. ini diambil kira aksi Carragher minggu lepas sebagai punca bolos di minit terakhir. anda juga masih ingat, Kuyt pemain konsisten selama ini dalam lineup Dalglish DIGUGURKAN pada match pertama menentang Sunderland.

Jadi segalanya mungkin bagi King Kenny untuk merealisasikan 5 faktor diatas

artikel diolah oleh penulis dari laman bleach report ulasan Jake Ware

Aug 11, 2011

Suarez 7 pecah dominasi top-10 !!

Baru setengah tahun bergelar The reds warrior oops jugak!. Bintang kelahiran Uruguay ini telah memecah dominasi 10 pemain popular EPL atau lebih tepat ‘Best Selling Shirt’ lapor sebuah portal football boots. Dalglish tak perlu tunggu lama, bagi menggantikan populariti nombor 9 yg lama walau para gadis perlu terima hakikat Suarez 7 tak sejambu FT9. jangkaan Suarez 7 bakal memanjat ranking ini dari semasa ke semasa.  Berikut adalah top 10 pemain kesayangan peminat EPL seantero dunia berdasarkan jualan jersi masing-masing.

10 – Ryan Giggs

all time lejen rejim Alex bakal terkeluar top-10 bila bila masa saja..

9 – Andrey Arshavin

Baby-face-look akan sentiasa di top10. tapi arshavin quite awesome utk season pertama saja setakat nih..

8 – Luis Suarez

The-only-number-seven. LS satu satunya pemain jersi 7 yang bukan sebarangan orang boleh menyarungnya! di dalam list top10 ini

7 – Didier Drogba

Muka-bukan-penghalang. terbukti top10 bukan pengaruh baby-face-look. tapi bakat luar biasa dari Afrika

6 – Frank Lampard

kuda tua seangkatan Steven Gerrard bakal kekal di dalam top 10 sehingga hari persaraan

5 – Van Persie

walau kaki serapuh mana pun, tetap di hati peminat gooners. kata mereka in wenger we trust. slogan sama diguna pakai era Rafa bersama Liverpool dulu.

4 – Chicharito

anak belaan rejim alex terbaru nyata mencair kan peminat negeri jiran itu, setelah musim pertama yg dahsyat. pembelian bernilai rejim alex selepas gagal untuk angka 30juta bagi pemain no.9 nya yg bertahan hingga kini. tahniah!

3 – Steven Gerrard

Bukan asing lagi buat Gerrard dalam list ini. selalunya dia berada di belakang Torres untuk setiap musim. kecederaan kuda tua ini serta ditutupi bintang EPL lain yg buat dia merudum satu anak tangga.

2 – Fernando Torres

mana dia? maaf sukar untuk disiarkan imej pemain no9 Chelsea ini. dia telah dikambus oleh semua player Chelsea untuk satu-satunya gol untuk harga 50juta hasil ketamakkan , kerakusan, dan penghinaan kpd fans liverpool. bak kata datuk kenny “No one bigger than the club”.

1 –  Wayne Rooney

maaf, sekali lagi sukar di imejkan pemain ini. dan untuk menjadi lejen kelab syaiton ini, anda hanya perlu pakai jersi pemain ini di kandang lawan. klik artikel dari Ijam ini. dinasihatkan jangan pakai di London sewaktu Riot semakin memuncak sekarang.

Listing ini di analisis oleh portal football shirt culture bagi hujung musim lepas. dan bagi permulaan musim lepas, nama2 yang terkeluar dari top-10 ini adalah seperti; Jamie Carragher, Cesc Fabregas, Carlos Tevez dan Micheal Owen

May 19, 2011

Pemain Terbaik Pilihan Lagenda


ByAmberan, LiverpoolKita

Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.

Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.

Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.

David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.

Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.

Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.

Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.

Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.

Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.

Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.

Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.

May 11, 2011

Suarez “Dia memang memukau hatiku”

Kalau kita lihat baca, lihat, perhatikan semakin banyak komen, entri dan pendapatan di laman web yang bertemakan sukan, kini semakin mengalihkan perhatian kepada pemain yang saya rasa semakin menjadi pujaan ramai dari seluruh peminat Liverpool di seluruh dunia, dan pemain yang saya maksudkan ini adalah tidak bukan ialah Luis Suarez”our Liverpool no 7”.

Dengan perstasi cermelang dan larian hebat serta hantaran gol, beliau kini semkin digeruni dan semakin dikenali dan semakin menjadi buah mulut pengkritik bola sepak tidak kira dimana sahaja. Pada pendapat saya (penulis)dia (suarez) memang memukau dengan hantaran dan larian kencang serta kawalan bola yang amat baik boleh dikatakan kini Lagenda baru di Liverpool sedang dalam pembikinan, walaupun baru sahaja tiba di Liverpool pada bulan januari lepas, dia tidak kekok dengan persekitaran dan corak permainan di Liga Perdana Inggeris.


–Aksinya kini ditagih di Liverpool–

Dalam tiga perlawanan lepas, bermula semasa menentang Birmingham, Newcastle dan paling baru semasa menentang Fulham di gelanggang lawan, dia memang berjaya menunjukkan dia adalah pemain penting kepada kelab dan kepada seluruh pemain Liverpool. Sememangnya kelibat maxi yang berjaya meledak 7 goal dalam 3 penampilan terkini juga patut dipuji, namun kelibat suarez juga sememangnya memberikan impak besar dalam perlawanan itu.

Boleh berada di mana posisi dalam kedudukan menyerang, boleh menjaringkan goal di sudut-susdut sukar serta boleh menghantar bola kepada sesiapa dalam kedudukan menjaringkan goal , serta kini aksinya sangat-sangat ditagih kini.


–”Lagenda dalam pembikinan “–

Dengan dua perlawanan masih berbaki, saya percaya peluang untuk mara ke Liga Europa musim depan cerah menanti kita musim depan. Dengan ini harap pada minggu ini kita akan berjaya menewaskan spurs di Anfield ahad ini, dan mengesahkan kedudukan di Liga Europa dan pada musim depan dengan kembali nya semua pemain utama pasukan dan bantuan Luis Suarez kita pasti akan kembali memberikan saingan kepada pasukan seperti Man u untuk kembali merampas kedudukan juara Liga untuk kali ke 19 pula. Sekian dari saya . (darion daron) … YNWA

Pages:12»