You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Martin kelly"

Injuries update menjelang perlawanan menentang city


–Keadaan Gerrard masih belum pasti!–

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


–Agger terlepas baki perlawanan musim ini–

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


–Johnson cedera 4 minggu–

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini…..

“Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”

–Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera–

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

Mar 21, 2011

Undi: Anda pilih Raul

Abam Meireles, pemain kelahiran portugis dipilih pembaca setia blog my-lfc sebagai pemain paling menonjol ketika di bawah pemerintahan raja Kenny. Namun, tak dapat disangkal lagi, Abam Raul merupakan rekrut di bawah pengurusan Atuk Roy dengan harga hanya £11.5juta. kepada pengkritik tegar atuk woy.. ini dia hasil kerja kerasnya. jangan cakap atuk ni terlalu SAMPAH. Rujuk entri dari Ijam: YNWA: Selamat datang Raul Meireles

Dengan selamba pemain baru kita nih ‘menapau’ player lain lebih dari separuh undi. Sangat teruja juga melihat pemain kelahiran darah daging scouse, Kelly mencucuh 26% di belakang. taklah terlalu rapat. kehadiran pemain baru, Suarez sedikit menggugat undi baru-baru ini di tempat ke-3 pada undian ‘Other answer’ yang hampir 90% pembaca meletakkan Suarez sebagai pilihan.

Untuk versi undian berikutnya, kami buka untuk anda pilih prospek pemain muda yang paling cerah untuk diketengahkan dan seterusnya ‘become a legend’ di Liverpool:



Dalglish membuatkan kita kembali bermimpi.

Jika diperkatakan mengenai sejarah Kelab dan sejarah individu yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikirannya sudah pastilah kita kini akan mengingatkan kepada kepada pemain yang pada era 80 an pernah mengegarkan erena pentas bola sepak Liga Perdana dengan kehebatannya dalam permainan semasa dalam padang dan kemudian menjadi pengurus Liverpool dan juga pada masa yang sama menjadi pemain yang beraksi dalam squad Liverpool pada ketika itu.

Semasa era kegemilangannya beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 355 untuk Liga Perdana. Banyangkanlah dengan keadaan menjadi pengurus dan juga menjadi pemain didalam squad dia juga boleh menjaringkan gol juga. Kini dengan kembalinya Kenny Daglish pada 8 January 2011 sebagai pengurus Liverpool apabila menggantikan Roy Hodgson yang telah dipecat kerana prestasi pasukan yang terumbang-ambing.

—Kelly bakat baru yang berjaya dikenalpasti oleh Daglish—

Pada suatu ketika pada era kendalian Roy seolah-olah perluang untuk Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara semakin gelap dan malap, namun sejak kedatangannya pada pada awal januari lepas, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan, kini dengan prestasi semasa Liverpool yang telah menang 4 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan pasukan dalam Liga Perdana. Dengan kemenangan terbaru semasa menentang Chelsea, dengan kepintaran dan segala pengalaman yang lalu Daglish berjaya menghasilkan formasi yang pada mulanya tampak merisaukan apabila mengunakan formasi 3-5-2.

—Johnson semakin hari semakin baik Kualiti Permainan—

Secara jujurnya apabila melihatkan formasi ini, saya agak takut dan saya terpikir sejenak apakah yang ingin diperlihatkan oleh Daglish dalam perlawanan tersebut. Tetapi ternyata tangapan saya benar-benar songsang dengan apa yang diperlihatkan oleh corak permainan pasukan. Ternyata dengan tiga orang pemain yang diletakkan pada barisan pertahanan berjaya menyekat kemaraan tiga penyerang terbaik dunia iaitu Torres, Anelka dan Didier Drogba daripada bebas membuat gerakan yang merbahaya dalam kotak penalti pasukan kesayangan kita ini.

Dengan memberikan ruang dan peluang untuk Johnson dan Kelly untuk bergerak bebas kita berjaya membuktikan bahawa formasi ini sesuai untuk menyekat kemaraan The blues dengan formasi diamond mereka. Kini dengan secara tidak langsung kita Liverpool berada di tangga ke enam dalam Tahta liga Perdana dan hanya ketinggalan 6mata dengan Chelsea dan spurs yang berada di tangga kelima dan keempat. Saya yakin dan amat percaya jika momentum ini dapat terus dikekalkan oleh Daglish dan squad kendaliannya. Sudah pastilah angan-angan kita untuk melihat Liverpool kembali beraksi dalam kejohanan liga Juara-juara bukan lagi mimpi sahaja.

