Belasan Ura-ura Perpindahan
Selepas beberapa hari out untuk mencari ketenangan, nampaknya Liverpool dikaitkan dengan berpuluh-puluh pemain, mane taknye? Pemilik baru, manager baru, pemain pun nak baru jugakkan?
Betulke NESV bagi bajet £35j untuk Januari ni? 0.0
Cassano Mungkin Kekal di Sampdoria
Dikatakan Roy nak dia ni sebagai jalan yang murah, tapi nampaknya dia tak dibenarkan pergi dengan percuma
Kalau murah tapi takder hasil same gak…
N’zogbia
Liverpool sedang memerhatikan Nzogbia dianggar bernilai 9j sebagai alternatif jika Ashley Young tak dapat dimiliki
Aku pun minat dia ni, bijak, kelam kabut defend kalau dia dapat (tengok dia main sebelum komen, tengok banyak2)
Rod Fanni ke Marseille
Dikaitkan hampir ke Liverpool, tapi disahkan berpindah ke Marseille Januari ni dengan £3j.
Syukur… kalau dia masuk, maknenye Glenn Johnson mungkin nak keluar
Santi Cazorla
Berusia 26 tahun, bermain di posisi wing. Mungkin berminat untuk bertemu kembali teman lama, Pepe Reina.
Baik, warga Sepanyol!
Valentin Stocker, Jawapan Kepada Wing?
Minat Liverpool terhadap pemain FC Basel ni, telah disahkan oleh ejen Stocker, Marco Balmelli. Stocker seorang attacking midfielder, dan juga boleh bermain di wing kiri.
Aston Villa turut berminat.
Jika £4J, apa salahnya? Kita dalam proses baikpulih, percayalah
Loan untuk Adebayor dan Daniel Sturridge
Adebayor mungkin dibenarkan dipinjamkan Januari ni menurut Mancini. Tapi LFC juga dikatakan akan loan Daniel Sturridge, dengan £5j untuk pemindahan kekal
Adebayor untuk loan memang terbaik, tinggi dan besar. Sturridge? Chelsea? Ridikulos!
Ryad Boudebouz Minat Liverpool
Bermain di Liga Perancis, dikatakan antara pemain muda berpotensi tinggi, dengan harga £4j.
Baper ramai la midfielder nak dikaitkan… ingat Aquilani? Eh jap.. Spearing..
Benzema, £30j
Striker yang tak perform ni dikatakan diintai kelab seperti Liverpool, Arsenal dan Juventus.
Muda, mahal, dan berkarat. Lupakan!
Luis Suarez Pun Mahal
Liverpool dikatakan dah menawarkan £15j tapi ditolak. Sekarang Ajax nak £25-£30j!
Roy Hodgson nafi minat kat Suarez, tapi kalau harga lebih daripada £20j, cari lain la…
Barcelona Nak Torres
Barcelona baru terima suntikan kewangan bernilai £125j dari Qatar Foundation selama 5 tahun. Pep Guardiola dikatakan mahu Fabregas dan Torres dengan bidaan £85j.
Ptuih.. banyak gile duit… kalau Barcelona betul-betul nak, dorang mesti dah bising macam dorang buat kat Fabregas, dan Mascherano… tapi tak mustahil..hmmm
Jovanovic Ditagih Kelab Jerman
Cologne dan Hamburg berminat
Bagi can dia main, simpan dulu Maxi
Schalke Intai Poulsen
Schalke, mahukan Poulsen mungkin dengan £3.5j berbanding harga £4.5j dia semasa tiba di Liverpool
Jual selagi masih panas!
.
Poulsen : Perlawanan yang sukar….
Menurut Christian Poulsen percaya Liverpool berada dalam keadaan “ujian berat” ketika mereka menentang Tottenham pada perlawanan Liga minggu ini.
walaupun The Reds baru saja sembuh dari kekalahan di Stoke City, dan kemudian melalui perlawanan menentang West Ham United kami berjaya bermain dengan baik. Dan pada perlawanan kali ini semasa menentang Tottenham di White Hart Lane, ternyata Liverpool akan cuba sedaya upaya untuk menang.
tambah Poulsen…..
Untuk menang pada perlawanan kali ini kami harus menang dan turun dengan persedian tahap 110%, kerana seperti yang kita tahu Tottenham sememangnya pasukan yang baik dan semasa mereka bermain di halaman sendiri mereka akan menjadi pasukan yang sukar untuk di tewaskan.
“Saya berharap dan berfikir yang kami akan jadi bagus dari perlawanan ke perlawanan,” katanya.
“Jika kami berkerja keras dan terus mendengar apa yang diarahkan oleh pengurus, saya pasti yang kami akan menjadi pasukan yang jauh lebih baik apabila kami mengharungi perlawanan di bulan Februari dan Mac.”
“namun saya tetap optimis bahawa Liverpool mampu memecahkan dominasi untuk menang dalam perlawanan ini”
Karier pemain antarabangsa Denmark itu di Liverpool sejak tiba dari Juventus pada musim panas lepas telah mencerminkan serba sedikit pencapaian kelab menerusi beberapa permainan yang turun naik prestasinya.
Video: Prestasi antarabangsa
Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.
Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)









