Reina dinobatkan sebagai pemain terbaik bulan Disember
Pepe Reina hari ini telah diberikan anugerah dalaman kelab iaitu Standard Chartered LFC Player of the Month untuk bulan disember yang lepas.
Anugerah ini, adalah ditentukan oleh pilihn peminat yang boleh mengundi siapakah pemain yang balik baik beraksi untuk kelab untuk setiap bulan. Menurut sumber dari laman web rasmi liverpoolfc.tv yang menyatakan salah satu sebab mengapa Reina terpilih kerana, dia terpilih menjadi kapten semasa menentang Steaua Bucharest dan Aston Villa.
tambah reina lagi……
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kelab yang telah memilih saya dan ingin saya tergaskan disini, saya akan berusaha bersungguh untuk memastikan saya akan sentiasa bermain dengan baik untuk membantu kelab.
“dan saya berharap agar bulan depan Stevie atau Torres akan mendapat piala ini untuk bulan hadapan”
Reina : spekulasi tersebut tidak benar
Sekali lagi kuasa media sudah menyampaikan berita yang boleh dikatakan tidak benar dan tidak mempuyai asas yang mengatakan bahawa Pepe Reina ingin meninggalkan Liverpool.hal ini sudah diakui sendiri oleh reina yang mengatakan bahawa dia tidak pernah membuat keputusan dan komen berkenaan hasratnya untuk meninggalkan Liverpool.
Tambah Reina lagi
“Saya telah melihat akhbar dan terdapat perkara yang menyatakan saya ingin keluar dari Liverpool dan perkara ini adalah tidak benar”
“Saya tidak pernah menyatakan kepada pengurus bahawa saya ingin berpindah dari Liverpool pada musim perpindahan bahawa Januari akan datang”
“Tujuan saya menyatakan hal ini adalah untuk menjelaskan segala tidak benar terutamanya kepada penyokong pasukan dan kepada seluruh pasukan serta pemilik iaitu NESV”
“Saya mempunyai kontrak jangka panjang di Liverpool dan saya komited dan bermain dengan sepenuh hati untuk kelab”
“Pemilik baru NESV telah bertemu saya dan beberapa pemain lain pada minggu lalu dan saya sangat yakin dengan apa yang diperkatakan oleh mereka.”
Ps: Perkara ini dan segala ini hasil daripada laman web rasmi liverpool dan diakui sendiri oleh Pepe Reina
“Inilah bakal pengganti Reina”
Liverpool membuat senarai pengganti kepada Pepe Reina jika penjaga gol nombor satu The Reds itu berpindah ke pasukan lain, antara pengganti yang dicalonkan ialah Manuel Neuer dan Maarten Stekelenburg.
Mengikut spekulasi yang bertiup ketika ini, yang menyatakan bahawa Reina kini cuba untuk meninggalkan Liverpool selewatnya pada penghujung musim ini. Dan pihak pengurusan Liverpool telah mengambil langkah berhati-hati untuk segera mencari pengganti kepada penjaga gol kedua pasukan kebangsaan sepanyol ini.
Menurut pendapat saya (penulis), perkara ini mungkin hanya spekulasi sahaja dan kita sebagai penyokong setia The Reds tidak perlu begitu bimbang dengan khabar angin ini. Dan menurut sumber Liverpoolfc.com juga menyatakan kini NESV yang merupakan pemilik Liverpool akan berusaha untuk menyatakan hasrat NESV untuk sedaya upaya menyekat dan memujuk Reina sepaya kekal di Anfield, kerana kedatangan NESV di Liverpool mahu menaikkan Liverpool sebagai pasukan yang mendominasikan kelab di eropah. Dan langkah ini, dimana pencarian pengganti kepada Reina hanya lah sebagai langkah terakhir jika NESV tidak berjaya memujuk Reina untuk kekal di Anfield.
Siapakah Manuel Neuer??
Merupakan penjaga gol no 1 squad German sejak 19 May 2009 dan semasa Piala dunia yang lepas dia merupakan penjaga gol utama semasa German mendapat tempat ketiga semasa di Afrika selatan
Kini berumur 24 tahun dan bermain untuk kelab Schalke 04 yang berpengkalan di German. Pernah mendapat anugerah Best Bundesliga Goalkeeper pada 2007
Siapakah Maarten Stekelenburg???
Kini berumur 28 tahun dan dilahirkan pada September 22, 1982 di Haarlem Belanda. Dia juga merupakan penjaga gol utama untuk pasukan kebangsaan Belanda sejak Edwin van der Sar besara dari aksi antarabangsa dan merupakan penjaga gol utama di Kelab Ajak Amsterdam. Semasa di Ajak di pernah mendapat anugerah “Player of the Year” pada musim 2007-2008.
Pada piala dunia yang lepas dia juga terpilih sebagai penjaga gol utama untuk pasukan belanda dan berjaya membantu Belanda mara ke Final dan menduduki tempat kedua apabila tumpas kepada spain semasa aksi Final yang berkesudahan dengan 0-1.