–Raul semakin Garang dan semakin membara–

Disamping itu juga, kehadiran Daglish teleh berjaya membuktikan bahawa squad yang ada pada era kendalian Roy adalah squad yang terbaik dan mereka sememangnya layak untuk bermain di Liverpool. Salah satu contoh nya yang terbesar adalah Raul Meireles yang telah berjaya memecahkan dominasi gol peribadinya di Liverpool dan kini Meireles telah berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan.

–Pemain penting dalam Squad kendalian Daglish–

Tidak dilupakan juga kepada Martin Kelly dan Glen Johnson yang telah bertukar posisi dan segalanya Nampak tidak mempunyai masalah, malah kini mereka berdua telah menjadi tonggak Liverpool dalam corak serangan Liverpool. Manakala mengenai Lucas Leiva, sejak kendalian Daglish, pemain kelahiran Brazil ini telah banyak berkembang dari aspek kawalan bola dan juga semakin hari, tampak permain ini juga telah dilebelkan oleh peminat sebagai salah seorang tunjang dalam kelangan pemain Liverpool. Hal ini adalah berbeza semasa kendalian Roy, dimana pada ketika itu boleh dikatakan pemain ini selalu dikecam kerana bermain dengan prestasi permainan yang yang buruk. Namun kini semuanya telah berakhir.

Akhir kata dari saya (penulis), terima kasih Kenny Daglish kerana telah mengembalikan senyuman kepada kami peminat Liverpool dan juga kami berharap pada masa akan datang Liverpool terus sukses dan gemilang pada masa akan datang. “King Kenny we all love and trust you” YNWA!!!!!….

Kelab bukan begantung pada pemain, Tetapi pemain bergantung pada kelab


Jika dilihatkan pada sejarah, sememangnya pemain yang bergantung pada kelab bukannya kelab yang brgantung pada pemain. Adakah anda setuju dengan penyataan ini.

Bagi pendapat saya(penulis), sememang nya, pemain yang bergantung pada kelab, hal ini boleh di contoh melalui seperti kes, perpindahan Cristiano Ronaldo ke Sepanyol, pada dasarnya Alex Ferguson mahu dia terus kekal di United, tetapi dengan yuran perpindahan yang tinggi, akhirnya united akur untuk menjual Cristiano.


—kelly bukti, Liverpool bukan bergntung kepada Torres sahaja—

Namun kita boleh lihat bagaimana, united terus gagah dan membentuk squad yang ada dan ini sekaligus membuktikan kehadiran pemain untuk kelab, bukan adanya kelab untuk pemain. Dan hal ini lah yang perlu kita Liverpool ambik contoh untuk membuktikan jika benar Torres akan dijual, kelab dan pihak pengurusan serta Kenny Daglish harus membuktikan pada dunia, jika langkah menjual Torres, Kita Liverpool juga mampu bangkit walaupun tiada Torres disisi kelab.


—-bakat baru yang boleh digilap—

Dan semangat ini lah yang perlu dipertunjukkan oleh semua pemain dan semua pihak yang terlibat untuk menaikkan kembali nama Liverpool. Kita lihat kini juga kehadiran Luis Suárez juga mampu mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Torres(jika ini berlaku) pastinya akan member peluang kepada pemain muda lain seperti Daniel Pacheco, Suso dan Ngog mampu meningkat naik. Dan hal ini telah terbukti dibawa pimpinan Kenny Daglish dimana seperti yang berlaku pada kes Martin Kelly. Lihatlah sendiri kini dia boleh mengisi tempat utama di posisi pertahanan kiri, malah kini pengurus England sendiri iaitu Fabio Capello mengakui kini Kelly sedang dalam perhatiannya.

Jan 25, 2011

Dalglish puas hati dengan pertukaran posisi Glen Johnson


—Pemain yang serba boleh untuk bermain di kiri dan kanan pertahanan—

Pengurus Liverpool Kenny Dalglish berpendapat bahawa Glen Johnson kini posisi yang dilakukan oleh beliau atas pertukaran posisi antara Glen dan Martin Kelly.

Dalam laporan yang dipetik daripada espnstar.com ….

Mengatakan bahawa kini, Johnson dijangka akan kekal bermain di posisi pertahanan kiri semasa menentang Fulham pertengahan minggu ini.

Tambah Kenny Daglish lagi….

“ Glen bermain di posisi bek kiri pada asalnya bukan kehendak dia sendiri, tetapi ini adalah kehendak saya untuk menyimbangkan kekuatan antara pertahanan kiri dan kanan”

“ dan kini saya amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan olehnya dalam tiga perlawanan kebelakangan ini”

“ dengan sikap yang terbuka, dia menerima arahan dari saya untuk berada di sebelah kiri dan kita dapat lihat dia bermain dengan baik di sebelah kiri, dia adalah pemain serba boleh”


—Masa depan yang cerah bagi Martin Kelly—

Disamping itu juga, prestasi yang dipamerkan oleh Martin Kelly juga amat memberangsangkan dimana dia bermain dengan baik di sebelah kanan, saya yakin Kelly mempunyai masa depan yang cerah apabila dia terus bermain di sebelah kanan.

