You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " pengurus"
Jun 29, 2010

Hodgson dah siap ganti Rafa

Menurut BBC News, Roy sudahpun hampir menggalas cabaran Liverpool musim depan. Menurut sumber, pengumuman rasmi bakal disiarkan pada Khamis ini.

Banyak sekali desas desus pengambil alihan pengurus dan jurulatih Liverpool semenjak perginya Rafa ke Inter Milan. Namun, Roy Hudgson merupakan nama yang paling kuat untuk bertapak di Anfield musim depan. dan dengan tersebar berita itu, Hodgson mengetepikan calon peminat, ‘King’ Kenny Dalglish untuk , mengambil alih jawatan pengurus yang kekosongan ketika ini. Namun, Roy juga dikatakan calon nombor 1 jika pengurus England, Capello dipecat oleh FA. Sumber juga diberitahu, Roy lebih memilih menguruskan kelab berbanding tugasan untuk negara.

Roy Hodgson yang kini bersama Fulham, sejak Disember 2007 pernah memegang jawatan ini di kelab besar seperti Inter Milan. Kariernya juga terserlah ketika membawa kelab bukan pilihan ke final Europa League musim sudah bersama Fulham. Namun, rekod liganya bersama Fulham tidak sehebat Rafa. Apa yang menjadi penarik buat pengurusan kelab adalah, kebolehan Roy untuk menmbawa kelab walau tanpa nama-nama pemain besar dan tidak memerlukan ‘transfer-kitty’ yang banyak.

Tanggapan pengurusan juga pastinya meleset, kerana media melaporkan Hudgson mahukan peruntukan besar untuk membina semula skuad LFC yang

Jun 28, 2010

Uncle Roy Mahu Jaminan Wang Perpindahan

Dengar-dengarnya Fulham sudahpun bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan oleh Liverpool untuk mendapatkan khidmat Roy Hodgson bagi menggantikan Rafa Benitez, namun Uncle Roy khabarnya mahu jaminan wang perpindahan dari pemilik The Reds dahulu sebelum bersetuju dengan perjanjian tersebut. Persoalannya, adakah pihak pengurusan Liverpool mampu memberikan jaminan tersebut? Atau sekali lagi kita berhadapan dengan Déjàvu? Dengan beberapa nama besar lain seperti Frank Rijkaard (Galatasaray) dan Didier Deschamps (Marseille) juga dikaitkan dengan jawatan penting di Anfield ini, siapakah yang akhirnya bakal dilantik? Bagaimana pula dengan Kenny “King” Dalglish? Sama-samalah kita tunggu.

Jangan lupa pra-musim 2010/2011 kita akan bermula 17 Julai 2010, iaitu kurang sebulan dari hari ini. Sedihnya, persoalan jawatan pengurus masih belum terjawab.