Antara positif dan negatif berada di dasar Liga
Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina ingin tinggalkan Liverpool

PS: Laporan ini sangat spekulasi dan saya ingin mengingatkan disini bahawa penyataan ini dikeluarkan oleh Mailonline sahaja dan tugas saya disini adalah untuk menjelaskan perkara ini kepada anda semua dan ini bukan lah spekulasi yang sengaja dibuat oleh saya.
Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Mailonline yang merupakan sebuah akhbar Inggeris mendakwa bahawa banyak pemain Liverpool berharap untuk keluar dari kelab pada musim perpindahan Januari mendatang.
Artikel ini telah ditulis oleh Alex Montgomery iaitu penulis rasmi akhbar Inggeris tersebut. Dalam penulisannya tersebut dia menyatakan bahawa tiga orang pemain utama Liverpool iaitu Fernando Torres, Glen Johnson dan Pepe Reina yang merupakan nama-nama besar dalam The Reds ingin keluar dari kelab. Dan sebabnya mereka melakukan hal tersebut adalah disebabkan semangat pasukan dan semangat individu kini semakin menipis dibawah kendalian pengurus baru Roy Hodgson.
Alex Montgomery menulis : ‘ bintang Liverpool Pepe Reina, Fernando Torres dan Glen Johnson ingin keluar dari kelab pada Januari kerana moraliti yang semakin rendah. Dan dalam artikel tersebut memperkatakan bahawa pemain terperanjat bahawa Hodgson telah membawa masuk Mike Kelly yang berumur 68 tahun, yang bertanggung jawab atas sesi latihan bagi pasukan utama. Kelly yang merupakan, mantan penjaga Wimbledon, Birmingham dan QPR dari 1958 dan 1976, bahkan kelly telah menjaga segala rutin harian dan latihan Pepe Reina dan dikatakan Reina kini dalam keadaan gelisah.
Ingatlah perkara ini bukan sesuatu yang rasmi dan benar-benar pasti kerana Laman Web rasmi LiverpoolFC sendiri tidak mengeluarkan apa-apa mengenai hal ini. Dan saya yakin ini adalah berita yang sengaja dihebahkan oleh individu yang berkepentingan hanya untuk mencari spekulasi dan nama sahaja. Sekian dari saya Darion Daron
10 pemain Liverpool beraksi untuk pasukan Kebangsaan
Joe cole bakal beraksi untuk England setelah lama tidak beraksi dalam pasukan kebangsaan
Sepuluh bintang The Reds akan beraksi pada perlawanan mewakili negara masing-masing dalam untuk Kejohanan kelayakan piala Eropah 2012 pada malam ini antara mereka adalah.
Steven Gerrard, Joe Cole dan Glen Johnson akan beraksi di Wembley yang mewakili England menentang Montenegro dalam saingan Group G.
Pepe Reina akan kembali di bangku pemain simpanan pasukan Sepanyol untuk menentang Scotland di Hampden Park, sementara Martin Skrtel mewakili Slovakia untuk menentang Republik Ireland dalam Group B.
Christian Poulsen turun sebagai kapten pasukan Denmark kerana mereka tuan rumah Cyprus, dan Raul Meireles akan beraksi untuk Portugal menentang Iceland dalam saingan Group H
Dirk Kuyt yang mewakili Holland akan bertemu dengan Sweden sementara Milan Jovanovic akan beraksi Serbia di Itali untuk kempen kelayakan Group C.
sementara pemain muda Liverpool Martin Kelly berharap dapat beraksi untuk England bawah U21kerana mereka menghadapi perlawanan yang sukar menentang Romania di perlawanan kedua mereka kelayakan Kejohanan Eropah U21.
Sementara itu Roy Hodgson berharap agar semua pemain yang beraksi pada malam ini akan dapat bermain dengan baik serta dapat mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan kerana Liverpool akan menentang Everton pada hari ahad ini.
Reina; Torres akan kembali
Rakan senegaranya Reina berharap juga akan Torres akan kembali pulih untuk perlawanan menentang Everton dan perkara ini juga diharapkan oleh bos Liverpool Roy Hodgson berharap Toress akan kembali cergas kerana Liverpool kini memerlukannya untuk kembali bersaing dalam saingan Liga.
“Fernando adalah salah satu striker terbaik di dunia,”dan saya pasti dia akan kembali seperti biasa dan kembali menjaringkan gol untuk Liverpool dan menutup mulut mereka yang selalu mengkritiknya sebelum ini tambah Reina lagi. Pada Situasi sulit ini kita harus tetap bersatu dan bekerja keras untuk mengubah prestasi pasukan yang semakin merudum.”
MATCH Review: (FC Utrecht vs Liverpool)
Sekali lagi keputusan yang mengecewakan apabila Liverpool sekadar seri dengan FC Utrecht dengan jaringan 0-0. Dan jika boleh saya ( penulis ) bagi nama untuk permainan ini saya nak bagi nama “permainan yang lembik” boleh ke macam itu?. Terpulang lah pada penyokong Liverpool yang lain untuk mengakuinya ke tidak.