Liverpool panjangkan Kontrak Martin Kelly


Setelah bermain dengan baik semasa aksi Liverpool menentang Chelsea pada perlawanan sebelum ini,pertahanan muda Liverpool, Martin Kelly, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menambah kontrak pemain ini di Liverpool.

Sumber ini dipetik daripada laman web rasmi The Daily Mail yang menyatakan bahawa The Reds bersetuju untuk mengikat full back kanan yang berasal dari Inggeris tersebut dengan tambahan kontrak selama tiga tahun.

Dalam perlawanan sebelum ini semasa menentang pendahulu Liga Chelsea di Anfield. Tampak pemain yang berumur 20 tahun ini bermain dengan baik apabila berjaya menyekat kemaraan dan mengganggu pergerakan Florent Malouda dan Nicolas Anelka disebelah kanan pertahanan Liverpool.

Pada pendapat saya pemain ini boleh lagi diperkembangkan bakatnya dan kini seperti yang kita tahu dengan umur yang masih muda, pemain kelahiran Bolton ini juga setakat ini telah membuat penampilan untuk Liverpool sebanyak 13 penampilan. jika dilihat pada corak pemainan Martin Kelly dan Jonjo Shelvey merupakan pemain ini dijangka mempunyai masa depan yang cerah di Liverpool, jika mereka terus berusaha untuk mempertingkatkan corak pemainan mereka. Tidak mustahil mereka akan menjadi seperti pemain senior contohnya Steven Gerrard dan Carragher.

MATCH Review: (FC Utrecht vs Liverpool)

Sekali lagi keputusan yang mengecewakan apabila Liverpool sekadar seri dengan FC Utrecht dengan jaringan 0-0. Dan jika boleh saya ( penulis ) bagi nama untuk permainan ini saya nak bagi nama “permainan yang lembik” boleh ke macam itu?. Terpulang lah pada penyokong Liverpool yang lain untuk mengakuinya ke tidak.

Martin kelly mengantikan Agger,Konchesky dan Fabio Aurelio yang cedera

Hampir pada 90minit pertandingan pemain Liverpool lembik dan tidak bermaya. Dengan hantaran yang selalu tersangkut dan dipintas oleh pihak lawan ini menunjukan betapa jauhnya Pasukan yang kita cinta ini belum mencapai tahap yang sepatutnya. Saya juga tidak pasti kenapa pemain Liverpool selalu terjatuh dan ini mungkin sebab padang yang basah atau sebab lain yang menyebabkan pemain The Reds selalu sangat terjatuh pada ketika perlawanan berlangung.

Reina berjaya menjaga gawang nya bagi memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga

Roy sepatutnya membuat sesuatu tindakan susulan untuk mengubah corak permainan yang tidak bertenaga ini, kerana pada perlawanan mendatang Liverpool akan menentang Blackpool walaupun Liverpool seri pada perlawanan ini. Pasukan kita ini masih lagi berada pada tangga pertama kumpulan K dengan empat mata. dan Pada perlawanan lain bagi Group ini antara Steaua Bucuresti dengan Napoli yang berkesudahan seri 3-3.

kembalilah mendapat sentuhan gol kerana Liverpool memerlukannya

Dalam perlawanan ini juga kita menyaksikan Toress hampir pulih secara menyeluruh dan saya yakin selepas ini El nino akan kembali menemui sentuhan gol untuk membantu the reds kembali bertahta antara pasukan terbaik dalam eropah.

Analisis permainan:

Jumaat, 1 oktober 2010
Piala Europa

Kesebelan utama ;Pepe Reina, Jamie Carragher, Glen Johnson, Martin Skrtel, Martin Kelly, Joe Cole, Christian Poulsen, Raul Meireles, Lucas, Dirk Kuyt, Fernando Torres

Subs: Jones,Kyrgiakos,Maxi(+cole minit81),Spearing,Jovanovic,Babel,Ngog

Kawalan Posisi Padang

Liverpool 42: 58 FC Utrecht

Percubaan ke arah gol

Liverpool 5: 3 FC Utrecht

Sepakan sudut
Liverpool 2:5 FC Utrecht

Fouls

Liverpool 14:11 FC Utrecht


Kad kuning

Liverpool 3:0 FC Utrecht