Hampir pada 90minit pertandingan pemain Liverpool lembik dan tidak bermaya. Dengan hantaran yang selalu tersangkut dan dipintas oleh pihak lawan ini menunjukan betapa jauhnya Pasukan yang kita cinta ini belum mencapai tahap yang sepatutnya. Saya juga tidak pasti kenapa pemain Liverpool selalu terjatuh dan ini mungkin sebab padang yang basah atau sebab lain yang menyebabkan pemain The Reds selalu sangat terjatuh pada ketika perlawanan berlangung.
Reina berjaya menjaga gawang nya bagi memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga
Roy sepatutnya membuat sesuatu tindakan susulan untuk mengubah corak permainan yang tidak bertenaga ini, kerana pada perlawanan mendatang Liverpool akan menentang Blackpool walaupun Liverpool seri pada perlawanan ini. Pasukan kita ini masih lagi berada pada tangga pertama kumpulan K dengan empat mata. dan Pada perlawanan lain bagi Group ini antara Steaua Bucuresti dengan Napoli yang berkesudahan seri 3-3.
Dalam perlawanan ini juga kita menyaksikan Toress hampir pulih secara menyeluruh dan saya yakin selepas ini El nino akan kembali menemui sentuhan gol untuk membantu the reds kembali bertahta antara pasukan terbaik dalam eropah.
Analisis permainan:
Jumaat, 1 oktober 2010
Piala Europa
Kesebelan utama ;Pepe Reina, Jamie Carragher, Glen Johnson, Martin Skrtel, Martin Kelly, Joe Cole, Christian Poulsen, Raul Meireles, Lucas, Dirk Kuyt, Fernando Torres
Subs: Jones,Kyrgiakos,Maxi(+cole minit81),Spearing,Jovanovic,Babel,Ngog
Kawalan Posisi Padang
Liverpool 42: 58 FC Utrecht
Percubaan ke arah gol
Liverpool 5: 3 FC Utrecht
Sepakan sudut
Liverpool 2:5 FC Utrecht
Fouls
Liverpool 14:11 FC Utrecht
Kad kuning
Liverpool 3:0 FC Utrecht
Peringatan Reina kepada penyokong Liverpool
Pepe Reina telah menyeru untuk para peminat Liverpool untuk bersabar dengan pengurus baru Roy Hodgson dan reina berkata musim depan Liverpool akan kembali ke pretasi terbaik . Tambah Penjaga Sepanyol ini juga,Liverpool telah mengalami masa penurunan di bawah bekas pengurus Rafa Benitez dan Reina mengatakan untuk kembali ke kembali seperti sedia kala perlu memakan masa hingga enam bulan sebelum Anfield boleh mengubah segalanya untuk kembali berkuasa kembali.
Tambah Reina lagi……
“Apabila mempunyai begitu banyak perubahan pada sesebuah pasukan ia akan memerlukan masa untuk kembali bergerak kearah seperti dahulu dan Ini boleh mengambil antara tiga dan enam bulan sebelum anda melihat pembaikan. Dan apa yang penting “Kita harus bersabar.”
Reina juga akan menerangkan bahawa enam perlawanan Liverpool dalam kempen Liga, setakat ini perlawanan dengan Manchester United, Manchester City, Birmingham serta Arsenal. “Enam mata dari enam perlawanan pertama adalah adalah bukan apa yang kita inginkan, dan kepada mereka yang mengkritik kami harus melihat pada apa yang yang kami miliki”.
“Tidak banyak pasukan yang akan berkunjung ke Old Trafford atau St Andrew dan menang. Kedua pasukan mempunyai rekod sangat baik semasa bermain di gelanggang sendiri. ”
“Tujuan utama kami adalah empat teratas dalam liga dan yang ini tidak menjadi tugas mudah. Tetapi jika kita terus memperbaiki prestasi kami, saya yakin Liverpool boleh kembali ke Liga juara-juara. Tambah Reina lagi kebanyakkan Orang anggap bahawa ketika seorang pengurus baru datang ke sesuatu pasukan segala akan menjadi sempurna, dalam hal ini kita memerlukan masa untuk memperbaikinya. Dan kata terakhir Reina berbunyi seperti ini ……
“Saya mencintai pasukan ini,bandar dan para peminat dan sekarang ingin hanya ingin menghadiahkan mereka dengan memenangi piala untuk mereka.”
Pada pendapat saya ( penulis ), memang benar apa yang ditegaskan oleh Pepe Reina, dan kita sepatutnya tidak ragu dengan pasukan kita ini, bahkan kita sepatutnya memberi 100% sokongan kepada Liverpool dan secara langsung percaya dengan apa yang dilakukan oleh pasukan dan apa yang dilakukan oleh pemain Liverpool. Hal ini adalah kerana mereka semua perlukan masa untuk berubah untuk menjadi lebih baik dan akhir sekali ingin saya tegaskan disini jangan la berhenti menyokong Liverpool kerana “Liverpool memerlukan anda semua ”
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)













